Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Pandangan”

Sifat dan Syarat ‘alim ‘ulama’

Alim itu mentahqiq, mentahzib, dan mentashih kitab, bkn menyembah kitab. Bukan bertaqlid kpd kitab2 walau jelas salah, menelan bulat2 segala maklumat.

Ulama rabbaniyyun itu mencegah kata2 dosa, dusta dan kalimah2 kufur, makanan2 haram, bkn melafazkan kalimah kufur

|لَوْلَا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ

لبئس ما كانوا يصنعون 63  لو لا ينهاهم الربانيون عن قولهم الاثم واكلهم السحت
“mengapa tidak ulama’ rabbaniyyun melarang kata2 dosa (dusta) dan makanan haram (rasuah dll)…” (al-Ma’idah: ayat 63).

Yang mengatakan “Allah tak tara mana, hanya seperti setitis air, Muhammad itu seperti lautan” ini bukanlah ulama. Ini kalimah kufur dan penghinaan terhadap Allah Yang Maha Agung. !! Allah bersumpah “…labi’sa…” bhw itu perbuatan manusia paling buruk, tidak mencegah munkar. Bagaimana sekiranya tokoh sendiri yg berdusta dan munkar?

al-Imam Ibn Jarir berkata dlm Tafsirnya (ms 449),

لبئس ما كانوا يصنعون ” ، وهذا قسم من الله أقسم به ، يقول تعالى ذكره : أقسم : لبئس الصنيع كان يصنع هؤلاء الربانيون والأحبار ، في تركهم نهي الذين يسارعون منهم في الإثم والعدوان وأكل السحت ، عما كانوا يفعلون من ذلك .

[ ص: 449 ] وكان العلماء يقولون : ما في القرآن آية أشد توبيخا للعلماء من هذه الآية ، ولا أخوف عليهم منها .

Tokoh2 sesat tersebut hanya diangkat ulama oleh kelompok tertentu dan golongan jahil.

Kemungkinan besar, ini adalah pengaruh

i) agama Nur Muhammad yang sesat , fahaman yang mengatakan bhw Muhammad itulah tuhan pencipta alam.

ii) Atau kesan falsafah jahmiyyah yang bersungguh2 menafikan jism (nafyul hawadith) kononnya, lalu mengatakan Allah tidak besar, kerana besar kecil adalah sifat jism kununnya.
Tokoh yang menyeleweng dari aqidah bukanlah ulama, yang menyebar hadith2 palsu bukanlah ulama. Ini prinsip yang wajib difahami.

Advertisements

PTPTN riba atau ujrah?

Soalan.
Salam Ustaz. Benarkah ujrah 1% PTPTN itu benar2 ujrah bukan riba?

Jawapan:
Sekiranya ujrah pengurusan itu sama sahaja kadarnya cthnya RM150 bg setiap pinjaman tanpa mengira jumlah pinjaman sedikit atau banyak, maka ia boleh disebut ujrah.

Sekiranya ujrah 1% adalah dari jumlah pinjaman yang berbeza2 maka itu adalah riba yang haram, bukan ujrah.

Ijma’ 4 Mazhab.

Empat (4) Mazhab Menolak Kenduri Arwah.
Kenduri arwah munkar dan tidak disyariatkan.
***************************************
al-Hanafiyyah.
قال ابن الهمام الحنفي: ” وَيُكْرَهُ اتِّخَاذُ الضِّيَافَةِ مِنْ الطَّعَامِ مِنْ أَهْلِ الْمَيِّتِ ؛ لِأَنَّهُ شُرِعَ فِي السُّرُورِ لَا فِي الشُّرُورِ، وَهِيَ بِدْعَةٌ مُسْتَقْبَحَةٌ “. انتهى من “فتح القدير” (2/142).
Ibn al-Humam al-Hanafi berkata, “Dibenci bertamu memakan kenduri arwah yang dibuat oleh keluarga si mati kerana Kenduri disyariatkan dalam perkara menggembirakan, bukan perkara kejahatan (kesedihan). Ia adalah bid’ah yang dipandang sangat hodoh.” Fath al-Qadir, 2, 142.
Imam Ibnu ‘Abidin al-Hanafi berkata :
ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام و من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة.
“Dimakruhkan hukumnya (yakni haram) menghidangkan makanan oleh keluarga mayat, kerana hidangan hanya disyariatkan untuk waktu gembira bahagia, bukan dalam waktu-waktu musibah. Dan hal itu merupakan bid’ah yang hodoh.” (Hashiyat Ibn ‘Abidin 2/240, Dar al-Fikr, 1386).
Kenduri arwah ini diambil dari agama kafir hindu.
Umat Islam wajib berilmu dan sedia berubah dan tidak jumud dengan tradisi nenek moyang yang bercanggah dengan Islam dan Sunnah. Berbelit2 mempertahankan amalam ini menunjukkan kejahilan, kejumudan dan bid’ah.

al-Malikiyyah.

وقال الحطَّاب المالكي : ” أَمَّا إصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا ، وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ : فَقَدْ كَرِهَهُ جَمَاعَةٌ ، وَعَدُّوهُ مِنْ الْبِدَعِ ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يُنْقَلْ فِيهِ شَيْءٌ ، وَلَيْسَ ذَلِكَ مَوْضِعَ الْوَلَائِمِ “. انتهى من “مواهب الجليل في شرح مختصر خليل” (2/228).
Al-Hattab al-Maliki berkata, “Adapun membuat makanan oleh keluarga simati, lalu mengumpulkan org ramai utk makan, sesungguh telah dibenci oleh sejamaah ulama (malikiyyah), mereka menganggapnya termasuk dari bid’ah-bid’ah, kerana tidak dinukilkan pensyariatannya dlm mana-mana ayat al-quran dan hadith, dan itu bukan tempat untuk berkenduri bergembira.” (Mawahib al-Jalil fi SHarh Mukhtasr Khalil, 2/228).

Fatwa Ulama’ Shafi’iyyah.
al-Imam An-Nawawi al-Shafi’i dalam Rawdat al-Talibin berkata :
وقال النووي : ” وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا ، وَجَمْعُهُمُ النَّاسَ عَلَيْهِ ، فَلَمْ يُنْقَلْ فِيهِ شَيْءٌ ، وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ “. انتهى من “روضة الطالبين” (2/145).
“Adapun hidangan makanan oleh keluarga mayat dan mengumpul orang ramai dalam acara tersebut tiada dinukilkan dalil sahih, dan hal tersebut merupakan perbuatan yang tidak disukai. Perbuatan itu adalah bid’ah tidak disukai.” (al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab 5/186 Daarul-Fikr, Beirut, 1417).
al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’i berkata :
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة منكرة مكروهة لما صح عن جرير بن عبد الله
“Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dari penghidangan makanan oleh keluarga mayat dengan tujuan untuk mengundang masyarakat, hukumnya bid’ah munkarah (dilarang) lagi dibenci, berdasarkan hadith sahih dari Jarir bin ‘Abdillah.” (Tuhfatul-Muhtaj 1/577, Dar al-Fikr, tanpa tahun).
Shaykh An-Nawawi al-Bantani berkata :
أما الطعام الذي ويتجمع عليه الناس ليلة دفن الميت – المسمى بالوحشة – فهو مكروه ما لم يكن من مال الأيتام وإلا فيحرم.
“Adapun menghidangkan makanan yang ditujukan bagi orang-orang yang berkumpul di malam selepas disemadikan jenazah – yang biasa disebut al-wahshah – adalah dibenci, bahkan diharamkan (dengan sangat) apabila biayanya diambil daripada harta-harta anak yatim.” (Nihayat az-Zayn fi Irshad al-Mubtadi’in halaman 281, Dar al-Fikr, Beirut, tanpa tahun). Yang sahih bukan sekadar makruh tetapi haram dan munkar.

Fatwa al-Hanabilah
al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi al-Hanbali dalam al-Mughni, jld 3, ms 496-497 (tahqiq ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki) menyatakan,
فَأَمَّا صُنْعُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِلنَّاسِ فَمَكْرُوْهٌ، لِأَنَّ فِيْهِ زِيَادَةً عَلَى مُصِيْبَتِهِمْ وَشُغْلًا لَهُمْ إِلَى شُغْلِهِمْ، وَتَشَبُّهًا بِصَنِيْعِ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ. وَرُوِيَ أَنَّ جِرِيْرًا وَفَدَ عَلَى عُمَرَ فَقَالَ: هَلْ يُنَاحُ عَلَى مَيِّتِكُمْ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَهَلْ يَجْتَمِعُوْنَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ وَيَجْعَلُوْنَ الطَّعَامَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: ذَاكَ النَّوْحُ.
“Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram) kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah. Dan telah diriwayatkan bahawa Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar bertanya, “Apakah mayat kamu diratapi?” Jawab Jarir: “Tidak!” ‘Umar bertanya lagi: “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?” Jawab Jarir: “Ya!” Berkata ‘Umar: “Itulah ratapan!.”

