Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Hayat 'Ulama al-Tabi'in”

Solat Munafiq

Kaki masjid juga perlu muhasabah.
قال الخلال في السنَّة (4/119) رقم [ 1308] حدثنا أبو عبدالله قال ثنا وكيع عن سفيان عن الأعمش عن خيثمة عن عبدالله بن عمرو قال (( يأتي على الناَّاس زمان لا يبقى مؤمن إلا لحق بالشَّام ، ويأتي على النَّاس زمان يجتمعون في المساجد ليس فيهم مؤمن )) ”
al-Hafiz al-Khallal berkata, dalam al-Sunnah, berkata kepada kami Abu ‘Abdillah (Ahmad ibn Hanbal), (beliau berkata) berkata kepada kami Waki’, dari Sufyan (al-Thawri), dari al-A’mash, dari Khaythamah, dari ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a. berkata,
“Akan datang satu masa, manusia berkumpul (bersolat) di masjid tapi tiada pun yang mukmin.” sahih mawquf.

Berkata shurrah, yakni tiada yang sahih dan sempurna iman, kerana banyaknya sifat-sifat nifaq seperti tidak amanah, menipu, mungkir janji, mengajak kepada bid’ah, bakhil, menentang hadith al-Sifat, melampau batas dalam berkelahi dll.

Oleh itu tidak perlu bangga, megah dan ujub walau ia tablighi kaki masjid.
-apa maknanya serban jubah tapi maki dan pukul ulama contohnya?
-solat masjid tapi memukul orang dalam masjid
-solat masjid tetapi mengikuti ajaran sesat, tariqat sesat, syiah, jahmiyyah atau sufi zindiiq gila

Advertisements

Penipuan Kenduri Arwah

Penyembah kenduri arwah yang lahap.

Golongan pondokiyyah yg bid’ah dan penipu mencari makan, nama dan kemegahan menggunakan agama.
Pengharaman kenduri arwah telah sabit dengan
1. hadith sahih
2. ijma’ sahabah
3. akal yang sihat
4. fitrah yang bersih

Tetapi mrk menipu mgkin kerana bodoh atau takabbur jumud beku dan taksub yg terkutuk
mrk mngatakn kononnya perkara ini khilaf membawa hadith daif lagi palsu dengan tambahan da’i imra’atih, sdgkan yang sahih ialah da’i imra’atin min quraysh dan da’i imra’ah shj tanpa idafah.
Mrk memg ada dalil tapi pendalilan mrk batil dan sesat, menggnakan hadith daif dan meletakkan hadith itu bukan pada maksudnya yang sebenar.
الحديث رواه أحمد وأبو داود ، ولفظ أبي داود (دَاعِي امْرَأَةٍ) ولفظ أحمد : (دَاعِي امْرَأَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ) .م
وقد نبه في تحفة الأحوذي على أن الحديث وقع في مشكاة المصابيح بلفظ (داعي امرأته) قال : وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح : (داعي امرأةٍ) بغير الإضافة اهـ .
وعلى هذا لا يصح الاستدلال بهذا على جواز صنع أهل الميت طعاما .

Kahwin Muda yang diabaikan Umat

Zawaj Mubakkir.

Zawaj mubakkir atau ‘kahwin muda’ adalah Sunnah para Nabi dan salafussalih. Para salaf menikahkan anak2 perempuan mereka sebelum baligh kepada lelaki2 salih. Umat Islam telah menyalahi salaf dalam perkara ini. Sedangkan Nikah Muda sabit dalam al-Quran, al-Hadith, al-Ijma’ dan maslahah.

1.Dalil al-Quran. Antara dalil al-Quran ialah ;
Firman Allah
وَالْلآئِي يَئَسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتِهِنَّ ثَلاَثَةُ أَشْهُرٍ وَالْلآئِي لِمْ يَحِضْنَ[الطلاق:]
“Dan perempuan-perempuan yang tidak lagi haid dari isteri-isteri kamu – sekiranya kamu ragu, – maka ‘iddah mereka adalah 3 bulan begitu juga ‘iddah bagi perempuan –perempuan yang belum haid…” al-Talaq: ayat 4.
Allah menjadikan bagi perempuan yang belum haid iaitu isteri2 kecil berlaku ke atas mereka hukum nikah, talaq dan ‘iddah. Ini tidak berlaku melainkan dengan adanya perkahwinan .

