Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 14, 2009”

'Aabidah Bahrayn

‘Abdul Wahid ibn Zayd al-Wa`iz berkata, saya lihat seorang wanita di Bahrayn menangis-nangis kerana mengingati akhirat. Setiap kali ia menangis saya menyangka ia akan terputus nyawanya. Saya cuba untuk mendekatinya dan berkata kepadanya tetapi saya tidak berjaya. Ia berkata
“Sibuklah dirimu sendiri. maka demi Allah, tidaklah saya memberi nasihat mawi`zah (tazkirah) melainkan saya tujukan kepada diri sendiri. Sekiranya seseorang itu tidak mahu memberi nasihat sehingga ia menjadi baik, maka iblis telah berjaya menguasainya memandunya ke mana saja ia ingini. Aku tidaklah memuji diriku. Iblis ingin menyesatkan semua manusia dengan itu (jangan menasihat orang lain). Tetapi wahai manusia, suruhlah melakukan kebaikan walau kamu tidak mampu melakukannya. Dan takutlah kamu mencegah suatu kejahatan sedangkan kamu melakukannya.”
Menurut al-Haythami dalam Majma’ al-Zawa’id, Ibn Zayd dipandang thiqah oleh al-Hafiz Ibn Hibban.
Rujukan: Ibn al-Jawzi 2002, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

‘Aabidah Bahrayn

Fatwa Imam Shafiei Tentang Solat Jama`ah

SOALAN:

Akm, apakah fatwa Imam Shafiei ttg solat jamaah? Apa pula kata Imam Bukhari?

JAWAPAN:

Imam Shafiei dalam al-Umm mengatakan, “Saya tidak mengizinkan meninggalkan solat jamaah melainkan kerana uzur.” Imam Shafiei membawakan hadith2 sahih ttg Nabi ingin membakar rumah org2 yg meninggalkan jamaah. Abu Isa al-Tirmidhi menukilkan kata2 beliau ini dalam al-Sunan.

al-Imam al-Shafiei, (1393H), al-Umm, bab Solat al-Jamaah, Beirut: Dar al-Ma`rifah,  jld 1, ms 154;  Muhammad Idris al-Shafiei, (1989), al-Umm, Bab Salat al-Jama`ah, (terj Ismail Yaakob), Kula Lumpur: Agencies Victory, jld 1, ms 332-337.

al-Bukhari mengatakan solat jamaah wajib dengan meletakkan satu bab dalam kitab Sahihnya, Bab Wujub Salat al-Jama`ah.

Penulis berpendapat dalam hal ini kita mestilah mengambil zahir hadith2 sahih yang menunjukkan kewajipan jamaah. Kita mesti berhati2 krn solat adalah amal yang paling utama dan terawal dihisab. Sekiranya diterima maka diterima segala amalan. Sila rujuk karangan kami Kewajipan Solat Jamaah. Allah A`lam. Wassalam.

Fatwa Imam Tentang Solat Jama`ah

Soalan: Akm, apakah fatwa Imam Shafiei ttg solat jamaah? Apa pula kata Imam Bukhari?

Jawapan:Imam Shafiei dalam al-Umm mengatakan, “saya tidak mengizinkan meninggalkn solat jamaah melainkan kerana uzur.” Imam Shafiei membwakan hadith2 sahih ttg Nabi ingin membakar rumah org2 yg meninggalkan jamaah. Abu Isa al-Tirmidhi menukilkan kata2 beliau ini dalam al-Sunan.

al-Bukhari mengatakan solat jamaah wajib dengan meletakkan satu bab dalaam kitab Sahihnya, bab wujub salat al-jama`ah.

Penulis berpendapat dalam hal ini kita mestilah mengambil zahir hadith2 sahih yang menunjukkan kewajipan jamaah. Kita mesti berhati2 krn solat adalah amal yang paling utama dan terawal dihisab. Sekiranya diterima maka diterima segala amalan. Sila rujuk karangan kami Kewajipan Solat Jamaah. Allah A`lam. Wassalam.

Harga Persahabatan

Berkata al-Imam al-Shafi’ei r.a.:

Wahai Yunus, apabila kamu dengar saudaramu melakukan dosa, makan janganlah cepat memutuskan persahabatan. Temuilah ia dan tanyalah, “betulkah kamu berbuat begini..begini..?”
kalau ia memberikan alasan maka terimalah.
sesungguhnya membina persahabatan amat sukar, dan memutuskannya amat mudah.

Ziyadah: Yunus ialah al-Hafiz al-thiqah Yunus ibn ‘Abd al-A`la al-Misri r.a. seorang hafiz hadith dari Mesir.
(Dipetik dari Sifat al-Safwah oleh Imam Ibn al-Jawzi).

Post Navigation