Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 17, 2009”

Salim ibn 'Abdillah

Salah seorang imam Madinah yang 7. ‘Alim, faqih, al-hafiz, mufti Madinah dan imam mujtahid. Berkata Malik, tiada seorang  dari kalangan tabiin yang lebih serupa hidupnya dengan hidup sahabat melainkan Salim.

Imam-imam Madinah terkenal warak dan zuhud lagi tidak dapat dibeli.

Kata Ibn ‘Uyainah, Khalifah Hisham ibn ‘Abd Malik ketika memasuki Kaabah berkata kepadanya, “Minta lah kepadaku hajatmu”.! Salim bertanya, “Saya malu meminta dari selainNya di RumahNya.”

Apabila ia keluar Hisham berkata, “Sekarang kita berada di luar rumahNya, silalah minta keperluanmu.”

kata Salim, “Hajat dunia atau hajat Akhirat?”

Kata Hisham , “bahkan mestilah hajat dunia.!”

Kata Salim, “Saya tidak memintanya dari Pemiliknya, bagaimana saya mahu meminta dari yang bukan pemiliknya?!”

Salim wafat pada tahun 106H, di kebumikan di Baqi’.

Nafi` mawla Ibn Umar

Nafi` alim Madinah

Abu ‘Abdillah salah seorang tabi`i, imam mujtahid Madinah. Berasal dari Dailam, dibela oleh Umar setelah dimilikinya dalam satu peperangan. faqih, thiqah, hafiz muhaddith. Tidak diketahui ada tersalah dalam riwayat hadith.

Berkata Malik, apabila berkata Nafi` maka coplah ia (terimalah sepenuhnya).

Ia duduk di masjid selepas subuh mengajar orang ramai sehingga terbit matahari.

Umar ‘Abd al-‘Aziz melantiknya sebagai pengurus zakat di yaman dan guru ke Mesir untuk mengajar hadith.

Apabila menjelang waftanya ia menangis, ditanya mengapa menangis? Ia menjawab “saya teringat Saad ibn Muaz.” (sahabat besar paling warak di kalangan Ansar, tapi tetap diazab dengan himpitan kubur).
Nafi` wafat pada tahun 117H.

Solat Budak Perempuan

SoALAn

Adakah sah solat budak perempuan yang belum baligh tanpa memakai tudung?

JAWAPAN

Dlam hadith , “Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid melainkan dengan memakai tudung.”  Budak perempuan tidak wajib memakai tudung dan kalau ia solat tanpa tudung maka solatnya itu Sah. Tetapi lebih baik dilatih bertudung.

Poligami

SOALAN

Akm, saya telah beristeri, dan ingin berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan saya tetapi ibu saya tidak mengizinkan. Bolehkah saya berkahwin lagi tanpa izin ibu?

Zaki, Manjung.

Tujuan Zuhud

SOALAN

Akm. Adakah benar zuhud tidak wujud dalam Islam? kalau wujud apa ertinya dan apa tujuannya? Adakah hadith sahih tentang zuhud? Wassalam.

Azli Khairuddin, Gemecheh, NS


JAWAPAN

Terdapat banyak tujuan zuhud kepada dunia. al-Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Minhaj al-‘Abidin Ila Jannati Rabbil ‘Alamin menuliskan,

Wajib tajarrud dan zuhud kerana 2 perkara.

Pertama, supaya lurus (lancar) bagimu ibadatmu, dan menjadi banyak. Rakus terhadap dunia menyibukkan kamu (dari ibadah), zahir kamu dengan mencari dunia dan batinmu dengan iradat (ingin) akan dunia dan bicara-bicara hati.

Berkata Abu al-Darda’ r.a., “Saya cuba beribadah dan berniaga , saya tidak mampu menggabungkan kedua-duanya, lalu saya memilih ibadah.”

Dari Salman al-Farisi r.a., “Sesungguhnya Sesorang hamba apabila zuhud di dunia, bercahaya hatinya dengan hikmah dan bertolong-tolongan segala anggota tubuhnya untuk beribadah.”

Kedua, supaya besar nilai amal ibadah , menjadi lebih mulia. Disebutkn oleh ulama’, “2 rakaat seorang alim dan zahid hatinya lebih utama dan lebih dicintai Allah dari ibadah seorang abid sepanjang hayatnya.” (al-Ghazali, al-Minhaj, Mesir: Dar al-Ma`arif, ms 14).

Hukum Taubat

SOALAN

Assamu ‘alaikum wbt. Saya seorang pemuda pernah berkhalwat. Masih adakah peluang bertaubat dan bagaimana hendak mendapatkan taubat nasuha.?

Pemuda kesal, Melaka.


Hadith Qiyamullail Malam Raya

SOALAN

Akm tuan, adakah qiyamullail pada malam raya? Apa darajat hadith yang menggalakkan solat malam raya?

Post Navigation