Firman Allah,
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَاب لَكُمْ مِنْ الْنِّسَاءَ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ[النساء:3]
Berkata ‘Aishah radhiyallahu ‘anha, “Wahai anak kakakku (‘Urwah ibn Zubayr), ini adalah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Ia suka kepada nya kerana hartanya dan kecantikannya. Lalu ia mahu menikahi anak yatim itu tanpa memberikan maharnya, lalu mereka dilrang berbuat demikian melaikn mereka mestilah memberi mahar yang paling tinggi seperti wanita-wanita lain yang ia kahwini.” Muttafaq ‘alayh. .

Ini menunjukkan disyariatkan mengahwini perempuan yang belum baligh, kerana setelah balighah, perempuan tidak lagi disebut yatim.

Firman Allah,
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاء الْلآتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ [النساء: 127 ].
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: “Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka;…” (al-Nisa’: ayat 127)

قالت أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها: هي اليتيمة تكون في حجر الرجل قد شركته في ماله فيرغب عنها أن يتزوجها ويكره أن يزوجها غيره، فيدخل عليه في ماله فيحبسها، فنهاهم الله عن ذلك. متفق عليه
Aishah r.a. ibu orang-orang beriman berkata, “Ini ialah tentang yatimah yang di bawah jagaan penjaganya. Dia tidak mahu mengahwininya dan tidak mahu menikahkannya kepada lelaki lain.dia mengambil harta yatimah itu menjadi hartanya. Lalu Allah melarang mereka dari berbuat demikian.” Sahih. Muttafaq ‘alayh.

2.Dalil Sunnah.

Dalil dari Sunnah ialah perbuatan Nabi saw yang mengahwini Aishah.
في الصحيحين عن عائشة رضي الله عنها قالت: تزوجني النبي صلى الله عليه وسلم وأنا ابنة ست، وبنى بي وأنا ابنة تسع.
Sabit dalam Sahihayn Aishah r.a. berkata, “Nabi saw mengahwini saya ketika saya berumur enam tahun dan bersama dengan saya ketika berumur Sembilan tahun.” Sahih.

3.Ijma’ .

Ramai ulama telah menukilkan ijma’ dalam perkara ini yakni keharusan menikahkan anak perempuan yang masih kecil, yang mengaqadkannya ialah ayahnya (dan menurut al-Shafii dan lain2 juga datuknya sebelah ayahnya).

Berkata Ibn Qudamah dalam al-Mughni, “Ada pun keharusan menikahkan perempuan yang masih kecil (oleh ayahnya) maka ini harus tanpa khilaf.”

Ibn al-Mundhir berkata, “Ahli ilmu yang mu’tabar telah ijma’ bahawa harus seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang masih kecil kepada lelaki yang sekufu’, walau anak itu tidak mahu dan enggan.” (Berkata al-Baghawi, Tetapi tidak boleh disetubuhi melainkan setelah baligh dan mampu bersama dengan suaminya).

4.Amalan para Sahabat.

‘Ali r.a. telah mengahwinkan anaknya Umm Kulthum dengan ‘Umar al-Khattab r.a. dan Ummu Kulthum telah melahirkan anak sebelum kewafatan Nabi saw. ‘Umar mengahwininya sebelum Ummu Kulthum baligh.

Zubayr r.a. telah mengahwinkan anak perempuannya yang masih kecil ketika baru dilahirkan. Lihat Sunan Sa’id ibn Mansur dan Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf dengan sanad sahih.

al-Shafi’i dalam al-Umm berkata, Ramai sahabat yang mengahwinkan anak perempuan ketika masih kecil.

5.Maslahah

Dalam kahwin muda terdapat maslahah yang banyak dan dapat menolak pelbagai mafsadah. Antaranya Maslahah sakan, mawaddah, rahmah, ‘iffah, dan ihson. Meramaikan umat Nabi saw. Menjauhkan dari bahaya mafsadah zina dan pelbagai kerosakan.

