Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 27, 2009”

Qiyamullayl Abu Hurairah r.a.

Abu ‘Uthman al-Nahdi berkata,
“Saya bertamu ke rumah Abu Hurairah selama 7 hari.Beliau membahagikan malam kepada 3 bahagian. Beliau bangun solat 1/3 malam, kemudian mengejutkan isterinya untuk solat 1/3 malam dan khadamnya 1/3 malam.”

Pada setiap malam, Thawus melompat dari tilamnya seperti terkejut lalu berkata, “Mengingati Neraka Jahannam menghilangkan tidur para hamba.”

Mencari Keselamatan dan Ketenangan

Dari Sufyan al-Thawri, berkata al-Imam Ja`far al-Sadiq r.a.,

“Sangat sukar mencari keselamatan sehingga seolah-olah tersembunyi tempatnya. Sekiranya didapati mungkin pada khumul (diri tidak terkenal). Sekiranya kamu mencarinya tetapi tidak ditemui di dalam khumul, maka carilah di dalam takhalli (bersendiri dan membersih dosa-dosa). Sekiranya tidak ditemui di dalam takhalli, maka carilah di dalam somt (diam dari berkata-kata). Sekiranya tidak ditemui di dalam somt  hampir-hampir ia dapat ditemui di dalam kata-kata salafussalih. Dan orang berbahagia ialah yang sibuk berkhalwat menyendiri.”

al-Imam Sufyan ibn ‘Uyainah berkata, “Tidaklah mereka mengenal (Allah SWT) melainkan apabila mereka suka agar tidak dikenal.”

Pengajaran dan Kefahaman

1.Jangan bercita-cita menjadi terkenal kerana kemasyhuran boleh membebankan diri.

2.Keselamatan dari melakukan dosa-dosa dan dari kejahatan manusia ialah  dengan ‘uzlah. Di situlah keselamatan dunia akhirat.

3.Kata-kata salaf mempunyai nur yang menenangkan hati.

Lihat Hilyat al-Awliya’ dan Sifat al-Safwah.

Hisab Yang Mudah Di Mahsyar

Hari Yang Berat

1.Sehari di Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia kecuali yang mempunyai iman sahih dan sempurna. (Sahih al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat al-Bayhaqi, “Di manakah orang-orang yang badan mereka jauh dari tempat tidur mereka…?”

2.Ibn ‘Abbas dan al-Awza`ei berkata, “Sesiapa yang mahu agar diringankan dan dipendekkan hisab di Bumi Mahsyar, maka panjangkanlah solat malam.”

3.Dalam al-Taghib wa al-Tarhib disebutkan bahawa salah satu syarat memasuki tanpa hisab ialah solat malam. Antara lain ialah jihad, puasa siang, dan infaq fi sabilillah. Riwayat al-Bayhaqi dari Asma’ bint Yazid r.a.

Lihat al-Munziri,(2001) al-Targhib, jld 1 ,ms 219, tahqiq Sayyid ‘Ali ‘Ashur. Beirut:Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Qiyamullayl

Dari Ibn Mas`ud r.a., Rasulullah saw bersabda, “Allah tidak akan mengecewakan seseorang yang bangun solat di tengah malam membaca surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran. al-Tabarani, al-Awsat, hadith 1772.

Fiqh al-Hadith.

1.Digalakkan qiyam yang panjang dalam solat malam.
2.Membaca 2 surah tersebut membuka jalan untuk mendapat doa mustajab.

Post Navigation