Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 8, 2009”

Nilai Satu Hadith

Nilai Satu Hadith Nabi

al-Imam Shafiei berkata, “Membaca hadith lebih utama dari solat nafilah.”

Al-Mu`afa ibn ‘Imran berkata, “Menulis atau menyebar satu hadith lebih besar dari tahajjud sepanjang malam.”

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Taqrib al-Tahdhib menulis, Al-Mu`afa ibn ‘Imran al-Azdi al-Fahmi, ialah Abu Mas`ud al-Mawsili, seorang thiqah dalam hadith, faqih dan abid. Wafat tahun 285H. Hadithnya terdapat dalam al-Bukhari, al-Nasa’ei dan Abu Dawud.

Melintasi Sirat Jahannam

Melintasi Titian Sirat

SOALAN

Akm, Bagaimanakah dan apakah amalan2 untuk selamat di atas Titian Sirat di Akhirat? Minta bawakan hadith2  sekiranya ada. TQ.Wassalam.

Karim, Seri Iskandar, Perak

JAWAPAN: Kejayaan melintasi Sirat ialah dengan TAQWA yakni melakukan segala yang wajib meninggalkan segala yang haram. Antara sifat taqwa ialah membantu muslim yang dalam kesusahan dan memenuhi keperluannya, sebagaiman firman Allah, “..dan ia memberikan harta yang disayanginya kerana cintanya kepada Allah, kepada zawi al-qurba, anak-anak yatim, orang2 miskin, ibn sabil, orang2 yang meminta-minta dan yang dalam perhambaan…”  al-Baqarah: ayat 177.

Terdapat banyak hadith yang menyatakan demikian itu, antaranya:
1.Al-Hafiz al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Umar ra, Rasulullah saw bersabda, “…Sekiranya saya berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, lebih saya sukai dari beriktikaf sebulan di masjid Madinah. sesiapa yang menahan kemarahannya nescaya Allah menutup aibnya…, dan sesiapa yang bersama saudaranya sehingga selesai keperluannya, Allah meneguhkan kakinya pada hari tergelincirnya kaki-kaki (di Titian Sirat). Al-Hafiz Abu al-Qasim al-Tabarani, al-Awsat, 2/35. Majma’, jld 8, ms 249.

2.Dari Aishah ra berkata, bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang menjadi jalan penghubung untuk saudaranya kepada pemerintah dalam menyampaikan suatu kebajikan atau memudahkan satu kesusahan, nescaya Allah membantunya melintasi Titian Sirat ketika tergelincirnya kaki-kaki.” Al-Tabarani, al-Saghir, 1/161. Al-Hafiz Ibn Hibban memandang hadith ini sahih.

3.Al-Hafiz al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menghilangkan dari seorang muslim satu kesusahan, Allah Ta’ala menjadikan baginya pada Hari Qiyamat dua cabang cahaya di atas Titian Sirat…”. al-Tabarani, Al-Awsat, hadith 4504.

4.Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang berjalan untuk membantu keperluan saudaranya yang muslim, Allah menaunginya dengan 75,000 malaikat yang mendoakan untuknya, berpanjangan ia diberi rahmat sehingga selesai, Apabila selesai ia mendapat pahala sekali haji dan umrah.” Dari Abu Huraira dan Ibn ‘Amru. al-Tabarani, Al-Awsat, hadith 4396.

5.Dari Anas ibn Malik ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membantu orang yang dalam kesusahan, Allah menulis baginya 73 pahala. Dengan satu pahala darinya Allah membaikkan urusan dunia dan Akhiratnya. 72 pahala lagi menaikkan darajatnya di syurga.” Abu Ya’la dan al-Bazzar.

