Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Hukum Solat Jamaah

SOALAN

Akm, apakah hukum solat jamaah yang sebenar? Adakah wajib, fardu kifayah atau sunat muakkadah? Mohon penjelasan, sekian wassalam.

Faizal Noor, Selangor.

JAWAPAN

Hukum Solat jamaah adalah wajib (bukan sunat atau fardhu kifayah) berasaskan dalil-dalil yang banyak dari al-Quran, Hadith, fatwa sahabat dan para imam mujtahid, antaranya.

1. Allah swt telah menyuruh org-orang islam solat jamaaah dalam keadaan takut ketika perang selagi mereka mampu. “Dan apabila kamu berada di kalangan mereka lalu kamu tegakkan untuk mereka solat jamaah…” Al-Quran al-Nisa’: 102. maknanya dalam keadaaan aman damai, pasti lebih utama kewajipan solat jamaah. Perhatikanlah Allah menggugurkan sebahagian solat tetapi tidak menggugurkan kewajipan solat jamaah.

2. Firman Allah, “…dan rukuklah (wajib) bersama orang-orang yang rukuk. (al-Baqarah: 43 ). Zahir perintah menunjukkan wajib.

3. Firman Allah, “Dan apabila kamu seru mereka kepada solat, mereka mengambilnya sebagai ejekan dan main-main…(al-Ma’idah: 58).

4. Hadith Ibn Ummi Maktum radhiyallahu ‘anh bahawa ia berkata kepada Rasul saw, “Saya buta, adakah rukhsah (keringanan) untuk saya solat di rumah saya saja?”. Nabi sw bertanya “Adakah kamu mendengar azan?” ibn ummi maktum menjwab, “ya.” Nabi sw bersabda, “Saya tidak dapati bagi kamu rukhsah.”

Perhatikan sabda baginda saw, “Saya tidak dapati bagi kamu rukhsah.” Rukhsah tidak berlaku melainkan dalam perkara wajib. Adapun meninggalkan yang sunat tidak perlu kepada rukhsah.

5. Hadith baginda saw yang ingin membakar rumah orang yang meninggalkan salat jamaah, riwayat al-Imam al-Shafiei dari Malik, dari Abu al-Zinad, dari al-A`raj dari Abu Hurairah dari Nabi saw. juga diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan 4 Ahli Sunan, Ahmad dan al-Darimi.

Perhatikan kata-kata sahabat Nabi saw, seperti kata Ibn Mas’ud r.a., “ sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu seperti golongan munafiq yang meninggalkan jamaah, kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu, sekiranya kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu, kamu menjadi sesat…”. (Muslim, Sanad sahih).
Tidak disifatkan dengan ‘sesat’ melainkan bagi orang yang meninggalkan yang wajib, dan melakukan yang haram.

Berkata Abu Hurairah ra, “Sekiranya dipenuhi dua telinga anak Adam dengan timah panas yang cair lebih baik baginya daripada ia mendengar azan lalu tidak mendatanginya.”
al-Shafiei dalam al-Umm berkata, Baginda saw meringankan untuk meninggalkan jamaah apabila ada uzur (halangan dan alasan). Tidak halal meninggalkan solat 5 waktu berjamaah sehingga tidak kosong jamaah bagi yang bermukim dan musafir. al-Umm, bab Solat al-Jamaah, jld1, ms 334.

Antara para imam mujtahid yang mengatakan jamaah adalah WAJIB ialah al-Hasan, Atha’, al-Imam al-Awzaei, al-Shafiei, Abu Thawr, Ahmad ibn Hanbal, Ishaq, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaymah , Ibn Hibban dan Dawud al-Zahiri. Begitu juga 15 imam hadith termasyhur. (al-Fath, 2/126; al-Majmu`, 7/77; Ibn al-Mundhir, al-Awsat,4/138; Sharh Sahih Muslim, jld 5, ms 155

Solat Jamaah Dalam Mazhab Shafi`ei

Al-Imam al-Nawawi berkata, hadith ini (hadith Nabi ingin bakar rumah) antara dalil menujukkan solat Jamaah fardu ain wajib. Antara yang mengatakan demikain ialah Ata’, al-Awza`ei, Ahmad, Abu Thawr, Ibn Khuzaymah dan Dawud al-Zahiri. Al-Nawawi, 2001, al-Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, Beirut : Dar al-Ma`rifah, jld 5, ms 155.

Lihat juga al-Nawawi, al-Majmu’, jld 4, ms 77. Rawdat al-Talibin wa ‘Umdat al-Muttaqin, jld 1, ms 339.;  Al-Iqna’,;  Ibn al-Munzir, al-Awsat, Fath al-Bari, Kifayat al-Akhyar, Sharh Ibn al-Qasim ‘ala Matn Abi Shuja`,

Al-Imam al-Shafi`ei, Al-Umm, 1393H, Beirut: Dar al-Ma`rifah, jld 1, ms 154. Mukhtasar al-Muzani. Bahkan dalam kitab al-Umm, al-Imam al-Shafiei menyatakan dengan tegas kewajipan solat jamaah dalam 3 tempat, dan tiada rukhsah melainkan kerana uzur.

Hashiyat al-Jamal ‘ala Sharh al-Minhaj, jld 5, ms 492, makruh (berdosa) meninggalkan jamaah.

Rudud ‘Ala Abatil

Jawapan kepada pendapat yang mengatakan ia sunat. Dalilnya solat seorang diri sah dan ia mempunyai satu fadilat kelebihan juga.
Jawapan. Seseorang hamba boleh atau mungkin saja melakukan ibadah dan meningglkan satu yang wajib dari kewajipan2 di dalamnya, dan masih mempunyai fadhl. Dalam masa yang sama ia berdosa kerana meninggalkan kewajipan itu seperti orang yang menunaikan haji tetapi tidak melakukan tawaf wada’.

Jawapan kepada hujah yang mengatakan solat jamaah fardu kifayah, sekiranya solat jamaah fardhu kifayah, tidak mungkin Nabi berazam untuk membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat jamaah, baginda tidak perlu bersumpah dengan nama Allah, dan baginda berpada dengan orang yang hadir jamaah bersama baginda kerana dosa telah gugur dari orang yang tidak hadir.

Oleh itu, wajib istighfar dan taubat kerana meninggalkan yang wajib, bagi yang inginkan Akhirat…”Dan sesiapa yang inginkan Akhirat dan menguasahakan dengan cara yang sebenar (menepati sunnah) dalam keadaan ia beriman, mereka itu pasti diganjari .” (Surah al-Isra’).

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: