Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 20, 2009”

Bagaimana Memulakan Tahfiz Anak-anak

Berkata ‘Umar ibn al-Khattab, “Kewajipan bapa terhadap anak-anak itu 3,

1.memilih ibunya (juga gurunya)

2.memberikan nama yang baik

3.mengajarkan al-Quran.”

Bagaimana Memulakan Tahfiz Anak-anak

Bismillah.

1.Tutup suis utama tv dan dvd. jangan benarkan menonton kecuali stgh jam sehari. Cth 6.oo-6.30 ptg.

2.Hendaklah mula membaca iqra’ sejak anak berumur 3 tahun apabila telah fasih bercakap, atau 4 tahun

3.Mulakan mengajar dari  juz  ‘amma, atau surah al-Duha. Ulang bacaan sehingga 50-60 kali,  iaitu istiqamah setiap hari, sekurgnya 2x sehari, sekali pg sekali petang, sekiranya rehat hanya sekali seminggu

4.Membaca ayat2 terpilih al-Baqarah stp malam , supaya dpt barakah menguatkan hafazan, iaitu alim lam mim, wa ilahukum, ayat kursiyy, la ikrah, allahu waliyy, lillahi ma, amanar rasul dan la yukallifu

5.Membaca surah Yasin, atau Dukhan, Sajdah atau Mulk setiap malam Jumaat secara talaqqi dan mushafahah, iaitu bacaan ikut guru (BIG)

6.Sentiasa membaca hadith2 fada’il al-Quran cthnya selepas subuh.

Doakan kami..Selamat mencuba!

Post Navigation