Baca juga artikel dalam web ini bertajuk: Bagaimana Melintasi Titian Sirat

Mengasihi Muslimin

Mengasihi Muslimin

Dari Mu`awiyah ibn Haydah ra, Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya sedekah rahsia memadamkan kemurkaan Tuhan, dan sesungguhnya perbuatan-perbuatan makruf memelihara dari kesudahan-kesudahan buruk (su’ul khatimah). Sesungguhnya menyambung hubungan keluarga yang putus (silaturrahim) menambah umur dan mengelakkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebut La hawla wala quwwata iulla billah kerana sesungguhnya ia satu harta dari harta-harta syurga, di dalamnya ada ubat bagi setiap penyakit, yang paling ringan ialah dapat menghilangkan kemurungan.” Al-Tabarani, al-Awsat, hadith 943.

Mu`awiyah ibn Haydah ialah al-Qushayri, sahabi r.a., menetap di Basrah dan meninggal di Khurasan, beliau ialah datuk Bahz ibn Hakim.

Uzlah dan Iktikaf

Kelebihan Iktikaf dan ‘Uzlah

Kelebihan ‘uzlah dan pahala i`tikaf

1. Al-Imam al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Abbas ra, “Sesiapa yang berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, maka itu lebih baik baginya dari iktikafnya sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari wajah Allah (keredhaan Allah), nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari Api Neraka Jahannam sejauh 3 parit, setiap lebih jauh dari perjalanan langit dan bumi.”

Al-Tabarani, al-Mu`jam al-Awsat, hadith 7326.; al-Bayhaqi.
Berkata al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami, isnadnya jayyid. Berkata al-Hakim sahih al-isnad. Lihat Majma` al-Zawa’id, Kitab al-Birr wa al-Silah, jld 8, ms 251.

2.Iktikaf Nabi saw
i. 10 hari terakhir ramadah ,
ii. 20 hari bulan Ramadahan
iii. Nabi Iktikaf 20 hari dalam bulan Shawwal.
iv. Iktikaf sebulan. Hadith Sahih.

3.Al-Imam al-Sha`rani menukilkan, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadan, maka mendapat pahala 2 haji dan 2 kali umrah. Sesiapa yang iktikaf di dalam masjid antara maghrib dan isya’ tanpa bercakap-cakap dengan sesiapa, memenuhkannya dengan solat dan al-Quran, maka Allah membinakan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

4.Al-mu`takif huwa ya`takif al-zunub. Uzlah iktikaf dalam membantu untuk tafakkur, muhasabah, istighfar, menenangkan hati, mengelakkan diri dari dosa mengumpat, perbuatan2 jahat, kata-kata jahat, mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati. Mengurang kecintaan dan kerakusan terhadap dunia. Merehatkan jasad dan hati, selamat dari rakan-rakan jahat. Memelihara mata dari melihat yang haram dan kilauan dunia yang melalaikan. Lebih membantu untuk beribadah, mengingati Akhirat, solat sunat, puasa, membaca al-Quran, membaca hadith, membaca kitab, berzikir ,. Tidur seorang mu`takif juga dikira ibadah.

5.Alangkah nikmatnya iktikaf bagi alim dan abid, tiada uzlah melainkan untuk mereka berdua, “Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian, lalu mengalir airmatanya.” “Seorang lelaki di lereng atau puncak bukit, beribadah kepada Tuhannya dan selamat manusia dari kejahatannya.” dalam satu riwayat “…ia bersolat dan menunaikan zakat” dalam lain riwayat “…sehingga dating kematiannya.” Sahihayn. Berkata Muaz ibn Jabal, Seorang lelaki yang duduk dirumahnya mendapat rahmat dari Tuhannya.