‘Aqd Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik

Musharakah Mutanaqisah

Musharakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) juga dikenali sebagai musharakah muntahiah bit tamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset (dalam istilah fiqh ‘ala al-masha’ yakni berkongsi pemilikan tanpa pembahagian). Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.

Sebagai contoh, Hasna telah memohon pembiayaan menggunakan kontrak musharakah mutanaqisah untuk membeli sebuah rumah teres. Setelah mengenal pasti banglow yang ingin dibelinya, Hasna membayar 10% daripada harga teres tersebut sebagai deposit. Baki sebanyak 90% dibayar oleh bank. Maka Hasna berkongsi milik dengan pihak bank ke atas teres tersebut sebanyak 1 : 9 (satu nisbah sembilan).

Hasna telah bersetuju untuk membayar kembali kepada pihak bank sebanyak 1% setiap bulan secara berkala untuk mendapatkan pemilikan penuh (kadar bergantung kepada kontrak yang dipersetujui di awal perjanjian). Maka, dalam tempoh itu pemilikan bank ke atas rumah tersebut akan berkurang, manakala pemilikan Hasna akan bertambah. Di akhir kontrak, pemilikan rumah tersebut telah berpindah sepenuhnya ke atas Hasna, menjadikan nisbah pemilikan 10 : 0.

Hukum.
Menurut Majlis-Majlis Fatwa Kontemporari, Antara syarat agar mubah dan sah aqad ini, mesti mempunyai 3 aqad berasingan.
Antaranya,
1.mestilah kedua-dua pihak memiliki aset tersebut secara haqiqi.
2.Kedua-dua pihak menanggung untung rugi bersama seperti sama-sama membayar insuran, siyanah (perbelanjaan maintenance), cukai-cukai, yuran pemindahan hakmilik dan bersama menanggung kerosakan atau kebinasaan asset mengikut nisbah masing-masing.
3.Kemudian menyewa bahagian partner secara ansuran dan membelinya.

Soalan.
Adakah kontrak Musharakah Mutanaqisah di bank-bank kontemporari memenuhi semua syarat sah ini?

