Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 18, 2009”

Kerajaan Di Langit

Pusat Pemerintahan Allah juga di Langit (Mentadbir Dari Langit)

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)

يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

“Allah mentadbirkan segala urusan dari langit ke bumi; Kemudian urusan itu naik kepada-Nya…” (as-Sajdah: 5)

Tidak syak lagi bahawa ayat2 ini menimbulkan rasa takut dan tawadhu’ kepadaNya . Wassalaam

Dimana Allah? Iman dan Diam

Soalan: Akm, di mana Allah SWT?

Jawapan:
Bismillah
Aqiidah islam adalah simple dan sederhana

Di mana Allah?
al-Imam al-Shafiei dlm al-Umm dan al-Risalah, aL-Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan bahawa Mu’awiyah Bin al-Hakam al-Sulami, membawa jariyahnya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah saya?” Jawab hamba itu lagi: “Tuan adalah Rasulullah.”

Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman).

(Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Solat, bab “Tahrimil Kalam fi Solat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan Jama’ah Ahli Hadith, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ mana-mana makhluk.
Sikap ahl sunnah ialah: tunduk kepada nas dan dalil yang sahih, tanpa mendbat2kanya berbelit2 spt mu’tazilah, jahmiyyah dan murji’ah yang sesat.
TANPA
1.mengatakan ianya syaaz kununnya, hadith ini bukan hujah kununnya, hanya tasaffur ar-ruwah kununnya, wajib dita’wil zahir nas ini kununnya. atau mengatakan sesiapa yg mengajak kpd aqidah “Di mana Allah”,… wajib bertaubat katanya 🙂

tanpa mengatakan, Lafaz “Dimana Allah?” adalah mustashna’ (keji) kununnya, ms 188.

Lihat ms 187-188, hasan saqqaf, Ta’liq Daf’ Shubah
Laa ilaha illa Allah, aamantu billaH wa Rasulih.

Bahaya Ahli Kalam dan Jidal

1.Jauhilah Kegilaan Ahli Kalam dan FalSampah

Allah bertempat atau tidak?
Berada di stp tempat atau tidak bertempat langsung
Mempunyai arah (jihah) atau tidak
Mata Allah, tangann Allah
Allah berjari bagaimana jari Allah?
Bagaimana duduknya Allah?
Adakah Allah berkaki, Kursiyy Allah
Duduk Bersemayam di ataas arasy
Salafi, wahhabi, sufi, ash`ari, maturidi
Jauhi melabel (qazf) dengan Mujassim, mu`tazili, jahmi, syirik , bid`ah, sesat

Aqidah ahl sunnah ialah al-iman wa al-sukuut. Yang penting ialah beramal dengan syarii`ah.

Jauhilah fatwa apabila belum menghafaz al-Quran dan membetulkan solat..Perbaikilah solat, di awal waktunya, jamaahnya, ikhlasnya, khusyu’nya dan tuma’ninahnya. Allah! Allah ! Man dayya’aha fahuwa lima siwaha adhya`!!

jauhilah mainan ahli kalam.
Allahumma ,..ighfir lana,.. wa irham hazihil ummah

2. Bahaya sufi ala syiah

menganggap shaykh tariqat atau wali2 sebagai ma’sum, (walau mengatakan mahfuz), seperti Nabi, meliaht Nabi secara yaqazah (sedar dan jaga), bercakap2 dengan Allah Ta’ala. pendewaan terhadap guru (dlm banyak keadaan, guru lbh besar dari Nabi, kata2 guru lbh agung dari hadith2 Nabi), terangkat hijab (kewajipan2 syariah), jauh dari al-Quran dan Hadith bahkan merujuk kpd mimpi2, hadith2 palsu,

mengikat diri dengn wirid2 bid’ah, meniru kezuhudan rahib2 nasrani, yahudi, hindu, dan Budha.

mendekatkan diri kpd Allah dgn nyanyian2, tarian2, joget2, goyang, geleng2, rebana2, bertepuk tangan.

kata2 shaykh lbh besar dari sabdaan Nabi, menumpukan kpd aspek cinta abai khawf dan raja’,

 

Fiqh al-Imam al-Shaafi`ei r.a.

Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mu’min, telah mengkhabarkan kepada kami al-Husayn ibn Abi Bakr, telah mengkhabarkan kepada kami Ja’far ibn Zayd, telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad ibn ‘Ubaydillah al-‘Akbari, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Talib al-Harbi, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mardak, telah mengkhabarkan kepada kami ‘Abdurrahman ibn Abi Hatim, telah menjelaskan kepada kami Yunus, bahawasanya aku mendengar al-Shafi’e berkata:

“Kami menetapkan sifat-sifat (bagi Allah) sebagaimana yang disebutkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah ini dan kami nafikan tashbih (penyerupaan dengan sifat makhluk) dari-Nya sebagaimana Dia telah menafikan dari diri-Nya, sebagaimana Dia berfirman: Tiada sesuatu pun yang serupa dengannya.”

(Rujuk: Imam al-Dzahabi, Siyar A’laam an-Nubala’, 20/341)

'Aqiidah al-Imam al-Shaafi`ei r.a.

Syaikh Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rantaian sanad mereka kepada al-Imam Abu Thaur dan Abi Shu’aib, keduanya dari al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shaafi’ei Nasirul Hadith (pembela hadith) rahimahullah Ta’ala,wa radiya ‘anh beliau berkata:

Sunnah (aqidah)yang aku anuti sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah

1.pengakuan dengan Syahadah (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad saw adalah utusan Allah,
2.dan sesungguhnya Allah di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya.
3.Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki,
4.dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki…

begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujukan:

1 – Imam al-Zahabi, al-‘Uluww Li al-‘Aliyyil Ghaffaar, no. 443.

‘Aqiidah al-Imam al-Shaafi`ei r.a.

Syaikh Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rantaian sanad mereka kepada al-Imam Abu Thaur dan Abi Shu’aib, keduanya dari al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shaafi’ei Nasirul Hadith (pembela hadith) rahimahullah Ta’ala,wa radiya ‘anh beliau berkata:

Sunnah (aqidah)yang aku anuti sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah

1.pengakuan dengan Syahadah (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad saw adalah utusan Allah,
2.dan sesungguhnya Allah di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya.
3.Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki,
4.dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki…

begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujukan:

1 – Imam al-Zahabi, al-‘Uluww Li al-‘Aliyyil Ghaffaar, no. 443.

Apakah Kelebihan ayat-ayat Sifat

Soalan:
Apakah Kelebihan Ayat2 Sifat dan apakah huukum mengulang-ulangkannya?

Jawapan:
Berdasarkan riwayat dari Nabi saw. tidak ada perbezaan antara ayat-ayat sifat Allah dan ayat-ayat yang lain, sejauh pengetahuan kami. Tetapi adakalanya ayat-ayat itu lebih dapat

1.menjadikan hati khusyuk dan menangis, karena mengingatkan kebesaran Allah dan kebaikan-Nya. Seperti ayat:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas `Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan pentadbir semesta alam. [Al A’raaf: 54] jika direnungkan akan membuat seseorang menangis dan khusyuk karena takut kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa.

Demikian juga ayat-ayat lain seperti firman Allah: “Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci ALLah dari apa yang mereka persekutukan.” [Al Hasyr: 22, 23]
hingga akhir surat. Semua ayat itu dapat menyebabkan menangis karena mengingatkan kepada keagungan Allah, kesempurnaan kebaikan kepada hamba-Nya, dan kesempurnaan erti sifat-sifat itu.

Dengan demikian merenungkan ayat-ayat yang berisi sifat-sifat nama-nama dan sifat-sifat Allah adalah sangat penting seperti merenungkan ayat-ayat yang berisi berita tentang surga dan neraka, serta berita tentang kasih dan azab. Nabi saw. jika menjumpai ayat ancaman, meminta perlindungan kepada Allah (membaca: “A’uzu billah”), dan jika menjumpai ayat janji, berdoa. Hal ini diriwayatkan oleh Huzaifah ra. dari Nabi saw.

Di antara yang pernah dilakukan oleh Nabi saw. adalah berdoa saat menjumpai ayat harapan, meminta perlindungan kepada Allah saat menjumpai ayat takut, dan bertasbih pada saat menjumpai ayat nama dan sifat Allah.

2. Antara lain, seperti kata al-Imam Ibn al-Jawzi dalam Sayd al-Khaatir, ayat-ayat sifat mengingatkan kewujudan ALlah dan kebesaranNya Jalla JalaluH ! menanamkan rasa takut dan malu kepadaNya.

Post Navigation