Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 24, 2009”

Ibn Muhayriz

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Taqrib, Ibn Muhayriz al-Makki, al-Jumahi, anak yatim jagaan Abu Mahzurah, kemudian menetap di Bayt al-Maqdis, Palestin. Seorang yang thiqah dan abid.

Masuk ‘Abdullah ibn Muhayriz dalam sebuah kedai untuk membeli baju lalu dikatakan orang, “Ini Ibn Muhayriz! Layanlah ia dengan baik!”(iaitu murahkan harga untuknya). Berkata Ibn Muhayriz, “Kami membeli dengan duit kami, bukan dengan agama kami.!”

al-Khalifah ‘Abd al-Malik ibn Marwan mengumpannya dengan menghadiahkan seorang jariyah yang cantik ke rumah lalu ia lari dari rumah itu.

Apabila mati Ibn Muhayriz, berkata Raja’ ibn Haywah, “Saya anggap adanya Ibn Muhayriz menjadi sebab keselamatan penduduk bumi.”

Ibn Muhayriz apabila dipuji ia berkata, “Mana kamu tahu?”. Ibn Muhayriz berdoa “Ya Allah, saya minta kepadaMu agar tidak terkenal.”

Ibn Muhayriz menghabiskan hidupnya dengan jihad, solat yang banyak dan al-Quran. Beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 7 hari.

Berkata Khalid ibn Durayk, “2 sifat yang ada pada diri Ibn Muhayriz, ia tidak akan diam dari memperkatakan yang hak, tidak peduli kiranya ada orang marah atau suka. Ia sangat menyembunyikan segala amalan salihnya.”

Berkata Ibn Muhayriz, “Sesiapa yang berjalan di hadapan bapanya maka ia telah derhaka kepadanya, kecuali untuk membuang kotoran. sesiapa yang memanggil bapanya dengan namanya atau gelarannya, maka ia telah derhaka, kecualilah ia berkata, “wahai ayahku”.

Ibn Muhayriz mengisnadkan hadith dari Abu Sa’id, Mu`awiyah, Abu Mahzurah, Fadalah ibn ‘Ubayd dan lain-lain. Riwayatnya terdapat dalam semua Sunan. Beliau wafat ketika pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al-Malik pada tahun 99H.

Lihat al-Hafiz Abu Nu`aym al-Asfahani, Hilyat al-Awliya’.

Tafsir Ayat Hutang Surah al-Baqarah

KEWAJIPAN YANG TERABAI.

Tafsir Ayat 282 surah al-Baqarah

Firman Allah, “…walyumlil allazi alayhi al-haqq…” (al-Baqarah: 282). Maksudnya, “…dan mestilah menyebut (dengan lidah) orang yang atasnya haqq (iaitu orang yang berhutang)…”.

Shaykh Sa’id Hawwa dalam al-Asas Fi al-Tafsir, mengatakan bahawa walyumlil ialah orang yang berhutang hendaklah menyebutkan dengan lidahnya akan butir-butir hutang yang ditulis oleh seorang jurutulis, bersama 2 saksi serta pemiutang.

‘Lafaz dengan lidah’ apabila berhutang inilah yang jarang diketahui dan diamalkan oleh kebanyakan manusia. Oleh itu, hendaklah berhati-hati dalam hal ini.

Wassalam.

Fadilat Puasa Ashura

Dari ‘Ali r.a., Sesungguhnya Rasulullah saw berpuasa ‘Ashura’, dan menyuruh orang ramai agar berpuasa Ashura.” al-Imam Ahmad, al-Musnad, 1/192; Abdullah; al-Bazzar.

Dalam hadith lain, “…sesiapa yang telah makan tengahari, maka teruskan juga berpuasa selepas itu.”

Dari Ibn ‘Abbas r.a., Rasulullah saw bersabda, “…sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka seumpama berpuasa 30 hari.” al-Tabarani, al-Saghir, 2/71.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Ashura’ adalah raya seorang Nabi sebelum kamu, maka berpuasalah padanya.” al-Bazzar; Kashf al-Astar, hadith 1046.

Tanda 'Alim

Tanda Seorang ‘Alim

Malik ibn Dinar r.a. berkata,

“Seorang alim itu apabila kamu datang ke rumahnya sedangkan ia tiada di rumah, rumahnya akan menceritakan tentang dirinya. Kamu lihat sejadahnya, mushaf al-Qurannya, bekas wudhu’nya, kamu lihat kesan-kesan Akhirat.”

Faqir: Bolehkan dianggap alim orang yang mengabaikan solat dan solat jamaaah kerana sibuk dengan dunia?

Kenangan Bersama Kitab Terawal

Semasa kecil, Dia mengurniakan anugerahNya dengan mengajarkan kitab-kitab hidayah. Dia telah menggerakkan hati agar membaca. Kitab-kitab terawal ialah

1. Irshad al-‘Ibad oleh Shaykh Zayn al-Din al-Malbari

2.Riyad al-Salihin oleh al-Hafiz al-Imam al-Nawawi

3.al-Nasa’ih al-Diniyyah oleh al-Imam ‘Abdullah ibn ‘Alawi al-Haddad

4.al-Hikam oleh al-Imam Ibn  ‘Ata’illah al-Sakandari

5.Ihya’ oleh al-Imam Abu Hamid al-Ghazali

6.Tafsir al-Qurtubi

7.al-Asas Fi al-Tafsir oleh ‘Allamah Shaykh Sa`id Hawwa

8.Sunan al-Darimi, oleh al-Hafiz al-Imam ‘Abdullah ibn ‘AbdRahman al-Darimi

Yang jelas, buku-buku ini bukan ditemui dan diajarkan di sekolah-sekolah kebangsaan atau menengah kebangsaan!!


Post Navigation