Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 10, 2009”

Tauliah Mengelirukan

PETALING JAYA: Isu berceramah tanpa tauliah yang dilemparkan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul.

Ini adalah kerana, JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa ‘Pengecualian’ seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 jika mereka mahu berbuat demikian.

Setelah meneliti salinan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang ditunjukkan kepada mStar Online, jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanya satu alasan.

Di bawah klausa ‘Pengecualian’ seperti yang tercatat di Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian.

Dalam Enakmen tersebut, klausa ‘Pengecualian’ mencatatkan bahawa:

Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:

a) Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya;

b) Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;

c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;

d) Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;

e) Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.

Jawatankuasa Tauliah pula terdiri daripada Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pengerusi, Mufti (Sebagai Timbalan Pengerusi), Penasihat Undang-undang atau wakilnya yang diberi kuasa, Ketua Polis Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa, Pengarah bahagian Dakwah JAKIM, dua orang lain yang dilantik MAIS dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dakwah) sebagai Setiausaha.

Abid: Sepatutnya tauliah diberikan terus kepada orang yang alim setelah memerhatikan pengajaran mereka di amsjid-masjid dan surau tanpa perlu kepada prosedur2 yg rumit.!

Kewajipan Bertudung

Bismillah

1. Bertudung menutup kepala dan menutup dada dari pandangan lelaki adalah WAJIB ke atas setiap wanita muslimah menurut nass al-Quran. Firman Allah, “Wahai Nabi dan semua yang beriman, beritahu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita beriman semuanya agar memakai jilbab mereka. Itu lebih mudah mereka dikenali sebagai muslimah berakhlak lalu tidak diganggu (oleh lelaki munafiq), dan sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat penyayang (kepada orang beriman yang mengikuti arahanNya). (al-Quran: Al-Ahzab: ayat 59, juz 22).

2. Firman Allah SWt, “…dan jangan mereka itu (wanita beriman) mendedahkan perhiasan mereka (tubuh dan rambut) kecuali apa yang zahir (muka dan tapak tangan), dan labuhkanlah tudung mereka sehingga menutup dada mereka…”
(Surah an-Nur, ayat 31, juz 18).

3. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda,

“Dua golongan manusia dari penghuni api Neraka yang aku tidak melihatnya,
i. kaum yang mempunyai pemukul-pemukul seperti ekor lembu mereka memukul manusia dengannya.
ii. wanita yang berpakaian tetapi telanjang (kerana nipis, singkat tidak menutup seluruh tubuh, ketat atau jarang), menggoda lelaki, condong (kepada maksiat, derhaka dan zina), kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta, mereka tidak masuk syurga!, dan tidak dapat mencium baunya sekalipun. Sesungguhnya baunya dapat dicium dari jarak sekian dan sekian (500 tahun perjalanan).
(HR al-Imam Muslim, Sahih Muslim, Kitab Pakaian dan Perhiasan, hadith 3971; Muslim, Kitab Syurga dan Sifat Nikmatnya, hadith 5098; al-Imam Malik dan al-Imam Ahmad)

4. Nabi saw bersabda, 4 golongan perempuan akan menjadi penghuni api neraka jahannam,
i. perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya
ii. perempuan memaksa suaminya untuk memberi apa yang diluar kemampuan suaminya
iii. perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup, hanya untuk makan, minum dan tidur, enggan beribadat kepada Allah dan enggan berbakti kepada suamnya
iv. perempuan yang tidak menutupi dirinya (tidak menutup kepala dan tubuhnya) dari kaum lelaki, dan menampakkan perhiasannya dan kecantikan tubuhnya kepada kaum lelaki.

5. al-Imam al-Zahabi dalam al-Kaba’ir dan Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Zawajir menyebut hadith ‘Ali ibn Abi Talib,

“…adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya di tengah Api Neraka Jahannam sehingga menggelegak otaknya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya dari pandangan orang2 lelaki…”

6. Disebutkan dalam athar sahabat, bhw sekali saja seorang perempuan tidak menutup rambutnya dari pandangan lelaki, ia diazab dalam Api Neraka selama 60,000 tahun.!

Wallahu Ta’ala A’lam.

KERUGIAAN Meninggalkan Jamaah

Solat jamaah lebih baik dari dunia seisinya. Ia adalah sunaah Nabi saw yang amat besar. Antara kerugian meninggalkan solat jamaah ialah

1.Tidak dapat bersujud ketika Allah memancarkan Cahaya KeagunganNya
Firman Allah “Pada hari itu dibukakan cahaya Allah, dan mereka disuruh sujud lalu mereka tidak mampu…”(Surah al-Qalam: 42-43), menurut Ibn ‘Abbas dan Abu Sa`id al-Khudri, mereka tidak dapat bersujud kepada Allah di Bumi Mahsyar kerana di dunia mereka tidak hadir solat jamaah.

2.Dikumpulkan bersama Firaun al-Taghut

أحمد 6288 حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ حَدَّثَنِي كَعْبُ بْنُ عَلْقَمَةَ عَنْ عِيسَى بْنِ هِلَالٍ الصَّدَفِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ * مسند المكثرين والدارمي في الرقاق 2605 قال الهيثمي رجال أحمد رجال الصحيح

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn ‘Amr ra dari Nabi saw bahawa baginda telah menyebut ttg solat pada satu hari lalu baginda saw bersabda, “Sesiapa yang memeliharanya (yakni khsyu’, waktu dan jamaahnya) nescaya solat itu akan mjd cahaya, bukti (iman), dan keselamatan baginya pada Hari Qiyamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya tiada baginya cahaya, burhan (iman) dan jaminan keselamatan pada hari Qiyamat ia bersama Qarun, Firaun dan Ubay ibn Khalaf.”

