Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Uncategorized”

Korban di Rumah Sendiri

SOALAN

Kini ramai yang menghantar wang ke luar negara untuk qurban atau aqiqah kerana lebih murah dan untuk meraikan orang2 miskin luar negara. Apa hukum syariah tentang perbuatan ini?

JAWAPAN

Perbuatan ini tidak menepati sunnah Nabi saw dan Sahabat kerana mereka melakukan ibadah korban dan aqiqah di tempat tinggal mereka. Ditakuti aqiqah atau korban itu tidak sah dan hanya diterima sebagai sembelihan dan sedekah biasa., tidak mendapat pahala besar korban.

al-Imam Shaykh Salih ibn ‘Abdillah al-Fawzan berkata,

Korban iaitu udhiyyah bermakna binatang ternakan yang disembelih pada hari Adha dan hari-hari tashriq, disembelih oleh orang2 islam di rumah mereka kerana beribadah mendekatkan diri kepada Allah pada hari perayaan. dan menzahirkan kegembiraan, keceriaan dan makan-makan daging pada hari-hari tersebut.

Sharh Bulugh al-Maram, jilid 6, ms 37.

Korban telah ditentukan caranya, waktu an tempatnya oleh Islam. Tidak harus mengubah ketentuan ini dengan emosi akal atau perasaan.

Korban disembelih di rumah bersama keluarga dan inilah tujuan korban. Adapun orang yang menghantar wang dan disembleih di tempat lain, ini adalah menyakahi sunnah dan tidak tercapai tujuan korban yang dikehendaki. Sesiapa yang ingin membantu faqir miskin hendaklah ia bersedekah kepada mereka dan jangan lah ia mengubah ibadah korban.

Hendaklah ia melakukan ibadah korban sebagaimana yang disyariatkan Allah, Ibadah hendaklah dilaksanakan sebagaimana ia datang , tanpa mengubah tempatnya, waktunya dan caranya.

Bukanlah maksud korban semata-mata makan daging, tetapi untuk membesarkan Allah dan menumpahkan darah pada hari korban kerana mendekatkan diri kepada Allah, dibuat bersama ahli keluarga agar mereka bergembira, dan menjadi barakah untuk keluarga. inilah yang dikehendaki oleh syarak.

(Sharh Bulugh, ms 38).

Terjemahan
Ustaz Abid Anuuriyy
Master of Shari’ah

Advertisements

Bagaimana Menjadi Sunni Tulen

 

SUNNI SALAFI ASWJ TULEN

SOALAN

Bagaimana untuk menjadi sunni salafi aswj tulen agar saya selamat dari api neraka jahannam dan masuk syurga tanpa azab?

