Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Hayat al-Sahabah”

Kerosakan Aqidah Sufiyyah

Dalam agama sufi, ambilan mereka ialah dari falsafah jahmiyyah dan syiah batiniyyah iaitu gabungan antara penyucian rohani dan kepercayaan ALLAH masuk ke dalam tubuh. Ini mereka nama sebagai wusul, ma’rifat dan maqam haqiqat. Untuk sampai ke maqam sesat ini, perlu bertariqat, ber’uzlah, menari, berzikir2 dengan zikir-zikir palsu hasil rekaan guru yang sesat. (Sebenarnya zikir-zikir sesat itu diwahyukan oleh syaitan kepada guru-guru tariqat yang sesat, haqiqatnya guru tariqat itu adalah taghut dan syiatan). Menurut mereka, Ketika sampai maqam sesat ini, tiada lagi syariat halal dan haram! Ini kufur!

Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Salafiyyah, Allah itu di atas langit ketujuh di atas ArasyNYA, manakala yang berada di mana-mana ialah ilmuNYA, qudratNYA, penglihatanNYA dan pendengaranNYA. Ini pegangan Nabi saw dan para sahabat (salaf).

Fahaman sesat sufiyyah ini diambil dari ajaran sesat qaramitah dan syiah batiniyyah. Hallaj seorang zindiq menyamakan Allah dengan manusia, anak lembu, babi dan anjing. Lihat Ibn ‘Arabi, Futuhat Makkiyyah , ms 43.

Ini dinamakan wahdatul wujud dan hulul yang lebih kafir dari yahudi dan nasrani. Dalam kepercayaan kristian, Allah hanya masuk ke dalam tubuh ‘Isa dan dalam yahudi, diajarkan kesesatan bahawa ‘Uzayr anak Allah. Tetapi dalam agama sufiyyah, diajarkan bahawa Allah itu masuk ke dalam seluruh makhluk, berada di setiap tempat seluruh alam. !!

Penipuan Kenduri Arwah

Penyembah kenduri arwah yang lahap.

Golongan pondokiyyah yg bid’ah dan penipu mencari makan, nama dan kemegahan menggunakan agama.
Pengharaman kenduri arwah telah sabit dengan
1. hadith sahih
2. ijma’ sahabah
3. akal yang sihat
4. fitrah yang bersih

Tetapi mrk menipu mgkin kerana bodoh atau takabbur jumud beku dan taksub yg terkutuk
mrk mngatakn kononnya perkara ini khilaf membawa hadith daif lagi palsu dengan tambahan da’i imra’atih, sdgkan yang sahih ialah da’i imra’atin min quraysh dan da’i imra’ah shj tanpa idafah.
Mrk memg ada dalil tapi pendalilan mrk batil dan sesat, menggnakan hadith daif dan meletakkan hadith itu bukan pada maksudnya yang sebenar.
الحديث رواه أحمد وأبو داود ، ولفظ أبي داود (دَاعِي امْرَأَةٍ) ولفظ أحمد : (دَاعِي امْرَأَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ) .م
وقد نبه في تحفة الأحوذي على أن الحديث وقع في مشكاة المصابيح بلفظ (داعي امرأته) قال : وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح : (داعي امرأةٍ) بغير الإضافة اهـ .
وعلى هذا لا يصح الاستدلال بهذا على جواز صنع أهل الميت طعاما .

Kahwin Muda yang diabaikan Umat

Zawaj Mubakkir.

Zawaj mubakkir atau ‘kahwin muda’ adalah Sunnah para Nabi dan salafussalih. Para salaf menikahkan anak2 perempuan mereka sebelum baligh kepada lelaki2 salih. Umat Islam telah menyalahi salaf dalam perkara ini. Sedangkan Nikah Muda sabit dalam al-Quran, al-Hadith, al-Ijma’ dan maslahah.

1.Dalil al-Quran. Antara dalil al-Quran ialah ;
Firman Allah
وَالْلآئِي يَئَسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتِهِنَّ ثَلاَثَةُ أَشْهُرٍ وَالْلآئِي لِمْ يَحِضْنَ[الطلاق:]
“Dan perempuan-perempuan yang tidak lagi haid dari isteri-isteri kamu – sekiranya kamu ragu, – maka ‘iddah mereka adalah 3 bulan begitu juga ‘iddah bagi perempuan –perempuan yang belum haid…” al-Talaq: ayat 4.
Allah menjadikan bagi perempuan yang belum haid iaitu isteri2 kecil berlaku ke atas mereka hukum nikah, talaq dan ‘iddah. Ini tidak berlaku melainkan dengan adanya perkahwinan .

Firman Allah,
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَاب لَكُمْ مِنْ الْنِّسَاءَ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ[النساء:3]
Berkata ‘Aishah radhiyallahu ‘anha, “Wahai anak kakakku (‘Urwah ibn Zubayr), ini adalah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Ia suka kepada nya kerana hartanya dan kecantikannya. Lalu ia mahu menikahi anak yatim itu tanpa memberikan maharnya, lalu mereka dilrang berbuat demikian melaikn mereka mestilah memberi mahar yang paling tinggi seperti wanita-wanita lain yang ia kahwini.” Muttafaq ‘alayh. .

Ini menunjukkan disyariatkan mengahwini perempuan yang belum baligh, kerana setelah balighah, perempuan tidak lagi disebut yatim.

Firman Allah,
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاء الْلآتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ [النساء: 127 ].
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: “Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka;…” (al-Nisa’: ayat 127)

قالت أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها: هي اليتيمة تكون في حجر الرجل قد شركته في ماله فيرغب عنها أن يتزوجها ويكره أن يزوجها غيره، فيدخل عليه في ماله فيحبسها، فنهاهم الله عن ذلك. متفق عليه
Aishah r.a. ibu orang-orang beriman berkata, “Ini ialah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Dia tidak mahu mengahwininya dan tidak mahu menikahkannya kepada lelaki lain.dia mengambil harta yatimah itu menjadi hartanya. Lalu Allah melarang mereka dari berbuat demikian.” Sahih. Muttafaq ‘alayh.

2.Dalil Sunnah.

Dalil dari Sunnah ialah perbuatan Nabi saw yang mengahwini Aishah.
في الصحيحين عن عائشة رضي الله عنها قالت: تزوجني النبي صلى الله عليه وسلم وأنا ابنة ست، وبنى بي وأنا ابنة تسع.
Sabit dalam Sahihayn Aishah r.a. berkata, “Nabi saw mengahwini saya ketika saya berumur enam tahun dan bersama dengan saya ketika berumur Sembilan tahun.” Sahih.

