Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Falsafah Sifat 20

Soalan: Salam, benarkah kenyataan ini, “sesiapa yang mengatakan sifat 20 batil, maka ia murtad?”
Di manakah kesilapan sifat 20?

Jawapan:
Ini fatawa budak2 hingusan yang tiada asasnya dalam islam. Ini kerana hukum kafir murtad tidak boleh sewenang2nya, mesti ada syarat2 dan ternafi segala mawani’.
Murtad tidak berlaku melainkan menentang al-Quran, hadith dan ijma’ salaf. Sifat 20 dan huraiannya oleh tokoh2 mu’tazilah tidak termasuk ijma’, ia hanyalah falsafah tokoh2 tertentu yg mereka nukil dari tokoh2 falsafah yunani spt aristotle dan plato yg membahaskan sifat2 aqliyyah bagi Allah.
Kesilapan huraian dan perbahasan sifat 20 ada dalam kesilapan falsafah mu’tazilah dan ghulat asha’irah spt yg jelas dlm buku2 mereka.
Cthnya: sifat qidam dan baqa’ diperselisihkan oleh tokoh2 asha’irah sendiri, adakah ia sifat Allah atau bukan.

Antara kesilapan sifat 20 ialah ;

1. Hujah aqidah yg qat’iyyah di sisi asha’irah mutakhir adalah aqal, na’am. Bkn quran hadith dan ijma’ salaf krn menurut mereka merujuk zahir quran hadith dlm aqidah adalah kufr spt kata Sanusi dlm 3 bukunya. Ini batil kerana akal sifatnya lemah dan dangkal tidak dapat memikirkan tentang sifat2 Allah dan perkara2 ghaib.

2. Kedua: menurut asha’irah , hadith sahih bkn sumber aqidah, sumber aqidah hanyalah al-Quran dan Hadith Mutawatir. Itupun wajib dita’wil dan diukur oleh ilmu kalam…ini manhaj mu’tazilah yg dipegang ramai orang hari ini. Ini kesilapan besar…Hatta sifat2 Allah dlm al-quran dan mutawatir dita’wil kepada makna yang marjuh (batil) atau ditafwidh secara mutlaq. Asha’irah qudama’ pula ithbat sifat2 zatiyyah Allah.

3. Ketiga salah dlm mentafsirkan al-ilah dan al uluhiyyah sebagai Khaliq atau Qadir sahaja sehingga mrk memandang harus berdoa kpd selain Allah. . Tafsiran ini batil dan tidak sah.
الصحيح لا معبود بحق الا الله لا مشرع الا الله ، لا نستعين الا به لا معظم الا هو ، الدعاء والصلاة والنذر والنسك والذبيحة له، لا محبوب الا هو هكذا
لا نتقرب إليه الا بما شرع وسنه الرسول صلى الله عليه وسلم

Akibatnya, berleluasa syirik dan bid’ah dalam masyarakat.

4. Teori kasb al Ash’ari رحمه الله yg beliau letak xditarik balik hingga kini sdgkan ianya teori jabariyyah tulen yang batil sebenarnya. Antara maksud kasb al-Ash’ari ialah,

  • Allah is the Real Agent (fa`il) and really creates (yaf`aluhu `ala haqiqatihi).
  • Man acquires the action by virtue of a mediating originated power created by Allah in him.
  • Hence, man is not an agent (fa`il), i.e. a maker of his own actions. Ini batil. Yang sahih, fa’il haqiqi terhadap perbuatan2 hamba (af’al al-‘ibad) ialah manusia sendiri setelah diberi qudrat oleh Allah. Dengan itu, manusia bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Sekiranya fa’il haqiqi segala perbuatan hamba adalah Allah, maka manusia tidaklah bersalah atas segala perbuatannya! tidak berhak mendapat pahala dan dosa!

5. Begitu jg takrif iman asha’irah غفر الله لنا ولهم zahirnya menyalahi ijma’ salaf. Iman menurut Asha’irah  hanya tasdiq (percaya dalam hati), manakala amalan dan lafaz dengan lidah tidak termasuk dalam iman. Ini kesesatan irjaa’. Iman menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah adalah gabungan tasdiq, iqrar lidah dan amalan dengan anggota serta mengikuti sunnah.

6. Begitu jg kalam nafsi. kononnya kalam Allah hanyalah kalam dalam diriNYA, lafaz al-Quran adalah lafaz jibril dan Muhammad (majaz), bkn kalam Allah yang haqiqi. konon Allah berkata2 tanpa huruf dan suara. Menurut aqidah ASWJ, Allah berkata dengan huruf dan suara, al-Quran adalah kalamNya yang haqiqi meliputi lafaz dan maknanya.

7. Bid’ah ta’wil mu’tazilah. Ta’wilan asha’irah terhadap Sifat2 Allah spt istiwa’, nuzul, wajh , yad dll diambil dari jahmiyyah mu’tazilah, inna lillah..
Ya, sebahagian mereka tafwidh mutlaq dan ada juga yang ithbat. Mereka merapu2 dalam hal ini berpecah-pecah. Ada yang mewajibkan ta’wil sehingga mengkafirkan org yg tidak menta’wil. Ada yang mengharuskan ta’wil tanpa mengkafirkan. Ada yang mengatakan manhaj asha’irah yang sebenar ialah tafwidh mutlaq.

8. bab awwal wajib, nazar, qasd, ma’rifah dll yg merupakan perbahasan mu’tazilah yg masih kekal dalam asha’irah. ini diperakui oleh tokoh besar asha’irah Abu Ja’far al-Simnani. Menurut ibn furak, al-baqillani dn abu ishaq isfirayini xsah iman, sekiranya tidak mengetahui kaedah2 aqliyah yg mrk susun dan karang. ini dibantah keras oleh al-Ghazali krn menyempitkan seuatu yang mudah. yg sahih awwal wajib bukan nazar aqli atau shakk, tetapi ialah mengucap dua kalimah syahadah. al-Nawawi dan Ibn Hajar juga membantah kenyataan asha’irah ini.

Oleh itu, kembalilah kpd manhaj Nabi, Sahabat, manhaj salaf, manhaj Imam Yang Empat. Semoga mendapat hidayah dan mati di atas Aqidah Sunnah.

 

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: