Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Tazkirah”

Dermalah di jalan Allah

1.   Quran Surah al Baqarah : Ayat 43 ,  ” Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku

2.  Ayat 83 : Dan (Ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil ( yaitu ) : Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.al-Baarah; ayat 83

3. al-Baqarah; Ayat 110 :       “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

4. Ayat 177 :    “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

5. Ayat 215 :         Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka perlu nafkahkan. Jawablah : “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

6. Ayat 245 :        “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.

7. Ayat 254 :        WaHai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.

8. Ayat 261 :      Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siap yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

9. Ayat 263 :     Perkataan yang baik dan pemberian ma’af lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima) Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.al-Baqarah; 263.

Dasar Hukum Syari’at
Firman Allah SWT:
“dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak dapat bahagian” (malu meminta-minta). (QS. az-Zaariyaat (51): 19)

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, infaqkanlah (zakat) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”. (QS Al Baqarah: 267)

Hadist Nabi SAW:
عَنْ عَائِشَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : مَا خَالَطَتِ الصَّدَقَةُ مَالًا إِلَّا أَهْلَكَتْهُ . قَالَ أَبِي : تَفْسِيرُهُ أَنَّ الرَّجُلَ يَأْخُذُ الصَّدَقَةَ ، وَهِيَ الزَّكَاةُ وَهُوَ مُوسِرٌ أَوْ غَنِيٌّ إِنَّمَا هِيَ لِلْفُقَرَاءِ .
“Bila zakat bercampur dengan harta lainnya maka ia akan merosakkan harta itu”.(HR. al-Bazzar dan al-Baihaqi)
Imam Ahmad berkata, maksudnya apabila orang yang senang atau kaya mengambil harta zakat milik org2 miskin. Ahmad, al-Jami’ fi al-‘Ilal wa Ma’rifat al-Rijal, 506.

6 Sifat Orang Bertaqwa
Surah al-Baqarah: ayat 177 : “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah
1. beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan 2. memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan juga tetamu), orang2 yg meminta2, dan dalam perhambaan,…
3. menegakkan solat
4. memberikan zakat
5. orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan
6.orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Selain mrk itu, belum lah dinamakan bertaqwa.

Kewajipan infaq di jalan Allah

1.Dan org2 yg menimbun2kan emas dan perak serta tidak menginfaqkannya di jalan ALlah, maka gembirkanlah mereka dengan azab yang sangat pedih. Pd hari itu harta itu dibakar di dalam Api Neraka, diseterikadenganaya dahi mereka badannya, dan belakang bdn meraka. Inilah yang kamu timbunkan2 (tanpa infaq di jalan ALlah), utk diri kamu sendiri, maka rasakanlah azab dengan yang kamu timbun2kan itu sendiri!!

(Surah al-Tawbah: ayat 34-35)

2.Dermakannlah harta yang Kami rezekikan kpd akmu di jalan Allah sebelum datang kepada kamu kematian, lalu ia berkata, Ya Allah, tangguhkanlah walau sedikit masa shj, pasti saya akan bersedekah dan mjd org2 yg solih. Allah TIDAK AKAN menangguhkan nyawa seseorang apabila telah sampai  ajalnya,

Surah al-Munafiqun: ayat 10-11

3.Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 38 bermaksud :

” ( ingatlah ), kamu ini adalah orang-orang yang yang bertabiat demikian kamu di seru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil maka sesungguhnya sebenarnya dia berlaku bakhil kepada diri nya sendiri dan ingat lah Allah Maha kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang orang miskin ( sentiasa berhajat kepada Nya segala hal ) dan jika kamu berpaling ( daripada beriman , bertaqwa dan berderma ) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”

Hadith Nabi:
sabda Rasulullah s.a.w.  bersabda :- maksudnya : “Bentenglah harta kamu dengan berzakat, rawati sakitmu dengan bersedekah, dan persiapkan dirimu menghadapi ujian dengan berdoa.” ( HR At-Tobaraani )