3.Ijma’ .

Ramai ulama telah menukilkan ijma’ dalam perkara ini yakni keharusan menikahkan anak perempuan yang masih kecil, yang mengaqadkannya ialah ayahnya (dan menurut al-Shafii dan lain2 juga datuknya sebelah ayahnya).

Berkata Ibn Qudamah dalam al-Mughni, “Ada pun keharusan menikahkan perempuan yang masih kecil (oleh ayahnya) maka ini harus tanpa khilaf.”

Ibn al-Mundhir berkata, “Ahli ilmu yang mu’tabar telah ijma’ bahawa harus seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang masih kecil kepada lelaki yang sekufu’, walau anak itu tidak mahu dan enggan.” (Berkata al-Baghawi, Tetapi tidak boleh disetubuhi melainkan setelah baligh dan mampu bersama dengan suaminya).

4.Amalan para Sahabat.

‘Ali r.a. telah mengahwinkan anaknya Umm Kulthum dengan ‘Umar al-Khattab r.a. dan Ummu Kulthum telah melahirkan anak sebelum kewafatan Nabi saw. ‘Umar mengahwininya sebelum Ummu Kulthum baligh.

Zubayr r.a. telah mengahwinkan anak perempuannya yang masih kecil ketika baru dilahirkan. Lihat Sunan Sa’id ibn Mansur dan Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf dengan sanad sahih.

al-Shafi’i dalam al-Umm berkata, Ramai sahabat yang mengahwinkan anak perempuan ketika masih kecil.

5.Maslahah

Dalam kahwin muda terdapat maslahah yang banyak dan dapat menolak pelbagai mafsadah. Antaranya Maslahah sakan, mawaddah, rahmah, ‘iffah, dan ihson. Meramaikan umat Nabi saw. Menjauhkan dari bahaya mafsadah zina dan pelbagai kerosakan.

Melewatkan perkahwinan anak-anak perempuan adalah bid’ah dan menyalahi amalan salaf, akibat idea pembaratan dan kemasukan undang-undang sekuler yang mengakibattkan kefahaman dan adat yang baik mjd rosak. Dengan lewat berkahwin, berlaku pendedahan aurat, pelbagai kekejian, lemah amalan agama, kerosakan pemuda, dan akhlak.

Lewat nikah menghilangkan sakan (ketenangan), mawaddah, rahmah, ‘iffah, juga ihson, dan menyebabkan kurang jumlah umat Nabi saw.

Kritikan Terhadap Tasawwuf Falsafi

Sangat ramai pemuda dan ahli maksiat ingin mendapatkan makrifatullah, mendekatkan diri kepadaNYA, dan bertaubat kepadaNya serta wusul ke hadratNYA. Kebanyakan mereka adalah orang -orang jujur dan baik yang benar-benar inginkan agama. Malangnya mereka tersalah jalan, berpaling dari jalan Kitab, Sunnah dan Ulama Salaf. Mereka mencari jalan pintas untuk mensucikan diri dan beragama dengan aliran tasawwuf falsafi bukan tasawwuf sunni.

Tasawwuf dalam sunnah adalah aqidah yang sahih, ilmu, akhlak yang tinggi, adab kepada Allah, mencintai dan merinduiNya, sopan santun sesama makhluk, cinta Akhirat melebihi dunia, jihad nafsu dan jihad di medan perang.

Tasawwuf falsafi yang batil pula hanya rekaan emosi, talbis iblis, campuraduk falsafah aristotle dengan pelbagai kerohanian agama-agama selain Islam dan fahaman zuhud majusi secara halus.

Antara kesilapan besar tasawwuf falsafi ialah

1. Kesesatan Hulul (kesesatan fahaman bahawa Allah masuk ke dalam jasad makhluk) dan Ittihad (kepercayaan bahawa Allah bersatu dengan makhluk). Mereka menyangka bahawa inilah makrifatullah yang dicari-cari oleh setiap muslim salik. Setelah mencapai maqam ini mereka percaya bahawa semua kewajipan syariah seperti solat, puasa, zakat dan haji telah gugur dan segala yang diharamkan seperti zina dan arak menjadi harus. Kegelinciran ini berlaku akibat menafikan sifat ‘Uluww dan Fawqiyyah (ketinggian) Allah Ta’ala di atas segala makhluk. Dikatakan Ibn ‘Ataillah al-Sakandari (w.709H) berfahaman seperti ini tetapi dinafikan oleh Sa’id Hawwa dalam al-Mudhakkirat (ms 478).
2. Dakwaan kemuncak tauhid ialah rububiyyah.

Aliran tasawwuf falsafi mendakwa kesaksian Tawhid Rububiyyah sebagai matlamat terakhir dalam bersuluk,bukannya
tawhid Uluhiyyah, serta mendakwa Pengguguran Taklif Agama apabila mencapai maqam-maqam kerohanian tertentu. Dalam ajaran aqidah Ahl Sunnah dan tasawwuf sunni, telah ditegaskan bahawa hakikat dan intipati ‘ubudiyyah yakni penghambaan diri kepada Allah atau beribadat kepadaNya ialah melaksanakan amalan-amalan yang dicintai oleh Allah, sama ada amalan wajib ataupun amalan sunat, dan meninggalkan amalan-amalan yang dilarang oleh Allah.

Ini bermakna penghayatan kepada tawhid Uluhiyyah merupakan teras, asas dan dasar dalam pembinaan hubungan antara manusia dan Allah di mana, dalam konteks ini, tawhid Rububiyyah merupakan “alasan dan faktor teras” yang mewajarkan serta menjustifikasikan penghayatan tawhid Uluhiyyah. Dengan bahasa yang lebih mudah, manusia wajar dan selayaknya beribadat kepada Allah kerana Allah mencipta mereka dan mentadbir kehidupan mereka. Berasaskan kepada hakikat ini, matlamat yang ingin dicari di sebalik  perlaksanaan amalan-amalan ibadat ialah untuk memperkukuhkan penghayatan tawhid Uluhiyyah dan tawhid Rububiyyah secara bersepadu dan tidak terpisah, bukannya memperkukuhkan tawhid Rububiyyah semata-mata sehingga mengabaikan tuntutan tawhid Uluhiyyah.

