Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 16, 2009”

Meringankan Kesakitan Mati

Soalan: Akm, saya pernah mendengar bhw kesakitan mati seumpama 1000 tetakan pedang. Wujudkah amalan2 yg boleh mengurangkan kesakitan mati? Wassalam.

Jawapan: Dalam hadith sahih Riwayat Tirmidhi terdapat nas yang menyatakan tentang keringanan mati iaitu dengan mendapatkan mati syahid, di mana syahid itu tidak merasa sakit melainkan spt sakit gigitan semut sahaja.(Fada’il al-Jihad, hadith 1591; Ahmad, Ibn Majah, Nasa’ei dan Darimi).

Semua amalan yang dinyatakan oleh Nabi saw mendapat syahid adalah dapat meringankan kesakitan mati. Antaranya solat witr stp malam sebelum tidur, puasa sunat 3 hari setiap bulan dan solat Duha setiap pagi serta memelihara solat jamaah. Allahu A’lam.

Amalan2 Bulan ZulhijjaH Bulan Haji

AMALAN-AMALAN UTAMA
(Oleh Ust zaharuddin Abd Rahman)

Antara amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah lagi amat besar pahalanya ialah :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. (termasuk zikr ialah membaca al-Quran)

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas’ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan” ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

(Dinukil dan diedit dari zaharuddin.net)

Malas Solat Jumaat

Soalan: Dewasa ini terlalu ramai lelaki aaqil baaligh meninggalkan solat Jumaat. Apakah hukumnya? Apakah fadilat solat jumaaat?

Jawapan: Haram meninggalkan solat jumaat tanpa sebarang uzur dan termasuk dosa juga perbuatan nifaq. Sekiranya hadir solat dengan ikhlas dan mnepati sunnah, maka setiap langkah diganjari pahala setahun qiyam dan puasa. allahu akbar!! bahkan 20 tahun pahala sehingga 200 tahun pahala!

Lihat al-Haythami, Majma` al-Zawa’id, Kitab al-Solah.

Cara Menjadi Munafiq

Berkata Abu Hurairah ra, bersabda Rasulullah saw
“Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang-orang munafiq adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada di dalam kedua-dua solat ini nescaya mereka mendatangi kedua-duanya (isya’ dan subuh berjamaah) walau merangkak. Dan demi sesungguhnya…(Muslim, hadith 1041)

na`uzubillah dari mjd munafiq…

Bagaimana Mati Dalam Islam

Solat Jamaah Syarat Untuk Mati Dalam Keadaan Islam
‘Abdullah ibn Mas`ud berkata,
“Sesiapa yang ingin bertemu Allah esok dalam keadaan selamat dan muslim maka hendaklah ia memelihara solat 5 waktu di mana azan diazankan…”. (Muslim, al-Masajid wa Mawadi` al-Solah, hadith 1046). Solat jamaah syarat untuk mendapat hidayah dari kesesatan.

Tangisan Penyesalan Di Neraka Jahannam

Al-Imam Ibn Majah dalam al-Zuhd dari Anas ibn Malik, Rasulullah saw bersabda,
“Ahli neraka dipenuhi dengan tangisan lalu mereka menangis sehingga habis putus airmata. Kemudian mereka menangis darah sehingga mengalir di wajah mereka seperti parit-parit, sekiranya dilepaskan kapal-kapal besar nescaya dapat berlayar!.” Ibn Majah, al-Zuhd,hadith 4315

Mengingati Akhirat

alHafiz Abu ‘Isa Al-Tirmidhi dari al-Miqdad, Rasullah saw bersabda, ”Didekatkan matahari pada hari Qiyamat di atas kepala manusia sejengkal atau dua jengkal…” (Tirmidhi, Kitab Sifat al-Qiyamah, hadith 2345; Muslim dan al-Imam Ahmad)

Antara yang selamat di Bumi mahsyar dari bakaran matahari ialah orang yang hatinya sentiasa rindu kepada masjid-masjid setiap kali ia keluar darinya sehingga ia kembali kepadanya…
(Hadith al-jama’ah kecuali Ibn Majah)

Post Navigation