Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 20, 2009”

CARA MUDAH BANGUN SUBUH

Soalan: Akm ust, saya amat sukar untuk bangun subuh sehingga terlepas subuh berjemaah di surau. Apakah petua yang memudahkan bangun awal?
Fazli
Tronoh, Perak.

Jawapan:
Terdapat beberapa amalan yang meMudahkan Qiyamullail Dan Bangun Awal Subuh. Antaranya;

1.Membaca 5 ayat terakhir Surah al-Kahf sebelum Apabila membaca 5 ayat terakhir Surah al-Kahf sebelum tidur, kita dapat bangun malam pada waktu kita kehendaki. Insha Allahu Ta’ala.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا(107)خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا(108) قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا(109)قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا(110)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ عَبْدَةَ عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ قَالَ (( مَنْ قَرَأَ آخِرَ سُورَةِ الْكَهْفِ لِسَاعَةٍ يُرِيدُ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ قَامَهَا )). قَالَ عَبْدَةُ فَجَرَّبْنَاهُ فَوَجَدْنَاهُ كَذَلِكَ
Berkata al-Imam al-Darimi dalam Musnad al-Darimi (Kitab Fadail al-Quran, hadith 3272), mengkhabarkan kepadaku Muhammad ibn Kathir, dari al-Awza’ei, dari Abdah, dari Zirr ibn Hubaysh berkata, “Sesiapa yang membaca akhir surah al-Kahfi dengan niat bangun malam pada malam itu, dia akan dapat bangun.”

Berkata ‘Abdah, “Aku cuba, maka aku dapati ianya benar begitu.” Al-Tha’labi juga meriwayatkan athar ini dari Ibn Abbas.

Dari Muaz ibn Jabal, sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca awal dan akhir Surah al-Kahfi, diberikan cahaya dari kepala hingga kakinya, sesiapa yang membaca surah al-Kahfi keseluruhannya baginya cahaya dari bumi hingga ke langit.” Al-shawkani menukilkan, Ibn al-Durays mengisnad dar Abu al-darda’ bahawa sesiapa yang menghafaz akhir surah al-kahfi baginya cahaya pada kegekapan Qiymat dari kepala hingga ke kakinya.

2. Berzikir seperti yang sabit hadith sahih. Tasbihh 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali.
3. membaca doa sebelum tidur. Doa sebelum masuk rumah dan doa sebelum sesudah makan.

Membaca Surah al-Kahfi Hari Jumaat

KEUTAMAAN SURAH AL-KAHFI.
Soalan: Akm Ust Abid, bolehkah ustaz tolong senaraikan fadilat-fadilat surah al-kahfi? sekian terima kasih, shukran.
Razi, Gemas.

Jawapan:
al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shafii dalam al-Umm mengatakan bahawa adalah sunat membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. al-Imam Yahya ibn Sharaf al-Nawawi dalam al-Adhkar dan al-Tibyan. Adalah al-Imam al-Hasan ibn Ali membacanya setiap malam. Disunatkan juga membacanya berulang-ulang.

Antara fadilat membaca surah al-Kahfi

1.Menurut Anas ibn Malik pembacanya diberi cahaya antara langit dan bumi, terpelihara dari azab kubur, nyalaan api, kesempitan, himpitan kubur, pukulan malaikat yang ganas kasar, cacing-cacing, ulat, himpitannya. Hadith ini ditakhrij oleh al-Imam al-Darimi dalam Musnadnya, Kitab Fadail al-Quran hadith 3273. a-Hafiz Abu Bakr ibn Mardawayh meriwayatkan dari Ibn Umar ra,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم القيامة وغفر له ما ين الجمعتين . روى الدارمي بسنده عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ *
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bersinar cahaya dari kakinya hingga ke kaki langit, bersinar cahaya itu hingga Hari Qiyamat dan diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.” (yakni dosa semingga yang lalu).

2.Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah Allah memberikan cahaya pada hati pembacanya, membersihkannya dan dipenuhi dengan hidayah dan kebenaran. Al-Hafiz Sa’id ibn Mansur meriwayatkan dalam al-Sunan dari Abu Sa’id al-Khudri,
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi baginya cahaya dari tubuhnya hingga ke al-Bayt al-Atiq (Kaabah).” Begitu juga yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hakim dan Ahmad ibn Musa ibn Mardawayh.

