Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 12, 2009”

Fadilat al-Qur'an

Zayd ibn Arqam berkata, Satu hari Rasul berdiri berkhutbah, memuji Allah mengagungkannya kemudian bersabda,
“Wahai manusia, saya hanyalah seorang manusia biasa. Hampir datang kepadaku utusan Tuhanku lalu saya menyahutnya. Dan sesungguhnya saya meninggalkan untuk kamu 2 perkara, pertamanya kitabullah di dalamnya huda (petunjuk jalan) dan cahaya. Maka berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan ambillah ia (yakni hafazlah dan amalkanlah). Kedua, ahli keluargaku, saya peringatkan kamu agar berbuat baik kepada keluargaku…”

Nabi saw bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah. Pangkalnya di tangan Allah dan penghujungnya di tangan kamu.” (Hadith sahih. Takhrij Muhammad ibn Nasr, Qiyam al-Layl, ms 74; Ibn Hibban, al-Sahih, jld 1, no. 122; al-Tabarani, al-Kabir, isnad jayyid.; al-Mundhiri, al-Targhib, 1/40).

Fadilat al-Qur’an

Zayd ibn Arqam berkata, Satu hari Rasul berdiri berkhutbah, memuji Allah mengagungkannya kemudian bersabda,
“Wahai manusia, saya hanyalah seorang manusia biasa. Hampir datang kepadaku utusan Tuhanku lalu saya menyahutnya. Dan sesungguhnya saya meninggalkan untuk kamu 2 perkara, pertamanya kitabullah di dalamnya huda (petunjuk jalan) dan cahaya. Maka berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan ambillah ia (yakni hafazlah dan amalkanlah). Kedua, ahli keluargaku, saya peringatkan kamu agar berbuat baik kepada keluargaku…”

Nabi saw bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah. Pangkalnya di tangan Allah dan penghujungnya di tangan kamu.” (Hadith sahih. Takhrij Muhammad ibn Nasr, Qiyam al-Layl, ms 74; Ibn Hibban, al-Sahih, jld 1, no. 122; al-Tabarani, al-Kabir, isnad jayyid.; al-Mundhiri, al-Targhib, 1/40).

Hujah Nikah Imam Abu Hanifah r.a

SOALAN:

A’km, apakah hujah2 Imam Abu Hanifah ketika memfatwakan fatwanya  mengharuskan nikah tanpa wali iaitu pengantin wanita mewalikan dirinya sendiri? Adakah Nikah Hanafi sesuatu yang batil atau bid’ah?

Siti, Rembau.


JAWAPAN:

Dalam mazhab hanafi, perempuan harus dan sah mewalikan dirinya sendiri. Pernikahan ini cukup masyhur dalam mazhabnya.

Antara Hujah2 Mazhab al-Imam Abu Hanifah r.a. dalam mengharuskan nikah seperti itu ialah

i. Hadith wali daif
al-Imam Abu Hanifah r.a. mengganggap hadith2 wali adalah daif lalu tidak mewajibkan wali bagi seseorg muslimah sama ada dara atau janda.
Al-Imam Muhammad ibn ‘Ali al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar mengatakan bahawa hadith ini tidak sunyi dari pertikaian iaitu dari segi bersambung atau terputus sanad. Dua orang ulama terbesar dalam ilmu hadith iaitu Sufyan al-Thawri dan Shu`bah ibn al-Hajjaj mengatakan hadith ini mursal. Terdapat seorang perawi bernama Abu Ishaq al-Hamdani seorang yang thiqah tetapi mudallis seperti yang disebut oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Dalam riwayat al-Bayhaqi semua perawinya adalah thiqah tetapi hanya mawquf pada Abu Hurayrah. Dalam riwayat Ahmad ibn Hanbal, Ibn Majah dan al-Tabarani terdapat seorang perawi bernama al-Hajjaj ibn Arta’ah seorang daif dan mudallis. Ibn Hanbal berkata hamper semua riwayatnya mempunyai ziyadah, Ibn al-Madini meninggalkannya. Abu Hatim al-Razi berkata beliau saduq tetapi yudallis dari du`afa’ (menyembunyikan nama-nama perawi daif).

