Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 23, 2009”

Penyakit Pemimpin

SOALAN

Adakah semua pemimpin yang tidak melaksanakan syariah yang diturunkan Allah adalah kafir? Adakah sah solat di belakang mereka?

Fahmi, Melaka.

JAWAPAN

Ayat dalam surah al-Ma’idah menunjukkan kekufuran orang yang tidak melaksanakan syariah. Pemimpin yang tidak melaksanakan syariah terdapat 2 jenis.

1.Tidak melaksanakan syariah, kerana jahil, ta`wil, alasan-alasan akal, taqlid, rasuah, kepentingan diri, maka ini adalah kafir nikmat atau kufr duna kufr, yakni kafir yang tidak mengeluarkan dari agama. Ini adalah irja’. Dalam masa yang sama, ia kasih kepada syariah dan berharap akan berjaya dilaksanakan serta tidak pernah mencaci syariah. Adapun yang tidak berusaha langsung ke arah syariah, maka masa depan adalah Neraka Jahannam.

2.Pemimpin yang tidak melaksanakan syariah, membenci syariah, menghalang perlaksanaannya, mengugut golongan yang berjuang untuk melaksnaakannya, mencaci undang-undang syariah dan memberikan gelaran-gelaran buruk kepada hudud cthnya, menangkap para ulama dan membunuh golongan yang mengajak kepada syariah, menggunapakai undang-undang jahiliyyah dengan bangganya, mengutamakannya lebih dari syariah, mengubah syariah dan menikamnya, maka ini tidak syak lagi akan syirik dan kekufurannya, bahkan ia adalah taghut. Tidak sah solat bersama mereka, tidak boleh dimakan sembelihannya, tidak dihadiri jenazahnya, tidak disolatkan dan bangkainya tidak dikuburkan di perkuburan muslimin, bahkan dibuang di lubang tahi atau lubang sampah. (Spt fatwa al-Imam Ibn Khuzaymah)

Sabit dalam nas al-Quran bahawa orang zalim dalam Neraka dan orang-orang yang cenderung kepada mereka.Firman Allah, “Dan jangan kamu cenderung kepada orang-orang zalim, nanti kamu disentuh Api Neraka…(Hud: 113)

Solat Di Belakang Ahli Bid`ah

SOALAN

Apakah hukum solat di belakang fasiq mubtadi` yang mendatangi dukun bomoh. Adakah harus dan sah?

Hareez, Labis, Johor.


JAWAPAN

Fuqaha bersepakat makruh solat di belakang imam fasiq. Ulama Salaf yang melarang solat di belakang fasiq bermaksud fasiq yang berat seperti Jahmiyyah, Qadariyyah, Shi`ah Rawafid. Juga fasiq sekular yang tetap menolak syariah walau setelah diperingatkan. Tidak sah solat belakang orang yang mendatangi bomoh atau menjadi bomoh , yang mendakwa ilmu ghaib atau barang yang hilang.

Ulama Ahl Sunnah berbeza pendapat tentang kesahihan solat di belakang fasiq dan mubtadi`. Imam Malik dan Ahmad mengatakan solat di belakang ahli bid`ah tidak sah dan wajib diulangi. Jumhur mengatakan sah dan tidak wajib diulang. Sufyan al-Thawri mengatakan penting ahli sunnah solat di belakang salih atau fajir, iaitu solat Jumaat, dua hariraya. Adapun solat 5 waktu dicari imam yang salih.

al-Hasan dan al-Husayn pernah bersolat di belakang Marwan dan tidak mengulang semula solat itu. Ibn ‘Umar dan Anas pernah solat di belakang al-Hajjaj yang fasiq dan zalim.

ahl Sunnah melihat bahawa solat jamaah amat penting dan solat di belakang mubtadi` lebih utama dari solat sendirian di rumah. Imam ratib (yang dilantik) lebih utama menjadi imam walau ada yang lebih qari`, lebih faqih dan lebih ‘alim.

Post Navigation