3.Terpelihara dari penipuan dan penyesatan dajjal. Dajjal dan kuncu-kuncunya mempromosikn syurganya yang membawa ke Neraka Jahannam. Al-Hafiz al-Diya’ al-Maqdisi, meriwayatkan dari dari Ali ibn al-Husayn dari ayahnya dari Ali,
من قرأ سورة الكهف فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة وإن خرج الدجال عصم منه
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi maka ia terpelihara 8 hari dari segala fitnah sekiranya Dajjal datang nescaya ia terpelihara darinya.”
Sabit dalam Sahih Muslim Kitab Solat al-Musafirin, Bab Fadl Surah al-Kahf hadith dari Abu Darda’ bersabda Nabi saw,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَات من أول سورة الكهف عصم من الدجال, وفي رواية : مِنْ آخِرِ..
“Sesiapa yang menghafaz 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir akan terpelihara dari fitnah dajjal. Sesiapa yang berjumpa dengan dajjal bacalah awal surah al-Kahfi. Sesiapa yang hafaz 10 ayat terpelihara dari dajjal sesiapa yang menghafaz seluruhnya akan masuk syurga.” Dalam riwayat Abu ‘Isa al-Tirmidhi “Sesiapa yang menghafaz 3 ayat terawal surah al-Kahfi..” dan beliau berkata hadith hasan sahih.

4.Rumahnya terpelihara tidak dimasuki syaitan, mjd tenang dan damai. Dalam riwayat al-Mardawayh dari Abdullah ibn Mughaffal, “Rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Kahfi, tidak dimasuki syaitan pada malam itu.”

5.Mendapat cahaya di kegelapan kubur dan kegelapan Qiyamat, serta cahaya di titian Sirat.
Dalam riwayat al-Imam al-Baihaqi,
من قرأ سورة الكهف كما أنزلت كانت له نورا يوم القيامة
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan maka surah ini menjadi cahaya baginya pada hari Qiyamat.”

6.Diampunkan banyak dari dosa-dosanya. Al-Tha’labi dan al-Mahdawi meriwayatkan, “Apabila surah al-Kahfi dibaca datang 70,000 malaikat mendengarnya, sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat diampunkan dosanya dan terpelihara dari fitnah dajjal.” Malaikat akan meminta keampunan untuknya dan dia diberi ketenangan oleh Allah. Ia menjadi masyhur di kalangan penghuni langit.

7.Tidak akan takut kepada dajjal dan pengikut-pengikutnya. Dalam Sahih Muslim, “Sesiapa yang menemui dajjal, maka bacalah ke atasnya permulaan surah al-Kahfi”. Dalam Sunan al-Darimi,
حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَتْنَا عَبْدَةُ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنَ الْكَهْفِ لَمْ يَخَفِ الدَّجَّالَ.
Khalid ibn Ma`dan berkata, “Sesiapa yang membaca dan menghafaz 10 ayat dari surah al-Kahfi, dia tidak akan takut kepada Dajjal”. (Kitab Fada’il al-Qur’an, Hadith 3271).

8.Bacaannya dihadiri malaikat. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatakan dalam al-Musnad, dari Abu Ishaq berkata, Aku mendengar al-Bara’ berkata, “Seorang lelaki membaca surah al-Kahfi. Di luar ada seekor kuda ditambat berbuat seolah-olah hendak lari. Pembaca al-Quran itu lantas keluar tiba-tiba dia melihat awan berkepul-kepul di atasnya. Keesokannya, dia memberitahu akan hal itu kepada Nabi saw, lantas Nabi saw bersabda, “Bacalah al-Quran, itulah sakinah yang turun kerana bacaanmu.” Hadith ini ditakhrij juga dalam Sahihayn dari Shu’bah. Lelaki yang membaca al-Quran itu ialah Usayd ibn Hudayr ra. Dalam riwayat lain, “Itu adalah malaikat yang turun mendengar bacaanmu, Sekiranya engkau terus membacanya, nescaya ramai orang Islam akan melihat malaikat itu dengan jelas.”

Menurut penulis, ini sekiranya dia menghafaznya dengan baik, bacaan yang baik, bersungguh-sungguh memahaminya (tafsirnya), mengambil pengajaran dan beramal dengan isi kandungannya. Orang yang memahami al-Quran dan bertaqwa pasti akan memelihara dirinya dari fitnah dajjal dan dari terjerumus dalam neraka Jahannam yang mengerikan.

Wajibkah Syariah?

Soalan: Askm, apakah hukum melaksanakan syariah dalam negara ini? Apa akibat meninggalkan undang-undang syariah Allah?