Melewatkan perkahwinan anak-anak perempuan adalah bid’ah dan menyalahi amalan salaf, akibat idea pembaratan dan kemasukan undang-undang sekuler yang mengakibattkan kefahaman dan adat yang baik mjd rosak. Dengan lewat berkahwin, berlaku pendedahan aurat, pelbagai kekejian, lemah amalan agama, kerosakan pemuda, dan akhlak.

Lewat nikah menghilangkan sakan (ketenangan), mawaddah, rahmah, ‘iffah, juga ihson, dan menyebabkan kurang jumlah umat Nabi saw.

Puasa 9 hari terawal Zulhijjah

Sunat muakkadah puasa 9 hari terawal zulhijjah:
al-Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim berkata, yang dimaksudkan dalam hadith ialah puasa 9 hari (1-9 Zulhijjah hari ‘Arafah). hadith hasan sahih. al-Albani mengatakan sahih.

Hareez Faqiir: Hadith Hafsah r.anha,
“عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ .
dari Hafsah r.ha, berkata, “Bahawa Rasulullah saw biasanya berpuasa 9 hari Zulhijah, hari ‘Ashuraa’, 3 hari setiap bulan iaitu Isnin pertama dan 2 khamis terawal.” Sahih Sunan Abi Dawuud. HR al-Imam Ahmad, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir dan al-Tahawi.

Kelebihan2 10 Zulhijjah.
1.Allah bersumpah dengannya (al-Fajr: 1-2) dengan menyebutnya sebagai (layalin ‘ashr).
2.Ia adalah hari zikrullah ayyam ma’lumat, Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas ayyam ma’lumat ialah 10 hari terawal Zulhijjah
(ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام) [الحج:28]
3.Nabi menyatakan 10 zulhijjah adalah hari2 dunia yg paling utama di dunia ini lbh utama dari jihad
عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ ” ، يَعْنِي : عَشْرَ ذِي الْحَجَّةِ ، قِيلَ : وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، قَالَ : ” وَلا مِثْلُهُنَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ عُفِّرَ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ ” ، وَذُكِرَ عَرَفَةُ ، فَقَالَ : ” يَوْمُ مُبَاهَاةٍ يَنْزِلُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيَقُولُ : عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحينَ ، جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَسْأَلُونَ رَحْمَتِي ، وَيَسْتَعِيذُونَ مِنْ عَذَابِي وَلَمْ يَرَوْا ، فَلَمْ نَرَ يَوْمًا أَكْثَرَ عَتِيقًا وَعَتِيقَةً مِنَ النَّارِ ”
( [ رواه البزار وابن حبان وصححه الألباني]
yakni pahala segala amalan digandakan tanpa kecuali
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام ـ يعني أيام العشر ـ قالوا: يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء) [رواه البخاري].
4.Ada Hari ‘Arafah, hari keampunan dosa-dosa, hari pembebasan dari Api Neraka Jahannam.
5.Ada didalamnya kurban
6.Terhimpun ibadat2 besar di dalamnya, puasa, haji, umrah, sedekah, kurban, zikrullah, al-Fath Ibn Hajar.
Puasa Hari ‘Arafah menghapuskan dosa 2 tahun. Sahih Muslim.
(صيام يوم عرفة احتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده) [رواه مسلم
AMALAN2 SALIH DALAM BULAN ZULHIJJAH.
Bulan Zulhijjah ialah bulan lautan pahala, agar diterima segala amalan, wajib bertaubat terlebih dahulu dari segala dosa.
(وتوبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون( [النور:31]. Antara amalan salih yang patut dilakukan ialah
1.Berpuasa 1-9 zulhijjah
2.Berzikir, bertahlil, bertakbir dan bertahmid sebanyak-banyaknya
عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد) [رواه أحمد]