Lantaran itulah Ulama Hadith menolak dengan sekeras-kerasnya sikap segolongan ahli-ahli Tasawwuf 
yang tersasar menjadikan tawhid Rububiyyah sebagai “matlamat terakhir lagi tertinggi” yang dicari di dalam suluk (perjalanan kerohanian) mereka sehingga ke satu tahap di mana mereka akhirnya menjustifikasikan perbuatan meninggalkan perintah-perintah Allah.
Tidak diragui lagi bahawa jiwa yang telah fana’ di dalam melihat dan merasai Qada’ dan Qadar Allah
– iaitu merasai kuasa Tuhan yang melakukan serta menggerakkan segala-galanya dan segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah semata-mata, sehingga manusia sewajarnya pasrah dan menyerah-diri kepada ketentuan Tuhan – telahmenyebabkan ramai dari kalangan ahli-ahli Tasawuf meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah dan melakukan apa yang dilarangNya, maka ekoran dari sikap ini, mereka telah tergolong dari kalangan orang-orang yang derhaka dan fasik terhadap Allah, dan boleh jadi juga menjadi kafir terhadap Allah…”

Ramai dari kalangan mereka (ahli Suluk) berbicara mengenai pencapaian “hakikat” namun hakikat yang mereka maksudkan adalah  haqiqat kawniyyah ” [hakikat menyaksikan rububiyyah Allah] yang diyakini bersama oleh orang Kafir dan orang Islam, orang yang salih dan yang fasik. Malah Iblis dan ahli Neraka juga mengakui Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir mereka.

Kerana itu menurut ulama tasawwuf sunni, sesiapa yang keimanannya hanya terhenti pada hakikat Kawniyyah ini di mana dia tidak melaksanakan “Haqiqat Diniyyah” yang menuntut pengabdian dirinya kepada Allah dan perlaksanaan perintah-perintah Allah, maka dia adalah termasuk dari kalangan pengikut Iblis dan ahli Neraka, sekalipun mungkin dia menyangka bahawa dirinya adalah dari kalangan wali-wali Allah yang “khusus” dan dari kalangan ahli Makrifah dan Tahqiq yang berhak dikecualikan dari hukum-hakam perintah dan larangan Agama. Malah inilah antara bentuk kekufuran yang tersangat jahat dan buruk. Terdapat juga segolongan lagi dari kalangan ahli-ahli Sufi dan Suluk yang mendakwa bahawa sesiapa yang telah mencapai hakikat makrifatullah maka segala taklif-taklif agama yang wajib tidak lagi menjadi wajib pada diri mereka. Menurut kefahaman golongan ini, perintah dan larangan Agama hanya diwajibkan ke atas sesiapa yang merasakan bahawa mereka yang melakukan serta menggerakkan perbuatan-perbuatan mereka. Maka sekiranya seseorang itu telah mencapai tahap keimanan danmakrifat Allah yang tinggi sehingga dirasakan benar-benar bahawa “Tuhan-lah yang mencipta dan menggerakkan segala perbuatannya” maka orang seumpama ini digugurkan dari kewajipan taklif agama.

Antara bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh golongan ini ialah apabila mereka mendakwa bahawa mencapai maqam al-yaqin  yang dinyatakan oleh Allah di dalam ayat (maksudnya), “Dan sembahlah Tuhan kamu sehinggalah kamu didatangi [dikuasai] oleh rasa keyakinan ” (al-Hijr: 99) merujuk kepada sesiapa yang telah mencapai hakikat makrifat Allah yang tertinggi, iaitu menurut acuan yang mereka dakwa dan ada-adakan secara dusta.
kenyataan dan tafsiran yang mereka lakukan ini adalah satu kekufuran yang amat jelas lagi nyata, sekali pun mungkin mereka tidak menyedari bahawa ianya adalah kekufuran. Sesungguhnya telah dimaklumi secara pasti dan tidak ada pertikaian [di kalangan para ulama] bahawa setiap perintah dan larangan Agama tidak akan tergugur dari sesiapa pun selama mana akalnya masih waras dan selagi belum mati. al-yaqin ialah kematian.

3. Menafikan Kewajipan “Bekerja, Berusaha dan Berikhtiar” dalam mencari kesejahteraan diri.
Amalan-amalan hati adalah daripada cabang-cabang keimanan kepada Allah yang perlu disuburkan di dalam jiwa setiap Muslim. Antara amalan-amalan hati tersebut adalah sifat “bertawakal kepada Allah” [pergantungan hati
yang mutlak kepada Allah] di dalam mencari kesejahteraan hidup. hakikat bertawakal kepada Allah, seperti yang dituntut di dalam Islam, tidak sewajarnyamenyebabkan seseorang Muslim mengabaikan kewajipan bekerja, berusaha dan berikhtiar. Malah, melakukan usaha dan ikhtiar adalah sebahagian daripada tuntutan agamadan perlaksanaan ibadat kepada Allah.Justeru, Ulama Sunnah menolak sikap segolongan ahli-ahli Sufi, tareqat dan Tasawuf yang mendakwa bahawa melakukan al-asbab, berusaha dan berikhtiar, hanyalah satu kewajipan yang ditaklifkan kepada “orang-orang Islam awam” sahaja. Sebaliknya, bagi mereka yang tergolong dalam kategori “orang-orang mukmin yang khusus”, yakni, mereka yang telah mencapai, menyaksikan serta merasai hakikat Rububiyyah Allah, maka kewajipan berusaha dan berikhtiar menjadi tidak menjadi wajib pada diri mereka.

Menurut Sunnah, ini merupakan suatu sikap dan kefahaman yang meleset dan salah kerana Allah
telah menentukan serta mentakdirkan segala perkara berlaku berasaskan kepada hukum sebab-musabab (bagi mencapainya), sebagaimana Allah telah menentukan bahawa kebahagiaan dankecelakaan hanya dicapai melalui sebab-musababnya. Maka berusaha dan berikhtiar adalah sebahagian dari apa yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya, maka kerana itu melakukannya adalah sebahagian dari ibadat kepadaNya.

Dalam Minhaj al-‘Abidin dan permulaan al-Hikam, al-Sakandari seolah-olah mengajak kepada tajrid (memusatkan hidup untuk ibadah semata-mata dan meninggalkan bekerja mencari rezeki). Sedangkan para salaf tidak menganggur seperti itu. Ini boleh menimbulkan salah faham dan kekeliruan masyarakat.