Jawapan:
Melaksanakan syariah dalam pendidikan dan perundangan adalah wajib. Umat ini akan terhina apabila meninggalkan syariah.
Umat ini akan dipijak-pijak musuh dalam banyak perkara termasuk kuasa pemerintahan dan ekonomi. Ini jelas termaktub dalam hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Abdillah al-Hafiz dan al-Imam al-Baihaqi.
وَمَا حَكَمَ أمَرَاؤهُمْ بغير ما أنزل الله إلا سُلِِّطَ عليهم عدوهم وما عطلوا كتاب الله وسنة نبيه إلا جعل الله بينهم بأسهم (رواه الحاكم والبيهقي)
Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka menghukum dengan selain yang diturunkan oleh Allah melainkan mereka dikuasai oleh musuh mereka, Dan tidaklah mereka meninggalkan kitab Allah dan sunnah NabiNya melainkan Allah menjadikan pertelingkahan antara sesama mereka …”
Al-Hakim dan al-Baihaqi: Sahih

Orang Alim Mengambil Upah

Soalan: Akm Ust Abid, bolehkah seorang alim al-Quran mengambil upah apabila mengajar al-Quran? Bolehkah ustaz berikan dalilnya?
Kasimi, Ipoh.

Jawapan:
Seorang ‘alim yang mengorbankan masanya, hartanya, ilmunya dan tenaganya mengajarkan al-Quran harus menerima saguhati mengajarkan al-Quran. Bahkan itu adalah punca rezeki yang terbaik dan halal. Ini adalah amal para sahabat dan ulama’ salaf. Mereka menerima hadiah yang diberikan orang ramai lantaran mengajarkan al-Quran. Amalan mereka merupakan amalan yang ikhlas di sisi Allah dan diganjari pahala yang besar.

Sekiranya tidak ada orang yang mengajarkan al-Quran akan hilanglah al-Quran dari muka bumi. Seorang lelaki bertanya kepada al-Imam Sufyan al-Thawri, “Bolehkah menerima upah mengajarkan al-Quran?” al-Imam menjawab, “Sekiranya tidak, akan lenyaplah kitab Allah”.

Di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari Kitab al-Ijarah, dari Ibn ‘Abbas bahawa Nabi saw bersabda,
بَاب مَا يُعْطَى فِي الرُّقْيَةِ عَلَى أَحْيَاءِ الْعَرَبِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (( أَحَقُّ مَا أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا كِتَابُ اللَّهِ )). وَقَالَ الشَّعْبِيُّ لَا يَشْتَرِطُ الْمُعَلِّمُ إِلَّا أَنْ يُعْطَى شَيْئًا فَلْيَقْبَلْهُ وَقَالَ الْحَكَمُ لَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا كَرِهَ أَجْرَ الْمُعَلِّمِ وَأَعْطَى الْحَسَنُ دَرَاهِمَ
“Sebaik-baik upah yang diambil ialah upah mengajarkan al-Quran.” Wallahu taala a’lam. Begitu juga hadith 2115. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad. Berkata ‘Amir al-Sha’bi, “Guru jangan mensyaratkan upah tetapi apabila diberi hendaklah ia menerimanya.” Al-Hakam berkata “Tiada ulama yang memandang makruh mengambil upah. Al-Hasan al-Basri memberi upah beberapa dirham kepada guru al-Quran.

Sebahagian fuqaha’ mengatakan keharusan menerima upah mengajar al-Quran adalah mengikut uruf dan adat setempat. Inilah pandangan yang lebih tepat. Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Abu Said al-Khudri pernah mengambil upah setelah menjampi seorang pesakit dengan ayat al-Quran.

Sebaik-baiknya seorang ahli al-Quran mempunyai profesion lain bagi mencari keperluan hidupnya. Contohnya berniaga atau menguasai kemahiran-kemahiran duniawi yang berbentuk teknikal yang lain.
WaLLahu A’lam.

Menghafaz al-Quran

Soalan:
Akm Ust Abid, apakah kelebihan menghafaz al-Quran? Apakah cara mudah menghafaz al-Quran?
Rahimi,
Parit, Perak.

Jawapan:
Wkm wbt, terdapat sangat banyak kelebihan menghafaz al-Quran.