3.Membaca al-Quran sebanyak2nya
4.Bersedekah
5.Solat jamaah dan i’tikaf membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Ibn ‘Abbas menggalakkan orang ramai beriktikaf di masjid pada Hari ‘Arafah, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan berdoa.
6.Berkorban. bagi yang berkorban hendaklah ia tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 zulhijjah. Yang terbaik ialah ia menyembelih sendiri binatang korbannya.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ”
Dari Ummu Salamah, bahawasanya Nabi saw. bersabda, “Apabila telah masuk sepuluh hari Dzulhijjah sementara ada diantara kalian yang ingin berkurban maka janganlah ia memotong rambut dan permukaan kulitnya (bulu) sedikitpun,” (HR Muslim, Kitab al-Adahi, hadith 3660, 3662). Dalam Musnad al-Imam al-Shafiei r.a. no 368,
أَخْبَرَنَا الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حُمَيْدٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، فَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلا يَمَسَّنَّ مِنْ شَعَرِهِ وَلا مِنْ بَشَرِهِ شَيْئًا
KORBAN KONGSI AQIQAH.
Hukum asal tiada perkongsian dalam aqiqah.
KORBAN atau AQIQAH dengan AYAM.
Dalam Matla’, disebutkan aqiqah dengan ayam satu riwayat dari Ibn ‘Abbas. Ia bukan aqiqah yang sebenar, tetapi hanya dikira sedekah biasa.

Amalan Malam Jumaat dan Hari Jumaat

1. Membaca surah al-Kahf (110 ayat), Surah2 penting spt Taha, al-An’am, Yasin, al-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk.
2. Subuh Jumaat, solat jamaah, membaca surah al-Sajdah dan al-Insan. Dalam riwayat al-Bazzar disebutkan, sesiapa yang mendatanginya diampunkan dosa2nya.
3. Membaca surah al-Kahfi, atau mendengar bacaannya spt bacaan al-Minshawi

4.Hadir awal ke masjid untuk membaca al-Quran dalam solat sebanyak2nya dan mendengar khutbah.
Mandi, memakai wangian, memakai pakaian putih yang sesuai lagi baik dan cantik (bukan selekeh spt t-shirt lusuh atau pagoda). Allah SWT berkata,
(يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِد)) [الأعراف:31].
Wahai anak-anak Adam ambillah perhsan kamu ketika pergi ke setiap masjid…” Surah al-A’raf ayat 31. Ayat bukan semata2 menyuruh menutup aurat tetapi lebih dari itu iaitu bercantik2 ke masjid berhias2 di hadapan Allah Ta’ala.
5. Berdoa meminta keperluan dunia dan Akhirat.
6.Membanyakkan selawat setiap masa.
7.Bersedekah kepada org2 miskin
8.Berpuasa dengan digabungkan dgn hari Khamis atau Sabtu.

Amalan 29 Ramadhan 1433H dan ‘Idulfitri dan 2 Shawwal

1.Membayar Zakat Fitrah terus kepada faqir miskin
Setiap muslim dan muslimah dianjurkan agar segera membayar zakat fitrah, kpd faqir dan miskin satu cupak beras, tamar atau secupak gandum, sebagai ibadah wajib ke atas stp muslim, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, merdeka atau hamba, kaya atau miskin. Hinggakan janin dalam kandungan juga disunatkan zakat untuknya, tetapi tidak diwajibkan. Nabi saw bersabda,
أَغْنُوهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah makan mereka, janganlah biarkan mereka yang miskin dari meminta2 pada hari ini.” Dari Ibn ‘Umar r.anhuma berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat raya.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah selepas solat raya, maka ia telah berdosa, dan zakat fitrahnya dikira sebagai sedekah biasa.
Sekiranya orang kaya berzakat, maka zakat itu membersihkan hartanya dan puasanya, apabila seorang faqir berzakat, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih banyak.
Dari Jarir ibn ‘Abdillah radhiyaLLAHu ‘anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لا يُرْفَعُ إِلا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ
“Segala ibadat bulan ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ya’ni tidak diangkat ke langit di sisiNya (untuk diberikan keampunan), melainkan dengan membayar zakat fitrah.” HR al-Hafiz Ibn Shahin. Berkata Ibn ‘Abd al-Barr dlm al-Istizkar, jayyidul isnad.

