Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 13, 2009”

Siapakah Khawarij

SOALAN
Akm, siapakah khawarij?Adakah semua orang yang mengkritik pemerintah adalah khawarij yang akan menjadi ahli neraka?

JAWAPAN

Wkm salam wbt. Khawarij jamak kepada kharijah bermakna ta’ifah. Khawarij ialah kelompok bid`ah pertama muncul dalam sejarah Islam. Firqah yang paling ektrim dan keras lawan kepada kelompok bid`ah yang pasif Murji’ah.

al-Imam al-Shahrastani berkata, khawarij ialah setiap yang menentang imam yang hak (khalifah yang sah), yang disepakati oleh jamaah muslimin, dinamakan khariji samada ada pada zaman khulafa’ rashidin, tabiin sehinggalah bila2 di setiap tempat.

al-Imam al-Nawawi dalam Rawdat al-Talibin menjelasakan, khawarij ialah segolongan ahli bid`ah yang mengkafirkan pelaku dosa besar, menghukum mereka dalam Neraka, mencaci para imam (pemimpin yang salih dan sah), tidak bersolat jamaah dan jumaat bersama mereka. Menurut Ibn Nujaym , mereka mempunyai kekuatan pertahanan dan senjata.

Khawarij ialah kelompok bid`ah paling ekstrim, ‘ujub, ahli ibadat, memakai doktrin takfir, menghina hadith dan sunnah. Dalam hadith mereka disebut sebagai mariqah, iaitu keluar dari agama.

Dalam athar mereka disebut kilab jahannam.

Pengkritik pemerintah dengan niat nasihat, islah, amar makruf dan nahi munkar bukan khawarij, bahkan itu adalah satu kewajipan besar dan sebaik-baik jihad serta termasuk amalan sunnah. Nabi saw bersabda, “man ra’a minkum munkaran…”

Post Navigation