Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 14, 2009”

Kemuliaan Faqih Alim

KELEBIHAN FAQIH

Dari Ibn ‘Abbas r.a., Rasulullah saw bersabda,

“Seorang faqih lebih berat ke atas syaitan, dari 1000 orang abid.”

al-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Bayhaqi. al-Imam Ja’far al-Sadiq berkata “Kematian seorang alim lebih besar musibahnya dr kematian satu bangsa.” Yang dimaksudkan ialah faqih mujtahid, wallahu a’lam.

Dari Ibn ‘Umar ra, Rasulullah saw bersabda, “Kelebihan alim faqih ke atas abid ialah 70 darajat, satu darajat seperti larian kuda 70 tahun. Itu kerana syaitan menciptakan bid`ah kepada manusia, lalu dapat dilihat oleh ‘alim lantas ia mencegah manusia dari bid`ah itu. Seorang abid menumpukan ibadah kepada Tuhannya, tidak mengambil berat tentang bid`ah dan tidak mengenalnya.” Takhrij al-Hafiz Abu Nu`aym al-Asbahani.

Dalam hadith, “Mempelajari satu masalah lebih baik dari ibadat setahun, dgn puasa dan solat imam setahun.”

Seorg alim mestilah mendalami cabang2 ilmu syariah (ilmu fiqh) serta hadith2nya. Menghafaz al-Quran, tafsiran dan terjemahannya terutama 7 surah terawal. Dlm hadith, “Seorang yg menghafaz 40 hadith ttg halal dan haram dibangkit sedbagai faqih alim pd Hari Qiyamat.” Sesiapa yg menghafaz 7 surah terawal maka dia adalah habr (alim).” Hadith hasan sahih.

Berkata al-Imam al-Hafiz Ibn Shihab al-Zuhri, “Sekiranya saya bertafaqquh mempelajari ilmu satu jam lebih saya sukai dari sepanjang malam beribadat sehingga pagi.”  al-Daraqutni dan al-Bayhaqi.

Lihat al-Mundhiri, al-Targhib,  juz 1, ms 59. Lihat sifat-sifat  dan syarat-syarat faqih mujtahid dalam kitab-kitab Usul al-Fiqh, yang paling mudah al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Dr. ‘Abd al-Karim Zaydan.

PENGAJARAN HADITH.

1. Bid`ah dan kesesatan berpunca dari kejahilan dan membenci ilmu, membenci ahli ilmu.

2. Biasanya banyak ibadat mengakibatkan ‘ujub dan ghurur. Ilmu menyingkapkan kekurangan diri dan menghasilkan tawadhu’.

3.Seorang faqih mengenal sunnah dan bid`ah, hukum halal dan haram., madakhil syaitan, ghurur dunia, mengetahui fiqh awlawiyyat. Dlm hadith “Sekiranya Juraij al-‘abid ar-rahib itu seorg faqih dan alim , nescaya ia tahu bahawa menyahut panggilan ibunya lbh utama dari meneruskan solat sunatnya kpd Tuhannya.” HR Abu Nuaym dlm Makrifat al-Sahabah, al-Baihaqi dlm al-Shu’ab dan al-Baghdadi al-Khatib dlm Tarikh Baghdad,

BAHAYA MENCARI ILMU KERANA DUNIA
1.memudahkan jalan ke Neraka
2.diazab dalam Neraka, dalam Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Man Qatala li ar-Riya’ wa al-Sum’ah, no 3534,
وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
HR Ahmad, al-Nasaei,
Dalam riwayat al-Hakim dlm al-Mustadrak, 2458,
نْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” أَوَّلُ النَّاسِ يَدْخُلُ النَّارَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلاثَةُ نَفَرٍ : يُؤْتَى بِالرَّجُلِ ، أَوْ قَالَ : بِأَحَدِهِمْ ، فَيَقُولُ : رَبِّ عَلَّمْتَنِي الْكِتَابَ فَقَرَأْتُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ رَجَاءَ ثَوَابِكَ ، فَيُقَالَ : كَذَبْتَ ، إِنَّمَا كُنْتَ تُصَلِّي لِيُقَالَ قَارِئٌ مُصَلٍّ ، وَقَدْ قِيلَ ، اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ ،
Dalam Jami’ al-Tirmidhi (2598), dari Ka’b ibn Malik r.a. berkata, saya mendengar Nabi saw bersabda,
مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ ، أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ ، أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ ” , قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
كِتَاب الْعِلْم بَاب مَا جَاءَ فِيمَنْ يَطْلُبُ بِعِلْمِهِ الدُّنْيَا

Kursiyy Allah

Dari Tha`labah ibn al-Hakam r.a., Rasulullah saw bersabda, Allah azza wa jall berfirman kepada ulama pada Hari Qiyamat apabila Ia duduk di atas KursiyyNya untuk memberi keputusan bagi hamba-hambaNya,

“Sesungguhnya aku tidak menjadikan ilmuKu dan kelembutanKu dalam diri kamu, melainkan kerana Aku ingin mengampunkan kamu, walau banyak dosa-dosa kamu, dan Aku tidak peduli.” al-Tabarani dalam al-Kabir, Hadith sahih rijalnya thiqat.

Berkata al-Hafiz ‘Abd al-‘Azim al-Mundhiri, lihatlah ungkapan (ilmuKu dan kelembutanKu), disandarkan kepadaNya, menunjukkan ilmu disertai amal dan ikhlas, bukan ilmu seperti ramai manusia hari ini.

al-Hafiz ‘Abd al-‘Azim al-Mundhiri, (2001), al-Targhib wa al-Tarhib, al-Targhib Fi al-‘Ilm wa Talabih, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, juz 1, ms 58.

Islamic Clock

Post Navigation