1.Apabila menghafaz al-Quran, seseorang itu dapat berpegang teguh dengan al-Quran (khuzil kitaba biquwwah) setelah memahami isi kandungannya.
2.Manfaat menghafaz al-Quran bukan sahaja untuk empunya diri bahkan juga kepada ibu bapanya, keluarganya dan masyarakat. Ibu bapa seorang hafiz akan dimahkotakan di syurga (dinaikkan angkat dan darajatnya) dan selain dijamin syurga, seorang hafiz al-Quran dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang masuk Neraka (al-Tirmidhi).
3.Penghafaz-penghafaz al-Quran disebut sebagai ‘urafa’ ahl al-jannah iaitu orang-orang termasyhur, pemimpin2 besar dan cendekiawan di syurga.
4.Mereka akan sentiasa terbang menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga mengikut hafazan mereka di dunia. Dikatakan kepada mereka, “Bacalah al-Quran, naiklah ke tingkat yang lebih tinggi dan bacalah secara tartil sebagimana engkau baca al-Quran di dunia dulu. Sesungguhnya kedudukanmu menurut bacaan yang terakhir yang kamu hafaz.” Ketika itu menyesal besar orang2 yang tidak menghafaz al-Quran.

5.Di Bumi Mahsyar yang teramat panas itu, di mana matahari dekatkan di atas kepala sejengkal atau 2 jengkal, mereka dapat naungan di bawah Arasy Allah bersama para Nabi dan wali-wali Allah. Sabda Nabi saw, “Ajarilah anak-anak kamu 3 perkara, mencintai Nabi kamu, kasihkan keluarga baginda, dan menghafaz al-Quran. Sesungguhnya penghafaz-penghafaz al-Quran dipayungi Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama Nabi-nabiNya dan wali-waliNya.” (al-Tabarani)

6. Tahfiz al-Quran adalah perintah Allah, sunnah nabi, sahabat dan tabiin serta ulama sepanjang zaman.
7. Orang yang menghafaz al-Quran adalah yang paling layak dilantik sebgaimana pemimpin negara dan masyarakat, imam kepada umat.
8. Menghafaz al-Quran beserta tafsirnya adalah asas dan syarat terawal untuk menjadi alim ulama’ dan pendakwah, seperti hadith, “Sesiapa yang menghafaz 7 surah terpanjang dan terawal dalam al-Quran, maka dia adalah habr (alim).”
9.Mengumpul pahala yang sangat banyak di mana membaca satu huruf diberi 10 pahala!
10.Program tahfiz menghindarkan anak-anak terjerumus kepada perkara2 yang sia2, membuang masa, membunuh waktu dan umur, dan pengaruh kawan2 yang jahat.
Penghafaz-penghafaz al-Quran mesti diramaikan agar al-Quran sentiasa terpelihara. Untuk tujuan ini perlu ada kerjasama ahli masyarakat terutamanya ulama al-Quran, aktivis muslim dan orang-orang kaya untuk menubuhkan sekolah-sekolah Tahfiz dan Arab. Perlu diwujudkan program tahfiz secara serius di semua sekolah rendah, menengah, masjid, surau, kolej dan universiti.
Menjadi kewajipan setiap masjid dan surau mengadakan program tahfiz al-Quran. Menjadi kewajipan setiap ibubapa mentahfizkan anak-nak mereka.
Menghafaz al-Quran adalah mudah sepertimana yang diulang-ulang sebanyak 4 kali oleh Allah dalam surah al-Qamar bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh menghafaznya. Pastikan agar ada seorang hafiz al-Quran dan hafizah al-QUran dalam setiap keluarga muslim. Usaha menghafaz al-Quran boleh dimulakan dengan
i. surah-surah yang masyhur fadilatnya, atau dimulai
ii. dengan al-mufassal,
iii.juz 15,
iv. juz 30 atau
v. juz 1.

Untuk memudahkan hafazan, adalah baik
1.menghafaz surah yang masyhur terlebih dahulu iaitu Yasin, ad-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk
2. melakukan solat sunat taqwiyatul hifz 4 rakaat setiap malam Jumaat dan
3.mengamalkan secara istiqamah membaca 10 ayat dari al-Baqarah sebelum tidur iaitu awal surah al-Baqarah, ayat Kursiyy serta 2 ayat selepasnya dan 3 ayat terakhir al-Baqarah.

