Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Madad dan Quburiyyah

Pembatal2 Islam

Pembatal-pembatal Dua Kalimah Shahadah.

.

.

اعْلَمْ أَنَّ نَوَاقِضَ الإِسْلَامِ عَشَرَةُ نَوَاقِض :

Ketahuilah, bahawa pembatal-pembatal islam itu banyak, yang paling masyhur 10 pembatal.

الأَوَّلُ : الشِّرْكُ فِي عِبَادَةِ اللهِ، قَالَ تَعَالَى: ﴿ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء ﴾[1] وَقَالَ تَعَالَى: ﴿ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ ﴾[2] وَمِنْهُ الذَّبْحُ لِغَيْرِ اللهِ، كَمَنْ يَذْبَحُ لِلْجِنِّ أَوْ لِلْقَبْرِ.

Pertama, syirik dalam ibadah. Allah Ta’ala berkata, “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang mensyirikkanNYA dan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki…”

Allah berkata, “…sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga dan tempat tinggalnya yang kekal abadi ialah api neraka, dan tiada bagi orang-orang zalim itu sebarang pembantu.” Antaranya ialah menyembelih untuk selain Allah seperti orang yang menyembelih untuk jin atau kubur. Antara lain bernazar untuk selain Allah berdoa kepada selain Allah, sujud atau rukuk kepada selain Allah, mencintai selain Allah seperti mencintai Allah atau lebih dan sebagainya.

الثَّانِي : مَنْ جَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ وَسَائِطَ يَدْعُوهُمْ وَيسْأَلُهُمْ الشَّفَاعَةَ، وَيَتَوَكَّلُ عَلَيْهِمْ كَفَرَ إِجْمَاعًا.

Kedua, sesiapa yang menjadikan antaranya dan antara Allah perantaraan-perantaraan yang ia meminta dari mereka itu dan memohon pertolongan dari mereka dan bergantung kepada mereka, maka ia kafir menurut ijma’. Adapun megambil wasitah tanpa memohon dari wasitah tersebut maka itu syirik asghar atau wasilah kepada syirik.
.

الثَّالِثُ : مَنْ لَمْ يُكَفِّرْ المُشْرِكِينَ أَوْ شَكَّ فِي كُفْرِهِمْ، أَوْ صَحَّحَ مَذْهَبَهُم،ْ كَفَرَ.
Ketiga, sesiapa yang tidak mengkafirkan musyrikin atau ragu dengan kekafiran mereka atau menganggap sahih mazhab mereka itu, ia menjadi kafir.
.

الرَّابِعُ : مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ غَيْرَ هَدْيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ مِنْ هَدْيِهِ وَأَنَّ حُكْمَ غَيْرِهِ أَحْسَنُ مِنْ حُكْمِهِ كَالذِينَ يُفَضِّلُونَ حُكْمَ الطَّوَاغِيتِ عَلَى حُكْمِهِ فَهُوَ كَافِرٌ.
Keempat, sesiapa mengi’tiqadkan bahawa petunjuk selain Nabi saw lebih sempurna dari petunjuk baginda, dan ada hukum selain baginda lebih baik dari hukum baginda seperti orang-orang yang melebihkan hukum taghut-taghut berbanding hukum baginda maka ia kafir.
.

الخَامِسُ : مَنْ أَبْغَضَ شَيْئًا مِمَّا جَاءَ بِهِ الرَّسُولُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم – وَلَوْ عَمِلَ بِهِ -، كَفَرَ.
Kelima, sesiapa yang membenci sesuatu dari yang dibawa datang oleh Rasul saw walau ia mengamalkannya, maka ia kafir.
.

السَّادِسُ : مَنِ اسْتَهْزَأَ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم، أَوْ ثَوَابَ اللهِ، أَوْ عِقَابِهِ، كَفَرَ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِؤُونَ * لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ ﴾]
Keenam, sesiapa yang mempersendakan sesuatu dari agama Rasul saw, atau pahala Allah, atau azabNYa, ia kafir. Dalilnya fiman Allah Ta’ala, “Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka nescaya mereka berkata ‘kami hanyalah bergurau dan main-main.’ Katakanlah: ‘Adakah dengan Allah, ayat-ayatNYA dan RasulNYA kamu persendakan?’ Jangan kamu meminta maaf, sesungguhnya kamu telah kafir setelah kamu iman kamu… (al-Tawbah: 65-66)
.
السَّابِعُ : السِّحْرُ – وَمِنْهُ: الصَّرْفُ وَالعَطْفُ-، فَمَنْ فَعَلَهُ أَوْ رَضِيَ بِهِ كَفَرَ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ﴾[]
Ketujuh, sihir. Antaranya sihir sarf (sihir pemisah) dan ‘atf (sihir pengasih). Sesiapa yang melakukannya atau ridha dengannya, maka ia kafir. Dalilnya firman Allah Ta’ala, “…dan tidaklah kedua-duanya mengajar seseorang pun melainkan kedua-duanya berkata, sesungguhnya kami ini hanyalah ujian maka jangan kamu kafir…” (al-Baqarah: 102). Begitu mempercayai bomoh atau dukun atau tukang ramal, adalah kufr.
.
الثَّامِنُ : مُظَاهَرَةُ المُشْرِكِينَ وَمُعَاوَنَتُهُمْ عَلَى المُسْلِمِينَ وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِين﴾[].
Kelapan, membantu dan menolong musyrikin untuk menewaskan muslimin. Dalilnya firman Allah Ta’ala,
﴿ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِين﴾
“…sesiapa yang menyokong mereka (membantu musyrikin) dari kalangan kamu, maka sesungguhnya ia dari kalangan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang zalim.”
.

