Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Surat kepada TG Haji Hadi

WAHAI TGHH,

Wahai Hj Hadi yg alim, tuan adalah guru kami yg kami kasihi,
Tariklah kembali fafwa batil keislaman syiah rafidah anda, adakah anda lebih mencintai undi duniawi berbanding aqidah Nabi. Di mana aqidah Sunnah dan salaf anda? Adakah anda mahu mati dalam bid’ah menghalalkan kesyirikan dan kekafiran syiah?

Tghh, kami tidak tahu bagaimanakah anda boleh tersesat sejauh ini, bermatian mempertahankan syiah sebagai muslim dan mazhab islam. Dengan ucapan dan tulisan anda, wala’ anda kepada program2 anjuran mereka.

Bagaimana anda tergamak menentang al-Quran, Hadith dan ijma’ seluruh ulama Sunnah di dunia ini, dari zaman salaf hingga ke hari ini? Adakah anda mahu mati dalam keadaan syrik.
Bukankah apabila syirik segala amal ibadah tidak berguna spt yang ada ajarkan sebelum ini?

Limaza haza at-tanaqud.?

Ma ‘ahidna salafiyyan suniyyan yatahabbab ila al-mubtadi’ah…

Silalah keluarkan fatawa kekufuran syiah wahai tghh.

Advertisements

Hakikat Kesesatan Asha’irah

Hakikat Asha’irah Ahli Ta’wil.

1. Mu’attilah Shirkiyyah.
Ahli Ta’wil dan Kalam puak Asha’irah adalah Mu’attilah. Ini kerana mereka menta’til (mengosongkan) sifat-sifat Allah yakni sifat-sifat ikhtiyariyyah fi’liyyah.
Ta’til termasuk Syirk.
Ta’wil batil oleh ahli kalam Asha’irah adalah syirik kerana mereka memperkatakan urusan agama tanpa ilmu, menta’wil Sifat-sifat Allah secara batil, jahil dan tahrif. Bahkan itu adalah sebesar-besar syirik yang mengekalkan seseorang dalam api neraka jahannam. Syirik kerana mengatakan ‘Allah wujud tanpa tempat’ yakni menyamakan Allah dengan jamadat, ma’dumat (benda tidak wujud) dan manqusat. Jahmiyyah Asha’irah juga mengatakan bahawa kalimah kufr dan perbuatan kufr, bukanlah kufr tetapi hanyalah petanda kufr.

2.Ahli Ta’wil Adalah Ahli Bid’ah dan Ahli Kalam.
Ta’wil batil Asha’irah adalah tahrif (penyelewengan) dan bid’ah (perkara baru) yang disandarkan kepada islam. Dalam Islam, Aqidah mesti dinisbahkan kepada Nabi, sahabat dan tabi’in (salaf). Menisbahkan aqidah kepada manusia yang tidak maksum adalah bid’ah, kejahilan dan perbuatan tercela. Menurut al-Imam Ahmad ibn Hanbal dan ‘Ali ibn al-Madini, sesiapa yang menjadi ahli kalam, maka ia bukan ahl al-sunnah.

3. Jahmiyyah Mu’tazilah
Kesesatan ingkar zahir nass (ta’til, ta’wil dan tahrif Asha’irah) dalam sifat Allah adalah dicedok dari Jahmiyyah iaitu dari Bishr al-Marisi, dari Jahm, dari Ja’d, dari Aban ibn Sam’an dari Talut dari Labid al-yahudi. Ibn Abi Du’ad al-Mu’tazili mengambil kesesatan jahmiyyah dari Bishr. Asha’irah juga menggunakan dalil huduth dan qidam jahmiyyah mu’tazilah.

4.Anti Hadith
Asha’irah mendiamkan ayat-ayat Sifat dalam al-Quran dan tafwidh mutlaq iaitu menyerahkan maknanya secara mutlaq kepada Allah. Ini batil dan ta’til. Mereka menolak hadith-hadith sahih dalam aqidah kononnya hadith sahih itu zanni thubut dan zanni dalalah atau mereka ta’wilkan secara menyeleweng (tahrif) yang hakikatnya adalah ingkar. Itulah perbuatan inkar Sunnah dan anti hadith.

