Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Muhasabah”

Solat dan Sabar

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana ujian2 orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh pelbagai malapetaka (kefaqiran) dan kesengsaraan (penyakit2), serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada pada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menemui Allah s.w.t tanpa membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Abu ‘Isa al Tirmizi.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ujian Tanda Cinta. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-Ashajj ‘Abdul Qays;

“Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Advertisements

Syarat Keharusan Aqad Ijarah Berakhir Pemilikan

Majma’ al-Fiqh al-Islami (Majlis Fatwa Sedunia) meletak 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Iaitu :-
1. Terdapat dua aqad yang berasingan, dalam dua waktu yang berbeza. Aqad ijarah terlebih dahulu kemudian aqad bay’. Atau wujud wa’d (janji) untuk tamlik (serah milik) di hujung tempoh ijarah.
2. Ijarah benar-benar berlaku, bukan sekadar menutup jual beli.
3. Jaminan (daman) barang sewaan ke atra pemberi sewa (mu’ajjir), bukan ke atas penyewa (musta’jir). Oleh itu sebarang kerosakan yang bukan disebabkan oleh penyewa ditanggung oleh mu’ajjir.
4. Sekiranya aqad itu mengandungi insuran terhadap barang sewaan, wajib menggunakan ta’min ta’awuni (insuran kerjasama) bukan ta’min tijari, mesti ditanggung oleh pemilik yang menyewakannya, bukan ditanggung oleh penyewa.
5. Aqad ini wajib menepati semua hukum aqad ijarah biasa, dan menepati hokum-hukum bay’ ketika sudah dipindah milik.
6. Maintenance baikpulih yang non operasi atau perbelanjaan penyelenggaraan bukan operasi adalah ke atas pemilik iaitu pemberi sewa bukan atas penyewa sepanjang tempoh ijarah.

******************************************

Sekiranya kedua-dua aqad ditandatangani dalam masa yang sama, yakni barang sewaan disewakan kepada anda, dalam masa yang sama kamu memiliknya, ini tidak harus kerana menyalahi hokum-hakam ijarah dan tamalluk.
Sekiranya aqad bay’ berlaku selepas tamat tempoh sewaan maka ini harus selagi memenuhi syarat-syarat di atas.

dalam kes pembelian kereta, insurans mesti dibayar oleh bank sebenarnya, wajib.

kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian penyewa mesti dibiayai oleh bank

perbelanjaan dan keseelamatan enjin, cermin, ekon, lampu ke atas bank

تكون نفقات الصيانة غير التشغيلية على المؤجِّر لا على المستأجر طوال مدة الإجارة “.
وأما الصيانة التشغيلية ، ويراد بها ما تحتاجه الآلة للاستمرار في العمل كالزيت ونحوه ، فهذه تكون على المستأجر.

Benar. Ulama kontemporari berbeza pendapat dalam aqad ini.

Majlis Fatwa Ulama Besar Saudi.

Majlis Hay’at Kibar al-Ulama’ al-Sa’udiyyah menghukumkan ‘Aqd al-Ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik sebagai tidak harus kerana beberapa sebab.

Pertama, kerana mengumpul dua aqad dalam satu barang.

Kedua, Bayaran bulanan secara upah, tetapi penjual boleh mengambil barang itu semula kerana dianggap sebagai barang sewaan tanpa memulangkan kembali bayaran-bayaran lepas yang telah dibayar penyewa.

Ketiga, merosakkan golongan faqir dengan menekan mereka meminjam yakni berlaku timbunan hutang sehingga menjadi muflis. ‘Abd al-‘Aziz Alu al-Shaykh, Salih al-Luhaydan, Salih al-Fawzan, al-‘Uthaymin dan Bakr Abu Zayd.

 

Penceramah

1. Ramai penceramah glamour berterabur salah bila menyebut ayat alquran dan hadith krn lemahnya mrk dlm bahasa arab.

2. Tinggal di negara arab 5-10 tahun bkn hujjah kebenaran. Abu Jahl abu lahab dan unta2 lbh lama tinggal di negara arab.

3. Penyebar hadith palsu, pembantu mereka pencipta hadith2 palsu pembela ahli bid’ah pengaku yaqazah dilaknat Allah dan mrk dalam api neraka.