ii. Hujah hadith sahih
Lantaran itu, al-Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa wali tidak diambil kira secara mutlak (kerana menurut beliau hadith-hadith wali tidak sahih) dan tidak perlu keizinan wali berdasarkan hadith sahih bermaksud, “Wanita yang tidak bersuami itu (al-ayyim) lebih berhak terhadap dirinya dari walinya.” Riwayat al-Jama`ah kecuali al-Bukhari. Ayyim menurut bahasa ialah stp wanita yg tidak bersuami samada dara atau janda. Yakni dengan syarat ia mengahwinkan dirinya dengan lelaki yang sekufu. Menurut Abu Hanifah,
Sekiranya hadith2 wali adalah sahih, maka ianya hanya khusus untuk wanita yg masih kecil yang belum baligh dan wanita gila. Adapun muslimah yg telah baligh, maka ia berhak mewalikan dirnya sendiri (haqq al-tasarruf). Beliau dan pengikutnya dari kalangan ulama hanafiyyah mentafsirkan hadith (Tiada nikah melainkan dengan wali) sebagai tidak sempurna nikah , bukan tidak sah nikah. (Menurut al-Nawawi Dalam Sharh Sahih Muslim, al-ayyim dalam hadith ini bermaksud janda sahaja dan dara tidak dikira al-ayyim).

iii. Zahir ayat-ayat al-Quran
Al-Imam Abu Hanifah berhujah dgn zahir ayat2 al-Quran yg menyatakan perempuan itu menikahkan dirinya sendiri iaitu ayat 230, 232 dan 234 surah al-Baqarah.
Abu Hanifah mengangggap zahir nas al-Quran itu amat kuat dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh hadith al-Ahad. Beliau hanya menerima hadith mutawatir atau mashhur yang tidak dipertikaikan. Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut, beliau tidak mengetahuinya dan menafikan bahawa beliau meriwayatkannya. Dalam sanad hadith riwayat Ibn Majah pula ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Hasan al-‘Ataki.

iv. Hujah qiyas
Al-Imam Abu Hanifah dan Ulama al-Hanafiyyah juga berhujah dengan qiyas iaitu apabila wanita bebas dalam aqad jual beli dan aqad urusan-urusan lain, maka mereka juga bebas secara mutlak tentang aqad perkahwinan mereka. Ini kerana tiada perbezaan antara satu aqad dengan aqad yang lain. Mereka juga mengqiyaskan wanita dengan lelaki dalam mewalikan diri sendiri setelah aqil baligh. Menghalang wanita yang baligh dan aqil mengahwinkan dirinya dgn mana2 lelaki yg sekufu adalah bersalahan dgn prinsip2 Islam yg asasi (qawa`id al-Islam al-‘ammah).
Al-Hafiz Ibn Abi Shaybah meriwayatkan dgn dua sanad yang sahih dari al-Zuhri dan al-Sha’bi ttg nikah tanpa wali, bhw kedua-duanya berkata, “Sekiranya dengan lelaki sekufu, maka ia adalah harus (sah).”

v. Qawa`id al-Islam al-‘Ammah al-Kulliyyah.
Al-Qawa`id ialah dasar dan prinsip islam menegaskan 2 perkara. Pertama, Wanita muslimah merdeka adalah bebas tidak patut berlaku al-hajr (sekatan) ke atasnya spt safih, majnun dan hamba. Kedua, raf’ al-darar krn adkalanya wali dan hakim tidak terlepas dr kezaliman. Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Jaziri al-Azhari, al-Fiqh ‘Ala al-Madhahib al-Arba`ah.

Al-Hafiz ‘Abd Arrazzaq meriwayatkan bahawa Ibn Jurayj bertanya ‘Ata’ tentang wanita muslimah bernikah tanpa keizinan walinya sedangkan walinya wujud. Kata ‘Ata’, sah kerana ia memiliki dirinya dengan wujudnya saksi-saksi.”
Antara ulama muasirun yang menyokong ialah al-Imam Muhammad Abu Zahrah, Muhammad al-Ghazali, al-Zarqa’, Sa`id Hawwa,Dr Ali Jumu’ah Mufti Mesir.

Apabila berlaku nikah seperti ini, para mufti hendaklah bersikap terbuka, cermat, dan lembut bagi menyelesaikan perkara seumpama menarik rambut dari himpunan tepung. Mrk jgn bersikap keras, gopoh, mengugut seolah2 tidak mengetahui kepelbagaian mazhab2 dalam Islam. Perkara ini bukanlah terlalu besar bahkan ada jalan penyelesaiannya spt yg disebut oleh Prof al-Qaradawi.

Menurut al-Nawawi dlm Minhaj al-Talibin, nikah tanpa wali mewajibkan mahr mithl shj bukan hudud.