Beli Kereta dengan aqad Murabahah

Murabahah
1. Murabahah adalah transaksi penjualan barang dengan menyatakan harga perolehan dan keuntungan (margin) yang disepakati oleh penjual dan pembeli. Pembayaran atas akad jual beli dapat dilakukan secara tunai atau kredit. Yang membezakan murabahah dengan jual beli lain ialah penjual mesti memberitahu kepada pembeli harga barang pokok yang dijualnya serta jumlah keuntungan yang diperoleh.
Penjualan dapat dilakukan secara tunai atau kredit, jika secara kredit mesti dipisahkan antara keuntungan dan harga perolehan. Keuntungan tidak boleh berubah sepanjang akad. Sekiranya terjadi kesulitan bayar dapat dilakukan penyusunan semula dan sekiranya kesulitan bayar kerana lalai maka boleh dikenakan denda. Denda tersebut akan dianggap sebagai dana kebajikan. Wang muka juga dapat diterima , tetapi harus dianggap sebagai pengurang piutang.
المرابحة في اللغة: الزيادة، واصطلاحاً: نقل كل المبيع إلى الغير بزيادة على مثل الثمن الأول. (الموسوعة الفقهية). وقال الإمام ابن قدامة: (معنى بيع المرابحة: هو البيع برأس المال وربح معلوم، ويشترط علمهما برأس المال، فيقول: رأس مالي فيه، أو هو عليّ بمائة بعتك بها، وربح عشرة، فهذا جائز لا خلاف في صحته، ولا نعلم فيه عند أحدٍ كراهة) (المغني لابن قدامة، مسألة بيع المرابحة).
Murabahah dalam Bahasa Arab bermaksud ziyadah (tambahan atau lebihan). Menurut istilah Shariah, memindahkan semua barangan kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Dikatakan yang terawal menyebut tentang keharusan murabahah ialah al-Imam al-Shafi’ei dalam kitab al-Umm.
ويعتقد أن أول من صرح بمشروعية هذا النوع هو الإمام الشافعي في كتابه “الأم” حيث قال فيه: “وإذا رأى الرجل الرجل السلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل فالشراء جائز،
Apabila seseorang melihat barangan lalu ia berkata kepada sahabatnya, “belilah barang ini, nanti saya beli dari kamu dengan harga yang lebih dari dari harga sekarang,” maka jual beli ini adalah harus. Al-Umm.
المرابحة المصرفية
تعتبر المرابحة المصرفية، توسط البنك لشراء سلعة بناء على طلب الزبون ثم بيعها له بالآجل بثمن يساوي التكلفة الكلية للشراء زائداً ربح معلوم متفق عليه بينهما.
Murahabah masrafiyyah di bank-bank. Bank membeli barang yang diminta oleh pelanggan. Kemudian bank menjualnya kembali kepada pelanggan dengan harga belian serta tambahan keuntungan seperti yang disepakati kedua-dua pihak.
Prof Dr. al-Qarah Daghi berkata,
المرابحة نوعان، هما المرابحة العادية، والمرابحة للأمر بالشراء التي تجريها البنوك الإسلامية. فالنوع الأول هو عبارة عن أن يكون لدى التاجر بضاعة فيأتي شخص إليه فيقول: أريد أن أشتري هذه البضاعة بالثمن نفسه الذي اشتريتها به مع ربح 10% مثلا، فيوافق التاجر على ذلك، فهذه المرابحة العادية التي تكون البضاعة جاهزة عند التاجر ويبيعها بالثمن الذي قامت عليه البضاعة مع ربح معلوم، وهذه المرابحة جائزة بالإجماع ولا خلاف ولا شبهة فيها، وهي كانت موجودة منذ عصر الرسول (ص).
Murabahah itu dua jenis. Murabahah biasa dan murabahah li al-aamir bi al-shira’. Murabahah biasa- contohnya seorang dating kepada peniaga yang memiliki barangan. Orang itu berkata, “saya mahu beli barang ini dengan harga yang sama ketika kamu membelinya dengan keuntungan 10% lalu peniaga pun bersetuju. Ini harus menurut ijma’ tanpa khilaf dan syubhah, dan telah wujud sejak zaman Rasul saw.
أما النوع الثاني، أي المرابحة للأمر بالشراء، فتتكون من عدة خطوات:
1) يأتي العميل ويطلب من البنك أن يشتري له سيارة أو بضاعة، ويتعهد بأنه في حالة تنفيذ البنك هذه العملية أنه سيشتريها.
2) يقوم البنك بشراء تلك البضاعة أو السيارة وتقبضها وتدخل في ملكية البنك.
3) ثم يقوم البنك ببيع تلك البضاعة أو السيارة للعميل الآمر بالشراء بالثمن ونسبة ربح معلوم، فلنفرض أن البنك قد اشترى سيارة 100ألف فيبيعها له 110آلاف مقسطة على أقساط شهرية أو نحو ذلك.
فهذا النوع من المرابحات جائز أيضا، عند جمهور الفقهاء المعاصرين؛ لأنه عقد مشروع ليس فيه محظور شرعي إذا توافرت الشروط المطلوبة.
Jenis kedua ialah ialah murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank. Antara bentuk langkah ialah
• Seseorang datang kepada bank lalu meminta bank membeli kereta atau barangan, berjanji untuk membeli selepas itu,
• Bank pun membeli kereta atau barangan itu lalu memilikinya dan barangan itu ada dalam simpanan miliknya
• Bank menjual barang atau kereta itu, dengan harga yang sama ditambah dengan keuntungan yang dimaklumi. Cthnya RM100,000 lalu menjualnya dengan harga RM130,000. Murabahah ini adalah HARUS menurut Ulama Fiqh Semasa.
2. JENIS MURABAHAH
2.1.Murabahah Berdasarkan Pesanan (Murabahah to the purcase order) li al-Aamir bi al-Shira’.
Murabahah ini dapat bersifat mengikat (ibram wa ilzam al-bay’) atau tidak mengikat. Mengikat maksudnya apabila telah memesan barang maka mesti dibeli (ibram al-bay’) sedangkan tidak mengikat maksudnya walaupun telah memesan barang tetapi pembeli tersebut tidak terikat maka pembeli dapat menerima atau membatalkan barang tersebut (dun ilzam al-bay’ wa baqa’ al-khiyar) seperti yang disebut al-Imam al-Shafiei.