Walaupun segala yang berlaku itu adalah dengan kehendak Allah, kuasaNya dan perancanganNya, samada perbuatan yang baik ataupun perbuatan yang mungkar, namun ini tidak  bermakna seseorang Islam itu harus memperlihatkan sikap yang pasif terhadap realiti kehidupan,iaitu bersikap berserah, reda dan akur dengan segala perbuatan-perbuatan Allah sehingga membiarkan perbuatan dosa dan maksiat meliputi bumi atas dakwaan “berserah diri dan akur kepada kesemua kehendak dan ketetapan Allah”. Sekiranya ini terjadi maka adalah jelas bahawa golongan Islam ini tidak ubah seperti golongan Musyrikin yang menjustifikasikan amalan syirik mereka lalu berkata, sebagaimana al-Quran melaporkan, “Sekiranya Tuhan kehendaki  maka sudah pasti kami tidak menyembah sesuatu yang lain dariNya…” (al-An’am: 148).

4. Uzlah yang melampau dan menyeleweng.

Terdapat amalan uzlah yang bersifat wajib ataupun sunat, yang disyariatkan oleh Allah. Amalan berkhalwah, beruzlah dan pengasingan diri yang disyariatkan oleh Allah [al-infirad al-mashru`] maka beruzlah seumpama ini adalah daripada apa yang diperintahkan [didalam Islam], dan perintah tersebut boleh bersifat wajib ataupun sunat. Adapun ‘uzlah yang wajib
[yang wajib dilakukan oleh setiap muslim] maka ianya adalah seperti menjauhkan diridaripada perkara-perkara haram, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud, “…
Adapun uzlah yang sunat maka ianya adalah seperti mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang ramai  dalam perkara-perkara harus yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan [perkara yang sesia], maka inilah yang dikatakan “zuhud” dan ianya adalah mustahabb [sunat].

Untuk itu apabila seseorang muslim ingin mempelajari sesuatu ilmu atau ingin mempertingkatkan amalan-amalan salihnya lalu mengasingkan diri di tempat-tempat tertentu dengan tidak mengabaikan sembahyang berjemaah dan sembahyang Jumaat,maka amalan seperti ini adalah benar [tidak menyalahi syarak].

Adapun amalan-amalan berkhalwah yang dilakukan di tempat-tempat sunyi yang jauh daripada seruan azan,iqamah dan tidak juga didirikan sembahyang fardu secara berjemaah di situ, dan tempat-tempat tersebut boleh jadi bangunan-bangunan masjid yang telah ditinggalkan ataupun bukannya dimasjid seperti di gua-gua, bukit-bukit dan tanah perkuburan, maka berkhalwat di tempat-tempat seumpama ini akan hanya menghasilkan pengalaman kerohanian [yang dicetuskan oleh] syaitan[ahwal syaytaniyyah], yang mungkin dianggap oleh ahli-ahli ibadah tersebut sebagai karamah
dari sisi Allah.

5. Menjauhkan diri dari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadis
Antara kesan-kesan buruk yang akan berlaku apabila seseorang itusering beramal dengan amalan-
amalan ibadat yang bersifat “bid`ah” ialah Syaitan akan
menghiaskan di dalam hati seseorang itu rasa benci terhadap amalan-amalan ibadat yangdisyariatkan oleh Allah sehingga, mereka  merasa benci kepada ilmu-ilmu agama (syariah) yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadis.Kerana itu, Sepanjang sejarah, terdapat ramai dari kalangan orang-orang Sufi yang bersikap dingin terhadap ilmu Agama. Malah mereka tidak menganggap menuntut ilmu itu sebagai suatu kewajipan besar dan penting dalam proses tazkiyah al-nafs dan menghampirkan diri kepada Allah. al-Imam Abu al-‘Abbas menegaskan, “…ramai dari kalangan mereka (kaum Sufi) tidak menyukai golongan-golongan yang berbicara mengenai Syariat, ataupun al-Quran. Ini adalah kerana mereka merasakanbahawa apa yang dilakukan oleh mereka (golongan yang mencintai ilmu) menyalahi jalan dan metod yang mereka lalui, maka dengan sebab itu Syaitan akan menyemarakkan hati mereka agar terus menjauhkan diri dari ilmu dan golongan yang berilmu…”

 

6. Membataskan Amalan Ibadat Kepada Amalan zikrullah Semata-mata Dengan Mengabaikan Ibadat-Ibadat Asas Yang Lain.
Ulama Hadith sering menyatakan bantahan terhadap sikap segolongan shaykh-shaykh Sufi yang hanya menekankan kepentingan amalan zikrullah semata-mata dan secara khusunya ketika melakukan amalan berkhalwat. Mereka hanya menyuruh anak-anak murid mereka memberikan tumpuan yang paling khusus kepada amalan zikir semata-mata sehingga ke tahap di mana amalan-amalan ibadat asas yang lain – seperti solat jamaah, jumaat, sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, mengkaji dan menelaah hadis dan sebagainya diketepikan di dalam sistem pendidikan rohani mereka.
Memang benar dalam kalangan ahli-ahli ibadah yang berkhalwat tersebut ada yang 
berpegang teguh dengan “amalan-amalan ibadah yang disyariatkan” seperti bersembahyang,
berpuasa, membaca al-Quran dan berzikir. Namun kebanyakan mereka melakukan ibadat-ibadat yang tidak disyariatkan dan mereka juga [shaykh-shaykh tarekat] menyuruh para pengikut mereka yang berkhalwat [ashab al-khalawat] agar tidak melakukan sembahyang yang lain daripada sembahyang fardu yang lima, jangan membaca al-Quran, jangan mempelajari
hadis, sirah dan selain itu. Bahkan saya dapati ada yang meninggalkan solat secara mutlaq dan hanya berpada dengan istighfar di tengah malam.
Tarbiyah dan suluk para salaf berbeza dengan ahli bid’ah. Para salaf memulakan agama mereka dengan tauwhid, solat jamaah menghafaz al-Quran, mempelajari adab, hadith dan fiqh. Zuhhad salaf sangat terkenal sebagai penghafaz-penghafaz hadith.
7. Kesilapan Di Dalam Memahami Konsep “Reda Dengan Takdir Allah” dan meremehkan amalan berdoa.
Kitab al-Hikam mempunyai manfaat yang bayk. tetapi di dalam nya ada juga ungkapan bahaya seperti “talabuka minh ittiham lah” (Berdoa meminta kepadaNYA bermakna menuduhNYA). Ini sangat bersalahan dnegan Kitab dan Sunnah yang menganjurkan doa kepada Allah. dalam doa ada tanda penghambaan keada Allah dan kerendahaan diri kpdNYA.
Tidak dinafikan bahawa “reda dengan ketentuan dan takdir Allah” termasuk daripada maqam-maqam terpuji yang seharusnya menjadi pakaian seorang mukmin. Namun perbincangan mengenai maqam reda ini menjadi keliru dan bercelaru bilamanaterdapat segelintir ahli-ahli Sufi yang berpendapat bahawa hakikat “reda dengan ketentuanTuhan” bermaksud reda dengan segala ketentuan dan takdir Allah tanpa pengecualian
yang melingkari hidup seseorang, samada ketentuan yang baik ataupun yang buruk.

