Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 8, 2009”

Fiqh Sunnah

Soalan

Termasuk sunnah membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaiman sabit dalam hadith. Bilakah bermula hukum sunat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat?

Jawapan

Sebahagian ahli ilmu mengatakan bacaan sunnah tersebut bermula setelah terbenam matahari hari Khamis dan berakhir setelah terbenam matahari hari Jumaat. Sebagaian ulama lain mengatakan ia bermula setelah waktu subuh hari Jumaat dan berakhir setelah terbenam matahari hari Jumaat. Yg terbaik ialah membaca awal pagi Jumaat dengan pergi ke masjid awal sebagaimana yang sabit dalam hadith. “Sesiapa yang segera pergi ke masjid di awal pagi maka seumpama mengorbankan seekor unta…”setiap langkah yang dilangkah seumpama ibadat setahun berpuasa dan qiyam tahajjud.”

Semoga Allah memberi taufiq untuk beribadah kepadaNya, berzikir mengingatiNya dan mentaatiNya. Wassalam.

Post Navigation