5.Jabariyyah
Ahli ta’wil Asha’irah menta’wil bahawa kononnya qudrat, fi’l (perbuatan), istita’ah hamba bukanlah haqiqi tetapi hanya majaz. Hamba tidak mempunyai ikhtiyar tetapi majbur fi surat mukhtar (tunduk penuh kepada taqdir tanpa ada sebarang pilihan dan qudrat). Ini khusus bagi Asha’irah sahaja tidak maturidiyyah.

6.Murji’ah
Asha’irah adalah murji’ah. Ini kerana mereka memilih irja’ dalam iman yakni iman hanyalah sekadar tasdiq qalbi. Kufr pula hanyalah takzib qalbi atau istihlal qalbi atau jahil tentang Allah. Perbuatan kufr dan kalimah kufr tidak menyebabkan kekufuran tetapi hanya ‘alamat kufr. Ini fahaman jahmiyyah yang merupakan ghulat murji’ah.

7.Mutakallimun
Asha’irah itu mutakallimun (Ahli Kalam) kerana mengguna pakai ilmu kalam, ilmu mantiq dan falsafah Yunani dalam mengenal Allah dan membicarakan tentang Zat dan Sifat Allah. Mereka pentaksub dan penyembah ilmu kalam.

8.Kullabiyyah
Asha’irah dinamakan kullabiyyah kerana mengikut Kullabiyyah yang mengatakan kalam Allah hanyalah kalam nafsi. Bukan kalam haqiqi dengan suara. Yakni hakikatnya Asha’irah mengatakan Allah itu bisu.

9.‘Aqlaniyyun.
Asha’irah pendewa dan penyembah akal, kaedah taghut mereka ialah taqdim al-‘aql ‘ala al-naql (mengutamakan akal berbanding al-Quran dan Hadith). Akal Yunani dijadikan tuhan, taghut dan hakim. Ta’wil batil mereka adalah akibat akal fikiran mereka yang batil.

10.Mutafalsifah
Asha’irah mengambil beberapa prinsip falsafah yunani, dan pendapat-pendapat ahli falsafah sehingga menyamai batiniyyah dan qaramitah dalam falsafah mereka dan meninggalkan mazhab salaf. Hakikatnya mereka ahli falsafah yang tidak beriman.

11.Sufiyyah Zanadiqah
Asha’irah adalah sufiyyah kerana memasukkan tasawwuf falsafi sesat dan taghbir ke dalam aqidah mereka yakni golongan mutakhir Asha’irah.

12. Quburiyyah
Ini kerana Asha’irah melampau dalam memuja Ahli kubur yang mereka anggap wali-wali Allah yang salih. Mereka melakukan perjalanan jauh untuk menziarahi kubur-kubur kosong, meminta hajat dari kubur, memeluk mencium kubur, berqasidah dan bergendang di kubur-kubur, bahkan ada yang sujud kepada kubur. Ini berlaku di kalangan asha’irah muta’akhkhirin sahaja.

13. Batiniyyah
Ta’wil adalah penyakit golongan batiniyyah. Falasifah batiniyyah menta’wil halal, haram, solat, puasa, zakat, haji, hashr, hisab, mizan, syurga dan neraka. Pelampau asha’irah menta’wil nas-nas sifat Allah seperti ta’wilan batiniyyah.
Aib dan masalah bukan pada zahir nusus tetapi pada kefahaman akal yang dangkal dan sakit. Mengkafirkan ahl al-sunnah yang bermanhaj salaf adalah kesesatan dan kekufuran. Menghukumkan semua asha’irah sebagai sesat adalah batil kerana ada di kalangan mereka yang bermazhab salaf dan ada yang cenderung kepada mu’tazilah.

14.Khawarij.
Ahli Kalam Asha’irah tidak menerima aqidah salaf (Aqidah Nabi dan Sahabat). Mereka Khawarij kerana mengkafirkan sesiapa yang tidak mempelajari ilmu kalam dan pemikiran mereka yang batil. Mereka mengkafirkan muslimin yang tidak kafir dan tidak melakukan kekufuran. Asha’irah menamakan Ahl al-Sunnah al-Salafiyyah sebagai jahil, hashwiyyah, mujassimah mushabbihah, wahhabiyyah, mubtadi’ah dan kuffar.

15.Syiah
Asha’irah tergolong dalam kelompok Syiah kerana mencuri falsafah ‘Allah tidak bertempat’ yang terdapat dalam buku-buku syiah.