Ini bermakna maqam reda yang tertinggi ialah apabila seseorang itu tidak lagi berdoa kepada Allah agar mengubah keadaan dirinya dari yang “tidak baik” kepada “yang baik”.

Malah yang lebih meleset, terdapat juga dari kalangan mereka yang berpendapat bahawa antara tuntutan terbesar maqam reda ialah seseorang itu tidak lagi memohon Syurgakepada Allah atau berlindung dengan Allah dari siksaan Neraka, sehingga ada dari kalangan
mereka yang berkata;  “Aku reda dengan segala apa yang Allah lakukan terhadap aku, dan aku sanggup menyalahi perintah Allah sehingga Allah menyiksa aku dan aku akan bersikap redadengan siksaanNya kerana di sinilah aku akan mencapai maqam reda dengan ketentuan Allah” (darajah al-rida bi qada’ihi). Inilah hakikat reda, menurut tafsiran mereka, yang menjadi amalan terbesar para awliya’.
Ini merupakan suatu pentafsiran yang cukup tersasar lagi meleset mengenai konsep reda dengan ketentuan Allah yang dituntut oleh Islam. Ini adalah kerana kefahaman seperti ini menyalahi perintah Allah yang menuntut seseorang Muslim agar sentiasa
 berusaha mengubah keadaan dirinya dari yang “tidak baik” kepada yang “baik” dan dari yang“baik” kepada yang “paling baik”, dan dalam konteks ini berdoa adalah sebahagian daripada
usaha dan ikhtiar seorang hamba. Menurut Sunnah, berdoa kepada Allah merupakansuatu ibadat dan ianya adakalanya bersifat wajib dan adakalanya bersifat sunat; kerana itu, tegas belia, dakwaan segolongan ahli Sufi bahawa berdoa kepada Allah merupakan sesuatu yang tidak selari dengan sifat reda dengan takdir Allah adalah amat meleset dan tidak benar. Begitu juga, memohon Syurga kepada Allah dan berlindung dengan Allah dari siksaan Neraka adalah di antara sebesar-besar doa yang disyariatkan oleh Allah, yang menjadi amalan para Nabi, para Siddiqin,
 para Syuhada’ dan para Salihin. Kerana itu berdoa seumpama
ini adalah daripada jalan para wali Allah dan apa yang mereka lakukan [para wali Allah] ini tidak akan terkeluar hukumnya samada wajib ataupun sunat.
Dalam menuju Allah, mereka telah tersasar dengan kesasaran yang  paling nyata. Maka sesungguhnya jalan menuju Allah [yang sebenarnya] ialah seseorang itu merelakan Allah terhadap dirinya [menjadikan Allah reda dan kasih terhadap dirinya] dan ini hanya boleh dicapai dengan melaksanakan apa-apa yang Allah cintai, bukannya dengan bersikap reda terhadap segala sesuatu yang berlaku. Maka sesungguhnya Allah tidak memerintahkan yang demikian dan tidak juga mencintai sikap yang sedemikian, sebaliknya, Allah membenci dan murka terhadap amalan-amalan tertentu yang dilarang di dalam SyariatNya, seperti berzina, mengumpat, membunuh, memakan riba dan sebagainya sekalipun perbuatan itu berlaku dengan keizinan dan kehendak Allah jua.
Maka pencapaian maqam wali Allah dan kehampiran dengan Allah ialah dengan anda bersehaluan sepenuhnya dengan Allah, iaitu anda mencintai apa yang Dia cintai dan membenci apa yang Dia benci. Maka sekiranya anda mencintai serta reda terhadap apa-apa yang Allah benci lagi murkai, maka anda adalah
musuhNya, bukan waliNya.
Maka perkara ini mesti diperhatikan kerana  ianya merupakan satu dasar yang besar [dalam masalah menuju Allah] yang ramai dari kalangan ahli-ahli ibadat [al-nussak], kaum sufi dan orang-orang awam yang telah tergelincir dan tersasar darinya reda dengan ketentuan Allah, yang akan menyampaikan manusia kepada Allah,  bukanlah reda yang akanmenyebabkan seseorang itu meninggalkan sesuatu yang wajib ataupun sesuatu yang mustahab.
 

Golongan sufi yang tersasar menyangka bahawa bersikap reda dengan tiap-tiap sesuatu yang terjadi itu adalah sifat yang dicintai oleh Allah serta diredaiNya, dan bahawasanya sikap seperti ini adalah di antara jalan-jalan terbesar para wali Allah. Maka mereka menjadikan maqam “redha dengan segala ketentuan Allah” dan redha di dalam semua keadaan sebagai satu jalan menuju Allah.

8. Zikir Yang Tidak Menepati Sunnah Nabi SAW

Seperti para ulama tasawuf dan tarekat yang lain, Ulama Hadith mengakui bahawa amalan zikrullah [mengingati Tuhan melalui lidah dan hati] adalah antara amalan ibadat yang paling asas dan pokok dalam menyampaikan seseorang kepada Allah. Namun Ulama Sunnah  sering menegaskan bahawa amalan zikrullah (termasuk selawat) hendaklah sebaik-baiknya berdasarkan lafaz yang diajar oleh Nabi SAW. Begitu juga ungkapan-ungkapan zikir, hendaklah merupakan ungkapan-ungkapan yang membawa kepada makna yang jelas, iaitu yang mengungkapkan keagungan dan ketinggian Tuhan, seperti lafaz : subhanallah [Maha suci Allah], alhamdulillah [seluruh kepujianbagi Allah], dan Allahu akbar [Allah yang Maha Besar] dan lain-lain. Ini kerana, semua ungkapan zikir yang disyariatkan oleh Allah merupakan ungkapan ayat  yang sempurna (kalam tamm)”.

