Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “December, 2009”

Mazhab Shafiei dan Solat Jamaah

Solat Jamaah Dalam Mazhab Shafi`ei

Al-Imam al-Nawawi berkata, hadith ini antara dalil menujukkan solat Jamaah fardu ain wajib. Antara yang mengatakan demikain ialah Ata’, al-Awza`ei, Ahmad, Abu Thawr, Ibn Khuzaymah dan Dawud al-Zahiri.

(Lihat : Al-Nawawi, 2001, al-Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, Beirut : Dar al-Ma`rifah, jld 5, ms 155. Lihat juga al-Nawawi, al-Majmu’, jld 4, ms 77. Rawdat al-Talibin wa ‘Umdat al-Muttaqin, jld 1, ms 339.;  Al-Iqna’,;  Ibn al-Munzir, al-Awsat, Fath al-Bari, Kifayat al-Akhyar, Sharh Ibn al-Qasim ‘ala Matn Abi Shuja`,).

Al-Imam al-Shafi`ei, Al-Umm, 1393H, Beirut: Dar al-Ma`rifah, jld 1, ms 154. Mukhtasar al-Muzani.

Hashiyat al-Jamal ‘ala Sharh al-Minhaj, jld 5, ms 492, makruh (berdosa) meninggalkan jamaah.

al-Imam Ibn Hibban

1. Al-Hafiz Ibn Hibban al-Busti rahimahullah
Pemilik kitab Sahih Ibn Hibban
Hafiz, ‘allamah, imam, muhaddith, Abu Hatim Muhammad ibn Hibban, pengarang yang hebat, 280H-354H. Mendengar hadith dari al-Imam al-Nasa’ei, al-Hasan ibn Sufyan al-Fasawi, Abu Ya’la al-Mawsili, Abu Bakr Ibn Khuzaymah, al-Jawaliqi, Abu Bakr Ibn al-Munzir, ramai ulama yang tidak terkira dari Mesir hingga ke Khurasan.
Menjadi qadhi di Samarqand, lautan ilmu, faqih dalam agama, hafiz hadith, alim dalam ilmu astronomi, perubatan dan lain-lain cabang ilmu. Seorang Ahli bahasa dan seorang wa`iz.

2. Menjalankan rehlah ilmu selama lebih 40 tahun dan pulang ke negeri Bust (sebuah bandar antara Sijistan, Ghaznin dan Harat, dari kawasan Kabul, Afghanistan) pada tahun 340H dan menetap di situ. Menulis lebih 60 karangan. Ramai ulama dating kepadanya utk imla’. Menulis bukunya Sahih Ibn Hibban bernama al-Musnad al-Sahih ‘ala al-Anwa’ wa al-Taqasim dari lebih dr 2000 syeikh.

Lihat ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, 2000, Safahat Min Sabr al-‘Ulama ‘Ala Shada’id al-‘Ilmi wa al-Tahsil, Halab: Matbu`at al-Islamiyyah.

Imam Sunnah al-Hafiz Ibn 'Asakir

1. Abu al-Qasim Ibn ‘Asakir al-Dimashqi.
Al-hafiz, al-Imam, ar-rahhal, ‘Ali ibn al-Hasan 499H-571H. al-Imam Ibn ‘Asakir menulis Tarikh Dimashq 80 jilid. Muhaddith Negara Syam, faqih Shafiei, imam ulama’ hadith pada zamannya.

2. Mendengar hadith hamper 30 tahun. Menulis lebih 50 buah kitb menyampaikan lebih 400 majlis hadith. Guru hamper 1400 orang.
Al-Hafiz Ibn ‘Asakir sentiasa melazimi solat jamaah selama lebih 40 tahun di saff pertaama, kecuali uzur, mengkhatamkan al-Quran setiap minggu, khatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadhan, iktikaf di masjid Dimashq, banyak solat nawafil dan zikir-zikr, menghidupkan malam 15 Shaban, ramadhan, 10 hari Zulhijjah, malam dua raya dengan solat dan zikir, muhasabah setiap saat yang berlalu.

3. Imam Ibn ‘Asakir seorang alim yang Zahid, menolak jawatan imam dan khatib. Sentiasa amar ma’ruf dan nahi munkar tanpa takut celaan pencela,
Beliau membaca kitab al-Ba’th wa al-Nushur oleh Ibn Abi DAwud seperti qulhuwalLaahu ahad.

