Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Soal Jawab Fiqh”

Korban di Rumah Sendiri

SOALAN

Kini ramai yang menghantar wang ke luar negara untuk qurban atau aqiqah kerana lebih murah dan untuk meraikan orang2 miskin luar negara. Apa hukum syariah tentang perbuatan ini?

JAWAPAN

Perbuatan ini tidak menepati sunnah Nabi saw dan Sahabat kerana mereka melakukan ibadah korban dan aqiqah di tempat tinggal mereka. Ditakuti aqiqah atau korban itu tidak sah dan hanya diterima sebagai sembelihan dan sedekah biasa., tidak mendapat pahala besar korban.

al-Imam Shaykh Salih ibn ‘Abdillah al-Fawzan berkata,

Korban iaitu udhiyyah bermakna binatang ternakan yang disembelih pada hari Adha dan hari-hari tashriq, disembelih oleh orang2 islam di rumah mereka kerana beribadah mendekatkan diri kepada Allah pada hari perayaan. dan menzahirkan kegembiraan, keceriaan dan makan-makan daging pada hari-hari tersebut.

Sharh Bulugh al-Maram, jilid 6, ms 37.

Korban telah ditentukan caranya, waktu an tempatnya oleh Islam. Tidak harus mengubah ketentuan ini dengan emosi akal atau perasaan.

Korban disembelih di rumah bersama keluarga dan inilah tujuan korban. Adapun orang yang menghantar wang dan disembleih di tempat lain, ini adalah menyakahi sunnah dan tidak tercapai tujuan korban yang dikehendaki. Sesiapa yang ingin membantu faqir miskin hendaklah ia bersedekah kepada mereka dan jangan lah ia mengubah ibadah korban.

Hendaklah ia melakukan ibadah korban sebagaimana yang disyariatkan Allah, Ibadah hendaklah dilaksanakan sebagaimana ia datang , tanpa mengubah tempatnya, waktunya dan caranya.

Bukanlah maksud korban semata-mata makan daging, tetapi untuk membesarkan Allah dan menumpahkan darah pada hari korban kerana mendekatkan diri kepada Allah, dibuat bersama ahli keluarga agar mereka bergembira, dan menjadi barakah untuk keluarga. inilah yang dikehendaki oleh syarak.

(Sharh Bulugh, ms 38).

Terjemahan
Ustaz Abid Anuuriyy
Master of Shari’ah

Advertisements

Kelebihan Ilmu (Fiqh)

Kelebihan Fiqh.
Allah berfirman :“Katakanlah : Apakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?”(QS Az-Zumar: 9)

Sebaik-baik hamba Allah ialah yang paling takut kepada-Nya. Seseorang tidak akan memiliki rasa takut kepada Allah kecuali jika dia itu orang yang berilmu. Allah berfirman :“Yang takut kepada Allah diantara para hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (QS Faathir: 28)
Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan berilmu. Allah berfirman :“Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang dikaruniai ilmu”. (QS Al-Mujadalah : 11)
Allah memerintahkan agar sebagian diantara orang-orang mukmin harus ada yang memperdalam agamanya, untuk kemudian memberi peringatan kepada saudara-saudaranya sesama mukmin yang lain. Allah berfirman :“Mengapa tidak pergi dari setiap kelompok diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan tentang din dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga diri”. (QS At-Taubah 122)

Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan atasnya, maka Allah akan menjadikannya paham dalam masalah agamanya” (HR Bukhari-Muslim, dari Muawiyah ra).