4 Amalan untuk Memasuki Syurga

Termasuk amalan yang memasukkan ke dalam syurga ialah melazimi dan teguh bersama al-jama’ah yakni Ulama Sunnah (Fuqaha’ Ahli Hadith) menjauhi ulama syirik dan bid’ah, bid’ah-bid’ah dan dosa-dosa besar.

Nabi saw bersabda, “Hendaklah kamu bersama jamaah, jangan kamu berpecah belah. Sesungguhnya syaitan bersama seorang yang bersendirian dan lebih menjauh apabila manusia itu berdua. Sesiapa yang ingin tempat tinggal terbaik di tengah syurga maka hendaklah ia melazimi jamaah.” Sahih HR al-Tirmidhi (2165). Al-Tirmidhi berkata, yakni bersama Ulama, Ahli Fiqh dan Ahli Hadith (serta ijma’ mereka).

Ringkasnya untuk memasuki syurga itu ialah dengan ,

1.Tawhid dan meninggalkan semua syirik termasuk riya’.

إِنَّهُۥ مَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ ٱلْجَنَّةَ وَمَأْوَىٰهُ ٱلنَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah al Masih putera Maryam”, padahal al Masih (sendiri) berkata: “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. (al-Ma’idah 5:72)

2.Mengikuti sunnah dan meninggalkan semua bid’ah dan ahli bid’ah kerana bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan dalam api neraka Jahannam.

3.Melaksanakan yang fardhu dan menjauhi segala dosa besar.

إِن تَجْتَنِبُوا۟ كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisa’ 4:31)

Kesesatan Sifat 20

Soalan
Adakah sifat 20 itu termasuk Ilmu Kalam? Di mana kesilapan sifat 20?

Jawapan
Ya. Sifat 20 adalah aqidah Ahli Kalam dan Falsafah, bukan sifat2 Allah yang difahami ASWJ.

1. Yang menjadi masalah dalam sifat 20 ialah huraiannya yang menggunakan method Ahli Kalam dan istilah-istilah Falsafah. Sifat 7, 13 14 atau 20 ini disusun oleh Asha’irah mutakhir yang telah menjadi Jahmiyyah, Mu’tazilah atau Falasifah. Berbanding Asha’irah terawal yang lebih dekat kepada Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Hadith ASWJ.

2. Sifat 20 diambil dari akal semata-mata bukan dari al-Quran dan al-Hadith.

3. Sifat 20 menghadkan sifat Allah yang banyak kepada 20 sahaja. Ini sangat bahaya.

4. Sifat 20 hanya berkisar tentang rububiyyah Allah yang tidak menjadikan seseorang itu muslim kerana untuk menjadi muslim seseorang itu mestilah beriman kepada uluhiyyah Allah iaitu menjadikan segala ibadah hanyalah untuk Allah dan meninggal segala syirik dan bid’ah.

5. Sifat 20 tidak peduli dan tidak mengajarkan jenis-jenis syirik agar ditinggalkan seolah menghadkan syirik sekadar tajsim dan tashbih.

6. Buku-buku yang menghuraikan sifat 20 sesat dalam mentakrifkan tawhid, syirik, iman dan kufr mengikut takrifan murji’ah.

7. Sifat 20 iaitu manhaj asha’irah mutakhir menolak sifat-sifat Zat dan sifat-sifat Fi’liyyah Allah Ta’ala dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. Kritikan terhadap asha’irah mutakhir itulah juga kritikan terhadap sifat 20.

8. Sifat 20 sangat beriman kepada falsafah hingga menggunakan istilah-istilah falsafah seperti huduth al-ajsam wa al-a’radh, ‘aradh, jawhar, jism, makan, jihah, hayyiz, qidam, mukhalafah, hawadith, dan banyak lagi.

9. Banyak sifat Allah ditafsir secara kalam sesat dan falsafah batil seperti wajh, yad, ‘ayn, uluww, istiwa’, nuzul, kalam, mentafsirkan sam’ basar sebagai ilmu, perbuatan-perbuatan Allah tidak haqiqi tetapi ditafsirkan sebagai iradat semata-mata.