4. BerKata al-Nawawi, Ibn ‘Asakir imam Sham, hafiz al-Dunya, imam mutlaq, thiqah, thabt. Antara karangan beluiau ialah Tarikh Dimashq, Tabyin Kadhib al-Muftari ‘ala al-Imam Abi al-Hasan al-Ash`ari.
Wafat pada tahun 571H. Semoga Allah meredhainya.

(Lihat: Al-Qadhi Ibn Khallikan, Wafayat al-A’yan,; al-Zahabi, Tazkirat al-Huffaz, jld 4, ms 1428.; Al-Subki, Tabaqat al-Shafi`iyyah al-Kubra, 7, 215).

Imam Sunnah al-Hafiz Ibn ‘Asakir

Solat Malam

Kemuliaan Solat Malam

1. al-Imam al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan dalam al-Tahajjud wa Qiyamullayl dengan sanadnya, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Dua rakaat pada waktu tengah malam, lebih baik dari dunia dan seisinya.”

2. Berkata Yazid al-Raqashi, “Dengan panjang tahajjud menjadi sejuk hati para ‘abid, dan dengan panjang puasa menjadi  gembira hati mereka.” Qiyamullayl cahaya bagi mukmin pada Hari Qiyamat, yang datang di depan dan di belakangnya. Puasa seseorang hamba menjauhkannya dari kepanasan Api Neraka Jahannam. Muhammad ibn Nasr , Kitab Qiyamullayl.

3. Berkata Sharik, “Sesiapa yang banyak solatnya pada waktu malam, jernih wajahnya pada waktu siang.” al-Hafiz Ibn ‘Adi, al-Kamil.

Fada'il Tahajjud

Fada’il Solat Malam

1. Qiyamullayl adalah sifat ibadurrahman (para wali Allah). Firman  Allah bermaksud, “Dan (wali-wali Allah) itu tidur untuk Tuhan mereka dalam keadaan sujud dan berdiri.” (Surah al-Furqan: 64)

2. Ihsan, Qiyam dan istighfar pada waktu sahur adalah salah satu sifat taqwa. Frman Allah Ta’ala.

﴿كَانُواْ قَلِيلاً مّن ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِٱلأَسْحَـٰرِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾ [الذاريات:17، 18]

Maksudnya, “Mereka dahulu di dunia sedikit sekali tidur malam. Dan pada waktu sahur mereka memohon keampunan.” (al-Zariyat: 17-18).

Allah mensifatkan golongan bertaqwa dan solih bahawa mereka itu jujur, membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam dan mereka bersujud. (Ali ‘Imran: 113).

Fadilat Qiyamullayl

Kelebihan Qiyamullayl dan Tahajjud

1.Mendapat iman yang benar lagi sahih kepada Allah dan al-Quran.

وقال تعالى: ﴿تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ﴾ [السجدة:16]

Firman Allah Ta`ala, “Sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat-ayat kami hanyalah…Jauh lambung (badan) mereka dari tempat tidur , mereka berdoa (bersolat malam dan beribadah) kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut dan harap, dan dari harta yang Kami berikan kepada mereka , mereka dermakan. (al-Sajdah: 15-16). Berkata al-Hasan dan Mujahid yakni mereka bersolat malam. Berkata Ibn Kathir, mereka itu ialah yang bersolat malam, meninggalkan tidur di tilam yang empuk.

2. Mendapat ilmu yang bermanfaat atau hakikat ilmu, yakni mereka yang suka qiyamullail mempunyai sifat alim sebenar (ulama’ Akhirat ulul albab). Diringankan bagi mereka hisab yang panjang dan berat di Bumi Mahsyar di mana sehari bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia.
وقال تعالى: ﴿أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ ءانَاء ٱلَّيْلِ سَـٰجِداً وَقَائِماً يَحْذَرُ ٱلآخِرَةَ وَيَرْجُواْ رَحْمَةَ رَبّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ﴾ [الزمر:9].

Firman Allah bermaksud, “Adakah orang yang taat (bersolat di tengah malam dan selepas tengah malam) dalam keadaan sujud dan berdiri , ia takut azab Akhirat dan mengharap akan kasih sayang Tuhannya itu (sama dengan orang yang batil lalai?), adakah sama orang yang mengetahui…”(al-Zumar: 9).

3. Qiyamullayl sifat Nabi saw dan para sahabat. Ia merupakan asas dakwah bagi para pendakwah.

Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya Kami akan meletakkan ke atasmu kata-kata yang sangat berat.” (al-Muzzammil: 5).

Post Navigation