Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 19, 2009”

Mengelak Rompakan

Soalan: Akm ust, baru-baru ini rumah pakcik saya dirompak dan beliau telah ditetak oleh penceroboh tersebut. Tolong berikan ayat2 pelindung dari penjahat atau pencuri.
Sekian terima kasih.
Azizi, Kuala Kangsar

Jawapan:
Inna lillaH. Terdapat ayat pelindung dari kemasukan pencuri iaitu ayat terakhir surah al-Israa’ yang dikenali ayat al-‘Izz. Rujuk Tafsir al-Imam al-Shawkani, Fath al-Qadiir.

Baca juga bismillahil lazi dan a’uzu bi kalimatillahit taaammaat , 3 kali setiap pagi dan petang
wassalam

Hamdun ibn Ahmad al-Qassar

Kalimah Hikmah Awliya’

Sesiapa yang melihat perjalanan hidup salaf, ia akan tahu taqsirnya dan ketinggalannya dari darajat para wali Allah yang unggul.

Ibn al-Mubarak Imam Timur dan Barat

al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubaarak ra (w181). Banyak bersedekah dan berpuasa setiap hari.

Ibn al-Mubarak berkata

1. Kami pelajari adab selama 30 tahun dan kami pelajari hadith selama 20 tahun.

2. Hampir-hampir adab menjadi 2/3 agama.

3. Ibn Mubarak ditanya tentang satu soalan bersebelahan Sufyan ibn ‘Uyaynah, lalu ia berkata, “kami dilarang berkata-kata di hadapan ulama kami.”

4. Duduklah bersama orang2 miskin (ahli sunnah, ahli zuhud), jangan duduk bersama ahli bid`ah.

5. Sesiapa yang mengenal dirinya, ia akan mendapati dirinya lebih hina dari anjing.

6. Tiada amal ibadah yang dapat menandingi bekerja untuk menanggung keluarga, tidak juga jihad di jalan Allah.

7. Kenalilah Allah yang duduk bersemayam di atas langit ketujuh di atas Arasy. Firqah sesah Jahmiyyah berkata “Allah bersama kita di sini. Allah di setiap tempat.”

8. Sesiapa yang menghinakan ulama’, hancurlah Akhiratnya.

Wafat di Heit, tahun 181H ketika berumur 63 tahun.

Sufyan al-Thawri Imam Mujtahid

Cinta Imam Mujtahid Wali Murshid

al-Imam Sufyan ibn Sa`id al-Thawri al-Tamimi (97-161H), imam mujtahid mutlaq, amir al-mu’minin fi al-hadith

Belajar dari lebih 600 guru. Ulama’ yang meriwayatkan hadith darinya lebih dari 20,000 orang.

Sufyan menghabiskan hayatnya dengan solat dan sujud yang panjang, dari Duha ke tengahari, antara zuhur dan asar dan antara maghrib dan Isya’. Apabila terdengar muzakarah hadith ia berhenti solat dan menghadiri majlis hadith.

1. Atha’ al-Khaffaf berkata, “Tidak saya temui Sufyan melainkan beliau menangis. Ia berkata “Saya takut menjadi celaka di sisiNya.”

2. Sufyan sangat keras terhadap pemerintah sehingga berkata, “Apabila kamu melihat seorang ‘alim mendatangi pemerintah, maka raguilah agamanya.”

3. Bukanlah zuhud itu memakan makanan yang keras dan pakaian yang lusuh tetapi zuhud itu memendekkan angan-angan dan bersedia untuk mati.

4. Tiada amalan yang lebih utama dari menuntut dan menghafaz hadith.

5. Solatlah dibelakang orang baik dan jahat (yakni solat Jumaat dan Hariraya). Adapun selain itu maka pilihlah orang yang engkau yakini agamanya dan dari ahli sunnah.

Yusuf ibn Asbaat berkata, Saya menemui Sufyan setelah kematiannya dan saya berkata, “Apakah amalan yang tuan temui paling afdal?” Sufyan berkata, “al-Quran.” Saya berkata “Hadith?” Sufyan memalingkan mukanya.

Berkata Ibrahim ibn A`yan, saya melihat Sufyan dalam mimpiku Bagaianakah keadaan tuan di sana? Saya bersama al-safarah al-kiram al-bararah (para malaikat dan para nabi).

Kalimah Hikmah al-Imam al-Sadiq

Cinta ‘Ulama’ Ahl al-Bayt a.s.

Al-Imam Ja`far al-Sadiq ibn Muhammad al-Baaqir (83-148H).

1.“Aku ada seorang sahabat yang sangat besar dihatiku. Yang menyebabkan ia sangat besar dihatiku ialah kerana sangat kecil dunia di matanya.”

2. Ja`far berkata, “Sekiranya ada seorang yang menangis kerana Allah, nescaya Allah menyayangi umat itu.”

3. Sekiranya kamu dapat beruzlah di dalam rumahmu maka lakukanlah. Kewajianmu ketika keluar ialah tidak mengumpat, tidak menipu, tidak hasad, tidak riya’, tidak berhias-hias (bermuka2) dan tidak tidak mengampu. Sebaik-baik tempat ibadah seorang muslim ialah rumahnya. Ia dapat menahan matanya, memelihara lidahnya, dirinya dan kemaluannya.

al-Imam 'Abdullah al-'Umari al-Zahid

Cinta al-‘Umari al-Hafiz

‘Abdullah ibn ‘Abd al-‘Aziz al-‘Umari, ibn ‘Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khattab r.a. Abu ‘Abd al-Rahman al-Zahid.

Berkata al-Hafiz al-Zahabi, ‘Abdullah ibn ‘Abd al-‘Aziz al-‘Umari, imam, zahid, qudwah. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata dalam Taqrib al-Tahdhib, al-‘Umari thiqah abid zahid.

Sufyan ibn ‘Uyaynah berkata, “al-‘Umari adalah alim yang dijanjikan kemunculannya dalam hadith oleh baginda saw.”

Antara imam hadith yang meriwayatakan hadith darinya ialah Ibn ‘Uyaynah, Ibn al-Mubarak al-Imam, ‘Abdullah ibn ‘Imran al-‘A’izi dan lain-lain.

Al-‘Umari sentiasa membawa buku untuk dibaca ke mana saja ia pergi. Beliau banyak menghabiskan masanya di perkuburan dan berkata, “Tiada yang lebih menasihati seperti kubur, tiada yang lebih menyenangkan dari buku dan tiada yang lebih selamat dari bersendirian.”

Ia berkata kepada Khalifah Harun ketika di tempat sa’ei, “Wahai Harun!, Pandanglah ke kiri!! Harun menjawab, “Baiklah wahai pakcik”.
Al-‘Umari berkata, “Pandanglah ke Ka’bah, berapakah bilangan mereka?” Harun berkata, “Siapa yang dapat mengira bilangan mereka melainkan Allah?”
Al-‘Umari berkata, “Setiap diri akan ditanya tentang dirinya sendiri, kamu sahaaja akan ditanya tentang setiap mereka itu!” lalu Harun menangis sehingga teresak-esak.

Harun sangat gerund kepada ‘Umari walau ketika diirngi oleh 100,000 tenteranya.

Harun al-Rashid pernah memberi kepada 20,000 dinar lalu ditolaknya.

Al-‘Umari berkata ketika menjelang kematiannya, “Dengan nikmat Tuhanku aku berkata, sekiranya harta dunia ini seluruhnya di bawah kakiku, tidak akan aku alihkan kakiku untuk mengambilnya (yakni kerana tidak mahu mencintai sesuatu yang dibenci oleh Kekasihnya). Cukuplah bagi ku 7 dirham hasil kerjaku dari dari pohon itu.”

Isma`il ibn ‘Umar berkata, Saya mendengar Abu ‘Abd al-Rahman Al-‘Umari al-Zahid berkata, “Sesungguhnya termasuk kelalainmu ialah berpalingnya kamu dari Allah. Iaitu kamu melihat perkara yang dibenci Allah kamu membiarkannya. Apabila seseorang itu biasa meninggalkan amar makruf dan nahi munkar, kerana takut kepada makhluk, maka ia akan diperlekehkan oleh anak dan isterinya sendiri.”

Berkata al-‘Umari, berkata Abu Tiwalah, dari Anas r.a., bersabda Rasulullah saw, “Zabaniyah lebih cepat menyambar ulama’ fasiq dari penyembah berhala. Kerana tidak sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”
Berkata Mus`ab al-Zubayri, al-‘Umari wafat pada tahun 184H ketika berumur 60 tahun. Semoga Allah merahmatinya dan meredhainya.

Terjemahan: al-Faqiir Abid

al-Imam ‘Abdullah al-‘Umari al-Zahid

Post Navigation