Bahaya Kejahilan dalam Aqidah
1. Kejahilan atau kekeliruan dalam aqidah menyebabkan iman tidak sah tanpa sedar, mengakibatkan kesesatan dan akhirnya membawa syirik. Syirik menyebabkan kekal dalam Api neraka Jahannam.
2. Kejahilan dan kesilapan dalam aqidah ditakuti tertimpa nasib khawarij yang kuat beribadah tapi segala amalan mereka tidak diterima dan mereka menjadi ahli neraka.
Antara sifat khawarij ialah
1. sangat cepat mengkafirkan, ini kerana kedangkan mereka dalam ilmu2 syariah islam tanpa melihat kepada syarat2 dan intifa’ al-mawani’ yakni hilangnya semua halangan. Penyakit ini dapat dilihat pada ahli kalam dulu dan kini, spt ahbash dan golongan ortodoks jahmiyyah, di mana mrk mudah mengkafirkan disebabkan perkara2 furu’ spt masalah jism.
Mrk tiada adab hatta kpd Nabi SAW, mengkafirkan para Sahaabat Nabi, ahli2 maksiat dan pemimpin2 muslim yang mrk anggap zalim.
2. kuat beribadah, kuat membaca quran, solat malam, berpuasa, berzikir, solat jama’ah, jihad, tetapi penuh ujub dan kejahilan. Amal mereka tidak diterima dan mereka bertambah jauh dari Allah.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyifatkan orang-orang Khawarij dengan bersabda:
يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلَاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ … الحديث (متفق عليه)
“Akan muncul diantara kalian suatu kaum yang kalian akan meremehkan shalat kalian (para sahabat), puasa kalian, dan amal kalian di samping shalat mereka, puasa mereka, dan amal mereka. Mereka rajin membaca Al Qur’an, tetapi (pengaruhnya) tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam seperti anak panah yang keluar menembus sasarannya” (muttafaq ‘alayh). Dalam riwayat lain, “yahqiru ahadukum ‘amalahu …” dalam satu riwayat “…yuhaqqiru…”
Ayyub As-Sakhtiyani -salah seorang tokoh tabi’in- mengatakan:
مَا ازْدَادَ صَاحِبُ بِدْعَةٍ اِجْتِهَاداً، إِلاَّ ازْدَادَ مِنَ اللهِ بُعْداً {حلية الأولياء – (ج 1 / ص 392)}
“Semakin bertambah kuat pelaku bid’ah dalam beribadah, semakin jauh pula ia dari Allah” (Hilyatul Awliya’, 1/392).
3. Mereka pandai berkata2 , berceramah dan berpidato tetapi hati mereka kosong dari iman.
4. mengajak kpd kitabullah tetapi mrk tidak faham isi kandungan kitabullah dengan kefahaman yang sahih. Kefahaman mrk sesat, mrk mentafsirkan al-Quran dengan akal dan hawanafsu.
غنْ َأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي اخْتِلَافٌ وَفُرْقَةٌ قَوْمٌ يُحْسِنُونَ الْقِيلَ وَيُسِيئُونَ الْفِعْلَ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يَرْجِعُونَ حَتَّى يَرْتَدَّ عَلَى فُوقِهِ هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيقَةِ طُوبَى لِمَنْ قَتَلَهُمْ وَقَتَلُوهُ يَدْعُونَ إِلَى كِتَابِ اللَّهِ وَلَيْسُوا مِنْهُ فِي شَيْءٍ مَنْ قَاتَلَهُمْ كَانَ أَوْلَى بِاللَّهِ مِنْهُمْ
4765 سنن أبي داود كتاب السنة باب في قتال الخوارج
4765 المحدث الألباني خلاصة حكم المحدث صحيح في صحيح أبي داود
5. Khawarij membunuh orang islam dan membiarkan musyrikin, walau bukan semua khawarij begitu. Ini kerana ada khawarij yang dinamakan qa’diyyah (tukang hasut, perancang dan penghasut tanpa membunuh). Mrk membunuh kanak2 muslimin , tetapi tidak makan buah-buahan yang tidak dibeli (kerana warak palsu mereka).
قال ابن كثير إِذْ لَوْ قَوُوا هَؤُلَاءِ لَأَفْسَدُوا الْأَرْضَ كُلَّهَا عِرَاقًا وَشَامًا وَلَمْ يَتْرُكُوا طِفْلًا وَلَا طِفْلَةَ وَلَا رَجُلًا وَلَا امْرَأَةً لِأَنَّ النَّاسَ عِنْدَهُمْ قَدْ فَسَدُوا فَسَادًا لَا يُصْلِحُهُمْ إِلَّا الْقَتْلُ جُمْلَةً
10/584 البداية والنهاية
6. Muda umur mereka dan berakal buruk (rosak aqidah dan kefahaman). Walau zahirnya mereka membaca al-Quran dan Hadith. Nabi saw sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,
سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنَ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ
“Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umur mereka masih muda, sedikit ilmunya (menurut al-Nawawi : rosak akal mereka), mereka mengatakan dari perkataan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka. Mereka terlepas keluar dari agama seperti terlepas keluarnya anak panah dari busurnya”. HR al-Bukhari dan Muslim.
Mereka makhluk paling jahat dan paling buruk perangai, paling dibenci Allah, semakin kuat mrk beribadah mrk semakin jauh dari Allah.
al-Imam Sufyan al-Thawri berkata, “Seseorang yang duduk dengan ahlul bid’ah tidak akan selamat dari tiga perkara:
1. menjadi fitnah kepada orang lain, (org lain akan terikut dan terpengaruh dengannya)
2. masuk ke dalam hatinya kebid’ahan hingga dia tergelincir dengannya,
3. dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka Jahannam…”
Pengajaran: Ilmu aqidah yang berasaskan al-Kitab, al-Sunnah dan al-Ijmaa’ sangat penting, bukan mengambil berat amalan2 zahir sahaja.
Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam al-Fath tentang khawarij, “Tidak cukup dalam ta’dil (menganggap adil) dari keadaan zahir sahaja, walau disaksikan akan keadilannya itu pada puncak ibadah, miskin, wara’, hingga diketahui keadaan batinnya (aqidahnya)”.