 
Berasaskan kepada hakikat ini maka Ulama Sunnah tidak  bersetuju serta menyanggahi sikap segolongan ahli Sufi yang ada ketikanya merendah-rendahkan ungkapan zikir dan selawat yang dinukillkan daripada sumber-sumber nas yang sahih. Terdapat di kalangan mereka yang beranggapan bahawa zikir “la ilaha illallah” merupakan zikir bagi orang-
orang awam. Manakala zikir (ism mufrad) “Allah, Allah, Allah” merupakan zikir golongan yang “khusus”, dan zikir “
 Huwa, Huwa, Huwa (DIA)” merupakan zikir golongan yang “paling khusus” [golongan yang paling hampir serta teristimewa di sisi Allah]. Segala dakwaan yang dikemukakan oleh mereka ini merupakan dakwaan yang salah lagi meleset menurut syarak. Malah, menurut al-‘Izz Abd al-Salam, al-Sharbini dan al-San’ani, berzikir secara melafazkan al-ism al-mufrad (Allah Allah 1000 kali contohnya) adalah termasuk dari amalan bid`ah yang tidak disyariatkan oleh Allah. Sa’id Hawwa (1935-1989) menolak pendapat ini dan beliau memandang harus berzikir dengan ism mufrad. Lihat Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, ms 246.
Orang-orang yang mendakwa bahawa melafazkan “Allah” merupakan zikir bagi golongan “khusus” dan “Huw huw huw” bagi golongan yang “paling khusus” merupakan golongan yang sesat (al-dallun).
Di samping itu, lafaz-lafaz tersebut juga, seperti lafaz “Allah” ataupun “Huw” yang diulang-ulang dengan bilangan tertentu, bukanlah merupakan suatu kalam yang mufid (iaitu ungkapan ayat yang membawa kepada maksud yang jelas), dan tidak juga menunjukkan kepada aspek keimanan dan tidak juga kekufuran.Kerana itu menurut Ulama Sunnah, sekiranya seseorang itu mengulang-ulangi lafaz “Allah” sehingga ribuan kali sekali pun maka perbuatan tersebut tidak menyebabkan orang tersebut menjadi seorang mukmin (lam yasir bi dhalika mu’minan), dan tidak juga melayakkan dirinya untuk mendapat Syurga.
 
Sebaliknya, ungkapan-ungkapan zikir yang hendak diamalkan, hendaklah merupakan al-kalam al-tamm al-mufid , iaitu ungkapan-ungkapan ayat yang sempurna, yang mempunyai maksud dan pengertian yang jelas, seperti ungkapan-ungkapan zikir yang diriwayatkan dari Nabi SAW. al-Fatawa, 10/556.

al-Imam Abu al-‘Abbas al-Harrani berkata, “…yang kami maksudkan di sini ialah bentuk zikir yang disyariatkan oleh Allah adalah bentuk zikir yang bersifat “ungkapan ayat yang sempurna” (yang melambangkan sanjungan dan pujian kepada Allah). Inilah bentuk zikir yang akan memberi manfaat kepada hati, yang akan menghasilkan pahala [kepada pengamalnya], yang akan menghampirkan seseorang kepada Allah, yang akanmemperdalamkan makrifatullah [pengenalan seseorang terhadap Allah], menimbulkan rasa cinta dan takut kepada Allah.

Adapun berzikir dengan lafaz mufrad maka ianya merupakan satu amalan yang tidak bersandarkan kepada mana-mana “nas” [dalil al -Quran ataupun al-Sunnah]; kerana itu amat jauh sekali andainya kita mendakwa bahawa ianya adalah dari bentuk  zikir golongan-golongan yang “khusus” dan para Arif billah. Malah mengamalkan zikir -zikir tersebut merupakan wasilah yang akan menimbulkan serta mencetuskan berbagai-bagai bentuk bid`ah dan kesesatan, di samping ianya merupakan sebab yang akan melahirkan “tasawwur,hal-ehwal dan pengalaman rohani yang rosak, yang bersifat kufur kepada Tuhan’ (ahwal fasidah min ahwal ahl al-ilhad wa ahl al-ittihad.

Berzikir dengan melafazkan ism mufrad adalah tetap tidak digalakkan (ghayr mustahabb) sekalipun mungkin orang yang mengamalkannya dapat mencapai pengalaman-pengalaman kerohanian yang terpuji, seperti rasa cinta yang membara kepada Allah (wajd mahabbah) dan sebagainya. Walaubagaimana pun, sekiranya pengalaman keimanan yang terpuji

itu benar berlaku maka orang tersebut akan tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah tetapi pahala tersebut bukannya berasaskan kepada zikir ism mufrad yang dibaca, tetapi berasaskan kepada pengalaman keimanan tersebut yang menepati kehendak Syarak (al-wajd al-mashru`).
9. Dakwaan Mencintai Allah SWT Yang Tidak Diterjemahkan Dalam Bentuk Yang Menepati Syarak.
Konsep mahabbah Allah (rasa cinta dan kasih kepada Tuhan) adalah antara persoalan teras yang banyak dibincangkan oleh Ulama Sunnah. Ulama Hadith dan Sunnah sentiasa menegaskan keperluan dankepentingan
mahabbah Allah  dalam konteks pembinaan jiwa yang tulus antara manusia danTuhan. Antara intipati terpenting yang mendasari tuntutan al-`ubudiyyah lillah ialah rasa kasih dan cinta kepada Tuhan yang mengatasi segala rupa bentuk kecintaan. Intipati dan asas yang sahih kepada mahabbah Allah ialah tahqiq al-`ubudiyyah, iaitu merealisasikan pengabdian diri kepada Allah dengan melaksanakansegala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
 
Menurut Ulama Sunnah, kemanisan keimanan kepada Allah [halawah al-iman] adalahnatijah daripada rasa cinta kepada Allah di mana semakin sempurna kecintaan seseorang kepadaAllah maka semakin manislah keimanan yang dirasai.
Terdapat tiga “sifat jiwa” yang akan melonjak serta memacu seseorang
kepada Allah iaitu sifat cintakan Allah, takutkan Allah dan harapkan Allah di mana di antaraketiga-tiga sifat ini sifat cinta merupakan sifat yang paling kuat, dalam konteks memacu hati kearah Allah.
al-ubudiyyahdi dalam Islam merupakan kombinasi kepada dua elemen teras yang tidak boleh terpisah iaitu
menghinakan diri kepada terhadap Allah dan perasaan cinta kepada Allah. Walau bagaimana pun, rasa cinta dan kasih kepada Allah hendaklah sentiasa terpandu dan diarah oleh Syariat Allah [hukum-hakam syarak]. Rasa cinta kepada Allah hendaklah, pada masa yang sama, merangkumi rasa cinta terhadap perkara-perkara yang dicintai oleh Allah.
Ini bermakna, sekiranya seseorang itu menyintai sesuatu yang tidak dicintai oleh Allah maka inimenunjukkan bahawa rasa cintanya kepada Allah adalah tidak sempurna….”

