Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 15, 2016”

Murji’ah Kontemporari

Murji’ah kontemporari melihat bahawa tidak ada kekafiran kecuali kekafiran hati, juhud (ingkar) atau istihlal (penghalalan). Jika memenuhi syarat-syarat itu, menurut mereka, barulah tindakan itu menyebabkan kekafiran.

Ketentuan yang sama berlaku untuk masalah penghinaan terhadap Allah Ta’ala, sujud kepada berhala, atau tasyri’ [membuat hukum atau perundang-undangan] di samping syari’at Allah Ta’ala atau memperolok-olok agama Allah Ta’ala.
Menurut mereka, semua tindakan itu bukanlah kekafiran dengan sendirinya, namun ia adalah tanda yang menunjukan bahawa pelakunya meyakini kekafiran. Jadi kekafiran itu adalah keyakinan, pengingkaran atau istihlal (penghalalan). Ini batil.

Menurut al-Quran dan al-Sunnah, Kalimah kufur tetaplah kufur, penuturnya boleh dihukum mati setelah istitabah, atau diserahkan haqiqatnya kpd Allah. Aqidah dalam islam adalah jelas. Agama yang tegas tidak boleh dilonggarkan dan dirosakkan semata2 ingin mengambil hati puak2 tertentu.

Kufur itu berlaku sama ada dengan kata2, atau perbuatan atau hati (i’tiqad).

TAHZIIR.

Para ulama salaf telah menganggap murji’ah sbg sesat.

al-Imam az-Zuhri rahimahullah berkata,”Tidak ada perbuatan bid’ah yang diada-adakan dalam Islam yang lebih bahaya terhadap agama daripada bid’ah ini.” Yakni bid’ah Irja’. (Lihat al-Shari’ah).

Sa’id bin Jubayr rahimahullah berkata, “Murji`ah adalah Yahudinya Ahlul-Qiblat (kaum Muslimin).” Murji’ah lebih buruk dari khawarij kerana irja’ mengajak meninggalkan amal, meremehkan amal.

Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bin al-Husayn rahimahullah berkata, “Tiada malam dan siang yang lebih menyerupai Yahudi daripada Murji`ah.”

Berkaitan tuduhan irja’ terhadap buku al-Ilmam Sharh Nawaqid al-Islam, dan Masa’il wa  Qawa’id fi Tawhid al-Uluhiyyah oleh ‘Abdul Aziiz al-Rayyis, Shaykh Abdul Aziiz al-Rajihi telah memberikan penjelasan yang memuaskan. pada 21. 8. 1433H.

السائل : يقول أحسن الله إليكم : (أن من وقع في شرك الربوبية أو الألوهية أو الأسماء و الصفات لا يكفر إلا بعد توفر الشروط و انتفاء الموانع).

Penyoal: Ada dakwaan yang mengatakan bhw  sesiapa yang terlibat dalam syirik rububiyyah, uluhiyyah, Asma’ dan Sifat, ia tidak kafir melainkan setelah memenuhi semua syarat dan ternafikan segala halangan. Adakah ini benar?
الشيخ : بسم الله الرحمن الرحيم . الحمد لله رب العالمين . و صلى الله و سلم و بارك على عبد الله و رسوله نبينا محمد و على آله و صحبه أجمعين .
أما بعد ؛ فإن من وقع في شرك الربوبية أو الألوهية أو الأسماء و الصفات فيه تفصيل : إن كان واضحا ليس فيه إشكال ، فإنه يكفر و لا يحتاج إلى وجود شروط و انتفاء موانع . لأن الشروط موجودة ؛ من سب الله أو سب الرسول أو استهزأ بالله أو بكتابه أو برسوله فهذا يكفر ، نسأل الله السلامة و العافية ، و لا يحتاج إلى أمر آخر .