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الَّذِي لَا يُؤَدِّي زَكَاةَ مَالِهِ ، يُمَثَّلُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعٌ أَقْرَعُ ، لَهُ زَبِيبَتَانِ ، قَالَ يَلْزَمُهُ ، أَوْ يُطَوِّقُهُ ، قَالَ : يَقُولُ لَهُ : أَنَا كَنْزُكَ ، أَنَا كَنْزُكَ

Rasulullah saw bersabda, Orang yang tidak menunaikan zakatnya, ia didatngi oleh ular yang botak pd hari Qiyamat, yang mempunyai 2 taring, matanya hitam, kepalanya berbintik, mematuknya, ia berkata, Akulah harta kamu!! akaulah harta kamu!! sehingga selesai hisab!!

HR al-Imam Ahmd ibn Hanbal, dr Ibn ‘Umar r.a.

ALBaqarah: Ayat 265 :

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

DERMA DI JALAN ALLAH DIPERLUKAN.

UNTUK CETAKAN 500 naskhah dianggakan harganya RM3590.00, utk 1000 naskhah RM5400.00

 

Ujian Ketewasan Ust Nasa Isa

Apabila saya dan teman2 menyatakan minat kpd ust Nasa, bebrapa rakan lain x berpuas hati, menujukkan rs kurg senang.

Sepanjng pergaulan singkat dgn beliau, saya dpati beliau sgt alim, lemah lembut, sgt mnghargai org lain, (tidak sombong, memandg rendah dan bengis spt lain2 pemimpin ). Beliau sgt tawadhu’, mantap, segala hujahnya bernas.

apabila ingin menyambung Master, beliau mencdgkan saya agar mengambil Master Comparative Law UIA. Oleh itu, kasih hati sgt tertumpah kpdnya.

Apabila beliau dipukul oleh TG, saya terasa amat pedih kecewa dan hiba. krn kedua2nya saya anggap spt guru yang sgt dikasihi….

APA SALAH ust Nasa

“1. SALAH Ust Nasa kerana Ust Fadhil Nor mengangkat beliau menjadi Setiausaha Agung PAS pada usia yang begitu muda sewaktu beliau menjadi exco pemuda pusat. Hinggakan beliau tidak sempat untuk bertapak dimana2 kawasan dan sanggup meninggalkan jawatan pensyarah semata-mata berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Ramai pimpinan parti yang tidak bersetuju dengan langkah Ust Fadhil tersebut dan ramai juga yang iri hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh AlMarhum Ust Fadhil Nor kepada Ust Nasa.

2. SALAH Ust Nasa kerana mengikut arahan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura yang mengkehendaki beliau bertemu dan berbincang dengan UMNO mengenai kedudukan PAS selepas PRU12.

3. SALAH Ust Nasa kerana memikul, menjunjung dan melaksanakan titah presiden mengenai Kerajaan Perpaduan.

4. SALAH Ust Nasa kerana beliau digelar “ejen UMNO” oleh Mursyidul Am yang tidak mendapat maklumat yang tepat.

5. SALAH Ust Nasa kerana dia tidak begitu pandai berjubah dan berserban seperti presiden dan mursyidul am.

6. SALAH Ust Nasa kerana karakternya yang cepat mesra dan baik dengan semua orang termasuk rakan dan lawan hinggakan musuh politik pun menyukai keperibadian beliau.

7. SALAH Ust Nasa kerana perwatakan beliau yang mudah didekati oleh sesiapa itu turut dihormati dan disegani oleh tokoh-tokoh korporat negara sehingga PAS banyak mendapat sumbangan dana melalui beliau.