Dalam konteks ini, Ulama Hadith dan Tokoh-tokoh Sunnah menyanggah secara tegas sikap segelintir ahli Sufi yangmendakwa bahawa mereka menyintai Allah namun pada masa yang sama mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Di tempat yang lain beliau menegaskan bahawaterdapat dari kalangan mereka yang mendakwa bahawa “kesempurnaan cinta kepada Allah”ialah apabila “seseorang itu menyintai segala sesuatu yang dicipta dan ditadbir oleh Allah, termasuk perlakuan kufur, fasik dan penderhakaan kepada Syariat. Berasaskan kepadakefahaman yang meleset ini maka ramai dari kalangan mereka yang mendakwa menyintai Allah (da`wa al-mahabbah lillah) namun pada masa yang sama mereka menyalahi Syariat Allah dan tidak mahu berjihad pada jalan Allah.

Kesimpulan.
Tasawwuf dan tariqat sufiyyah kini telah dicemari oleh unsur-unsur batil yang sangat bahaya kepada aqidah. Begitu juga buku-buku tasawwuf banyak bercampuraduk antara tawhid dan syirik, sunnah dan bidaah, kebenaran dan khurafat, makruf dan munkar. Justeru, guru dan buku agama mestilah dipilih dengan sangat teliti.

Antara buku tasawwuf yang bagus dibaca ialah Minhaj al-Qasidin, Madarij al-Salikin, al-Mustakhlas, Muzakkirat, Tarbiyatuna al-Ruhiyyah. Elakkan buku-buku pelampau yang mengajak kepada jalan-jalan yang menyalahi sunnah Nabi dan Sahabat.

Info: al-Imam al-Shafi’ei berkata, “Tidaklah seseorang bertasawwuf pada waktu pagi, melainkan pada waktu zuhur ia telah menjadi hilang akal.”

Puasa 9 hari terawal Zulhijjah

Sunat muakkadah puasa 9 hari terawal zulhijjah:
al-Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim berkata, yang dimaksudkan dalam hadith ialah puasa 9 hari (1-9 Zulhijjah hari ‘Arafah). hadith hasan sahih. al-Albani mengatakan sahih.

Hareez Faqiir: Hadith Hafsah r.anha,
“عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ .
dari Hafsah r.ha, berkata, “Bahawa Rasulullah saw biasanya berpuasa 9 hari Zulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Isnin pertama dan 2 khamis terawal.” Sahih Sunan Abi Dawuud. HR al-Imam Ahmad, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir dan al-Tahawi.

Kelebihan2 10 Zulhijjah.
1.Allah bersumpah dengannya (al-Fajr: 1-2) dengan menyebutnya sebagai (layalin ‘ashr).
2.Ia adalah hari zikrullah ayyam ma’lumat, Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas ayyam ma’lumat ialah 10 hari terawal Zulhijjah
(ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام) [الحج:28]
3.Nabi menyatakan 10 zulhijjah adalah hari2 dunia yg paling utama di dunia ini lbh utama dari jihad
عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ ” ، يَعْنِي : عَشْرَ ذِي الْحَجَّةِ ، قِيلَ : وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، قَالَ : ” وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ عُفِّرَ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ ” ، وَذُكِرَ عَرَفَةُ ، فَقَالَ : ” يَوْمُ مُبَاهَاةٍ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيَقُولُ : عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحينَ ، جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَسْأَلُونَ رَحْمَتِي ، وَيَسْتَعِيذُونَ مِنْ عَذَابِي وَلَمْ يَرَوْا ، فَلَمْ نَرَ يَوْمًا أَكْثَرَ عَتِيقًا وَعَتِيقَةً مِنَ النَّارِ ”
( [ رواه البزار وابن حبان وصححه الألباني]
yakni pahala segala amalan digandakan tanpa kecuali
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام ـ يعني أيام العشر ـ قالوا: يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء) [رواه البخاري].
4.Ada Hari ‘Arafah, hari keampunan dosa-dosa, hari pembebasan dari Api Neraka Jahannam.
5.Ada didalamnya kurban
6.Terhimpun ibadat2 besar di dalamnya, puasa, haji, umrah, sedekah, kurban, zikrullah, al-Fath Ibn Hajar.
Puasa Hari ‘Arafah menghapuskan dosa 2 tahun. Sahih Muslim.
(صيام يوم عرفة احتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده) [رواه مسلم
AMALAN2 SALIH DALAM BULAN ZULHIJJAH.
Bulan Zulhijjah ialah bulan lautan pahala, agar diterima segala amalan, wajib bertaubat terlebih dahulu dari segala dosa.
(وتوبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون( [النور:31]. Antara amalan salih yang patut dilakukan ialah
1.Berpuasa 1-9 zulhijjah
2.Berzikir, bertahlil, bertakbir dan bertahmid sebanyak-banyaknya
عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد) [رواه أحمد]

3.Membaca al-Quran sebanyak2nya
4.Bersedekah
5.Solat jamaah dan i’tikaf membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Ibn ‘Abbas menggalakkan orang ramai beriktikaf di masjid pada Hari ‘Arafah, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan berdoa.
6.Berkorban. bagi yang berkorban hendaklah ia tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 zulhijjah. Yang terbaik ialah ia menyembelih sendiri binatang korbannya.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ”
Dari Ummu Salamah, bahawasanya Nabi saw. bersabda, “Apabila telah masuk sepuluh hari Dzulhijjah sementara ada diantara kalian yang ingin berkurban maka janganlah ia memotong rambut dan permukaan kulitnya (bulu) sedikitpun,” (HR Muslim, Kitab al-Adahi, hadith 3660, 3662). Dalam Musnad al-Imam al-Shafiei r.a. no 368,
أَخْبَرَنَا الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حُمَيْدٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، فَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلا يَمَسَّنَّ مِنْ شَعَرِهِ وَلا مِنْ بَشَرِهِ شَيْئًا
KORBAN KONGSI AQIQAH.
Hukum asal tiada perkongsian dalam aqiqah.
KORBAN atau AQIQAH dengan AYAM.
Dalam Matla’, disebutkan aqiqah dengan ayam satu riwayat dari Ibn ‘Abbas. Ia bukan aqiqah yang sebenar, tetapi hanya dikira sedekah biasa.