6.Al-Hafiz al-Tabarani dalam al-Kabir mengisnadkan dengan sanad jayyid dari Mu`adh ibn Jabal ra, RAsulullah saw bersabda, “5 perkara sesiapa melakukannya, ia berada dalam jaminan Allah (memasuki syurga); sesiapa yang menziarahi orang sakit, keluar mengiringi jenazah, keluar berperang, atau menemui imam (pemimpin) untuk membantunya atau memuliakannya, atau duduk di rumahnya lalu orang ramai selamat darinya dan ia selamat dari orang ramai.” Al-Kabir 2/37. Al-Haythami, Kashf al-Astar, hadith 1649.

ustazabid.wordpress.com, annuriyy@yahoo.com, ustazabid.blogspot.com

Kelebihan Iktikaf dan 'Uzlah

Kelebihan ‘uzlah dan pahala i`tikaf

1. Al-Imam al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Abbas ra, “Sesiapa yang berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, maka itu lebih baik baginya dari iktikafnya sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari wajah Allah (keredhaan Allah), nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari Api Neraka Jahannam sejauh 3 parit, setiap lebih jauh dari perjalanan langit dan bumi.”

Al-Tabarani, al-Mu`jam al-Awsat, hadith 7326.; al-Bayhaqi.
Berkata al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami, isnadnya jayyid. Berkata al-Hakim sahih al-isnad. Lihat Majma` al-Zawa’id, Kitab al-Birr wa al-Silah, jld 8, ms 251.

2.Iktikaf Nabi saw
i. 10 hari terakhir ramadah ,
ii. 20 hari bulan Ramadahan
iii. Nabi Iktikaf 20 hari dalam bulan Shawwal.
iv. Iktikaf sebulan. Hadith Sahih.

3.Al-Imam al-Sha`rani menukilkan, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadan, maka mendapat pahala 2 haji dan 2 kali umrah. Sesiapa yang iktikaf di dalam masjid antara maghrib dan isya’ tanpa bercakap-cakap dengan sesiapa, memenuhkannya dengan solat dan al-Quran, maka Allah membinakan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

4.Al-mu`takif huwa ya`takif al-zunub. Uzlah iktikaf dalam membantu untuk tafakkur, muhasabah, istighfar, menenangkan hati, mengelakkan diri dari dosa mengumpat, perbuatan2 jahat, kata-kata jahat, mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati. Mengurang kecintaan dan kerakusan terhadap dunia. Merehatkan jasad dan hati, selamat dari rakan-rakan jahat. Memelihara mata dari melihat yang haram dan kilauan dunia yang melalaikan. Lebih membnatu untuk beribadah, mengingati Akhirat, solat sunat, puasa, membaca al-Quran, membaca hadith, membaca kitab, berzkkiir ,. Tidur seorang mu`takif juga dikira ibadah.

5.Alangkah nikmatnya iktikaf bagi alim dan abid, tiada uzlah melainkan untuk mereka berdua, “Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian, lalu mengalir airmatanya.” “Seorang lelaki di lereng atau puncak bukit, beribadah kepada Tuhannya dan selamat manusia dari kejahatannya.” dalam satu riwayat “…ia bersolat dan menunaikan zakat” dalam lain riwayat “…sehingga dating kematiannya.” Sahihayn. Berkata Muaz ibn Jabal, Seorang lelaki yang duduk dirumahnya mendapat rahmat dari Tuhannya.

6.Al-Hafiz al-Tabarani dalam al-Kabir mengisnadkan dengan sanad jayyid dari Mu`adh ibn Jabal ra, RAsulullah saw bersabda, “5 perkara sesiapa melakukannya, ia berada dalam jaminan Allah (memasuki syurga); sesiapa yang menziarahi orang sakit, keluar mengiringi jenazah, keluar berperang, atau menemui imam (pemimpin) untuk membantunya atau memuliakannya, atau duduk di rumahnya lalu orang ramai selamat darinya dan ia selamat dari orang ramai.” Al-Kabir 2/37. Al-Haythami, Kashf al-Astar, hadith 1649.

Kelebihan Iktikaf dan ‘Uzlah

Kelebihan ‘uzlah dan pahala i`tikaf

1. Al-Imam al-Tabarani mengisnadkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Abbas ra, “Sesiapa yang berjalan bersama saudara muslim untuk memenuhi keperluannya, maka itu lebih baik baginya dari iktikafnya sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf sehari kerana mencari wajah Allah (keredhaan Allah), nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari Api Neraka Jahannam sejauh 3 parit, setiap lebih jauh dari perjalanan langit dan bumi.”