Tafaquh fid-dien (memperdalam pemahaman agama) Adalah Perintah Dan Hukumnya Wajib
Mempejari Islam adalah kewajiban pertama setiap muslim yang sudah aqil baligh. Ilmu-ilmu ke-Islaman yang utama adalah bagaimana mengetahui MAU-nya Allah SWT terhadap diri kita. Dan itu adalah ilmu syariah. Allah SWT berfirman :
“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi : “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”.” (QS. Ali Imran : 79)

Amal Sedikit Dengan Ilmu Lebih Utama Dari Amal Banyak Tanpa Ilmu
Seorang ahli ibadah yang tekun tapi tanpa ilmu syariah jauh lebih rendah derajatnya dari amalan seorang yang mengerti syariah meski tidak terlalu banyak. Sebab ibadah yang banyak bila tidak diiringi dengan ilmu yang benar, bisa jadi malah berdosa. Sebab tidak tertutup kemungkinan dia malah melakukan bid`ah atau hal-hal yang justru terlarang.
Sebaliknya, meski ibadah seseorang itu tidak terlalu banyak, namun bila dikerjakan sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW yang benar, tentu nilainya sangat tinggi di sisi Rasulullah SAW.
Betapa rugi dan menyesal seseorang yang merasa sudah beramal banyak tapi di akhirat tidak mendapat nilai apa-apa di sisi Allah SWT. Sebab apa yang diamalkannya ternyata tidak diajarkan oleh Nabi SAW.

Solat di belakang syiah rawafidh

🔴Adakah sah solat di belakang penyokong syiah rawafidh?
🔵 Tidak sah solat di belakang orang yg tidak mengkafirkan jahmiyyah, syiah dan penyembah kubur atau syakk akan kekufuran mereka. Ini kerana orang yang tidak mengkafirkan musyrikin adalah kafir murtad. Ini kaedah dan prinsip aqidah. Berhati2lah

rawafidh bukanlah muslimin.

Jama’ Jumaat dan Asar

Solat jamak jumaat dgn asar.

Ketika musafir , seseorang muslim tidak wajib solat Jumaat. Menurut kebanyakan ulama, tidak harus jamak jumaat dgn asar (Di sisi sesetengah Shafi’iyyah, harus jamak jumaat dengan asar).
Untuk Jamak, hendaklah solat jumaat bersama imam dgn niat zuhur qasar. Kemudian jamak dengan asar. Ini tidak mengapa.

~al akh al allamah al tarifi~
Fiqh baru.

Hukum Muzik dan Lagu

Fatwa islamweb tentang Lagu dan Muzik.
سماع الغناء مع آلة موسيقية محرم باتفاق المذاهب الأربعة واستدامته مسقط للشهادة ومخل بالمروءة التي تجب المحافظة عليها ويحرم الإقدام على ما يخل بها، وسماع الغناء بغير آلة مكروه عند أصحاب المذاهب الأربعة.
Mendengar lagu2 disertai alat2 muzik adalah diharamkan menurut kesepakatan 4 mazhab. Berterusan mendengarnya membatalkan syahadah dan merosakkan maruah yang wajib dijaga dan diharamkan melakukan perbuatan yang merosakkan maruah. Mendengar lagu tanpa alat muzik adalah makruh menurut ulama 4 mazhab.
Berhati2, jgn sampai melanggar 4 mazhab.
tinggalkan pendpt guru apabila melanggar quran, hadith dan ijma’.

PTPTN riba atau ujrah?

Soalan.
Salam Ustaz. Benarkah ujrah 1% PTPTN itu benar2 ujrah bukan riba?

Jawapan:
Sekiranya ujrah pengurusan itu sama sahaja kadarnya cthnya RM150 bg setiap pinjaman tanpa mengira jumlah pinjaman sedikit atau banyak, maka ia boleh disebut ujrah.

Sekiranya ujrah 1% adalah dari jumlah pinjaman yang berbeza2 maka itu adalah riba yang haram, bukan ujrah.

Ijtihad atau Ijma’?

Soalan:
Adakah fatwa al-azhar ijtihad atau ijma’?
Jawapan.
Fatwa2 al-azhar adalah ijtihad bukan ijma’. Ia boleh diterima dan boleh ditolak. Begitu juga fatwa majlis agama dan fatwa JFK Malaysia.

Post Navigation