4. Budak2 muda mengaku ustaz, alim, ahli hadith, pakar hadith darul hadith. Kasihan

5. Menurut al malikiyyah dan al hanabilah : Binatang2 yg halal dimakan dagingnya, maka tahinya tidak najis. Org melayu patut memegang mazhab ini.

Hizb al-Tahrir

Satu firqah yang meyakini bahawa punca segala kehinaan umat Islam ialah kerana ketiadaan khilafah. Di asaskan oleh al-Nabhani, seorang lepasan al-Azhar berasal dari Palestine. Muhammad Taqi al-Din bin Ibrahim bin Mustafa bin Ismail bin Yusuf al-Nabhani (1909 – December 11, 1977) was the founder of the Islamist political party Hizb ut-Tahrir. Al-Nabhani belonged to Bani Nabahan and he came from a village by the name of Ajzam in Haifa in Northern Palestine. Al-Nabhani was born in the village of Ajzam 1909. Mengasaskan Partinya di beirut tahun 1948 dan meninggal di sana.

Aliran aqidah : maturidi bertaqlid kpd al-Razi dalam memuja akal secara melampau.

Antara bahaya tersembunyi Hizb al-Tahrir ialah

1. Mengutamakan akal ke atas wahyu (nass al-Quran dan al-Hadith). Mereka cenderung kepada aliran aqliyyah kuno (mu’tazilah). Bahkan mrk memuji2 tokoh2 mu’tazilah spt Wasil ibn ‘Ata’, ‘Amr ibn ‘Ubayd, Abu Hudhayl al-‘Allaf dan al-Nazzam. (Lihat Taqiyyuddin al-Nabhani, al-Shakhsiyyah)

2. Menolak hadith2 sahih bertaraf Ahaad sebagai sumber aqidah. al-Nabhani berkata, “Hadith2 Ahad bukanlah hujah dalam aqidah.” (Lihat al-Shakhsiyyah). Dikatakan mereka menolak hadith sahih tentang nikmat dan azab kubur juga kemunculan dajjal. Ini juga penyakit mu’tazilah.
al-Nabhani juga berkata;
“Jadi aqidah seorang muslim itu harus bersandar kepada akal atau pada sesuatu yang telah terbukti kebenaran dasarnya oleh akal. Seorang muslim wajib meyakini (menjadikan sebagai aqidah) segala sesuatu yang telah terbukti dengan akal atau yang datang dari sumber berita yang yakin dan pasti (qat’ei), iaitu apa yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan hadith mutawatir. Apa saja yang tidak terbukti oleh kedua jalan tadi, iaitu akal serta nash al qur’an dan hadits mutawatir, HARAM baginya untuk mengimaninya (menjadikan sebagai aqidah)…..”. (al-Nabhani, Nizam al-Islam, ms 12)

“… Khabar ahad tidak memiliki kedudukan pada urusan aqidah, (maka) sesungguhnya khabar ahad dengan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya menurut ilmu Usul al-Fiqh tidak menghasilkan kecuali zann (sangkaan tidak qat’ei), dan zann tidak diambilkira dalam bab aqidah (keyakinan).” (Taqiyyudin al-Nabhani, al-Shakhshiyah al-Islamiyah, (Beirut : al-Quds, 1953), cet. ke-2, Jilid 1, ms 129.)

3. Takrif Iman diambil dari jahmiyyah iaitu semata2 tasdiq yang jazim.

4. Bab Asma’ dan Sifat mereka mengikuti aliran al-Asha’irah iaitu ta’wil atau tafwidh mutlaq.

5. Mempunyai fahaman khawarij yg suka mengkafirkan muslimin dan berburuk sangka kpd mrk.

6. Mengambil taqiyyah dari syiah rawafidh, berbelit2 ttg hukum jihad, hukum halal haram demi mengambil hati golongan fasiq.