Al-Tabarani, al-Mu`jam al-Awsat, hadith 7326.; al-Bayhaqi.
Berkata al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami, isnadnya jayyid. Berkata al-Hakim sahih al-isnad. Lihat Majma` al-Zawa’id, Kitab al-Birr wa al-Silah, jld 8, ms 251.

2.Iktikaf Nabi saw
i. 10 hari terakhir ramadah ,
ii. 20 hari bulan Ramadahan
iii. Nabi Iktikaf 20 hari dalam bulan Shawwal.
iv. Iktikaf sebulan. Hadith Sahih.

3.Al-Imam al-Sha`rani menukilkan, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadan, maka mendapat pahala 2 haji dan 2 kali umrah. Sesiapa yang iktikaf di dalam masjid antara maghrib dan isya’ tanpa bercakap-cakap dengan sesiapa, memenuhkannya dengan solat dan al-Quran, maka Allah membinakan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

4.Al-mu`takif huwa ya`takif al-zunub. Uzlah iktikaf dalam membantu untuk tafakkur, muhasabah, istighfar, menenangkan hati, mengelakkan diri dari dosa mengumpat, perbuatan2 jahat, kata-kata jahat, mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati. Mengurang kecintaan dan kerakusan terhadap dunia. Merehatkan jasad dan hati, selamat dari rakan-rakan jahat. Memelihara mata dari melihat yang haram dan kilauan dunia yang melalaikan. Lebih membnatu untuk beribadah, mengingati Akhirat, solat sunat, puasa, membaca al-Quran, membaca hadith, membaca kitab, berzkkiir ,. Tidur seorang mu`takif juga dikira ibadah.

5.Alangkah nikmatnya iktikaf bagi alim dan abid, tiada uzlah melainkan untuk mereka berdua, “Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian, lalu mengalir airmatanya.” “Seorang lelaki di lereng atau puncak bukit, beribadah kepada Tuhannya dan selamat manusia dari kejahatannya.” dalam satu riwayat “…ia bersolat dan menunaikan zakat” dalam lain riwayat “…sehingga dating kematiannya.” Sahihayn. Berkata Muaz ibn Jabal, Seorang lelaki yang duduk dirumahnya mendapat rahmat dari Tuhannya.

6.Al-Hafiz al-Tabarani dalam al-Kabir mengisnadkan dengan sanad jayyid dari Mu`adh ibn Jabal ra, RAsulullah saw bersabda, “5 perkara sesiapa melakukannya, ia berada dalam jaminan Allah (memasuki syurga); sesiapa yang menziarahi orang sakit, keluar mengiringi jenazah, keluar berperang, atau menemui imam (pemimpin) untuk membantunya atau memuliakannya, atau duduk di rumahnya lalu orang ramai selamat darinya dan ia selamat dari orang ramai.” Al-Kabir 2/37. Al-Haythami, Kashf al-Astar, hadith 1649.

Mengasihi Muslimin

Dari Mu`awiyah ibn Haydah ra, Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya sedekah rahsia memadamkan kemurkaan Tuhan, dan sesungguhnya perbuatan-perbuatan makruf memelihara dari kesudahan-kesudahan buruk (su’ul khatimah). Sesungguhnya menyambung hubungan keluarga yang putus (silaturrahim) menambah umur dan mengelakkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebut La hawla wala quwwata iulla billah kerana sesungguhnya ia satu harta dari harta-harta syurga, di dalamnya ada ubat bagi setiap penyakit, yang paling ringan ialah dapat menghilangkan kemurungan.” Al-Tabarani, al-Awsat, hadith 943.

Mu`awiyah ibn Haydah ialah al-Qushayri, sahabi r.a., menetap di Basrah dan meninggal di Khurasan, beliau ialah datuk Bahz ibn Hakim.

Post Navigation