Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 22, 2009”

Salafi Tulen

Akhlak Salafi Tulen

Berkata Yunus al-Sadafi, Saya tidak pernah temui orang yang lebih cerdik dari al-Shafi`i. Saya berdebat dengannya pada satu hari dalam satu masalah, kami berbeza pendapat, kemudian kami berpisah.!

Selepas itu beliau menemui saya dan memegang tangan saya lalu beliau berkata, “Wahai Abu Musa, tidak bolehkah kita terus bersaudara walaupun kita tidak sependapat dalam sesusuatu masalah?”

5 Sifat dan Amalan Salafi

5 amalan Salaf Ahl Sunnah

Al-Imam al-Awza`ei berkata, Para salaf dari kalangan sahabat dan tabiin sentiasa melakukan 5 perkara (5 amal ahl sunnah),

1. melazimi jamaah (ahli ilmu, imam dan jamaah muslimin),
2. mengikuti sunnah, (bukan akal, bid`ah)
3. memakmurkan masjid-masjid,
4. membaca al-Quran,
5. dan jihad. (ribat, dakwah dan jihad)

Salafi Apa?

SOALAN

Akm ust. Di tempat saya ada seorang pemuda yang mula mengikut aliran salafi tetapi tidak mahu hadir solat jamaah. Dia juga menyindir orang-orang alim yang ada di sekitar taman saya. Apa pandangan ustaz?

Sitiawan, Perak.

JAWAPAN

Menisbahkan diri kepada salafiyyah adalah nisbah yang sangat mulia. Semua pengikut Ahl Sunnah berbangga dengan salaf umat ini yang merupakan golongan terbaik umat yang mempunyai aqidah sahih dan amal yang bersih dari bid`ah.

Solat jamaah salah satu simbol terbesar ahl sunnah atau salaf dan tidak halal dipandang ringan oleh masyarakat awam muslimin, apalagi yang menamakan dirinya salafi. Meninggalkan jamaah tanpa sebarang uzur yang benar adalah dosa besar dan bid`ah yang buruk. Setiap ‘salafi palsu’ perlu meneliti semula hadith2 Nabi saw tentang solat jamaah dan membaiki diri.

Salafi tidak dilihat dengan dengan nisbah semata-mata. Tetapi dilihat dengan aqidah, ilmu, amal, akhlak mulia, pemikiran yang menyamai salaf. al-Imam al-Shafi`i berkata, setiap za`m (dakwa dakwi) adalah batil.

5 amalan Salafi

Al-Imam al-Awza`ei berkata, Para salaf dari kalangan sahabat dan tabiin sentiasa melakukan 5 perkara (5 amal ahl sunnah),

1. melazimi jamaah (ahli ilmu, imam dan jamaah muslimin),
2. mengikuti sunnah, (bukan akal, bid`ah)
3. memakmurkan masjid-masjid,
4. membaca al-Quran,
5. dan jihad. (ribat, dakwah dan jihad)

Perbuatan mengutuk mencela orang2 alim tanda bid`ah, sesat, jahil dan fanatik. Wassalam.

Kewajipan Perang

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda,

“Sesiapa yang mati dan dia tidak berperang, dan dia tidak pernah membisikkan jiwanya untuk berperang, ia mati di dalam satu cabang nifaq.” Abu Dawud, al-Sunan, al-Jihad, hadith 2141;  Muslim, al-Imarah;  al-Nasa’i, Kitab al-Jihad.

Fiqh al-Hadith.

1.Jihad adalah wajib dan wajib berniat untuk berperang.

2.Fuqaha menyatakan bahawa imam wajib melaksanakan jihad sekurang2nya sekali setahun

3.Semua negara umat Islam yang dirampas, wajib diambil semula.

4.Meninggalkan jihad qitali mengakibatkan nifaq dan Neraka Jahannam.

Post Navigation