7. Tumpuan melampau terhadap khilafah sehingga terbabai tashih aqidah dan ibadah.

8. Fatwa2 fiqh pelik spt harus bersalaman dengan perempuan atau mencium, harus melihat gambar telanjang, memakai skirt dan keluar tanpa izin suami, muslim dibunuh balas krn membunuh kafir, perempuan harus mjd ahli parlimen dan qadhi (hakim mahkamah), dan harus taat khalifah walau menyalahi kitab dan sunnah. tidak wajib amr makruf nahi munkar sehingga tertegaknya khilafah.

Testimonial Pembaca buku Jalan Ke Syurga

TESTIMONIAL PEMBACA
Dr Abd Rahim Mohd Naam (KPM), “Rajin, lulus PhD.”
Dr Aderi (UKM), “Rajin.”
Ust Aizuddin, “Orang alim.”
Tengku Azia Farahin, “akm wbt, Alhamdulillah, saya mmmg cari buku Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith, buku ni sangat bermanfaat dan saya suka bacanya,…”.
Ust Jamaluddin Ahmad, “Rajin.”
Sahabat, “Saya nak buku tu sbb buku tu best.”
Ust Huzairi Husein, “Tuan guru” .
Mohd Rashidi, “Boleh jadi silibus tasawwuf sunni.”
Suzanna Ibrahim, “Terima kasih ustaz, saya suka dan suami saya pun suka buku tu nampaknya.” Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat dalam buku ust, airmata spt taknak berhenti, …”
Siti Norasiyah, “Terima kasih ust, ayah saya pun suka.”
Mujahidah Ghuraba’, “Buku Ustaz best.”
Oden Al Lambori’e, “Kitab yg mudah difahami, boleh dijadikan rujukan di zaman moden ini.”
Noorman Al Iskandariyy, “Sesiapa yg pening lalat & tertekan dengan bermacam2 fitnah dunia ini,bacalah buku ini.Insya Allah lega,tenang,jelas & bermotivasi.”
Ust Bakhtiar Fitri Abdul Hamid ; “Jazakallahu khayran Ust Shaykh Abid Faqeer al-Hafiz kerana menghasilkan kitab yg hebat “Jalan ke Syurga menurut Ahli Hadith” yg ana guna dlm Kuliah. Masjid USJ2.
Norastura, “Saya sudah dapatkan buku hadith Jalan Ke Syurga hasil penulisan yang baik daripada Ustaz Abid Faqeer, Alhamdulillah, sesiapa yang inginkan juga boleh PM/SMS.”
Saya baru selesai membaca buku sahabat saya ustaz Abid Faqeer bertajuk “Jalan ke syurga menuju menurut Ahli Hadith”, sebuah buku yng teramat baik, saya sarankan kpada semua agar membaca buku tersebut. Terima kasih ustaz Abid Faqeer, dan saya berharap agar beliau percepatkan pngajian PhD beliau, Dr Abid
By: Ust Ashafizrol Abd Hamid 18 Ogos 2013.
CARA ORDER
Boleh inbox. Dapatkan dengan harga RM40.0, (+poslaju RM4.50, jumlah RM44.50), sms 012-5123014. Maybank 158118254115, atau BIMB 08086020005552 atau CIMB 1440 0075271527, atau BSN 05100-29-87439082-1. atas nama Penerbit : EN ABDULLAH B MOHD NOOR. Maklumkan pembayaran dan resit dalam FB kami : Hareez Faqiir atau Abid Faqeer atau annuriyy@yahoo.com atau sms 012-5123014.
Harga RM40.00, + poslaju RM4.50. Jumlah RM44.50 shj (Sem Malaysia), Sabah Sarawak pos RM7.50 jumlah: RM47.50.
Bayaran sebelum jam 3 petang, buku akan dihantar pada hari yang sama.

Tahfiz Rabbani Cuti Sekolah 2012.