2. Tidak Memungut Duit Orang ramai secara batil (cukai) Kununnya utk Jamuan Raya
Perkaitan antara sahur, iktikaf, puasa dan memakan yang haram sangat rapat, krn disebut dalam al-Quran secara berturut2 dalam ayat 187 dan 188 surah al-Baqarah.
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ 188
Buatlah jamuan raya, tetapi bukan dengan menungut wang orang ramai secara jahil, paksaan atau spt ugutan, kerana ini termasuk memakan harta orang ramai secara batil. Hanya Allah dan RAsul yang berhak memungut harta manusia,…dgn tujuan kegunaan fi sabilillah, biarlah jamuan raya ikhlas, walaupun kecil, tanpa mengambil harta manusia.
Ketahuilah, memungut duit org ramai tanpa darurat disamakan dengan memakan riba yang diharamkan. Di akhirat, mereka yang berbuat demikian akan diazab dengan azab yang amat pedih. Surah al-Nisa’ ayat 161.
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 161
Perbuatan itu juga adalah spt perbuatan para paderi yahudi dan rahib nasrani yang mengambil harta manusia secara batil, menghalng agama Allah dan menimbun2kn harta., maka gembirakanlah mrk dgn azab yang amat pedih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِـزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Oleh kerana telah berpaling jauh dr ilmu, krn sombong atau malu, maka memakan haram telah tidak terasa lagi. Kununnya atas nama taman, kelab dan pemerintah,..!. ingatlah, dalam hadith sahih disebutkan bhw pemungut cukai darahnya wajib ditumpahkan, ia adalah penghuni APi Neraka Jahnaanm..! Nabi saw juga menyatakan bhw, Berapa ramai orang yang menguruskan harta dan Rasulnya, mengikut keinginan nafsunya, tiada bagi nya di AKhirat melainkan Api Neraka.
Bertaubat berdoa dan menangisi Ramadhan dan umur yang semakin pendek.
Adalah golongan salaf berdoa dan menangis2 kpd Allah selama 6 bulan, memohon dari agar Allah menerima ibadah solat, puasa dan sedekah mereka pada bulan ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan dan kekurangan, temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yang akan datngg…, janganlah kami mati dan bertemu dgnMu dengan kecewa dan membawa dosa-dosa…amin ya rabbal ‘aalamin.

Selepas Maghrib, bertakbir hingga subuh sehingga sebelum solat raya ‘Eidulfitri

1 SHAWWAL : SOLAT EID
Solat Raya ini dianjurkan hatta kepada anak-anak dara dan perempuan2 yg haid agar sama2 mendengar khutbah dan berdoa bersama jamaah muslimin. Sunnah ini banyak dilalaikan oleh golongan muslimat.
Antara lain ialah: mandi raya, memakai wangian (untuk lelaki), memakai pakaian yang cantik, makan tamar sebelum solat raya, berjalan kaki ke masjid, pergi dan pulang masjid dengan jalan yang berlainan.

2 SHAWWAL. Mula puasa Shawwal 6 hari, kemudian puasa qadha’.

Keharusan dan kesahihan penggunaan kalimah SALAFI

KESAHIHAN PENGGUNAAN KALIMAH SALAFI
By: FB Abid Faqeer
Menisbahkan diri kepada salaf adalah satu kemuliaan, ia tidak akan berlaku melainkan benar. Bahkan wajib setiap muslimah dan muslimah mengikut salaf yang salih, salafi zahir dan batin kerana golongan salaf (sahabat Nabi dan tabi’in) adalah golongan yang benar, diredhai Allah dan dijanjikan syurga.
Wajib seorang hafiz atau ahli hadith itu menjadi wara’ dan salafi. al-Imam al-Zahabi menulis dlm Siyar A’lam al-Nubala’ berkenaan ciri2 seorang al-Hafiz [13/380]:
فَالَّذِي يحتَاج إِلَيْهِ الحَافِظُ أَن يَكُون تقياً ذكياً، نَحْوِيّاً لُغَوِيّاً زكياً، حَيِيّاً، سَلَفياً
Maksudnya: “adapun yang diperlukan oleh seorang al-Hafiz hendaklah dia seorang yang bertaqwa, cerdik, alim nahw dan bahasa Arab, bersih jiwa, pemalu dan SALAFI”.
Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Fatimah radiyallahu ‘anha :
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ
“Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya”. Dikeluarkan oleh al-Bukhari no.5928 dan Muslim no.2450.
Berkata al-Hafiz al-Sam’ani dalam Al-Ansab, jilid 3 hal 273 : “Salafi dengan difathah (huruf sin) adalah nisbah kepada Salaf dan mengikuti mazhab mereka”.
Berkata al-Zahabi,
السلفي بفتحتين من كان على مذهب السلف ) السير {21/5 و6
“al-Salafiyy dengan dua fathah ialah, sesiapa yang mengikuti mazhab salaf.” al-Siyar, jld 5, ms 21.
Dan berkata al-Hafiz As-Suyuti dalam Lubbul Lubab, jilid 2 hal.22 : “Salafi dengan difathah (huruf sin dan lam) adalah penyandaran diri kepada mazhab Salaf”.