JAWAPAN

1. Mengucap shahadatayn dengan ilmu faham dan yaqin. Memahami makna ilah yang sahih dan dua rukun yakni nafi dan ithbat di dalamnya dengan kefahaman yang sahih. Yakin bahawa mengiqrarkan dua kalimah syahadah adalah kewajipan terawal bukan aqidah ilmu kalam. Untuk perkara ini perlu berguru kepada guru yang sunni salafi.
2. Meyaqini bahawa iman itu tasdiq dengan hati, lafaz dengan lidah, dan amal dengan anggota. Meyaqini bahawa Kufr berlaku dengan hati, lidah atau perbuatan. Sesiapa yang mengatakan iman hanyalah tasdiq dengan hati, maka ia murji’ mubtadi’ dhall bukan aswj. Sesiapa yang mengatakan kufr hanya berlaku dengan takzib qalbi (pendustaan hati), manakala kalimah kufr dan perbuatan kufr tidaklah kufr, hanya petanda kufr dan petunjuk kepada kufr. Maka ia mubtadi’ dall jahmi murji’.bukan aswj.
3. Beriman kepeada Sunnah hadith2 nabi saw yang sahih sebagai qatei thubut, hujjah dalam aqidah dan syariah. Sesiapa yang menataa hadith sahih itu zanni, bukan hujjah aqidah maka ia bukan aswj bukan sunni salafi. Tetapi mubtadi’ dhall.
4. Ahl Sunnah percaya kewujudan nifaq dan takut kepada nifaq di dalam diri mereka.
5. Ahl Sunnah tidak mengatakan diri mereka dijmain syurga, dijmain selamat dari Neraka. mrk takut amalan2 salih mereka tidak diterima.
6. Ahl Sunnah tidak mendatangi bomoh, dukun, ahli sihir, ustaz-ustaz bid’ah, palsu dan ulama syirik. Mendatangi merk itu adalah sesat dan kfr terkeuar dari ilsma bkn sekdarterkeulaur dari ahl Sunnah.
7. Mementingkan tawhid seperti kefahaman salf bkan tawhid ahli bid’ah dan ahli kalam. Tawhid ashairah maturidiyyah bukan tawhid aswj. Seiapa meremehkan ilu yawhid dna aidah salaf aswj maka dia bukanlah ahl Sunnah.
8. Aswj mempelajri tentang syirik semunaya, takut terjatuh ke dalam syirik, berusaha bersungguh menjauhinya. Menjauhid amalan-amalan bid’ah dan dosa-dosa besar. Sesiapa meemehkan syirik, bid’ah dan maksiat maka ia murji’ dhall bukan ahl Sunnah.
9. Tawhid, wudhu’ solat puasa zakat, haji umrah aswj seperti Nabi dan para Sahaabat Nabi. Diambil dari hadith-hadith Nabi saw dan kitab fiqh salaf. Bukan rekaan atau ikut ikutan.
10. Aqidah aswj merka ambil dari al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan kitab-kitab salaf bukan kitab-kitab khalaf yang bid’ah. Bukan dari kitab-kitab ahli kalam.
11. Mereka beriman kepada Nama-nma Allah.
12. Mereka beriman kepada sifat-sifat Allah, sifat Zat dan Fi’l. merka mengakui dn ithbt semua sifat itu emunaya. Semuanya muhkam dan haiqiqi. Mereka tidak tahrif sifat kalam, uluww , istiwa’, Dua Tangan Allah, Dua mata Allah, Rijl, Saq, mahbbah, rahmat, ghadab, bughd, karahah, rahmat, farah, dahik, taajjub, nuzul. Sesiapa yang menta’wil dan tahrif sifat-sifat ini maka ia bukan awsj bahkan ia jahmi kafir mubtadi dall.
13. Percaya bahawa oang beriman melihat wajah allah di Akhirat dengan mata. Tanpa menta’wilkannya dengan pandangan hati, bertambah ilmu atau melihat tanpa jism tempat dan arah. Semua tahrifat itu adalah aqidah sesat jahmiyyah.
14. Mengagungkan solat 5 waktu, jamaah dan jumaat, serta semua rukun islam, ermasu jihad, amar ma’ruf da’wah, tilawah, zikr, majlis ilmu dan undang-undang syariah.
15. Beriman kepada perkara-perkara akhiat soalan kubur, azab dan nimat kubur, hisab, sirat, neraka syurga, tanpa menat’wikannya seperti ta’wilan kufr ahli falsafah.
16. Awsj tidak mengikuti aqidah dan tidak beriman aidah ahli kalam, tidak memasuki tariqat sufiyyah tidak menganut tasawwuf falsafi.
17. Tidak mengagungkan tokoh-tokoh yang tidak maksum, tidak mengutamakan pendapat-pendapat mereka berbanding al-Quran, hadith dan ijma’.
18. Mencintai Ulama Sunnah dan Ahl Sunnah.
19. Tidak menghadiri majlis-majlis ulama syirik, pendakwah bid’ah, ustaz palsu, dan tidak duduk-duduk bersama mereka. Tidak membaca buku-buku mereka. Tidak mencintai mereka bahkan membenci mereka kerana Allah. Tidak sah tawhid dan iman melainkan dengan cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

4 Pengaku Sunnah. Siapa Yang Benar?

4 golongan pendakwa Sunnah. Siapakah yg benar-benar Sunnah?