Saya telah jngka ketewasan Ust Nasa berdsrkan pemerhatian. Biasalah wahai ust, org dimana2 pn org alim dan hebat diketepikan. lihat di masjid2 ust2 hafiiz x mjd imam, yg dipilih imam ialah gol2 yg x tahu ikhfa’ haqiqi dn qalqalah kubra itulah! gol imam karut lelucon…bacaannya lucu…

Org yg alim spt ust akan ditolak ketepi, krn terlalu masyhur, cerdik, cendekiawan, alim hebat, popular, bukan spt ahli politik geger…Ust dicemburui dan dihasadi krn ramai yg menyukai ust…

Pepatah Inggrris menyebutkan, “Bangsamu memaafkan semua kesalahanmu, kecuali apabila kamu menjdi cerdikpandai (abqariyy).”

perwakilan pun termakan hasutan2 dan fitnah2 blogger, dn mrk itu adalah peerwakilan jadian2, ust2 palsu shj…jahiliyyah, penuh hasad, bodoh, benak xtahu menilai…

mmglah ust pedih, x blh menerima pd awalnya. tp ini ketentuan taqdir yg pahit…Zaman skrg sekiranya org alim dtg ke satu tempat membina masjid, mengajar,  akhirnya ia akaan diusir,

dan dinaikkan imam jaguh dan hero kampung!!

Kelebihan Agung Ilmu Tafsir

Kelebihan besar ilmu tafsir
Antaranya diselamatkan dari menjadi penghuni APi Neraka Jahannam
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan al-Quran dan al-Hadith itu) nescaya tidaklah kami termasuk dalam kalangan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala “.(QS al-Mulk:67: ayat 10)
dan diangkat darajatnya di dunia dan di Akhirat (di dalam syurga).
1. Ia adalah tadabbur kepada kitabullah, membuang tutupan dan kunci yang menutup matahati. Surah Muhammad ayat 24.
2. Ilmu tafsir syarat cinta kepada Allah dan Rasul saw. Orang yang paling dicintai Allah ialah yg paling faham akan kitabnya, paling hafiz dan paling cinta akan kitabNya.
3. Alim tafsir paling berhak menjadi imam solat dan pemimpin masyarakat dan pemimpin umat.
4. Hafiz dan mufassir adalah alim sebenar. Tanda alim, faqih ialah hafaz 10 juz ke atas dgn tafsirnya.
5. Asas tauhid adan amal. Tanda ahl sunnah, jalan ke syurga. Luzum jamaah, ittiba’ sunnah, imarah masjid2, membaca al-Quran dan jihad.
6. Satu huruf diberi 70 pahala.
7. Tidak akan binasa dan x akan sesat. Tahkim kpdnya adalah iman, berpaling drnya adalah nifaq.
8. Selamat dr fitan
9. Ia adalah solat, lebih utama dr solat sunat yg bnayak, ia ibadah pling besar dan utama.
10. Tafsir al-Quran adalah zikr dan sharaf.
11. Asas ilmu, selainnya jahiliyyah.
12. Alim tafsir wali Allah yg terpilih, ahulullah
13. Doanya makbul
14. Diberi jalan keluar dr segala masalah. Tibyanan li kulli shay’in…
15. Majlis tafsir dihadiri malaikat
16. Alim tafsir didoakan oleh malaikat, bintang2 daratan dan lautan
17. Sakinah, rahmah, dtg malaikat, pujian dr Allah. Jika tidak, hidupnya mjd sempit (Taha: 124)
18. Hidayah, subul salam, ketenangan kebahagiaan, al-Ma’idah 15-16. Abu Hurairah.
19. Ada hubungan dgn Allah
20. Wajah berseri2 dgn cahaya al-Quran dan al-Hadith.
21. Jalan taqwa.
22. Mati dalam iman dan islam, kalimah tauhid
23. Selamat dr azab kubur. Hadith sahih.
24. Mendapat naungan di bwah arasyh Allah di kepanasan Mahsyar. HR al-Hafiz Ibn Shazan dlm al-Mashikhah dengan sanad jayyid.
25. Minum dr hawdh nabi saw.
26. Berat timbangan amal kebaikan.
27. Diberi kitab suratan amal dgn tangan kanan.
28. Berjaya melintasi titian sirat. Ahli Quran dan Hadith.
29. Selamat dr Api Neraka Jahnnam
30. Masuk syurga yg tertinggi bersama para malaikat dan nabi2. Mjd jiran Allah. Mlihat wajah Allah yag agung lagi Mulia, pagi dan petang, atau setiap Jumaat.

