Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “December 21, 2009”

Syarat-syarat 'Uzlah

1.Bertafaqquh dalam pelbagai ilmu

2.Amar ma’ruf nahi munkar

3.Wujud penyakit2 dalam diri dan masyarakat

Sila Kira Zakat Anda

Kira di

zakat.com.my.

bahagian kalkulator zakat

Agih Zakat Sendiri

SOALAN

Akm wbt. Tuan. Mana lebih utama , agih zakat perniagaan sendiri, atau memberikan kepada imam (pemerintah) atau majlis agama?

Zukifli, Perak.


JAWAPAN

Pemililik zakat lebih utama memberikan zakatnya sendiri tanpa melalui majlis agama, sekiranya zakat itu ialah zakat naqdan (duit, emas , perak), zakat perniagaan dan rikaz. Apabila pemerintah memintanya, maka ia berhak untuk engkar, bahkan tidak harus majlis atau pemerintah memintanya kerana ia termasuk amwal batinah.

Adapun amwal zahirah iaitu zakat binatang ternakan, tanaman, buahan dan ma`adin (emas perak dicari dari perut bumi), maka pemerintah berhak memintanya dan wajib pemiliknya menyerahkan kepada pemerintah (majlis agama)., berdasarkan zahir ayat 103 Surah al-tawbah.

Lihat: al-Manhaji, jld 1, ms 317.

Zakat Kepada Adik Kandung

SOALAN

Akm wbt. Bolehkah memberikan zakat kepada adik kandung yang masih belajar di universiti di bawah asnaf fi sabilillah? Sekian terima kasih.

Zaiful, Bota

JAWAPAN

Tidak boleh memberi zakat di bawah asnaf fi sabilillah kerana fi sabilillah hanya ahli perang yang keluar berjihad secara tatawwu’ atau sukarela dan tidak mendapat sebarang upah.

Adik boleh mendapat zakat di bawah asnaf fuqara’ dan masakin (zakat li al-aqaarib). Dan memberikan zakat kepada aqarib lebih utama dari diberi kepada orang lain kerana ia adalah zakat dan silaturrahim.

Memberi zakat kepada emak tidak sah kerana ia wajib mendapat nafaqah dari suami dan anak-anak, kecuali apabila emak tidak mendapat nafaqah yang cukup, maka harus menerima zakat.

Lihat al-Fiqh al-Manhaji, jld, ms 326.

PASTI Cemerlang

BEBERAPA CADANGAN KEPADA PASTI

1. Menambahkan lagi hafazan al-Quran, iaitu Alif Lam Mim, La Ikrah, Allahu Waliyy, Lillahi Ma, AmanaR, La yukallifu,

2. Memastikan hadith2 pilihan dari hadith-hadith sahih dan menambah hadith hingga 40 hadith

3. Memantapkan lagi bahasa Arab di Pasti, iaitu dengan memberikan kursus2 pemantapan kepada guru-guru PASTI


Ust Abid

annuriyy@yahoo.com

Sekolah Kebangsaan Menuju Riddah?

Ada Kesesatan Di Sekolah Kebangsaan

Wajibkan Solat Jamaah di Sekolah

Bismillah.

Terdapat kesesatan dan kebatilan dalam sistem pendidikan sekular kebangsaan. Pendidikan agama yang sahih sebagaimana yang ditujukkan dan dikehendaki oleh Nabi saw tidak ditekankan.

1. Tiada solat jamaah zuhur dan asar dalam jadual sekolah2 kebnagsaan kendalian kerajaan sekular bid`ah. Guru yang berusaha atas inisiatif sendiri menghidupkan jamaah diugut dan disindir oleh puak munafiq dan batil. Sedangkan Solat Jamaah adalah wajib untuk melatih anak-anak bersolat dan menanamkan aqidah iman dalam hati mereka. Sabda Nabi saw, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka agar bersolat ketika telah berumur 10 tahun.” (Hadith riwayat Abu Dawud). Atau tidak percaya hadith dan sunnah?!!

Menurut mereka, belajar melukis, bermain di padang dan persatuan sia-sia itu lebih penting dari solat yang merupakan tunjang aqidah, pembeza antara iman dan kufur, tauhid dan syirik! Ini Islam Murji’ah ajaran sesat sepanjang sejarah.

