Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Murji’ah Kontemporari

Murji’ah kontemporari melihat bahawa tidak ada kekafiran kecuali kekafiran hati, juhud (ingkar) atau istihlal (penghalalan). Jika memenuhi syarat-syarat itu, menurut mereka, barulah tindakan itu menyebabkan kekafiran.

Ketentuan yang sama berlaku untuk masalah penghinaan terhadap Allah Ta’ala, sujud kepada berhala, atau tasyri’ [membuat hukum atau perundang-undangan] di samping syari’at Allah Ta’ala atau memperolok-olok agama Allah Ta’ala.
Menurut mereka, semua tindakan itu bukanlah kekafiran dengan sendirinya, namun ia adalah tanda yang menunjukan bahawa pelakunya meyakini kekafiran. Jadi kekafiran itu adalah keyakinan, pengingkaran atau istihlal (penghalalan). Ini batil.

Menurut al-Quran dan al-Sunnah, Kalimah kufur tetaplah kufur, penuturnya boleh dihukum mati setelah istitabah, atau diserahkan haqiqatnya kpd Allah. Aqidah dalam islam adalah jelas. Agama yang tegas tidak boleh dilonggarkan dan dirosakkan semata2 ingin mengambil hati puak2 tertentu.

Kufur itu berlaku sama ada dengan kata2, atau perbuatan atau hati (i’tiqad).

TAHZIIR.

Para ulama salaf telah menganggap murji’ah sbg sesat.

al-Imam az-Zuhri rahimahullah berkata,”Tidak ada perbuatan bid’ah yang diada-adakan dalam Islam yang lebih bahaya terhadap agama daripada bid’ah ini.” Yakni bid’ah Irja’. (Lihat al-Shari’ah).

Sa’id bin Jubayr rahimahullah berkata, “Murji`ah adalah Yahudinya Ahlul-Qiblat (kaum Muslimin).” Murji’ah lebih buruk dari khawarij kerana irja’ mengajak meninggalkan amal, meremehkan amal.

Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bin al-Husayn rahimahullah berkata, “Tiada malam dan siang yang lebih menyerupai Yahudi daripada Murji`ah.”

Berkaitan tuduhan irja’ terhadap buku al-Ilmam Sharh Nawaqid al-Islam, dan Masa’il wa  Qawa’id fi Tawhid al-Uluhiyyah oleh ‘Abdul Aziiz al-Rayyis, Shaykh Abdul Aziiz al-Rajihi telah memberikan penjelasan yang memuaskan. pada 21. 8. 1433H.

السائل : يقول أحسن الله إليكم : (أن من وقع في شرك الربوبية أو الألوهية أو الأسماء و الصفات لا يكفر إلا بعد توفر الشروط و انتفاء الموانع).

Penyoal: Ada dakwaan yang mengatakan bhw  sesiapa yang terlibat dalam syirik rububiyyah, uluhiyyah, Asma’ dan Sifat, ia tidak kafir melainkan setelah memenuhi semua syarat dan ternafikan segala halangan. Adakah ini benar?
الشيخ : بسم الله الرحمن الرحيم . الحمد لله رب العالمين . و صلى الله و سلم و بارك على عبد الله و رسوله نبينا محمد و على آله و صحبه أجمعين .
أما بعد ؛ فإن من وقع في شرك الربوبية أو الألوهية أو الأسماء و الصفات فيه تفصيل : إن كان واضحا ليس فيه إشكال ، فإنه يكفر و لا يحتاج إلى وجود شروط و انتفاء موانع . لأن الشروط موجودة ؛ من سب الله أو سب الرسول أو استهزأ بالله أو بكتابه أو برسوله فهذا يكفر ، نسأل الله السلامة و العافية ، و لا يحتاج إلى أمر آخر .

Shaykh ‘Abdul ‘Aziz b ‘Abdillah al-Rajihi: Sesiapa yang  terlibat dalam syirik rububiyyah, uluhiyyah, Asma’ dan Sifat, ada perincian dalam perkara ini. Sekiranya perkara itu sudah jelas tiada kekeliruan, maka ia kafir tanpa perlu kepada syarat2 dan ternafi halangan2. Syarat2 telah pun ada. Sesiapa yang mencaci Allah, mencaci Rasul, mempersendakan Allah, kitabNYA atau RasulNya, maka ia menjadi kafir.
أما إذا كان في مسألة خفية ، هذا الذي تكلم به أو هذا الذي أنكره إذا كان في مسألة دقيقة خفية و مثلُه يجهل ذلك . فهذا لا يُكفّر حتى يُعرّف و تقوم عليه الحجة ، فإذا أصرّ بعد ذلك فإنه يكفّر .نعم .

Adapun dalam masalah yang tersembunyi (rumit), orang yang mengatakannya atau mengingkarinya dan orang itu jahil terhadapnya, maka dia tidak dikafirkan sehinggalah dijelaskan dan tegak ke atasnya hujah. Sekiranya ia tetap berdegil maka ia kafir, na’am.

Advertisement

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: