‘Aabidah Bahrayn
‘Abdul Wahid ibn Zayd al-Wa`iz berkata, saya lihat seorang wanita di Bahrayn menangis-nangis kerana mengingati akhirat. Setiap kali ia menangis saya menyangka ia akan terputus nyawanya. Saya cuba untuk mendekatinya dan berkata kepadanya tetapi saya tidak berjaya. Ia berkata
“Sibuklah dirimu sendiri. maka demi Allah, tidaklah saya memberi nasihat mawi`zah (tazkirah) melainkan saya tujukan kepada diri sendiri. Sekiranya seseorang itu tidak mahu memberi nasihat sehingga ia menjadi baik, maka iblis telah berjaya menguasainya memandunya ke mana saja ia ingini. Aku tidaklah memuji diriku. Iblis ingin menyesatkan semua manusia dengan itu (jangan menasihat orang lain). Tetapi wahai manusia, suruhlah melakukan kebaikan walau kamu tidak mampu melakukannya. Dan takutlah kamu mencegah suatu kejahatan sedangkan kamu melakukannya.”
Menurut al-Haythami dalam Majma’ al-Zawa’id, Ibn Zayd dipandang thiqah oleh al-Hafiz Ibn Hibban.
Rujukan: Ibn al-Jawzi 2002, Sifat al-Safwah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.