Tiada 2 Jamaah Menurut al-Imam al-Shafi`i
Menurut al-Imam al-Shafi`ii, sekiranya jamaah yang diimamkan oleh imam ratib telah selesai, maka orang datang lewat perlu solat sendiri-sendiri.
Berkata al-Imam al-Shafi`i r.a., dalam al-Umm;
“Apabila ada imam ratib bagi sebuah masjid dimana solat telah selesai, maka seseorang atau jamaah yang datang lewat solat sendiri-sendiri. Saya tidak suka mereka itu berjamaah, tetapi kalau dilakukan jamaah maka sah memadai.
Antara sebabnya
1.Tidak dibuat oleh salaf kita
2.Memalukan
3.Membawa perselisihan dan perpecahan.”
Lihat al-Umm, jld 1, ms 335