Amalan Malam Jumaat dan Hari Jumaat

1. Membaca surah al-Kahf (110 ayat), Surah2 penting spt Taha, al-An’am, Yasin, al-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk.
2. Subuh Jumaat, solat jamaah, membaca surah al-Sajdah dan al-Insan. Dalam riwayat al-Bazzar disebutkan, sesiapa yang mendatanginya diampunkan dosa2nya.
3. Membaca surah al-Kahfi, atau mendengar bacaannya spt bacaan al-Minshawi

4.Hadir awal ke masjid untuk membaca al-Quran dalam solat sebanyak2nya dan mendengar khutbah.
Mandi, memakai wangian, memakai pakaian putih yang sesuai lagi baik dan cantik (bukan selekeh spt t-shirt lusuh atau pagoda). Allah SWT berkata,
(يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِد)) [الأعراف:31].
Wahai anak-anak Adam ambillah perhsan kamu ketika pergi ke setiap masjid…” Surah al-A’raf ayat 31. Ayat bukan semata2 menyuruh menutup aurat tetapi lebih dari itu iaitu bercantik2 ke masjid berhias2 di hadapan Allah Ta’ala.
5. Berdoa meminta keperluan dunia dan Akhirat.
6.Membanyakkan selawat setiap masa.
7.Bersedekah kepada org2 miskin
8.Berpuasa dengan digabungkan dgn hari Khamis atau Sabtu.

Amalan 29 Ramadhan 1433H dan ‘Idulfitri dan 2 Shawwal

1.Membayar Zakat Fitrah terus kepada faqir miskin
Setiap muslim dan muslimah dianjurkan agar segera membayar zakat fitrah, kpd faqir dan miskin satu cupak beras, tamar atau secupak gandum, sebagai ibadah wajib ke atas stp muslim, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, merdeka atau hamba, kaya atau miskin. Hinggakan janin dalam kandungan juga disunatkan zakat untuknya, tetapi tidak diwajibkan. Nabi saw bersabda,
أَغْنُوهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah makan mereka, janganlah biarkan mereka yang miskin dari meminta2 pada hari ini.” Dari Ibn ‘Umar r.anhuma berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat raya.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah selepas solat raya, maka ia telah berdosa, dan zakat fitrahnya dikira sebagai sedekah biasa.
Sekiranya orang kaya berzakat, maka zakat itu membersihkan hartanya dan puasanya, apabila seorang faqir berzakat, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih banyak.
Dari Jarir ibn ‘Abdillah radhiyaLLAHu ‘anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لا يُرْفَعُ إِلا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ
“Segala ibadat bulan ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ya’ni tidak diangkat ke langit di sisiNya (untuk diberikan keampunan), melainkan dengan membayar zakat fitrah.” HR al-Hafiz Ibn Shahin. Berkata Ibn ‘Abd al-Barr dlm al-Istizkar, jayyidul isnad.

2. Tidak Memungut Duit Orang ramai secara batil (cukai) Kununnya utk Jamuan Raya
Perkaitan antara sahur, iktikaf, puasa dan memakan yang haram sangat rapat, krn disebut dalam al-Quran secara berturut2 dalam ayat 187 dan 188 surah al-Baqarah.
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ 188
Buatlah jamuan raya, tetapi bukan dengan menungut wang orang ramai secara jahil, paksaan atau spt ugutan, kerana ini termasuk memakan harta orang ramai secara batil. Hanya Allah dan RAsul yang berhak memungut harta manusia,…dgn tujuan kegunaan fi sabilillah, biarlah jamuan raya ikhlas, walaupun kecil, tanpa mengambil harta manusia.
Ketahuilah, memungut duit org ramai tanpa darurat disamakan dengan memakan riba yang diharamkan. Di akhirat, mereka yang berbuat demikian akan diazab dengan azab yang amat pedih. Surah al-Nisa’ ayat 161.
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 161
Perbuatan itu juga adalah spt perbuatan para paderi yahudi dan rahib nasrani yang mengambil harta manusia secara batil, menghalng agama Allah dan menimbun2kn harta., maka gembirakanlah mrk dgn azab yang amat pedih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِـزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Oleh kerana telah berpaling jauh dr ilmu, krn sombong atau malu, maka memakan haram telah tidak terasa lagi. Kununnya atas nama taman, kelab dan pemerintah,..!. ingatlah, dalam hadith sahih disebutkan bhw pemungut cukai darahnya wajib ditumpahkan, ia adalah penghuni APi Neraka Jahnaanm..! Nabi saw juga menyatakan bhw, Berapa ramai orang yang menguruskan harta dan Rasulnya, mengikut keinginan nafsunya, tiada bagi nya di AKhirat melainkan Api Neraka.
Bertaubat berdoa dan menangisi Ramadhan dan umur yang semakin pendek.
Adalah golongan salaf berdoa dan menangis2 kpd Allah selama 6 bulan, memohon dari agar Allah menerima ibadah solat, puasa dan sedekah mereka pada bulan ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan dan kekurangan, temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yang akan datngg…, janganlah kami mati dan bertemu dgnMu dengan kecewa dan membawa dosa-dosa…amin ya rabbal ‘aalamin.

Selepas Maghrib, bertakbir hingga subuh sehingga sebelum solat raya ‘Eidulfitri

1 SHAWWAL : SOLAT EID
Solat Raya ini dianjurkan hatta kepada anak-anak dara dan perempuan2 yg haid agar sama2 mendengar khutbah dan berdoa bersama jamaah muslimin. Sunnah ini banyak dilalaikan oleh golongan muslimat.
Antara lain ialah: mandi raya, memakai wangian (untuk lelaki), memakai pakaian yang cantik, makan tamar sebelum solat raya, berjalan kaki ke masjid, pergi dan pulang masjid dengan jalan yang berlainan.

2 SHAWWAL. Mula puasa Shawwal 6 hari, kemudian puasa qadha’.

Post Navigation