—————————————————————————
1.Hanya aswj sunni salafi sahaja aswj tulen dan haqiqi. Hanya aswj tulen sahaja diampunkan dan diredhaiNYA, yang dijamin selamat dari azab api neraka Jahannam lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa azab. Aswj tulen ialah golongan yang mengikuti aqidah Sunnah (aqidah salaf) dan ibadah Sunnah. Mereka benar-benar mempelajari Aqidah Sunnah dan mengiktiqadkannya dan betul-betul mempelajari Fiqh Sunnah dan mengamalkannya. Mereka ini selamat dari azab dan dijamin syurga inshallah.
Kebanyakan manusia mendakwa Sunnah secara palsu dan tertipu. Aswj hanya pada nama. Hanya pengakuan dan dakwaan lisan. Bukan benar2 mempelajarinya aqidah aswj dan fiqh Sunnah, dari kitab2 salaf dan ulama Sunnah. Mereka itu bukan aswj.
——————————————————————-

2.Ada golongan yang mengaku aswj tanpa belajar. Mereka tidak mempelajari aqidah salaf, tidak juga aqidah ahli kalam. Mereka hidup dalam keadaan lalai, hanya hidup untuk dunia, maka mereka ini ahl dunya wa jahl, bukan ahl sunnah. Ibadah mereka tidak berdasarkan ilmu yang sahih, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih, tetapi hanya taqlid, ikut-ikutan dan mengikuti tradisi atau golongan majoriti. Mereka menyangka mereka aswj kerana mereka tidak menganut agama syiah. Sangkaan baik mereka bahawa mereka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak bermanfaat sedikit pun. Golongan ini zahirnya dalam api neraka jahannam. Golongan ini paling ramai dan ditakuti terlibat dengan syirik-syirik dan bid’ah-bid’ah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan mengampunkan mereka.
————————————————————————-

3.Segolongan lain ialah golongan yang beragama pada zahirnya. Mereka mempelajari buku-buku aqidah kalam dan falsafah, mengimani sifat 20 secara jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyah tetapi mengaku aswj. Ibadah mereka banyak bid’ah, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih. Segolongan dari mereka menambah agama mereka dengan aqidah tasawwuf falsafi yang syirik dan mengikuti tariqat sufiyyah dengan sangkaan tariqat sufi itu adalah wajib, fardhu ayn dan syarat untuk menjadi aswj. Mereka itu bukan aswj, tetapi ahli falsafah sesat dan diancam api neraka jahannam. Ditakuti mereka itu fussaq dan kuffar.

—————————————————————-
4.Segolongan lagi menamakan diri mereka golongan Sunnah, yakni mereka mementingkan amalan-amalan Sunnah dan hadith-hadith sahih, tetapi tidak peduli atau tidak berminat kepada aqidah Sunnah. Mereka memasukkan golongan awam dan asha’irah jahmiyyah serta sekalian ahl bid’ah sebagai ahl Sunnah aswj. Ulama syirik dan asatizah bid’ah mereka gelarkan sebagai ahl Sunnah kerana kejahilan mereka. Mereka ini bukan aswj sunni salafi. Mereka adalah golongan yang tertipu, bid’ah, sesat dan diancam api neraka Jahannam. Mereka ditipu syaitan, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Ya “Di mana Allah?”

Dalam Aqidah ASWJ al-Salafiyyah ditanya soalan “Di mana Allah?”

Jawapannya “Di atas langit ketujuh (yakni di atas arasy).”

Menurut Syiah Musyrikin, Ashairah Mutakhir Jahmiyyah Falasifah dan Syiah Ahbash Musyrikin, tidak boleh ditanya “Di mana Allah’? Yakni Allah itu tidak wujud di sisi mereka.!
هو الذي أيّن الأين وكيّف الكيف.

« قيل لعلي: أين هو الله فقال: ويلك: إن الذين ذهبت إليه غلط: هو أين الأين وكيف الكيف».

