Kuiz
SOALAN :
Sesetengah golongan menuduh para ulama, pensyarah dan sarjana islam sebegai mujassimah wahhabiyyah. Siapakah golongan pemfitnah itu? Berikan 10 hujah untuk membantah kenyataan tersebut. (10 markah).
SOALAN :
Sesetengah golongan menuduh para ulama, pensyarah dan sarjana islam sebegai mujassimah wahhabiyyah. Siapakah golongan pemfitnah itu? Berikan 10 hujah untuk membantah kenyataan tersebut. (10 markah).
al-Imam al-Awza’i rahimahullah mujtahid mutlaq dan Imam Besar ahli Syam di zamannya menegaskan:
“Kami dan para tabi’in semuanya menetapkan dengan kesepakatan (ijmak) qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh al-Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala.” [Fathul Bari, Ibn Hajar al-‘Asqalani;
al-Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata:
“Sesiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy DIA istawa (maha tinggi).'” [Mukhtasar al-‘Uluww, ms. 137, tahqiq al-Albani.
Berkata al-Imam Malik rahimahullah:
“Allah berada di atas langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatu pun daripada-Nya.” [Mukhtasar al-‘Uluww, ms. 140; dalam Koleksi Kuliah-Kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah…., ms. 39].
Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah:
“Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit.” [Mukhtasar al-‘Uluww, ms. 179;
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus ibn ‘Abd Al-‘Ala, katanya :
“Aku mendengar asy-Syafi’e berkata: “Allah mempunyai nama-nama dan sifat-sifat (al-Asma’ wa al-Sifat) yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya, dan sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka sesungguhnya dia telah kufur.
Adapun sebelum tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia dimaafkan di atas kejahilan itu kerana ilmu yang demikian itu tidak boleh dicapai melalui akal, penglihatan mata, atau fikiran. Maka kita menetapkan (ithbat) sifat-sifat ini dan kita juga menafikan tasybih (penyerupaan) dari-Nya sebagaimana dia menafikan dari diri-Nya”
[Fathul Bari Bi Sharh Shahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-‘Asqalani; jld. 13, ms. 407; ].
al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
“Benar! Allah di atas ‘Arasy-Nya dan tidak sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya” [Mukhtasar al-‘Uluww, ms. 188;
al-Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah menjelaskan:
“Sesiapa tidak menetapkan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy-Nya dan Allah Istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka dia telah kafir dengan Tuhannya” [Ma’rifah ‘Ulum al-Hadits, ms. 84;
Hukum Menjatuhkan Hukuman Kafir dan Murtad
فلا يجوز تكفير من ثبت إسلامه إلا إذا أتى بمكفر اعتقادي كالشك في الله أو في ملائكته، أو قولي كسبِّ الله تعالى أو رسوله أو كتابه، أو عملي كإلقاء المصحف في القاذورات أو السجود لغير الله – على سبيل العبادة – فمن فعل شيئًا مما ذكر فقد خرج من ملة الإسلام ولا تنفعه لا إله إلا الله؛ لأنه أتى بما ينقضها،
Tidak harus mengkafirkan orang yang sabit keislamannya kecuali ia mengi’tiqadkan aqidah kufur spt syak kepada Allah, atau malaikatNYA, melakukan perbuatan kufr spt membuang mushaf ke dalam lubang tahi, atau sujud kpd selain Allah dengan niat ibadah, melafazkan kalimah kufur spt mencaci Allah, atau RasulNya atau KitabNYa. Sesiapa yang melakukan perkara2 yg disebutkan, maka ia terkeluar dari islam, tidak bermanfaat baginya ucapan La ilaha illa Allah, kerana ia telah melakukan perkara yang meruntuhkannya.
Alim yang berfatwa mestilah memenuhi syarat2 ulama serta sangat berhati2 dalam berfatwa.
Alim mesti memerhatikan beberapa ;
1.memastikan sama ada perkara atau perbuatan atau perkataan itu benar2 kufur spt dalam nass dan ijma’ atau perkara itu masih dalam ruanglingkup khilaf (masalah tajsim dan mujassimah adalah masalah khilaf yang pjg)
2.memastikan yang dituduh melakukan atau melafazkan kufur itu dengan sengaja atau tidak sengaja (tersalah)
3.memastikan ia melakukan perbuatan murtad atau melafazkan kalimah kufur kerana jahil atau berilmu, 4.memastikan seseorang itu melakukan kufur itu sedar atau tidur atau mabuk
5.Mukallaf (‘aqil baligh) atau tidak
6.dipaksa atau sukarela
Ulama mesti tahu ijma’ dan khilaf. Hatta ulama Shafi’iyyah sekali pun, mrk khilaf kpd 3 qawl berkenaan tajsim dan mujassimah iaitu :
1. kafir ,
2. tidak kafir,
3. tafsil.
Furu’ dan khilaf bkn ijma’. Yg xtahu ijma’ dan khilaf (termasuk khilaf dlm bab tajsim dn mujassimah) bknlah ulama.
Yg semberono menuduh org lain sbg mujassimah bknlah ulama.
Yang sahih, Mujassimah bukanlah kafir. bahkan zaman kini, tidak wujud mujassim sarih sama sekali. Masalah tajsim hanyalah masalah fikriyyah yakni perbezaan cara berfikir dan kefahaman, bukan masalah aqidah.