TAHFIZ AL-QURAN AL-RABBANI CUTI SEKOLAH 2012
al-RABBANI Publisher, TRAINING and CONSULTANCY
(IP0348689-U),
dengan kerjasama Masjid al-Siddiq.
Tempat : Masjid al-Siddiq, Bdr Seri Iskandar, Perak.
Pendaftaran: Jumaat 14 Dis 2012; Sabtu 15 Dis, Ahad 16 Dis 8.30 pagi.
Pendaftaran (online sahaja):
BIMB 0808602000552, atau BSN 0510029874390821 atas nama Abdullah B Mohd Noor, atau atas nama Pn Adilah Wahab Zahari BIMB 08086020004747.
Tel: 012-5123014; 012-5113014.

Hari : Ahad hingga Khamis
Waktu : 9.00pagi-12.00 tghari

Umur : 9-15 thn
al-Qari’ al-Muqri’ (Pengajar): Ust Abid (Master of Shari’ah)
Yuran : RM150 shj (percuma utk anak yatim). Minum pagi disediakan dan makan tengahari tidak disediakan.
Tempoh : minggu
Mula : Ahad, 16 Dis 2012 sehingga 27 Dis 2012.
Surah: al-Naba’ dan Juz ‘Amma (al-Mulk dan al-Sajdah bg yg telah menghafaz juz ‘amma)
Selain Tahfiz, disertakan asas pelajaran Ilmu Hadith (buku Minhaj al-Huffaz dgn harga RM40) dan Asas Bahasa Arab al-Quran.
Pengangkutan: Sendiri

Pendaftaran (online shj):
BIMB 0808602000552, atau BSN 0510029874390821 atas nama En Abdullah B Mohd Noor, atau atas nama Pn Adilah Wahab Zahari BIMB 08086020004747.
Tel: 012-5123014; 012-5113014
FB Abid Faqeer.

PERINGATAN DAN SYARAT.
1.Peserta mestilah menghormati guru (al-muqri’)
2.Peserta mesti memelihara solat
3.Peserta yang ingkar arahan dan melanggar akan diberhentikan dari mengikuti tahfiz
4.Peserta dan ibubapa mestilah sangat berminat
5.Peserta mesti lancar membaca al-Quran dan mempunyai daya hafalan yang baik
6.Tidak boleh ponteng lebih 3 kali kecuali uzur dan sangat mustahak
7.Berpakaian putih, berkopiah, berbaju kurung dan bertudung
8.Sentiasa menjaga nama baik guru ketika dan selepas program
9.ketidakhadiran mestilah dimaklumkan
CEPAT!! JANGAN BUANG MASA!!
sila lihat arabiyy.wordpress.com
Tahfiz al-Quran: Kewajipan dan Amanah.
Menjadi kewajipan setiap ibubapa mentahfizkan sendiri anak2 mereka. Semoga diberikan untuk menunaikan amanah Allah.
‘Umar al-Khattab r.a. berkata, “Antara kewajipan seorang bapa terhadap anak-anak ialah mencarikan ibu yang salihah, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Quran.”
Pesanan ‘Ali ibn Abi Talib r.a., “Ajarlah anak-anak kamu mencintai Nabi saw, keluarga baginda dan membaca al-Quran.”
al-Ghazali berkata, “antara kewajipan terawal ibubapa terhadap anak-anak ialah mengajar tawhid, hadith2 dan cerita salihin dan menghafaz al-Quran.” , memenuhkan masa anak-anak dengan al-Quran, menjauhkan mereka dari rakan-rakan yang jahat dan perkara2 maksiat.” al-Ihya’.