31. Ilmu tafsir paling simple, paling mudah tetapi paling agung. Di dalamnya ada tauhid, fiqh, tazkiyah, lughah, nahw, sarf, balaghah dan jutaan ilmu lagi.

 

Manhaj ilmu tafsir
Tafsir dgn akal (hawanafu) mewajibkan Neraka Jahanmm. Sabda, Sesiapa ygm mentafsirkan al-Quran dengan akalnya (yg bodoh dan dangkal), maka siapkanlh tempt duduknya dalam Neraka Jahnam. HR Abu D dan Tirmidhi.
1. Tafsir al-Quran dgn al-Quran,

2.dgn hadith,

3.Kalam sahabah,

4.kalam tabiin,

5.kalam ulama’ tafsir, tafsir dgn kaedah2 nahw bahasa Arab, balaghah dan sarf arab.

Yang tidak tahu ikhfa’ haqiqi dan maf’ul bih , apa perlu menyibuk dlm tafsir dan mengajar tafsir? Yang tidak hafiz surah Baqarah dan Ali ‘Imran?! Yang tidak tahu feel mudhari’, madhi dan amr, xtahu mufrad muthanna dan jama’, mengapa berlagak alim tafsir?! Dunia dipenuhi org2 gila!!
Ada yang baru menghafaz al-Sajdah dan tabbat yadaa (itupun byk salah) sudah menganggap diri setaraf ulama’ tafsir. Tidak pernah mempelajari Tafsir al-Tabari, al-Qurtubi, dan Ibn Kathir,…sekadar membaca sedikit buku terjemahan al-Quran (baca sendiri bersama syaitan), lalu terus menganggap dirinya qari’, hafiz, imam besar.

Siapakah Wali Muqarrab

Menurut seorang tabi`i bernama ‘Uthman ibn Abi Sawdah r.a., Wali yang disebut al-sabiqun al-muqarrabun  (yg disebut dlm surah al-Waqi`ah: ayat 10-11) ialah “orang yang paling awal ke masjid untuk solat dan paling awal keluar berjihad di jalan Allah.”

al-Hafiz Hannad, al-Zuhd, Hadith 956.

رقم الحديث: 956
(حديث مقطوع) حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ ، عَنِ الأَوْزَاعِيِّ ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي سَوْدَةَ وَتَلا هَذِهِ الآيَةَ : وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ سورة الواقعة آية 10 – 11 , قَالَ : ” هُمْ أَوَّلُهُمْ رَوَاحًا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَأَوَّلُهُمْ خُرُوجًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ” .

Mengingati Negara Akhirat

al-Imam Hannad ibn al-Sariyy mengisnadkan dalam al-Zuhd dengan sanad sahih, dari Abu Musa r.a. berkata, “Matahari berada di atas kepala manusia pada Hari Qiyamat, hanya amalan mereka yang menaungi dan menemani mereka.”

al-Zuhd, Sahih menurut syarat al-Imam Muslim. Hadith 327.

Amalan2 yg menyelamatkan dari bakaran matahari Mahsyar dijelaskan dalam hadith 7 golongan dan beberapa hadith lain. Lihat lebih terperinci dalam al-Fath.

3 Penghapus Dosa

Dari Abi ‘Asib r.a., Rasulullah saw bersabda, “al-Kaffarat : 3 perkara yang menghapuskan dosa-dosa;

1. iktikaf di masjid selepas solat (dengan berzikir)

2. berjalan kaki ke masjid untuk solat jamaah

3. berwudhu’ ketika susah (sejuk, malas, mengantuk).

Riwayat Ibn Hanbal, Hadith Sahih, Lihat Sahih al-Jami` al-Saghir.

Post Navigation