2.2.Murabahah Tanpa Pesanan (biasa)
Murabahah ini termasuk jenis murabahah yang bersifat tidak mengikat. Murabahah ini dilakukan tidak melihat ada yang pesan atau tidak sehingga penyediaan barang dilakukan sendiri oleh penjual

Syarat Keharusan Aqad Ijarah Berakhir Pemilikan

Majma’ al-Fiqh al-Islami (Majlis Fatwa Sedunia) meletak 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Iaitu :-
1. Terdapat dua aqad yang berasingan, dalam dua waktu yang berbeza. Aqad ijarah terlebih dahulu kemudian aqad bay’. Atau wujud wa’d (janji) untuk tamlik (serah milik) di hujung tempoh ijarah.
2. Ijarah benar-benar berlaku, bukan sekadar menutup jual beli.
3. Jaminan (daman) barang sewaan ke atra pemberi sewa (mu’ajjir), bukan ke atas penyewa (musta’jir). Oleh itu sebarang kerosakan yang bukan disebabkan oleh penyewa ditanggung oleh mu’ajjir.
4. Sekiranya aqad itu mengandungi insuran terhadap barang sewaan, wajib menggunakan ta’min ta’awuni (insuran kerjasama) bukan ta’min tijari, mesti ditanggung oleh pemilik yang menyewakannya, bukan ditanggung oleh penyewa.
5. Aqad ini wajib menepati semua hukum aqad ijarah biasa, dan menepati hokum-hukum bay’ ketika sudah dipindah milik.
6. Maintenance baikpulih yang non operasi atau perbelanjaan penyelenggaraan bukan operasi adalah ke atas pemilik iaitu pemberi sewa bukan atas penyewa sepanjang tempoh ijarah.

******************************************

Sekiranya kedua-dua aqad ditandatangani dalam masa yang sama, yakni barang sewaan disewakan kepada anda, dalam masa yang sama kamu memiliknya, ini tidak harus kerana menyalahi hokum-hakam ijarah dan tamalluk.
Sekiranya aqad bay’ berlaku selepas tamat tempoh sewaan maka ini harus selagi memenuhi syarat-syarat di atas.

dalam kes pembelian kereta, insurans mesti dibayar oleh bank sebenarnya, wajib.

kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian penyewa mesti dibiayai oleh bank

perbelanjaan dan keseelamatan enjin, cermin, ekon, lampu ke atas bank

تكون نفقات الصيانة غير التشغيلية على المؤجِّر لا على المستأجر طوال مدة الإجارة “.
وأما الصيانة التشغيلية ، ويراد بها ما تحتاجه الآلة للاستمرار في العمل كالزيت ونحوه ، فهذه تكون على المستأجر.

Benar. Ulama kontemporari berbeza pendapat dalam aqad ini.

Majlis Fatwa Ulama Besar Saudi.

Majlis Hay’at Kibar al-Ulama’ al-Sa’udiyyah menghukumkan ‘Aqd al-Ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik sebagai tidak harus kerana beberapa sebab.

Pertama, kerana mengumpul dua aqad dalam satu barang.

Kedua, Bayaran bulanan secara upah, tetapi penjual boleh mengambil barang itu semula kerana dianggap sebagai barang sewaan tanpa memulangkan kembali bayaran-bayaran lepas yang telah dibayar penyewa.

Ketiga, merosakkan golongan faqir dengan menekan mereka meminjam yakni berlaku timbunan hutang sehingga menjadi muflis. ‘Abd al-‘Aziz Alu al-Shaykh, Salih al-Luhaydan, Salih al-Fawzan, al-‘Uthaymin dan Bakr Abu Zayd.

 

Hukum Nikah Mis yar

Pandangan Ulama
1. Harus dan sah. Hampir semua ulama menganggap nikah begini sebagai SAH dari hukum syarak sebab memenuhi semua syarat-syarat sah nikah. Dalam masa yang sama, kebanyakan ulama tidak menggalakkannya.
2. Makruh. Ada ulama yang menganggap bahawa nikah cara ini adalah tidak baik (makruh), walau pun sah.
3.Ada juga segelintir ulama yang menganggapnya sebagai HARAM sebab bertentangan dengan tujuan perkahwinan dalam Islam, sesuai dengan ayat Quran berikut:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu mawaddah (perasaan kasih saying) dan rahmah (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30:22)
Yang rajih : sah.

Post Navigation