Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 19, 2009”

Zina Mahram

SOALAN

Akm, apakah hukuman bagi sumbang mahram? Sekian terima kasih wasalam

Shima, Cheras.


JAWAPAN

Zina al-Mahram atau zina al-maharim ialah zina yang yang berlaku sesama ahli keluarga. Ini berlaku kerana kejahilan, tidak memelihara adab-adab pergaulan sesama keluarga.

Hukuman zina mahram termasuk dalam hukuman hudud iaitu iaitu dengan dibunuh (pancung). Ini mazhab Ahmad , Ishaq dan segolongan dari ahli hadith. Malik dan al-Shafiei dalam satu riwayatnya , hukuman hadnya ialah hukuman had zina, iaitu direjam sekiranya muhson dan disebat 100 kali sebatan sekiranya bujang atau dara.

عن البراء بن عازب قال: لقيت خالي ومعه الراية فقلت: أين تريد؟ قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى رجل تزوج امرأة أبيه من بعده أن أضرب عنقه وآخذ ماله” رواه الخمسة.

Dari al-Bara’  ibn Azib r.a. berkata, Saya melihat pakciksaya bersamanya bendera lalu saya bertanya, Pakcik hendak pergi ke mana? Dia menjawab, “Rasulullah saw mengutus saya kepada seorang lelaki yang mengahwini bekas isteri bapanya setelah kematiannya, agar saya memenggal kepalanya dan mengambil hartanya!” Riwayat 5 Imam Hadith.

Tafsiran jihad dengan dakwah

SOALAN

Akm, bolehkah mentafsirkan kalimah jihad dengan makna dakwah, mengajak orang solat dan iktikaf atau jihad nafsu?

Hilmi,

Kg Gajah, Perak

JAWAPAN

Haram mentafsirkan jihad dengan tafsiran yang sempit. Ini adalah sesat, bid`ah, batil dan tahrif terhadap al-Quran! al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Fath berkata, “Apabila disebut saja kalimah jihad, maka maksudnya ialah qital (perang).al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar berkata, “maksud jihad ialah qital al-kuffar” iaitu memerangi orang2 kafir.

Haram juga memperlekehkan jihad dengan mengatakan ia bukan tujuan , bukan maqsud (islam), atau mentafsirkannya dengan jihad ekonomi.

Jihad nafsu bermakna mendidik diri memelihara solat, qiyamullail dan berpuasa siang, sentiasa muhasabah dan muraqabah. Ia adalah benar dan wajib. Semua usaha melakukan yang makruf dan meninggalkan munkar adalah jihad tetapi itu dari segi bahasa sahaja. Itu bukan takrifan yang tepat tentang jihad mengikut syariah, al-Quran dan al-Sunnah!.

Kalimah jihad, fi sabilillah, ghazwah, ribat, khuruj, semuanya bermaksud perang. Ini bukan bermakna menolak konsep dakwah dalam jihad kerana kedua-duanya adalah wajib.

Firman Allah, “Dan perangilah mereka sehingga tidak berlaku lagi fitnah (syirik kufur) dan supaya agama menjadi milik Allah…(al-Baqarah: 193)

Firman Allah, “Diwajibkan ke atas kamu berperang walau ia berat dan susah bagi kamu, …(al-baqarah: 216). Firman Allah, “Perangilah mereka nescaya Allah mengazab mereka dengan tangan2 kamu…(al-tawbah: 14)

“…Mereka berperang di jalan Allah, maka mereka membunuh dan dibunuh…”(al-tawbah:111 )

“Apabila kamu bertemu orang2 kafir (dalam perang) maka penggallah leher mereka…” (Muhammad:4)

Sentiasalah ahl sunnah beraqidah dengan aqidah sahih dan kefahaman sahih, sehingga muncul qadyani sesat yang menolak jihad secara total dan beberapa orang india bertopeng agama menyelewengkan makna jihad.

Bukan begitu tulisan imam-imam  fiqh dan hadith. Sila lihat kitab2 fiqh dan kitab2 hadith para imam yang mengkhususkan kitab jihad dan bab jihad yang bermakna perang.!!

Adakah orang kafir sahaja yang boleh berperang, sedangkan kita diharamkan sehingga menyebut kalimah jihad sekalipun??!

Dengan tafsir sesat itu, akhirnya ramai yang menjadi lesu, pasif murji’ah, tidak peduli apabila saudara-saudaranya dibunuh kejam dan diperkosa, kerana jihad itu kononnya iktikaf dan wirid!!

