Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 29, 2009”

Fada'il Tahajjud

Fada’il Solat Malam

1. Qiyamullayl adalah sifat ibadurrahman (para wali Allah). Firman  Allah bermaksud, “Dan (wali-wali Allah) itu tidur untuk Tuhan mereka dalam keadaan sujud dan berdiri.” (Surah al-Furqan: 64)

2. Ihsan, Qiyam dan istighfar pada waktu sahur adalah salah satu sifat taqwa. Frman Allah Ta’ala.

﴿كَانُواْ قَلِيلاً مّن ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِٱلأَسْحَـٰرِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾ [الذاريات:17، 18]

Maksudnya, “Mereka dahulu di dunia sedikit sekali tidur malam. Dan pada waktu sahur mereka memohon keampunan.” (al-Zariyat: 17-18).

Allah mensifatkan golongan bertaqwa dan solih bahawa mereka itu jujur, membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam dan mereka bersujud. (Ali ‘Imran: 113).


Fadilat Qiyamullayl

Kelebihan Qiyamullayl dan Tahajjud

1.Mendapat iman yang benar lagi sahih kepada Allah dan al-Quran.

وقال تعالى: ﴿تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ﴾ [السجدة:16]

Firman Allah Ta`ala, “Sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat-ayat kami hanyalah…Jauh lambung (badan) mereka dari tempat tidur , mereka berdoa (bersolat malam dan beribadah) kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut dan harap, dan dari harta yang Kami berikan kepada mereka , mereka dermakan. (al-Sajdah: 15-16). Berkata al-Hasan dan Mujahid yakni mereka bersolat malam. Berkata Ibn Kathir, mereka itu ialah yang bersolat malam, meninggalkan tidur di tilam yang empuk.

2. Mendapat ilmu yang bermanfaat atau hakikat ilmu, yakni mereka yang suka qiyamullail mempunyai sifat alim sebenar (ulama’ Akhirat ulul albab). Diringankan bagi mereka hisab yang panjang dan berat di Bumi Mahsyar di mana sehari bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia.
وقال تعالى: ﴿أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ ءانَاء ٱلَّيْلِ سَـٰجِداً وَقَائِماً يَحْذَرُ ٱلآخِرَةَ وَيَرْجُواْ رَحْمَةَ رَبّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ﴾ [الزمر:9].

Firman Allah bermaksud, “Adakah orang yang taat (bersolat di tengah malam dan selepas tengah malam) dalam keadaan sujud dan berdiri , ia takut azab Akhirat dan mengharap akan kasih sayang Tuhannya itu (sama dengan orang yang batil lalai?), adakah sama orang yang mengetahui…”(al-Zumar: 9).

3. Qiyamullayl sifat Nabi saw dan para sahabat. Ia merupakan asas dakwah bagi para pendakwah.

Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya Kami akan meletakkan ke atasmu kata-kata yang sangat berat.” (al-Muzzammil: 5).

Post Navigation