Fatwa Imam Shafiei Tentang Solat Jama`ah
SOALAN:
Akm, apakah fatwa Imam Shafiei ttg solat jamaah? Apa pula kata Imam Bukhari?
JAWAPAN:
Imam Shafiei dalam al-Umm mengatakan, “Saya tidak mengizinkan meninggalkan solat jamaah melainkan kerana uzur.” Imam Shafiei membawakan hadith2 sahih ttg Nabi ingin membakar rumah org2 yg meninggalkan jamaah. Abu Isa al-Tirmidhi menukilkan kata2 beliau ini dalam al-Sunan.
al-Imam al-Shafiei, (1393H), al-Umm, bab Solat al-Jamaah, Beirut: Dar al-Ma`rifah, jld 1, ms 154; Muhammad Idris al-Shafiei, (1989), al-Umm, Bab Salat al-Jama`ah, (terj Ismail Yaakob), Kula Lumpur: Agencies Victory, jld 1, ms 332-337.
al-Bukhari mengatakan solat jamaah wajib dengan meletakkan satu bab dalam kitab Sahihnya, Bab Wujub Salat al-Jama`ah.
Penulis berpendapat dalam hal ini kita mestilah mengambil zahir hadith2 sahih yang menunjukkan kewajipan jamaah. Kita mesti berhati2 krn solat adalah amal yang paling utama dan terawal dihisab. Sekiranya diterima maka diterima segala amalan. Sila rujuk karangan kami Kewajipan Solat Jamaah. Allah A`lam. Wassalam.