قال في المنهاج: لا تزوج المرأة نفسها ولو بإذن من ويلها، ولا تزوج غيرها بولاية أو بوكالة عن الولي، والوطء في نكاح بلا ولي يوجب مهر المثل لا الحد. راجع: المنهاج وشروحه: تحفة المحتاج (7/ 236)، ونهاية المحتاج (6/ 224)، ومغني المحتاج (4/ 234).

Bagi wanita yg tidak mempunyai wali maka jumhur mengatakan bhw sultan atau wakilnya mesti mewalikannya (spt mufti, qadhi atau imam masjid). Ini pendapat al-Hasan. Ibn Sirin berkata, mana2 lelaki muslim yg layak boleh mewalikannya.

Hujah Imam Abu Hanifah r.a

SOALAN: A’km, apakah hujah2 Abu Hanifah ketika memfatwakan fatwanya?

JAWAPAN: Dalam mazhab hanafi yg kontroversi, perempuan harus dan sah mewalikan dirinya sendiri (menikahkan dirinya sendiri) dengan syarat2 yg agak ketat. Antaranya lelaki yg sekufu, mahar mithl, dan 2 saksi. Perempuan berkata, (Saya kahwinkan diriku kepada kamu mengikut kitabullah dan sunnah RAsulullah) lelaki menjwb, “saya terima”, atau lelaki yg melafazkan ijab: “Kahwinilah saya dengan mahar sekian…” lalu perempuan menjawab qabul: “Saya terima (qabiltu).”
Atau si perempuan mewakilkan aqadnya kepada mana2 lelaki yang salih, faqih dan thiqah.

Hujah2 Mazhab al-Imam Abu Hanifah r.a.

i. Hadith wali daif
al-Imam Abu Hanifah r.a. mengganggap hadith2 wali adalah daif lalu tidak mewajibkan wali bagi seseorg muslimah sama ada dara atau janda.
Al-Imam Muhammad ibn ‘Ali al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar mengatakan bahawa hadith ini tidak sunyi dari pertikaian iaitu dari segi bersambung atau terputus sanad. Dua orang ulama terbesar dalam ilmu hadith iaitu Sufyan al-Thawri dan Shu`bah ibn al-Hajjaj mengatakan hadith ini mursal. Terdapat seorang perawi bernama Abu Ishaq al-Hamdani seorang yang thiqah tetapi mudallis seperti yang disebut oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Dalam riwayat al-Bayhaqi semua perawinya adalah thiqah tetapi hanya mawquf pada Abu Hurayrah. Dalam riwayat Ahmad ibn Hanbal, Ibn Majah dan al-Tabarani terdapat seorang perawi bernama al-Hajjaj ibn Arta’ah seorang daif dan mudallis. Ibn Hanbal berkata hamper semua riwayatnya mempunyai ziyadah, Ibn al-Madini meninggalkannya. Abu Hatim al-Razi berkata beliau saduq tetapi yudallis dari du`afa’.

ii. Hujah hadith sahih
Lantaran itu, al-Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa wali tidak diambil kira secara mutlak (kerana hadith2 wali tidak sahih) dan tidak perlu keizinan wali berdasarkan hadith sahih bermaksud, “Wanita yang tidak bersuami itu (al-ayyim) lebih berhak terhadap dirinya dari walinya.” Riwayat al-Jama`ah kecuali al-Bukhari. Ayyim menurut bahasa iaalh stp wanita yg tidak bersumi samada dara atau janda. Yakni dengan syarat ia mengahwinkan dirinya dengan lelaki yang sekufu.
Sekiranaya hadith2 wali adalah sahih, maka ianya hanya khusus untuk wanita yg masih kecil belum baligh dan wanita gila. Adapun muslimah yg telah baligh, maka ia berhak mewalikan dirnya sendiri (haqq al-tasarruf). Beliau dan pengikutnya dari kalngan ulama hanfiyyah mentafsirkan hadith Tiada nikah melainkan dgn wali sebagai tidak sempurna nikah , bukan tidak sah nikah.

iii. Zahir ayat-ayat al-Quran
Al-Imam Abu Hanifah berhujah dgn zahir ayat2 al-Quran yg menyatakan perempuan itu menikahkan dirinya sendiri iaitu 230, 232 dan 234 surah al-Baqarah.
Abu Hanifah mengangggap zahir nas al-Quran itu amat kuat dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh hadith al-Ahad. Beliau hanya menerima hadith mutawatir atau mashhur yang tidak dipertikaikan. Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut beliau tidak mengetahuinya dan menafikan bahawa beliau meriwayatkannya. Dalam sanad hadith riwayat Ibn Majah pula ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Hasan al-‘Ataki.