المصدر من كتب أهل السنة والحديث

لا يوجد.
Tidak wujud dalam kitab2 Ahl al-Sunnah dan al-Hadith

المصدر من كتب الرافضة

(الكافي1/103 1/138 عيون الرضى2/108 التوحيد للصدوق ص61 و125 و251 و311 بحار الأنوار3/36 كتاب الاحتجاج2/171 للطبرسي الفصول المهمة في أصول الأئمة1/184).

Aqidah Shirk Ahbash dan Rafidah

Abdullah Harari harbi zindiq berkata kononnya “Allah mawjud tanpa tempat”. Ini dicuri dari buku2 Syiah !!

موجود بلا مكان
Allah mawjud tanpa tempat

المصدر من كتب الرافضة الشيعة
Sumber dari buku2 Syiah

التوحيد للصدوق78 و311 شرح أصول الكافي للمازندراني3/115 و4/79 بحار الأنوار38/132 37/257 و38/133 نور البراهين للجزائري1/216
Al-Tawhid oleh al-Saduq ms 78
Sharh Usul al-Kafi, oleh al-Mazindarani
Bihar al-Anwar
Nur al-Barahin

Kata Abdullah al-Habashi jahmi kafir musyrik,
7 – سبحان من لا يوصف بمكان ولا يجري عليه زمان
maha suci Allah yg tidak bertempat dan tidak bermasa

المصدر من كتب الشيعة
Sumber: kitab2 Syiah .

(التوحيد للصدوق175 بحار الأنوار للمجلسي 3/315 18/348 و54/285 نور البراهين 1/430 نعمة الله الجزائري ميزان الحكمة 3/1925 لمحمد الريشهري)

10 tips kuruskan badan

1. banyakkan minum air kosong
2. elakkan garam
3. elakkan nasi (ganti keledek)
4. ambil makanan protein tinggi
5. makan sayuran2 mentah
6. senaman ringan yang konsisten
7. makan makanan mengandungi lactobacillus
8. mengelakkan makanan minuman manis tinggi gula
9. tidak makan lewat malam
10. mencacat berat dan mengira kalori makanan

Bahaya Kolestrol

Apakah gejala kolesterol tinggi?

Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya

Walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

1.Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.

2.Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung

3.Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.
Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

Berhenti merokok
Makan lebih produk susu.
Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.
Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Berikut ini adalah beberapa pilihan sumber maklumat dan sokongan yang tersedia :

Kesihatan Klinik dengan Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit yang mepunyai kumpulan kumpulan sokongan bagi pelanggan mereka –sila semak dengan klinik kesihatan terdekat anda atau pejabat kesihatan daerah untuk mengetahui tentang perkhidmatan ini
Nutrition Society of Malaysia (NSM).(NSM). http://www.nutriweb.org.my
Yayasan Jantung Negara (National Heart Foundation) http://www.malaysianheart.org National Heart Association of Malaysia Tingkat 1, Rumah Hati Akademi Bangunan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel No: 603-4023 1500 Fax No: 603-4023 9400 Email: secretariat@malaysianheart.org

Kesimpulan

Pengendalian Penyakit Arteri Koronari dan kolesterol tinggi dalam penjagaan kesihatan adalah berdasarkan kepada faktor perubahan tingkahlaku, bio-perubatan dan psikologi dan pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan berdasarkan bukti saintifik dan pengamalan terapi tanpa ubat (non-pharmacological therapy). Doktor anda di kesihatan primer boleh memberikan pengendalian secara berterusan, sokongan dan kaunseling untuk memastikan pencegahan yang berkesan dan pengurusan kesihatan diamalkan sehingga beban penyakit jantung berlaku pada masyarakat dapat dikurangkan . Ini akan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka. Komplikasi daripada penyakit ini boleh dicegah dan akan meningkatkan produktiviti ekonomi penduduk Malaysia.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Mastura Ismail
Akreditor : Dr. Sri Wahyu Taher
Penyemak : Dr. Ainol Shareha Sahar

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jantung-dan-rendahkan-paras-kolesterol/

Post Navigation