10. Sifat 20 juga menggunakan kaedah tafwid mutlaq yang hakikatnya ta’til sifat Allah.

11. Sifat 20 menamakan sifat-sifat muhkamat sebagai mutashabihat.

12. Hakikatnya sifat 20 menafikan sifat dan zat Allah. Itulah hakikat ta’wil tahrifi dan tafwid mutlaq.

13. Sifat 20 kering, kaku, beku, tidak menarik, tidak menambah iman.

14. Sifat 20 bukan tawhid dan bukan ilmu tawhid, tetapi hanyalah ilmu kalam ‘aqli dicedok dari falsafah yunani.

Kesimpulannya Ilmu Kalam Sifat 20 adalah batil, tidak menjadikan seseorang itu muslim, tidak menyelamatkan dari azab kubur, dan azab api neraka Jahannam dan tidak memasukkan ke dalam syurga.

Bacalah Aqidah yg sahih spt Aqidah Sharh Sunnah oleh al-Imam al-Muzani dan Aqidah Salaf ASWJ oleh al-Hafiz al-Sobuni.

Allah di atas Pelamin Agung

Soalan
Siapakah yang mengatakan Allah berada di setiap tempat, di mana-mana? Dan apakah hukumnya?

Jawapan
Jahmiyyah, Mu’tazilah, Qadariyyah dan Sufiyyah. Hukumnya kuffar. Adapun Ahl Sunnah wa al-Jama’ah mereka meyakini bahawa Allah maha tinggi di atas Arasy dengan ZatNYA.

Hukum Menuduh orang sbg Wahhabi

Soalan
Apa hukum menuduh muslim dan muslimah sebagai Wahhabi?
———————————————————————

Jawapan
Penuduh menjadi Kafir murtad terkeluar dari islam.

Pertama, kerana penuduh hakikatnya mengkafirkan seseorang muslim yang dituduh Wahhabi itu sebagai mujassim mushabbih (kafir).

Kedua, menggunakan nama Allah al-Wahhab sebagai bahan cacian, hinaan dan celaan. Ini penghinaan terhadap Allah dan namaNYA. Ini kufr akbar yang mengeluarkan dari islam tanpa syak.

Murji’ah Silam dan Murji’ah Moden

Aliran-aliran Murji’ah

Murji’ah sesat itu terpecah kepada beberapa aliran. Antaranya

1.Murji’ah al-Fuqaha’. Menurut mereka, iman sekadar tasdiq dan qawl, amal bukan sebahagian dari iman bahkan amal itu di luar iman dan hanya syarat kesempurnaan iman. Bukan rukun wajib bagi iman. Ramai Fuqaha’, Muhaddith dan Ahli Ibadah Zuhhad menganut fahaman batil ini. Begitu juga segolongan yang mendakwakan Sunnah dan Salafiyyah secara palsu, hakikatnya mereka ada unsur mazhab irja’. Walau kelihatan remeh, ulama sunnah sangat tegas dan keras membid’ahkan ulama yang berfahaman murjiah.

2.Murji’ah Jahmiyyah. Di sisi Jahmiyyah, iman hanya sekadar ma’rifah (mengenal kewujudan Allah dan Rasul) dan kufr hanyalah takzib qalbi. Kalimah kufr dan perbuatan kufr bukanlah kufur, tetapi hanya ‘alamat kufr (petanda kufr).

3.Murji’ah Karramiyyah. Iman hanya sekadar lafaz. Ini aliran murjiah sangat jelas kesesatannya.

4.Murji’ah Asha’irah Maturidiyyah. Menurut Asha’irah, iman hanya sekadar tasdiq dengan hati. Lafaz pula adalah masalah khilaf dan hanya syarat duniawi. Amal pula adalah di luar lingkungan dan hakikat iman. Kufr hanyalah takzib qalbi. Kalimah kufr dan perbuatan kufr bukanlah kufur, tetapi hanya ‘alamat kufr (petanda kufr).

Semua kelompok ini adalah mubtadi’ah, sesat dan tersesat dalam memahami iman. Mereka semua diancam dengan Api Neraka Jahannam. Menurut al-Imam Waki’ ibn al-Jarrah, Ahmad ibn Hanbal, Abu ‘Ubayd dan ramai lagi, Ghulat Murji’ah terkeluar dari Islam.

Irja’ Membawa kepada kufr dan shirk.

Fahaman irja’ ini meremehkan amal dan menggalakkan manusia melakukan maksiat kerana mereka menganggap maksiat tidak memudaratkan iman. Akhirnya manusia meninggalkan ibadah dan syariah islam lalu jatuh dalam kekufuran. Islam hanya tinggal di dalam hati. Fahaman ini meruntuhkan islam secara total. Fahaman murji’ah melahirkan sekulerism, liberalism, pluralism dan akhirnya atheism.

Post Navigation