Allahumma irham hazihi al-ummah…

Abid Dalam Neraka

AHLI IBADAH MASUK NERAKA

al-Imam Abu Isa Tirmidhi, mengisnadkan dari Mujahid ibn Jabr, bahawa Ibn ‘Abbas ra ditanya tentang seorang lelaki yang berpuasa siang setiap hari, bersolat malam tahajjud setiap malam, tetapi tidak mendatangi solat jamaah dan Jumaat.

Ibn ‘Abbas berkata, “Dia dalam Neraka!”

Berkata Mujahid, makna hadith ini ialah orang yang tidak hadir jamaah dan jumaat kerana tidak suka, meringankan dan melekehkan.

AL-TIRMIDHI, Sunan al-Tirmidhi, Kitab  al-Solah, hadith 202.

al-Faqiir: Ini seorang abid, bagaimana dengan yang bukan abid? Allahumma ghufraa..

Nikah Hanafi

SOALAN

Akm tuan. Saya ada seorang kawan yang nikah mengikut mazhab hanafi, maksud saya tanpa wali iaitu wanita itu mewalikan dirinya sendiri serta menggunakan 2 orang saksi dengan sejumlah mahar tertentu. Mereka telah pun mendapat beberapa orang anak. Bagaimanakah status nikah mereka dan anak-anak mereka?

JAWAPAN

Wa ‘alaymukussalam. Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, apabila seseorang bernikah hanafi, perlu ditashihkan aqad iaitu aqad semula dengan wali mengikut mazhab jumhur. Sekiranya telah beranak pinak, maka katakan “Saya mengikut Imam Abu Hanifah”.Dengan itu nikah mereka sah dan anak-anak mereka adalah yang sah. Wassalam.

Nikah Sirr

SOALAN

Ramai artis kahwin rahsia. Apakah hukum nikah rahsia? Adakah sah?

Shayma, Perlis.

JAWAPAN

Nikah sirr adalah harus apabila mempunyai maslahah. Dalam banyak mazhab, apabila mempunyai 2 saksi, wali, maka  itu telah memadai dan terlepas dari sirr (rahsia). Lihat al-Imam Ibn ‘Ashur, Maqasid al-Shari`ah.

Nikah Misyar

SOALAN

Apa itu nikah misyar? Sahkah nikah misyar?

Rasheeda, Penang

JAWAPAN

Misyar (baca: mis-yar) berasal dari perkataan ‘sayr’   iaitu berjalan atau bermusafir.

Nikah Misyar ialah nikah biasa yang memenuhi syarat dan rukun nikah di mana perempuan (isteri) menggurkan hak-haknya dalam qismah, nafaqah. Misyar adalah sah di sisi Ahl Sunnah. Antara yang memfatwakan sah ialah Ibn Baz Mufti Saudi, Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Sayyid Muhammad al-Tantawi dan ramai lagi.

Setakat ini nikah misyar kurang berjaya kerana setelah berkahwin isteri yang dikahwini secara misyar terasa dirinya dizalimi dan menuntut semula hak-haknya yang telah digugurkannya. Ramai juga isteri misyar yang meminta cerai.

Hubungi di email: annuriyy@yahoo.com, ustazabid.blogspot.com

Cukai Tol Haram?

TOL  Haram?
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال في خطبته بمنى يوم العيد في حجة الوداع : ( إن دماءكم وأموالكم وأعراضكم حرام عليكم كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا ) .
Dalam haji wada’ nabi saw berkhutbah pada hari raya
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram ke atas kamu, spt haramnya hari kamu ini, di negara kamu ini, di bulan kamu ini.”
Dari Ruwayfi` ibn Thabit r.a., Nabi saw bersabda,
إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ
“Sesungguhnya pemungut cukai dalam Neraka!”. SAHIH (HR Ahmad dan al-Tabarani).
Ibn Lahi’ah adalah thiqah sebelum ikhtlat, Qutaibah meriwayatkan hadith dari beliau sebelum ikhtilat. al-Imam Ibn Hajar mengatakan beliau saduq.
maka sanad hadith ini hasan atau sahih.
Nass hadith
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي الْخَيْرِ ، قَالَ : عَرَضَ مَسْلَمَةُ بْنُ مُخَلَّدٍ وَكَانَ أَمِيرًا عَلَى مِصْرَ عَلَى رُوَيْفِعِ ابْنِ ثَابِتٍ أَنْ يُوَلِّيَهُ الْعُشُورَ ، فَقَالَ : ” إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ

Nabi saw bersabda,
إِذَا لَقِيتُمْ عَاشِرًا فَاقْتُلُوهُ
“Apabila kamu bertemu dengan pemungut cukai bunuhlah ia!” (Ahmad, Ibn ‘Abd al-Hakam)
. Ini jelas menunjukkan pengharaman cukai.
al-Hafiz al-Ruyani dengan sanad sahih, meriwayatkan
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لا يَدْخُلُ صَاحِبُ الْمَكْسِ الْجَنَّةَ ” .
dari ‘Uqbah ibn ‘Amir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seorang pemungut cukai.”
Disebut Irshad al-‘Ibad, Menghalalkan cukai menjadi kafir. Begitu juga dengan orang yang mengatakan cukai hak pemerintah.
Lihat Zayn al-Din al-Malibari (tt), Irshad al-‘Ibad Ila Sabil al-Rashad, (terj) Surabaya: Dar al-Saqqaf, ms 539-544
1. Cukai hukum asalnya adalah haram, termasuk cukai GST, tol yang batil dan cukai-cukai kastam. Kerajaan tidak perlu memungut cukai kerana perbelanjaan negara telah cukup disediakan bajetnya dalam belanjawan negara. Bekerja dengan agensi-agensi cukai juga adalah syubhah.
Ustaz-ustaz su’ dan fasad mengampu, kununnya harus memungut cukai kerana sekarang ada jalan raya zaman, dulu tiada. Gelaran Dr, master atau shaykh sufi, tidak menghalalkan anda mengeluarkan fatwa sesat lagi batil, seumpama Bal’am atau lebih jahat menghalalkan yang haram. Bertaqwalah kepada Allah.
Mengapa negara-negara Arab, Indonesia dan Thailand boleh mengamankan jalan raya tanpa tol?
2. Telah terbukti cukai tol dan cukai-cukai lain bukanlah satu maslahah rajihah mu’tabarah, (lihat sejarah Imam Nawawi bersama raja), tetapi penipuan dan pengambilan keuntungan yang melampaui batas, menjadi bisnes kroni, memakan harta manusia secara batil. Di England, tol hanya 6 bulan hingga 2 tahun, bukan mjd bisnes 30-60 tahun seperti di Malaysia. PLUS membuat jalan dengan kos 6 billion tetapi kini memungut cukai haramnya sehingga 26 billion!
3. Dosa cukai seumpama dosa zina muhson. al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith wanita al-ghamidiyyah dalam Sahih Muslim, beliau berkata,
في صحيح مسلم عن بريدة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في المرأة الغامدية التي زنت ثم تابت قال: والذي نفسي بيده لقد تابت توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له.
قال النووي: فيه أن المكس من أقبح المعاصي والذنوب الموبقات.
“…antara pengajaran hadith ini ialah : cukai itu termasuk seburuk-buruk maksiat dan dosa yang membinasakan.” al-Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj.
al-Imam az-Zahabi dalam al-Kaba’ir, mengatakan bahawa orang-orang yang memungut cukai termasuk dalam keumuman ayat 42 al-Shura; iaitu golongan menzalimi manusia dan bertindak kejam terhadap manusia di muka bumi, melakukan dosa yang sangat besar, diazab dengan azab yang sangat pedih di Akhirat dengan azab yang sangat dahsyat. al-Zawajir.
( إنما السبيل على الذين يظلمون الناس ويبغون في الأرض بغير الحق أولئك لهم عذاب أليم ) الشورى/42 .
Para pemungut cukai adalah seperti para perompak dan pencuri. Begitu juga cukai2 kastam, walau dengan alasan dangkal kununnya untuk menguruskan kepentingan2 negara.
فقد ثبت في حديث عبد الله بن بريدة عن أبيه في رجم الغامدية التي ولدت من الزنا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( والذي نفسي بيده لقد تابت
توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له ) الحديث رواه أحمد ومسلم وأبو داوود وروى أحمد وأبو داوود والحاكم عن عقبة بن عامر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( لا يدخل الجنة صاحب مكس ) وصححه الحاكم .
4. Menurut Fatwa Arab Saudi, Bekerja dengan urusan-urusan dan bahagian-bahagian cukai adalah haram. Bahkan para pemungut cukai adalah sebesar-besar pembantu orang-orang zalim, bahkan mereka itu sendiri adalah orang-orang zalim, mereka mengambil harta secara tidak halal, merampas harta manusia secara tidak benar, mereka adalah para perompak dan pencuri. Pemungut, penulis, yang mengambilnya semua bersekongkol dalam dosa, memakan yang haram.
Lihat Fatwa Lajnah Da’imah li al-Ifta’, 23/489.; al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’ei, al-Zawajir.
5. Saman polis pula terlalu mahal dan sangat zalim, orang2 zalim akan tahu di mana neraka mereka dm Api Jahannam.

Post Navigation