التَّاسِعُ : مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ بَعْضَ النَّاسِ يَسَعُهُ الخُرُوجُ عَنْ شَرِيعَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم كَمَا وَسِعَ الخَضِرُ الخُرُوجَ عَنْ شَرِيعَةِ مُوسَى عَلَيهِ السَّلَامُ، فَهُوَ كَافِرٌ .
Kesembilan, sesiapa mengi’tiqadkan bahawa sesetengah manusia harus keluar dari syariat Muhammad saw sebagaimana harus bagi Khadir keluar dari syariat Musa a.s. maka ia kafir.
.

العَاشِرُ: الإِعْرَاضُ عَنْ دِينِ اللهِ تَعَالَى لَا يَتَعَلَّمُـهُ وَلَا يَعْمَـلُ بِهِ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ ﴾[.

Kesepuluh, berpaling dari agama Allah Ta’ala, tidak mempelajarinya dan tidak beramal dengannya (secara total). Dalilnya firman Allah Talaa, “Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu ia berpaling darinya…tiada…” (al-Sajdah: 22).
.
وَلَا فَرْقَ فِي جَمِيعِ هَذِهِ النَّوَاقِضِ بَيْنَ الهَازِلِ وَالجَادِّ وَالخَائِفِ إِلَّا المُكْرَهِ.
وَكُلُّهَا مِنْ أَعْظَمِ مَا يَكُونُ خَطَرًا، وَأَكْثَرِ مَا يَكُونُ وُقُوعًا، فَيَنْبَغِي لِلْمُسْلِمِ أَنْ يَحْذَرَهَا وَيَخَافَ مِنْهَا عَلَى نَفْسِهِ. نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ مُوجِبَاتِ غَضَبِهِ، وَأَلِيمِ عِقَابِهِ.
.
Tiada beza antara semua pembatal ini antara gurauan, sungguh-sungguh dan takut kecuali dipaksa. Semuanya termasuk bahaya paling besar dan paling banyak berlaku. Maka wajib bagi setiap muslim berhati-hati dengannya dan takut kepadanya berlaku ke atas dirinya.
.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

Syarat2 Seorang Ustaz

Antara punca kesestaan ialah

Jahil tentang takrif ilmu, ulama, fiqh dan fuqaha. Tidak tahu membezakan antara alim sebenar dan alim palsu dan ustaz jadian.
.
Ini sangat berleluasa zaman kini berbanding zaman salaf. Segala jahil, sesat dan fasiq dianggap ustaz alim. Segala ustaz jadian diangkat dan dimuliakan, dijadikan pengajar di masjid surau, dijadikan pendakwah, imam bilal, pengerusi masjid. Bahkan mufti dan ahli fatwa. Artis taubat pun diangkat menjadi ulama.
.
Syarat-syarat alim ustaz.

1.Thiqah
.
Thiqah dalam agamanya iaitu aqidah sahih dan ibadah bagus, dipelihara dan menepati sunnah. Aqidah mesti aqidah salaf aswj bukan aqidah jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyyah sesat. Adapun penganut aqidah bid’ah dan tidak menjaga ibadah, atau ibadahnya bid’ah, meninggalkan solat jumaat dan jamaah dengan sengaja tanpa uzur, itu dajjal kazzab munafiq bukan ustaz.

Akhlaknya bagus iaitu berkata benar tidak menipu, (ustaz jadian semuanya penipu), amanah tidak khianat, cerdik, bertabligh dan berdakwah dengan ilmu, memelihara diri dari maksiat dan perbuatan yang merosakkan maruah, seperti selalu sengaja lambat solat, menghisap rokok, berbuka puasa di khalayak ramai, kencing di khalayak ramai, berpakaian tidak senonoh, dan sebagainya.

2. Menguasai ilmu-ilmu dan dalil-dalil.

Alim disyaratkan menguasai bahasa arab dan ilmu-ilmu syariah. Mampu membaca kitab-kitab arab, menulis dan bertutur dalam Bahasa arab. Mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (‘ulum al-Quran), mengetahui hadith Sunan Sittah dan mustalahnya sehingga memahami tafsirannya yang sahih dan membezakan antara sahih dan daif. Fiqh 4 mazhab dan mazhab-mazhab yang tidak masyhur. Ijma’ dan khilaf dalam fiqh, mengenal tawhid sahih dan tawhid yang batil.

Alim dalam ilmu Usul al-Fiqh, khasnya berkaitan ijtihad dan qiyas.
Bagaimana orang yang langsung tidak pernah bersekolah menengah agama dan arab boleh menjadi ustaz, mustahil. Bagaimana orang yang tidak pernah memegang al-Umm, Tafsir al-Tabari, al-Baghawi, Ibn Kathir, Sahih al-Bukhari Muslim al-Majmu’ boleh digelar ustaz.? Tidak layak dan tidak diterima menjadi ustaz sekolah rendah kerajaan sekalipun, bagaimana masyarakat boleh memanggilnya ustaz?

Pemuda pas dan budak2 pan jahil dianggap ulama? Hampas. …ustaz2 pas pun ramai tidak lulus ijazah, ustaz-ustaz jadian, tapi dianggap ulama,

Dua Dasar Agama

Peringatan penting kepada yang mengaku islam, muhasabahlah aqidah dan tawhid anda. Sah atau tidak, atau bercampur dengan syirik, kufr dan kejahilan.
قَالَ شَيْخُ الإِسْلَامِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الوَهَّابِ ـ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالىٰ ـ :
al-Imam Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab ibn Sulayman al-Tamimi rahimahullah, berkata,
.
«أَصْلُ دِينِ الإِسْلَامِ ، وَقَاعِدَتُهُ أَمْرَانِ :
Asl (prinsip) Islam dan qaedahnya (akar umbinya) dua perkara,
.
الأول: الأمر بعبادة الله وحده لا شريك له، والتحريض على ذلك، والموالاة فيه، وتكفير مَنْ تَرَكَهُ
Pertama, suruhan agar beribadah kepada ALLAH satu-satuNYA tiada sharik bagiNYA, menggemburkan perkara itu, muwalat kerananya, dan mengkafirkan orang yang meninggalkannya.

الثاني: الإنذار عن الشِّرك في عبادة الله، والتَّغليظ في ذلك، والمعاداة فيه، وتكفير مَنْ فَعَلَه،
Kedua, inzar tentang syirik dalam beribadah kepada Allah, dan berkeras berkasar dalam perkara itu, dan bermusuh kerananya, dan mengkafirkan sesiapa yang melakukannya (syirik).
.
وَالمُخَالِفُونَ فِي ذٰلِكَ أَنْوَاعٌ ، :
فَأَشَدُّهُمْ مُخَالَفَةً : مَنْ خَالَفَ فِي الجَمِيعِ .
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ عَبَدَ اللهَ وَحَدَهُ ، وَلَمْ يُنْكِرِ الشِّرْكَ ، وَلَمْ يُعَادِ أَهْلَهُ
وَمِنْهُمْ : مَنْ عَادَاهُمْ ، وَلَمْ يُكَفِّرْهُمْ .
وَمِنْهُمْ : مَنْ لَمْ يُحِبَّ التَّوْحِيدَ ، وَلَمْ يُبْغِضْهُ .
وَمِنْهُمْ مَنْ كَفَّرَهُمْ ، وَزَعَمْ أَنَّهُ مَسَبَّةٌ لِلصَّالِحينَ .
وَمِنْهُمْ : مَنْ لَمْ يُبْغِضِ الشِّرْكَ ، وَلَمْ يُحِبَّهُ .
وَمِنْهُمْ : مَنْ لَمْ يَعْرِفِ الشِّرْكَ ، وَلَمْ يُنْكِرْهُ .
وَمِنْهُمْ : مَنْ لَمْ يَعْرِفِ التَّوْحِيدَ ، وَلَمْ يُنْكِرْهُ .
وَمِنْهُمْ ـ وَهُوَ أَشَدُّ الأَنْوَاعِ خَطَرًا ـ : مَنْ عَمِلَ بِالتَّوْحِيدِ لٰكِنْ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ ، ولَمْ يُبْغِضْ مَنْ تَرَكَهُ ، وَلَمْ يُكَفِّرْهُمْ .
وَمِنْهُمُ : مَنْ تَرَكَ الشِّرْكَ ، وَكَرِهَهُ ، وَلَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ ، ولَمْ يُعَادِ أَهْلَهُ ، وَلَمْ يُكَفِّرْهُمْ .
وَهٰؤُلَاءِ قَدْ خَالَفُوا مَا جَاءَتْ بِهِ الأَنْبِيَاءُ مِنْ دِينِ اللهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىٰ»

.