Amalan 29 Ramadhan 1433H dan ‘Idulfitri dan 2 Shawwal

1.Membayar Zakat Fitrah terus kepada faqir miskin
Setiap muslim dan muslimah dianjurkan agar segera membayar zakat fitrah, kpd faqir dan miskin satu cupak beras, tamar atau secupak gandum, sebagai ibadah wajib ke atas stp muslim, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, merdeka atau hamba, kaya atau miskin. Hinggakan janin dalam kandungan juga disunatkan zakat untuknya, tetapi tidak diwajibkan. Nabi saw bersabda,
أَغْنُوهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah makan mereka, janganlah biarkan mereka yang miskin dari meminta2 pada hari ini.” Dari Ibn ‘Umar r.anhuma berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat raya.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah selepas solat raya, maka ia telah berdosa, dan zakat fitrahnya dikira sebagai sedekah biasa.
Sekiranya orang kaya berzakat, maka zakat itu membersihkan hartanya dan puasanya, apabila seorang faqir berzakat, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih banyak.
Dari Jarir ibn ‘Abdillah radhiyaLLAHu ‘anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لا يُرْفَعُ إِلا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ
“Segala ibadat bulan ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ya’ni tidak diangkat ke langit di sisiNya (untuk diberikan keampunan), melainkan dengan membayar zakat fitrah.” HR al-Hafiz Ibn Shahin. Berkata Ibn ‘Abd al-Barr dlm al-Istizkar, jayyidul isnad.

2. Tidak Memungut Duit Orang ramai secara batil (cukai) Kununnya utk Jamuan Raya
Perkaitan antara sahur, iktikaf, puasa dan memakan yang haram sangat rapat, krn disebut dalam al-Quran secara berturut2 dalam ayat 187 dan 188 surah al-Baqarah.
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ 188
Buatlah jamuan raya, tetapi bukan dengan menungut wang orang ramai secara jahil, paksaan atau spt ugutan, kerana ini termasuk memakan harta orang ramai secara batil. Hanya Allah dan RAsul yang berhak memungut harta manusia,…dgn tujuan kegunaan fi sabilillah, biarlah jamuan raya ikhlas, walaupun kecil, tanpa mengambil harta manusia.
Ketahuilah, memungut duit org ramai tanpa darurat disamakan dengan memakan riba yang diharamkan. Di akhirat, mereka yang berbuat demikian akan diazab dengan azab yang amat pedih. Surah al-Nisa’ ayat 161.
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 161
Perbuatan itu juga adalah spt perbuatan para paderi yahudi dan rahib nasrani yang mengambil harta manusia secara batil, menghalng agama Allah dan menimbun2kn harta., maka gembirakanlah mrk dgn azab yang amat pedih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِـزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Oleh kerana telah berpaling jauh dr ilmu, krn sombong atau malu, maka memakan haram telah tidak terasa lagi. Kununnya atas nama taman, kelab dan pemerintah,..!. ingatlah, dalam hadith sahih disebutkan bhw pemungut cukai darahnya wajib ditumpahkan, ia adalah penghuni APi Neraka Jahnaanm..! Nabi saw juga menyatakan bhw, Berapa ramai orang yang menguruskan harta dan Rasulnya, mengikut keinginan nafsunya, tiada bagi nya di AKhirat melainkan Api Neraka.
Bertaubat berdoa dan menangisi Ramadhan dan umur yang semakin pendek.
Adalah golongan salaf berdoa dan menangis2 kpd Allah selama 6 bulan, memohon dari agar Allah menerima ibadah solat, puasa dan sedekah mereka pada bulan ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan dan kekurangan, temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yang akan datngg…, janganlah kami mati dan bertemu dgnMu dengan kecewa dan membawa dosa-dosa…amin ya rabbal ‘aalamin.

Selepas Maghrib, bertakbir hingga subuh sehingga sebelum solat raya ‘Eidulfitri

1 SHAWWAL : SOLAT EID
Solat Raya ini dianjurkan hatta kepada anak-anak dara dan perempuan2 yg haid agar sama2 mendengar khutbah dan berdoa bersama jamaah muslimin. Sunnah ini banyak dilalaikan oleh golongan muslimat.
Antara lain ialah: mandi raya, memakai wangian (untuk lelaki), memakai pakaian yang cantik, makan tamar sebelum solat raya, berjalan kaki ke masjid, pergi dan pulang masjid dengan jalan yang berlainan.

2 SHAWWAL. Mula puasa Shawwal 6 hari, kemudian puasa qadha’.

Post Navigation