iv. Hujah qiyas
Al-Imam Abu Hanifah dan Ulama al-Hanafiyyah juga berhujah dengan qiyas iaitu apabila wanita bebas dalam aqad jual beli dan aqad urusan-urusan lain, maka mereka juga bebas secara mutlak tentang aqad perkahwinan mereka. Ini kerana tiada perbezaan antara satu aqad dengan aqad yang lain. Mereka juga mengqiyaskan wanita dengan lelaki dalam mewalikan diri sendiri setelah aqil baligh. Menghalang wanita yg baligh dan aqil mengahwinkan dirinya dgn mana2 lelaki yg sekufu adalah bersalahan dgn prinsip2 Islam yg asas (qawa`id al-Islam al-‘ammah). Lihat al-Mabsut, Sharh Fath al-Qadir, Bada’i al-Sana’ei, Hashiyah Radd al-Muhtar, al-Bahr al-Ra’iq, al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar.
Al-Hafiz Ibn Abi Shaybah meriwayatkan dgn 2 sanad yg sahih dr al-Zuhri dan al-Sha’bi ttg nikah tanpa wali, keduanya berkata, Sekiranya dengan lelaki sekufu ia adalah harus (sah).

v. Qawa`id al-Islam al-‘Ammah al-Kulliyyah.
Al-Qawa`id ialah dasar dan prinsip islam menegaskan 2 perkara. Pertama, Wanita muslimah merdeka adalah bebas tidak patut al-hajr keatasnya spt safih majnun dan hamba. Kedua, raf’ al-darar krn adakalanya wali dan hakim tidak terlepas dr kezaliman. Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Jaziri al-Azhari, al-Fiqh ‘Ala al-Madhahib al-Arba`ah.

Al-Hafiz ‘Abd Arrazzaq meriwayatkan bhw Ibn Jurayj berntanya ‘Ata’ ttg wanita muslimah bernikah tanpa keiznan walinya sedangkan walinya wujud. Kata ‘Ata’, sah kerana ia memiliki dirinya dengan wujudnya saksi-saksi.”
Antara ulama muasirun yang menyokong ialah al-Imam Muhammad Abu Zahrah, Muhammad al-Ghazali, al-Zarqa’, Sa`id Hawwa,Dr Ali Jumu’ah Mufti Mesir.
Tetapi memakai mazhab ini menimbulkan masalah yg tidak sedikit kerana pemerintah, JPN dan majlis agama sangat rigid, kuno dan ketat dalam urusan2 prosedur dan pengiktirafan.
Sudah sampai masanya JPN memudahkan urusan2 pentadbiran mrk dalam pengiktirafan dan pendaftaran, sebagaimana perlu mereka memudahkan urusan poligami yg sangat diperlukan umat.

Nikah Tahkim

SOALAN:

Apakah dalil-dalil wali tahkim? Benarkah Imam Shafi`ei mengharuskan nikah tahkim? Bolehkah nikah guna wali tahkim di Malaysia?

Shukri, Johor.

JAWAPAN

Tahkim ialah NIKAH BERWALIKAN MANA2 LELAKI SALIH (tahkim). Antara hujah keharusannya ialah ijtihad para ulama mujtahidun

1. Al-Imam Ibn Sirin al-Basri
Al-Hafiz Ibn Hazm berkata telah sabit riwayat yg sahih dr Ibn Sirin, mana-mana perempuan yang tidak mempunyai wali lalu menyerahkan kewaliannya kepada mana-mana lelaki utk mengaqadkannya maka ia adalah harus (sah). Lalu beliau membaca ayat “Orang2 beriman itu bersaudara, sebahagian mrk wali kpd sebahagian yang lain…”

2. Al-Imam Malik ibn Anas
al-Imam Malik ibn Anas membenarkan wanita yang tidak cantik, tidak berharta, tidak berketurunan mulia untuk bernikah tanpa wali. Dawud al-Zahiri mengharuskan nikah tanpa wali bagi janda dan mensyaratkan wali bagi wanita dara.