Bagaimana Memenangkan Islam

Cara memenangkan Islam ialah dengan mencintai akhirat dan bersedia untuk mati bertemu Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, “…Kamu ramai tetapi kamu adalah buih seperti buih banjir, Allah benar-benar akan mencabut dari musuh kamu rasa gerun kepada kamu, benar-benar Dia mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahn yakni cinta dunia dan benci mati.” Abu Dawud, al-Malaahim, hadith 3745.

Bahaya Jahiliyyah

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal mengisnadkan dengan sanadnya dari Abu Malik al-Ash`ari r.a., bersabda Rasulullah saw, “Saya perintahkan kamu sekalian dengan 5 perkara. Saya menyuruh kamu mendengar, taat dan melazimi jamaah, hijrah dan berjihad di jalan Allah (menegakkan agama Allah). sesiapa yang keluar dari jamaah sekadar sejengkal maka ia telah mencabut ikatan Islam dari kepalanya.

Dan sesiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah maka ia adalah penghuni api neraka Jahannam berlutut di dalamnya. Seorang lelaki berkata, wahai Rasulullah, walau ia berpuasa dan bersolat? Baginda bersabda, Ya, walau ia puasa solat dan mendakwa dirinya muslim. Pakailah nama dengan nama Allah yang ia namakan kamu dengannya hamba-hamba Allah, muslimin dan mu’minin.”(Baqi Musnad al-Ansar, hadith 21835).

Fiqh dan Pengajaran Hadith.
1.Jahiliyyah itu benar-benar wujud dan ia adalah lawan kepada Islam. Dalam al-Quran disebut parti syaitan.
2.Mendengar dan taat pemimpin muslim yang adil adalah wajib, iaitu yang melaksanakan hudud Allah (kitabullah), tidak menipu rakyat dan mempunyai sifat zuhud.
3.Melazimi jamaah muslimin adalah wajib dan ia adalah syarat mengelakkan diri dari kesesatan, iaitu yang mengambil al-Quran dan Sunnah sebagai dasar dan imam
4.Secara dasar dan umumnya, jamaaah muslimin adalah ma`sum dari kesesatan walau terdapat beberapa kesilapan

Kewajipan Solat Jama'ah

Solat Jamaah Adalah Wajib

Hukum Solat jamaah adalah wajib (bukan sunat atau fardhu kifayah) berasaskan dalil-dalil yang banyak antaranya.

1. Allah swt telah menyuruh org-orang islam solat jamaaah dalam keadaan takut ketika perang selagi mereka mampu. “Dan apabila kamu berada di kalangan mereka lalu kamu tegakkan untuk mereka solat jamaah…” Al-Quran al-Nisa’: 102. maknanya dalam keadaaan aman damai, pasti lebih utama kewajipan solat jamaah. Perhatikanlah Allah menggugurkn sebahagian solat tetapi tidak menggugurkn kewajipan solat jamaah.

2. Hadith Ibn Ummi Maktum radhiyallahu ‘anh bahawa ia berkata kepada rasul saw, “saya buta, adakah rukhsah (keringanan) untuk saya solat di rumah saya saja?”. Nabi sw bertanya “Adakah kamu mendengar azan?” ibn ummi maktum menjwab, “ya.” Nabi sw bersabda, “Saya tidak dapati bagi kamu rukhsah.”

Perhatikan sabda baginda saw, “Saya tidak dapati bagi kamu rukhsah.” Rukhsah tidak berlaku melainkan dalam perkara wajib. Adapun meninggalkan yang sunat tidak perlu kepada rukhsah.

Perhatikan kata-kata sahabat Nabi saw, seperti kata Ibn Mas’ud r.a., “ sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu seperti golongan munafiq yang meninggalkan jamaah, kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu, sekiranya kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu, kamu menjadi sesat…”. (Sanad sahih).
Tidak disifatkan dengan ‘sesat’ melainkan bagi orang yang meninggalkan yang wajib, dan melakukan yang haram. Berkata Abu Hurairah ra, “Sekiranya dipenuhi dua telinga anak Adam dengan timah panas yang cair lebih baik baginya daripada ia mendengar azan lalu tidak mendatanginya.”

Jawapan kepada pendapat yang mengatakan ia sunat. Dalilnya solat seorang diri sah dan ia mempunyai satu fadilat kelebihan juga.
Jawapan. Seseorang hamba boleh atau mungkin saja melakukan ibadah dan meningglkan satu yang wajib dari kewajipan2 didalamnya, dan masih mempunyai fadhl. Dalam masa yang sama ia berdosa kerana meninggalkan kewajipan itu seperti orang yang menunaikan haji tetapi tidak melakukan tawaf wada’.

Jawapan kepada hujah yang mengatakan solat jamaah fardu kifayah, sekiranya solat jamaah fardhu kifayah, tidak mungkin Nabi berazam untuk membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat jamaah, baginda tidak perlu bersumpah dengan nama Allah, dan baginda berpada dengan orang yang hadir jamaah bersama baginda kerana dosa telah gugur dari orang yang tidak hadir.

Oleh itu, wajib istighfar dan taubat kerana meninggalkan yang wajib, bagi yang inginkan Akhirat…

Kewajipan Solat Jama’ah

Post Navigation