2.Biasanya mensyuarat guru (sebenarnya taklimat) memakan masa yang cukup panjang, memakan masa zuhur dan asar.Ini perlu diperbetulkan sekiranya benar2 beriman dan mahu mati dalam iman.

3.Tiada surau yang luas untuk memenuhkan semua pelajar menunaikan salat jamaah. Mungkin pembinaan masjid surau yang merupakan mahar syurga tidak penting bagi kelopok sekular jaahiliyyah lagi bid`ah sesat. Banyak sekolah tidak mempunyai surau. Sila wajibkan pembinaan surau kerana Allah dan agamaNya wahai pemimpin sebelum kamu mati!

4.Pentadbir biasanya meringnakan solat, anti syariah, menolak kewajipan hudud dan qisas.

5. Bangunan2 biasanya tidak mengadap kiblat. Mungkin akibat kejahilan arkitek, pemaju dan pemerintah sendiri.

6.Tiada pembelajaran bahasa Arab (hukumnya wajib dalam Islam)secara serius. Sepatutnya diwajibkan di setiap sekolah setiap hari, bukan sekali seminggu.

7.Tiada tahfiz al-Quran secara serius, hanya tahfiz 3 qul dan sedikit2 lagi yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar dahaga!!

8.Tiada pendidikan Islam melalui hadith dan sunnah, yang ada ialah pendidikan agama bentuk logik akal ala Mu`tazilah!! Jahmiyyah!! Sila lihat buku teks pendidikan Islam, hampir-hampir tiada hadith Nabi!!

9.Percampuran yang dasyat antara murid2 lelaki dan perempuan, bahkan antara pelajar muslimat dengan pelajar2 lelaki kafir. Sehingga saling menjeling, bermain mata, saling bergurau dan ketawa!! jalan kepada kerosakan zina dan murtad! Munkar mana yg lebih besar dari ini?!

Adakah ini barnamaj (program) menuju kemurtadan secara halus?…

Zakat Perniagaan

SOALAN

Akm wbt. Adakah wajib zakat perniagaan walau perniagaan kecil, berapa jumlah zakatnya? Bagaimana kiraan zakatnya? Dari keuntungan atau campur modal? Sekian, terima kasih.

Zul & Suhaimi,

DQomar Enterprise.

JAWAPAN

Pertamanya, tahniah kerana berjaya memulakan perniagaan yang merupakan sunnah Nabi saw.

Alat-alatan perniagaan tidak dikira dalam zakat. Harta yang wajib dinilai ialah semua modal dan keuntungan. Dicampurkan dan ditunaikan zakatnya. Sekiranya mula niaga dengan RM2000, di akhir akhir tahun qamariyyah, mencapai RM5000, wajib dizakat semuanya.

Zakat yang di keluarkan ialah mengikut nisab emas, iaitu 2.5 % dari harta niaga.

Terdapat 3 cara zakat dalm Mazhab Shafi`ei.

1.Mengikut qawl asahh  dalam Mazhab Shafi`ei, zakat yang dikeluarkan ialah nilainya (iaitu dengan wang). Inilah yang diamalkan dan difatwakan.

2.Ada qawl yang mengatakan zakat dikeluarkan dari barang yg diniagakan (‘urudh).

3.Diberi pilihan samada mengeluarkan zakat dengan nilai atau ‘urudh.

Sekiranya mengeluarkan barang yang diniagakan (cthnya kerepek) maka dikeluarkan yang bernilai baik lagi sederhana , tidak boleh yang rosak, buruk, lama atau rendah mutunya. Wassalam.

lihat Dr Mustafa al-Khin et.al, (2000), al-Fiqh al-Manhaji ‘ala al-Madhhab al-Imam al-Shafi`i, Dimasqh: Dar al-Qalam, jld 1, ms 303-306.

Dalam Kifayat al-Akhyar Fi Hall Ghayat al-Ikhtisar, karangan Abu Bakr al-Husayni, zakat yang dikeluarkan diberi kepada sekurang-kurangnya 3 orang untuk satu asnaf. , kerana lafaz fuqara’ dan masakin adalah lafaz jamak (plural). Tidak disyaratkan untuk diagihkan sama banyak, tetapi diberikan mengikut keperluan penerima-penerima zakat tersebut.


Post Navigation