Shaykh ‘Abdul ‘Aziz b ‘Abdillah al-Rajihi: Sesiapa yang  terlibat dalam syirik rububiyyah, uluhiyyah, Asma’ dan Sifat, ada perincian dalam perkara ini. Sekiranya perkara itu sudah jelas tiada kekeliruan, maka ia kafir tanpa perlu kepada syarat2 dan ternafi halangan2. Syarat2 telah pun ada. Sesiapa yang mencaci Allah, mencaci Rasul, mempersendakan Allah, kitabNYA atau RasulNya, maka ia menjadi kafir.
أما إذا كان في مسألة خفية ، هذا الذي تكلم به أو هذا الذي أنكره إذا كان في مسألة دقيقة خفية و مثلُه يجهل ذلك . فهذا لا يُكفّر حتى يُعرّف و تقوم عليه الحجة ، فإذا أصرّ بعد ذلك فإنه يكفّر .نعم .

Adapun dalam masalah yang tersembunyi (rumit), orang yang mengatakannya atau mengingkarinya dan orang itu jahil terhadapnya, maka dia tidak dikafirkan sehinggalah dijelaskan dan tegak ke atasnya hujah. Sekiranya ia tetap berdegil maka ia kafir, na’am.

Bid’ah Irja’ dan Murji’ah

Bid’ah kesesatan Irja’ ialah kepercayaan bahawa iman cukup hanya dengan ma’rifat (mengenal) atau tasdiq (percaya dalam hati), amal tidak termasuk dalam iman. What is irjaa’?  The reality of irjaa’ is to separate the actions from eeman.

Sesiapa yang inkar di lisan maka hal tersebut tidak menjadikannya kafir kerana ilmu dan ma’rifat tidak lenyap kerana ingkar, dan keimanan tidak berkurang dan semua hamba semuanya sama dalam keimanannya, serta iman dan kufur hanya dalam hati tidak dalam perbuatan. Maqalaat Islamiyyin (1/312)].

Di sisi murji’ah, tiada syirik, tiada bid’ah dan tiada nifaq. Amal dan sunnah bukan termasuk iman. Ini termasuk sebesar2 bahaya dan kesesatan yang membuatkan seseorang terkeluar dari aqidah ahl al-sunnah, mjd sesat dan kafir. Pelampau murjiah mengatakan dosa2 besar tidak memudaratkan iman, iman seseorang sama sahaja dengan iman Jibril, Mikail, Nabi SAW dan Abu Bakr!

Ada juga murji’ah yang mengatakan bahawa iman itu cukup dengan lafaz lidah sahaja seperti puak karramiyyah, ini juga sangat batil. Ini liberal dan nifaq akbar! Sekiranya iman hanya sekadar lafaz lidah, maka semua munafiqin adalah mu’min muslim, ini batil tanpa syakk.

Sekiranya iman hanya sekadar percaya dalam hati, maka iblis, syaitan, dajjal, firaun, haman, qarun, namrud, abu jahl, abu lahab, abu talib serta musyrikin quraysh juga adalah beriman. Ini jelas mungkar dan sesat. Ini batil.

Dalam Islam dan sunnah, iman ialah haqiqah murakkabah iaitu gabungan aqidah, amal, qawl dengan lisan dan mengikuti sunnah. al imaan is statements of the tongue, the beliefs of the heart, and actions of the limbs.. Ini sabit dalam al-Qur’an , al-Hadith dan Ijma’.!! menyalahinya adalah kesesatan dan kekufuran.

Ada juga ulama fiqh dan hadith yg ‘dituduh’ terlibat dengan fahaman irja’ spt Hammad ibn Abi Sulayman, Abu Hanifah, Abu Mu’awiyah al-darir al-hafiz dll. Disebut murji’atul fuqaha’. Mrk mengatakan iman hanyalah i’tiqad dalam hati dan lafaz dengan lidah, iman tidak bertambah dan berkurang. Irjaa’ mrk hanyalah dari segi lafaz bukan aqidah. Kemudian kesesatan irja’ ini diikuti oleh golongan asha’irah dan maturdiyyah, sangat menyedihkan.

Post Navigation