3. Al-Imam al-Shafi`ei
al-Hafiz Yunus ibn ‘Abd al-A`la mengatakan bahawa al-Imam al-Shafi`ei sendiri mengatakan bahawa sekiranya seorang wanita dalam musafir dan ketiadaan wali, lalu ia tahkim iaitu menyerahkan perkahwinannya kepada seorang lelaki, maka itu adalah harus (sah). al-Imam al-Nawawi menyokong perkara itu dengan syarat lelaki itu mesti adil. al-Nawawi mengatakan bahawa Yunus seorang yang thiqah (yakni riwayatnya dari  Imam Shafi`ei adalah sahih). (al-Imam al-Nawawi, al-Majmu` Sharh al-Muhazzab, jld 17, ms 308-315; Abu Bakr al-Husni, Kifayat al-Akhyar)

Hukum Nikah Tahkim

Hukumnya: Sah, Harus serta makruh kerana masih wujud imam atau sultan (pemerintah sebagai wali) dan sesetengah pemerintah (enakmen negeri) tidak membenarkan perkara itu kecuali Perlis (tidak harus menurut al-Sharbini al-Khatib kecuali darurat). Wallahu A’lam.

Telah Sepakat seluruh ulama’ muslimin, Sekiranya lahir anak, maka anak itu adalah sah, dibinkan kepada bapanya dan mewarisi harta bapanya.

Terbukti Islam agama yang mudah dan penyayang , hanya manusia dan enakmen ciptaan manusia yang menyusahkan, membebankan dan merumitkan.


Semua jenis nikah ini diraikan dan dihormati hatta nikah mut’ah Syiah (kerana Nabi saw pernah mengizinkannya), nikah Siam, nikah tahkim dan nikah Mazhab Hanafi. Semua nikah ini mempunyai aqad, mahar dan saksi (kecuali mut’ah xwajib saksi). Semuanya diterima, jangan bebal menuduh si fulan dan fulan berzina, bersekedudukan, liwat dan sebagainya secara tidak berilmu dan dangkal.Ingatlah, sekiranya demikian anda telah meruntuhkan amalan kamu 100 tahun.

Tahkim

Soalan: Apakah dalil-dalil wali tahkim? Bolehkah nikah guna wali tahkim di Malaysia?

Tahkim ialah NIKAH BERWALIKAN MANA2 LELAKI SALIH (tahkim). Antara hujah keharusannya ialah ijtihad para ulama mujtahidun

Al-Imam Ibn Sirin
Al-Hafiz Ibn Hazm berkata telah sabit riwyata yg sahih dr Ibn Sirin, mana-mana perempuan yang tidak mempunyai wali lalu menyerahkan kewaliannya kepada mana-mana lelaki utk mengaqadkannya maka ia adalah harus (sah). Lalu beliau membaca ayat “Orang2 beriman itu bersaudara, sebahagian mrk wali kpd sebahagian yang lain…”

Al-Imam Malik ibn Anas
Malik ibn Anas membenarkan wanita yang tidak cantik, tidak berharta, tidak berketurunan mulia untuk bernikah tanpa wali. Dawud al-Zahiri mengharuskan nikah tanpa wali bagi janda dan mensyaratkan wali bagi wanita dara.

Al-Imam al-Shafi`i
Yunus ibn ‘Abd al-A`la mengatakan bahawa al-Imam al-Shafi`i sendiri mengatakan bahawa sekiranya seorang wanita dalam musafir dan ketiadaan wali, lalu ia tahkim iaitu menyerahkan perkahwinannya kepada seorang lelaki, maka itu adalah harus. al-Nawawi menyokong perkara itu dengan syarat lelaki itu mesti adil. al-Nawawi mengatakan bahawa Yunus seorang yang thiqah.

Hukumnya: Tidak harus dan makruh kerana masih wujud imam atau sultan (pemerintah).

Kelebihan ZiKr

Soalan: Akm,apakah yang hebat sangat tentang zikir?

Jawapan:Zikrullah tanda iman hidup dan aqidah yang sahih mantap, ghaflah tanda kebutaan hati.

Zikir melepaskan azab, melupakan zikrullah adalah dosa besar penyesalan yang besar dan azab di Akhirat.!! Bersabda Nabi saw,

“Tidaklah sesuatu kaum duduk dalam suatu majlis lalu mereka tidak mengigati Allah di dalamnya dan tidak berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan menjadi penyesalan yang amat besar di Hari Qiyamat, mka kalau Ia mahu Ia azabkan mereka, kalau Ia mahu Ia ampunkan mereka.”

Abu ‘Isa al-Tirmidih berkata ini hadith hasan sahih, Ahmad, Abu Dawud, al-Nasa’ei, Ibn Majah.

Berkata al-Imam al-Shawkani, hadith ini menunjukkan zikrullah dan selawat adalah wajib, meninggalkannya adalah haram dosa besar, kerana Allah tidak akan mengazab melainkan kerana meninggalkan yang wajib dan melaukukan yang haram.

Post Navigation