Al-Mukhalifun (golongan-golongan yang menyeleweng) dalam perkara itu (tawhid dan syirik) ada beberapa jenis,
1. yang paling berat mukhalafahnya (kesesatan atau kekufurannya) ialah yang menyalahi dalam semua perkara (tawhid dan syirk).
2. Dari kalangan manusia ada yang menyembah ALLAH satu-satuNYA, tetapi ia tidak mengingkari syirik dan tidak memusuhinya ahlinya (ahli syirik).
3. Dari kalangan mereka ada yang memusuhi mereka (ahli syirik) dan (tetapi) tidak mengkafirkan mereka.
4. Dari kalangan mereka ada yang tidak mencintai tawhid dan tidak membencinya.
5. Dari kalangan mereka ada yang mengkafirkan mereka (ahli tawhid) dan mendakwa kononnya tawhid itu mencaci orang-orang salih.
6. Dari kalangan mereka ada yang tidak membenci syirik dan tidak mencintainya.
7. Dari kalangan mereka ada yang tidak mengenal syirik dan tidak mengingkarinya.
8. Dari kalangan mereka ada yang tidak mengenal tawhid dan tidak mengingkarinya.
9. Dan dari kalangan mereka (dan ia adalah jenis yang paling bahaya) ada yang beramal dengan tawhid, tetapi ia tidak mengetahui kadarnya, lalu ia tidak membenci orang yang meninggalkannya dan tidak mengkafirkan mereka.
10. Dan dari kalangan mereka ada yang meninggalkan syirik, membencinya, tetapi tidak mengetahui kadarnya, tidak memusuhi ahlinya (ahli syirik) dan tidak mengkafirkan mereka.
.
Semua mereka itu (kuffar jika masih ingkar setelah ditegakkan hujjah) telah menyalahi apa yang dibawa datang oleh nabi-nabi berupa agama Allah SWT, Allahu a’lam.

JAUHI BID’AH YANG MENYESATKAN

1. Wajib MENGHENTIKAN GANGGUAN BUNYI RAKAMAN BACAAN AL-QURAN kerana perbuatan ini tidka dilakukan oleh Nabi, para sahabat, tabiin dan imam-ima mujtahid. Bid’ah.

2. Setiap muslim wajib menJauhi bid’ah, kejahilan, kesesatan dan penyembahan syaitan.

Mengapa bilal-bila mesti melaungkan rakaman bacaan al-Quran sekuat-kuatnya sebelum azan. Sejak bila perkara ini menjadi wajib atau sunat? Ini bid’ah. Al-Quran itu baik tapi perbuatan itu sesat. Jangan cuba menyebabkan orang ramai membenci al-Quran. Cukuplah dengan Sunnah, berpadalah dengan Sunnah azan.

Sejak bila laungan al-Quran sebelum laungan azan menjadi Sunnah dan wajib???

3. Haram mengganggu orang ingin berehat atau tidur. Haram mengganggu jiran dengan memasang kaset al-Quran sekalipun dan ini hokum yang cukup jelas. Adakah bilal masjid boleh dan halal mengganggu penduduk?

jgn sampai bila ditikam.

4. Sebelum solat disyariatkan bersolat sunat, berzikir perlahan-lahan sendirian, membaca al-Quran tanpa menganggu orang lain. Bagaimana Sunnah ini semua dapat dilakukan sekiranya rakaman al-Quran dibuka SEKUAT-KUATNYA habis volume? Sehingga hampir pecah gegendang telinga kami.

Bagaimana dengan anak-anak kecil yang ingin tidur dan menyusu? Bayi-bayi terkejut, terganggu dan menangis! Adakah kamu tiada akal, budi dan perasaan?

Bagaimana dengan orang yang ingin membaca buku, kitab, study, mengulangkaji pelajaran, orang-orang yang sakit? orang ingin mencari ketenangan.

5. Niat baik tetapi tanpa sedar kamu telah mengganggu muslimin, kamu melakukan dosa besar! Nabi, sahabat, tabiin, dan sekalian imam besar yang mujtahid tidak melakukan perkara ini sedangkan mereka mampu melakukannya. Jadi dari mana kamu ambil amalan ini? Dari akal, emosi dan hawanafsu sesat kamu sendiri.

6. Hanya azan yang wajib dilaungkan, bacaan al-Quran tidak disuruh agar dilaungkan. Bahkan al-Quran didengar dengan teliti dan ditadabbur sehingga difahami maksud dan tafsirannya dalam majlis-majlis ilmu.

Dengan melaungkan rakaman al-Quran, kamu telah mendedahkan al-Quran kepada penghinaan. Kamu rela al-Quran didengari orang ramai tanpa tadabbur, di mana orang ramai sibuk bekerja dan menguruskan dunia mereka, tidak sempat mengamati bacaan al-Qura ‘dipekikkan’ itu.

Inilah bid’ah. Nampak baik tapi hakikatnya dosa dan maksiat, agama baru.

memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat di masjid sebelum azan adalah bid’ah.

.

.

Itu bid’ah kerana tiada dibuat oleh Nabi dan Sahabat, tiada perintah dari ALLAH dan RAsul. Ia adalah dosa besar, munkar dan maksiat kerana mengganggu penduduk dan jiran-jiran. Mengganggu jiran termasuk dosa besar yang membatalkan segala amal. Maka perbuatan itu tidak harus yakni haram.