1. Berkata al-Imam al-Zahabi dalam Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 13, hal.183 setelah menyebutkan hikayat bahawa Ya’qub bin Sufyan Al-Fasawi rahimahullah menghina ‘Uthman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu : “Kisah ini terputus, wallahu A’lam.
ما علمت يعقوب الفسوي إلا سلفيا
Dan saya tidak mengetahui Ya’qub Al-Fasawi kecuali beliau itu adalah seorang Salafi, dan beliau telah mengarang sebuah kitab kecil tentang As-Sunnah”.

2. Dan dalam biografi ‘Uthman bin Jarzad, al-Zahabi berkata : “Untuk menjadi seorang Muhaddith (ahli hadith), perlu lima perkara, sekiranya satu perkara tidak dipenuhi maka itu adalah suatu kekurangan. Dia memerlukan : Aqal yang baik, agama yang baik, dhabt (hafalan yang kuat), kecerdikan dalam bidang hadith serta dikenal darinya sifat amanah”.
3. Dan al-Zahabi berkata tentang al-Imam Ad-Daraqutni :
لم يدخل الرجل أبدا في علم الكلام ولا الجدال، ولا خاض في ذلك، بل كان سلفيا
“Beliau adalah orang yang tidak pernah ikut serta mempelajari ilmu kalam (ilmu mantik) dan tidak pula ilmu jidal (ilmu debat) dan beliau tidak pernah mendalami ilmu tersebut, bahkan beliau adalah seorang salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 16, hal. 457.

4. Dan dalam Tadzkirah Al-Huffaz jilid 4 hal.1431 dalam biografi Ibnu al-Solah, berkata Imam Adz-Dzahaby :
كان سلفيا حسن الاعتقاد) التذكرة {4/1431}
“Dan beliau adalah seorang Salafi yang baik aqidahnya”. Dan lihat : Tabaqat al-Huffaz, jilid 2, hal. 503 dan Siyar A’lam An-Nubala` jilid 23, hal. 142.

5. Dalam biografi Imam Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Isa bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi, Imam Az-Zahabi berkata : “Beliau adalah seorang yang thiqah, thabt (kuat hafalannya), pandai, seorang salafiyy…”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 23, hal.18.

6. Dan dalam Biografi Abul Muzaffar Ibnu Hubairah, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia adalah seorang yang mengetahui madzhab dan bahasa arab dan ilmu ‘arudh, seorang salafi, athari”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal.426.

7. Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam biografi Imam Az-Zabidi : “Dia adalah seorang Hanafi, Salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal 316.

8. Dan dalam Biografi Musa bin Ibrahim Al-Ba’labaki, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dan demikian pula beliau seorang merendah hati, seorang Salafi”. Lihat : Mu’jamul Muhaddithin, hal.283.

9. Dan dalam biografi Muhammad bin Muhammad Al-Bahrani, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia seorang yang beragama, orang yang sangat baik, seorang Salafy”. Lihat : Mu’jam Al-Shuyukh, jilid 2, hal 280 (dinukil dari Al-Ajwibah Al-Mufidah hal.18).

10. Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Lisanul Mizan, Jilid 5, hal.348 dalam biografi Muhammad bin Qasim bin Sufyan Abu Ishaq al-Maliki al-Misri:
( محمد بن القاسم بن سفيان أبو إسحاق المصري المالكي الفقيه كان سلفي المذهب)
“Dan Ia adalah seorang yang bermazhab salafi”.
Bahkan sebenarnya setiap muslim tiada pilihan melainkan wajib menisbahkan diri kepada salaf dan wajib menjadi muslim salafiyy.

Post Navigation