4. mencari guru tahfiz atau sahabat yang hafiz al-Quran
5. mengikuti program2 tahfiz yang diadakan
6. masuk sekolah tahfiz
Ketika menghafaz, hendaklah menggunakan satu jenis mushaf sahaja.
Bila menghafaz al-Quran?
Sebaiknya mula menghafaz sejak berumur 4 tahun hingga 15 tahun.
Di mana menghafaz al-Quran?
Boleh menghafaz di mana2 sahaja, tetapi yg terbaik dan paling berkat ialah di masjid.
Bolehkah org dewasa atau orang tua hendak mula menghafaz?
Ya, boleh.
Untuk mengekalkan hafazan, seseorang hafiz perlu
1. membacanya siang dan malam agar tidak lupa dan hilang hafazannya, khasnya dalam solat sunat, peruntukkan masa sejam atau 1/2 jam stp pagi dan petang muraja’ah hafazan
2. mentasmi’ hafazannya kepada hafiz2 dan sahabat2nya yg hafiz
3. membacanya dalam solat sunat siang dan malam
4. membuat program2 tahfiz
5. memasuki pertandingan2 hafazan al-Quran
6. sentiasa membaca terjemahan al-Quran
7. mengajarkan tafsir al-Quran serta mengikuti kuliah2 tafsir al-Quran, mempelajari serta mendalami bahasa Arab
Apakah wirid2 al-Quran?
Wirid tilawah iaitu membaca satu juz setiap hari, wirid hifz iaitu menghafaz 5 hingga 10 ayat setiap hari dan wird muraja’ah iaitu mengulang2 hafazan seperti mengulang hafazan 1 juz setiap hari
Wassalam.

DOA MENGHAFAZ AL-QURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ إِذْ جَاءَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ، كَرَّمَ اللَّهُ وَجْهَهُ ، فَقَالَ : بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ ، يَتَفَلَّتُ هَذَا الْقُرْآنُ مِنْ صَدْرِي ، فَمَا أَجِدُنِي أَقْدِرُ عَلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَا أَبَا الْحَسَنِ ، أَلا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهِنَّ ، وَيَنْتَفِعُ مَنْ عَلَّمْتَهُ ، وَيُثَبِّتُ مَا تَعَلَّمْتَ فِي صَدْرِكَ ؟ فَقَالَ : أَجَلْ ، فَعَلِّمْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ ، فَقَالَ : ” إِذَا كَانَ لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ ، فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَقُومَ فِي ثُلُثِ اللَّيْلِ الآخِرِ ، فَإِنَّهَا سَاعَةٌ مَشْهُودَةٌ ، وَالدُّعَاءُ فِيهَا مُسْتَجَابٌ ، وَهُوَ قَوْلُ أَخِي يَعْقُوبَ لِبَنِيهِ : سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّيَ [سورة يوسف آية 98] حَتَّى تَأْتِيَ لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي وَسَطِهَا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي أَوَّلِهَا فَصَلِّ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، تَقْرَأُ فِي الرَّكْعَةِ الأُولَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةِ يس ، وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَ حم الدُّخَانَ ، وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّالِثَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَ الم تَنْزِيلُ ، وَفِي الرَّكْعَةِ الرَّابِعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَ تَبَارَكَ الْمُفَصَّلِ ، فَإِذَا فَرَغْتَ مِنَ التَّشَهُّدِ فَاحْمَدِ اللَّهَ ، عَزَّ وَجَلَّ ، وَأَحْسِنِ الثَّنَاءَ عَلَى اللَّهِ ، وَصَلِّ عَلَيَّ ، وَأَحْسِنْ ، ثُمَّ قُلْ فِي آخِرِ ذَلِكَ :
اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي ، وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ مَا لَا يَعْنِينِي ، وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي ، اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ ، أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ ، وَيَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ ، أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِي ، وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضِيكَ عَنِّي ، اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، ذَا الْجَلالِ وَالْإِكْرَامِ ، وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ ، أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ ، أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي ، وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي ، وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِي ، وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي ، وَأَنْ تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي ، فَإِنَّهُ لَا يُعِينُ عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ ، وَلَا يُؤْتِيهِ إِلَّا أَنْتَ ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ،
يَا أَبَا الْحَسَنِ ، افْعَلْ ذَلِكَ ثَلاثَ جُمَعٍ ، أَوْ سِتَّةً ، أَوْ سَبْعَةً ، تُجَابُ بِإِذْنِ اللَّهِ ، تَبَارَكَ وَتَعَالَى
Lihat: Abid, Minhaj al-Huffaz, ms 157-158.

Bacaan Dalam Rakaat ke 3

Soalan:
Akm wbt,..
Soalan saya , bolehkah kita membaca ayat atau surah dalam rakaat ketiga dalam solat Maghrib? Adakah dalilnya?
Arifin,Rembau.

Jawapan:
wkm salam wbt. Boleh membaca ayat atau surah dalam rakaat ke 3, secara sirr (perlahan) sekadar didengar oleh sendiri. al-Hafiz Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim menukilkan drai al-Hafiz Ibn Abi Hatim meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Abu Bakr al-Siddiq r.a. membaca ayat 8 Surah Ali ‘Imran dalam rakaat ketiga. wallahu a’lam

Post Navigation