Yang sahih, apabila sampai di masjid hendaklah solat tahiyyatul masjid, berzikir, atau membaca al-Quran secara perlahan atau membaca kitab-kitab, bukan memasang kaset dengan seperti penyakit ahli bid’ah moden.

7. Ada gologan sesat tertentu mengatakan harus menggunakan microfon hingga ke luar masjid ketika kuliah agama dan memasang rakaman al-Quran dengan kuat sebelum azan. Sedangkan fatwa seluruh dunia telah ijmak bahawa tidak harus melaungkan kuliah dan bacaan kecuali ketika melaungkan azan. Melaungkan al-Quran tidak Sunnah, bahkan bid’ah, hanya menimbulkan gangguan, mudarat dan kebencian. Sekiranya saudara mengatakan harus melaungkan bacaan al-Quran sebelum azan, sila datangkan dalil khusus yang mengharuskan dan menyuruhnya sekiranya anda benar.

8. Telah jelas kaedah ibadah dalam islam, “Al-asl fi al-‘ibadah al-tahrim wa al-man’u wa al-hazr sehingga ada dalil yang menyuruh.”

Dalam urusan dunia dan muamalah semuanya adalah harus “al-asl fi mu’amalat al-ibahah kecualilah ada dalil yang melarang.”

9. Allah SWT berfirman:

وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْاٰنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهٗ وَاَ نْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
(QS. Al-A’raf 7: Ayat 204).

Menurut al-Imam Ibnu Kathir, wajib diam apabila ketika al-Quran dibacakan dalam solat fardhu dan majlis ilmu. Begitulah tafsiran ayat ini.

Ayat ini bukan dalil yang menyuruh agar kaset dipasang kuat sebelum setiap azan.! Jangan salah tafsir dan salah faham!

Pengharaman Muzik

Pengharaman Muzik
.
Muzik adalah arak kepada jiwa. Apabila manusia mabuk dengan suara-suara muzik dan nyanyian, berlakulah syirik lalu mereka cenderung kepada fawahish dan kezaliman. Ulama 4 mazhab bersepakat mengharamkan semua jenis alat muzik. Mereka berdalilkan kepada ayat al-Quran dan beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak.
.
Dalil2 Pengharaman Muzik.
.
Ulama Sunnah telah mendatangkan beberapa nas-nas al-Quran dan hadith-hadith sahih dalam fatwa mereka. Antara dalil dari al-Quran ialah: surah Luqman ayat 6 dan Surah al-Isra’ ayat 63-64. Al-Furqan ayat 72.
Firman Allah:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (6) وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا …

Maksudnya:

Dan ada di antara manusia ada orang yang memilih serta membelanjakan hartanya untuk lahwal hadith iaitu cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang ilmu pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Surah Luqman: 6)
.
Perkataan ‘lahwal hadith’ di dalam ayat ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah 3 kali dengan berkata, “Demi Allah, yang tiada sembahan yang benar melainkan DIA, maksudnya adalah nyanyian.” Mujahid berkata al-lahw ialah hiburan gendang. (al-Tabari).
.
Al-Hasan al-Basri berkata, “Ayat ini turun berkenaan nyanyian dan seruling-seruling.” (Ibn Kathir).
.
Al-Wahidi berkata, “Ini menunjukkan pengharaman nyanyian (muzik).” Ini disebut oleh Ibnu al-Qayyim dalam Ighathat al-Lahfan dan lain-lain. Lihat al-Qurtubi dan al-Jalalayn.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada pada tahap hadis yang marfu’. Ibnul Qayyim turut menambah yang hadis para sahabat adalah lebih berautoriti dan lebih layak diterima berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya.

