Betis Apa?
وروى البخاري في صحيحه بإسناده في تفسير سورة (ن) عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: سمعت النبي صلى الله عليه يقول: يكشف ربنا عن ساقه، فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة، ويبقى من كان يسجد في الدنيا رياءً وسمعة، فيذهب ليسجد، فيعود ظهره طبقا واحدا
Dari Abu Sa`id al-Khudri r.a., Rasulullah saw bersabda, “Rabb kita membuka betisNya, pada Hari Qiyamat, lalu sujud kepada Nya setiap mukmin dan mukminah, berbaki orang yang sujud di dunia kerana riya’ dan suma`h, lalu ia hendak bersujud , tetapi belakang badannya keras seperti sebatang besi.”
al-Imam al-Bukhari dalam al-Sahih, Kitab al-Tafsir, Bab Qawlih Yawma Yukshaf ‘An Saq, hadith 1343.
Ibn ‘Abbas mentafsirkan ‘membuka betis‘ dengan makna menghilangkan huru-hara dan kesusahan Hari Qiyamat. Sebahagian ulama mengatakan saq bermakna zaat. al-Imam Sufyan ibn ‘Uyainah berkata, hadith ini diterima dan wajib diam (tanpa mentafsirkannya).
Lihat Fath al-Bari, jld 8, jld 13.
Semuanya ayat dan hadith sebegini bertujuan menimbulkan ta`zim Allah di dalam hati.