.
Dalil pengharaman nyanyian dan muzik juga adalah:-

Firman Allah

قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا (63) وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (64) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلا (65) }
Maksudnya :
“Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau mampu)! sesiapa yang mengikutimu dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (63).
Dan goda, desak, perbodohkan serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dari kalangan mereka dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (64).
(Al-Israa’: 63 dan 64)
Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa maksud
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ
“…dengan suaramu…” dalam ayat tersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata, “Suara syaitan ialah nyanyian, seruling, dan hiburan.” Ad-Dahhak berkata, “suara syaitan ialah tiupan seruling (muzik).” Serta semua seruan kepada maksiat.
وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ
“…dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka…” yakni dari kalangan jin dan manusia yang mentaatinya untuk mengajak mereka kepada syirik dan maksiat.
وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ
“…dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka)…” yakni menyuruh mereka agar membelanjakan pada yang haram, bukan untuk mentaati Allah, mencarinya dari yang haram, memakan dari yang haram seperti tipu dan riba, Ibn Zayd berkata, yakni hiasilah kepada mereka bahawa itu halal sehingga mereka meakukannya. Berkata Ibn Abbas dan Qatadah, Sehingga mereka mengharamkan yang halal seperti bintang-bintang baha’ir, sawa’ib, waso’il, ham, kerana diwaqaf kepada selain Allah. Al-Dahhak berkata, menyembelih binatang-binatang untuk tuhan-tuhan mereka. (Lihat al-Tabari).
“…dan anak-anak mereka…” iaitu sertailah mereka dengan menghasut mereka sehingga berzina dan melahirkan anak-anak zina. Ini tafsir Ibn ‘Abbas, Mujahid dan Dahhak. Dalam tafsiran lain Ibn ‘Abbas berkata, Hasutlah mereka agar melakukan haram sehingga menanam anak-anak mereka dan membunuh anak-anak mereka.
Juga bermakna sertailah mereka sehingga mereka (sibghah) mengajar anak-anak akan kekufuran agar menjadi yahudi, Kristian dan majusi, tidak dicelup dengan sibghah celupan islam, dan mengkhususkan beberapa harta mereka untuk syaitan. Ini tafsiran al-Hasan dan Qatadah. Juga sehingga mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama syirik yang dibenci Allah seperti abd harth dan abd shams (abd husayn, abd Mahdi, abd rasul). Ini tafsiran Ibn ‘Abbas.
وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (64)
“…dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.” (64).
.
Antara janji syaitan ialah akan membantu mereka sekiranya mereka ditimpa bala dan selamat dari api neraka. (lihat al-Tabari). Tetapi itu bukanlah janji, hanya ghurur (penipuan) semata-mata.
.

Firman Allah,
و قال الله عز وجل: {وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا} [الفرقان: 72]. وقد ذكر ابن كثير في تفسيره ما جاء عن محمد بن الحنفية أنه قال: الزور هنا الغناء، وجاء عند القرطبي والطبري عن مجاهد في قوله تعالى: {وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ} قال: لا يسمعون الغناء.
“Dan orang-orang yang bertaqwa itu (‘ibadurrahman) ialah yang tidak menyaksian az-zur (kedustaan) dan apabila mereka melalui akan laghw mereka lalui dengan memelihara diri. (Furqan: 72). Ibn Kathir menukilkan dari Muhammad ibn al-Hanafiyyah ia berkata az-zur di sini ialah nyanyian. Dalam Tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi dari Mujahid ia berkata, maksud ayat ini ialah mereka tidak mendengar nyanyian. (Ada yang mengatakan perayaan-perayaan kuffar).

Dalil Hadith.
Abu Umamah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ بَعَثَنِي هُدًى وَرَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ، وَأَمَرَنِي بِمَحْقِ الْمَعَازِفِ ، وَالْمَزَامِيرِ ، وَالأَوْثَانِ ، وَالصُّلُبِ ، وَأَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ ،
“Bahawa Allah telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin. Allah telah memerintahkan saya supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliyyah ….”. (Sahih Hadith Riwayat Abu Dawud al-Toyalisi, no. 1218).
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud al-Toyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ibn Hanbal.
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya ‘Ali ibn Yazid al-Alhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibn Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi hasan.
Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدف حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: “Kubah (gendang) itu haram, duff itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.” Sahih, al-Bayhaqi. HR Ahmad, Abu Dawud, Abu Ya’la al-Mawsili dan Ibn Hibban. Duff adalah kompang tamborin.
Selain itu terdapat juga hadis yang berkaitan dengan pengharaman alat ma’azif. Antaranya hadith Ibn Majah, Rasulullah saw bersabda,
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ ، يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا ، يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ ، يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ ، وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
“Akan datang masanya di mana beberapa golongan orang-orang dari umatku akan meminum khamar(minuman keras)yang mereka menamakannya dengan selain namanya, diendangkan atas kepala mereka rentak-rentak muzik dan nyanyian-nyanyian para wanita, nanti Allah akan tengelamkan mereka ke dalam bumi, dan akan menjadikan mereka itu monyet-monyet dan babi-babi.” (Riwayat Ibn Majah, 4020). Dinilai sahih dengan shawahid dalam Sahih Ibn Majah. Lihat al-Bukhari, Kitab al-Ashribah.

Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya, Rasulullah saw bersabda,
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ، وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ، يَأْتِيهِمْ ـ يَعْنِي الْفَقِيرَ ـ لِحَاجَةٍ فَيَقُولُوا ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا‏.‏ فَيُبَيِّتُهُمُ اللَّهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ، وَيَمْسَخُ آخَرِينَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ‏”‏‏.‏
“Akan ada dari kalangan umatku beberapa golongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma’azif (alat-alat muzik). Akan datang beberapa kaum ke sebelah gunung, dengan membawa kambing ternakan mereka, datang kepada mereka kerana sesuatu hajat. Mereka berkata, ‘Datanglah esok.’ Lalu mereka diazab Allah pada malam itu dan meruntuhkan gunung tersebut sehingga menimpa mereka, mengubah mereka menjadi kera dan babi dan hingga Hari Qiyamat.” (Sahih al-Bukhari, no. 5590).
Hadith dinilai sahih mawsul oleh Abu Dawud, Ibn Hibban, al-Tahawi, al-Isma’ili, Ibn al-Solah, al-Nawawi, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Ibn Hajar, al-San’ani, serta imam yang lain. Dinilai mawsul oleh al-Tabarani dan al-Bayhaqi. Termasuk nyanyian ialah yang disebut nasyid-nasyid islamik dan qasidah yang hakikatnya batil dan munkar.
Dalam riwayat Tirmidhi dengan sanad hasan, dari Jabir ibn ‘Abdillah, Nabi menamakan muzik sebagai suara yang bodoh dan fajir. Dinilai hasan dalam Sahih al-Jami’.
نَهَيْتُ عَنْ صَوْتَيْنِ أَحْمَقَيْنِ فَاجِرَيْنِ صَوْتٍ عِنْدَ مُصِيبَةٍ خَمْشِ وُجُوهٍ وَشَقِّ جُيُوبٍ وَرَنَّةِ شَيْطَانٍ ‏”‏ ‏.‏ وَفِي الْحَدِيثِ كَلاَمٌ أَكْثَرُ مِنْ هَذَا ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏
“…tetapi saya larang dari dua suara bodoh dan jahat, ratapam ketika musibah …dan seruling syaitan.”

Dalam hadith lain, baginda menamakan muzik sebagai suara yang dilaknat.
صوتانِ ملعونانِ في الدُّنيا والآخرةِ مزمارٌ عندَ نعمةٍ ورنَّةٌ عندَ مصيبةٍ.
“Dua suara yang dilaknat, iaitu suara seruling ketika mendapat nikmat dan suara ratapan ketika ditimpa musibah.” HR al-Bazzar dan Abu Bakr al-Shafi’i dalam al-Ruba’iyyat. (Al-Sahihah, hasan, 427). al-Munziri, Ibn Qayyim, al-Haythami dan al-Haytami menilainya bagus, wa fi isnadih kalam.

وعن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: «ليكونن في هذه الأمة خسف، وقذف، ومسخ، وذلك إذا شربوا الخمور، واتخذوا القينات، وضربوا بالمعازف» (صحيح بمجموع طرقه، السلسلة الصحيحة 2203)

Rasulullah saw bersabda, “Pasti akan berlaku dalam umat ini gempa bumi, lontaran batu, dan perubahan rupa. Iaitu apabila mereka meminum arak, mengambil penyanyi-penyanyi wanita, dan memainkan alat-alat muzik..”. (al-Sahihah, no 2203).
قال صلى الله عليه وسلم: «إن الله حرم على أمتي الخمر، والميسر، والمزر، والكوبة، والقنين، وزادني صلاة الوتر» (صحيح، صحيح الجامع 1708). الكوبة هي الطبل، أما القنين هو الطنبور بالحبشية (غذاء الألباب).

Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas umatku arak, judi, nabiz jagung, kubah (gendang), dan qanin (rebana dan gitar). DIA menambah untuk saya solat witr.” (hadith sahih. Sahih al-Jami’, 1708).
.
Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya, dari Nafi’ ia berkata, Ibn ‘Umar mendengar seruling ditiup, lalu ia meletakkan dua jarinya di dua telingannya. Dia menjauh dari jalan itu. Dia berkata, wahai nafi’ adakah kamu masih terdengar sesuatu? Saya berkata, Tidak. Lalu Ibn umar melepaskan dua jarinya dari dua telinganya. Dia berkata, “Dulu saya bersama Nabi saw, lalu baginda mendengar seruling seperti ini dan baginda berbuat seperti ini.” (Sahih, Sahih Abi Dawud, 4116)
.
Berkata al-Qurtubi, “Ini ketika seruling ditiup secara biasa sahaja. Bagaimana dengan nyanyian manusia zaman ini dan seruling mereka.?” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an).
.
‘Umar ‘Abd ‘Aziz berkata, “Nyanyian datangnya dari syaitan, kesudahannya kebencian Ar-Rahman.” Al-Qurtubi, Ibn al-Solah dan Ibn Rajab telah menukilkan ijma’ pengharaman muzik dan nyanyian.

Al-Qasim ibn Muhammad berkata, “Nyanyian (dan muzik) itu batil. Batil itu di dalam api neraka.” Al-Hasan al-Basri berkata, “Sekiranya dalam walimah itu ada lahw (nyanyian dan muzik) maka tiada wajib menghadiri jemputan mereka.” (al-Qayrawani, al-Jami’). Al-Nahhas berkata, lahw dilarang dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Tabari berkata, “Telah ijma’ ulama akan karahat (pengharaman) nyanyian.” Al-Awza’i berkata, “Jangan kamu masuk walimah yang di dalamnya ada tabl (gendang) dan ma’azif (muzik).”
.
Malik ibn Anas berkata, “Yang memainkan muzik di sisi kami hanyalah fussaq.” (Tafsir al-Qurtubi,14/55)
.
Al-Shafi’i berkata, “Yang terawal melakukannya ialah zanadiqah di Iraq, sehingga mereka melalaikan manusia dari solat dan zikr.” (al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir).
Ahmad ibn Hanbal berkata, “Nyanyian menumbuhkan nifaq di dalam hati.” Beliau memerintahkan agar dipecahkan semua alat muzik yang ditemui. (Ighathah al-Lahfan).
.
Orang yang telah terbiasa mendengar muzik, ia tidak rindu mendengar al-Quran, tidak gembira dan tidak merasa lazat. Apabila mendengar al-Quran ia mendengar dengan hati yang lalai dan lidah mereka leka. Apabila mendengar siulan dan gerakan-gerakan hatinya tenang. (Majmu’).
Kamu tidak mendapati seseorang yang suka mendengar nyanyian dan muzik melainkan dalam dirinya ada kesesatan dari jalan petunjuk dalam ilmu dan amal.
Ada kebencian kepada al-Quran, dan suka mendengar nyanyian. Nyanyian adalah jampian zina, syirik syaitan, arak bagi akal, dan menghalang dari al-Quran lebih dari kalam (suara) batil lain kerana sangat cenderung dan minatnya hati kepadanya. Ia menjadi hamba fulan dan fulanah. Tidak berkumpul dalam hati cinta al-Quran dan cinta lagu (qasidah).

Haram Menguatkan Bacaan al-Qur’an

Kebelakangan ini, telah menjadi satu penyakit di mana bilal2 masjid memasang bacaan sekuat-kuatnya dengan sangkaan itu adalah ibadah dan amal salih. Yang sahih perbuatan itu adalah bid’ah yang diharamkan.

 

Dalil pertama, dalam hadith sahih,

عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: اعتكف رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد، فسمعهم يجهرون بالقراءة، وهو في قبة له، فكشف الستر وقال: “كلكم مناج ربه، فلا يؤذ بعضكم بعضاً، ولا يرفعن بعضكم على بعض بالقراءة”، أو قال: “في الصلاة” (رواه أحمد وأبو داود) (1)،

dari Abu Sa’id, ia berkata, Rasulullah saw i’tikaf di masjid lalu mendengar mereka membaca al-Quran dengan kuat sedangkan baginda berada dalam qubbah. lalu baginda membua langsir dan bersabda, ” Setiap dari kamu sedang bermunajat kepada TUHANnya maka jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. dan jangan sebahagian kamu mengangkat suara dengan bacaan al-Quran.” (HR Ahmad dan Abu Dawud).

Dalil kedua,

 

وعن البياضي واسمه عبد الله بن جابر، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج على الناس وهم يصلون، وقد علت أصواتهم بالقراءة، فقال: “إن المصلي يناجي ربه، فلينظر بما يناجيه، ولا يجهر بعضكم على بعض بالقرآن” (رواه أحمد) (2)،

al-Bayadi berkata, Rasulullah keluar sedangkan orang ramai sedang bersolat, dan tinggi suara mereka dalam membaca al-Quran. Lalu Nabi saw bersabda, ” Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang bermunajat (berbisik ) kepada Tuhannya, dan jangan sebahagian kamu menguatkan bacaan al-Quran sehingga mengganggu orang lain.” (HR Ahmad).

Dalil ketiga,

وعن علي: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى أن يرفع الرجل صوته بالقراءة قبل العشاء، أو بعدها، يغلط أصحابه وهم يصلون (رواه أحمد وأبو نعيم في “تاريخ أصبهان”) (3).

Dari ‘Ali berkata, bahawa Rasulullah saw melarang seseorang itu mengangkat suara ketika membaca al-Quran sebelum isya’ atau selepasnya, ia mengganggu sahabat-sahabatnya yang bersolat. (HR Ahmad dan Abu Nu’aym dalam Tarikh Asbahan).

Suatu ketika Nabi mendengar bacaan yang kuat di dalam masjid, lalu Nabi saw menyingkap tabir dan bersabda,

“Janganlah sebahagian kamu menguatkan bacaan al-Qur’an dalam masjid.”

Maka bagaimana ada dalam kalangan bilal-bilal masjid yang berani melanggar larangan Nabi saw ini? Adakah kerana, degil, jahil, bodoh, bebal atau hawanafsu? Bagaimana kalian boleh berani menghina Nabi saw dan menentang hadith-hadith baginda?

 

Ingatlah, ibadah itu ialah yang diperintahkan Nabi, Apa yang tidak dilakukan oleh Nabi jangan sesekali dibuat kerana itu bid’ah yang diharamkan lagi sesat. Ia termasuk dalam salah satu bentuk syirik, mensyariatkan perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.

.

Dalil keempat Kaedah Fiqh.

Ingatlah kaedah Islam,

“Semua ibadah adalah dilarang dan haram, sehinggalah ada dalil yang menyuruh.”

Dalam urusan dunia atau mualamat, “Semuanya harus kecuali ada dalil yang mengharamkan.”

Post Navigation