Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Ringkasan Aqidah Salaf Bab 13-14

BAB 13 SYAITAN, SIHIR DAN SYIRIK

Syaitan mewahyukan bisikan kepada syaitan-syaitan manusia agar membawa manusia kepada syirik.
Syaitan memerangkap manusia dengan suaranya (lagu, muzik dan hiburan) dan dengan pendakwah yang mengajak kepada maksiat. Dan tenteranya dari jin manusia yang mentaatinya.
Syaitan menyertai dan masuk campur dalam harta dan anak-anak manusia dengan membelanjakan harta itu dalam maksiat, mengumpulnya dari sumber haram, infaq ia dalam haram, pengharaman yang halal seperti bahirah sa’ibah, zina dan anak zina, dan membunuh anak kerana bodoh, menanam anak, memajusikan, meyahudikan dan menasranikan anak-anak atau menamakan anak-anak dengan nama yang syirik.
Syaitan mengkhayalkan manusia dengan janji-janji palsu seperti “bermaksiatlah kerana Allah maha pengampun, dosa itu kecil, umur masih panjang, malam masih panjang, masih muda, berzinalah jangan berkahwin, bakhil lah, jangan infaq nanti menjadi faqir, jangan berdakwah jangan berjihad nanti mati segera,” dll.
Yang dikuasai syaitan ialah yang syirik, berpaling dari al-Quran dan al-Hadith.
Hanya yang memiliki ‘ubudiyyah yakni tawhid yang sahih dan bersih dari segala syirik akan selamat dari penyesatan syaitan. Juga yang berusaha serta bertawakkal.
Yang selamat dari syaitan ialah yang warak memelihara lidah sehingga berkata dengan kata-kata terbaik. Bukan sekadar kata-kata yang baik.
Yang sahih, sihir adalah kufr. Sarf dan ‘atf adalah sihir.
Ibadah tidak sah dan tidak akan diterima melainkan dengan adanya tawhid yang sahih.
Tawhid mesti dengan lafaz lidah.
Syirik ialah melakukan sebarang ibadah kepada selain Allah, atau mengambil tandingan bagi Allah dalam rububiyyah, uluhiyyah atau asma’ dan sifat.
Wajib mengetahui semua jenis syirik akbar, asghar, jali dan khafi.
Sesiapa yang melakukan syirik maka ia musyrik dan gugur segala amalannya. Amalnya menjadi debu, abu atau fatamorgana.
Berdoa hanyalah harus kepada Allah, bukan kepada nabi atau wali.
Dakwaan mengetahui perkara ghaib adalah syirik. Percaya kepada sial dan tangkal termasuk syirik.
Wajib segera bertaubat dari syirik-syirik kecil.
Jangan tertipu dengan banyak ibadah. Ibadah tidak berguna sedikitpun sekiranya ada syirik dalam diri seseorang.

BAB 14 PERLAKSANAAN SYARIAH

Al-Musharri’ (pencipta undang-undang) hanyalah Allah, bukan manusia. Seperti mana hanya Allah sahajalah pencipta ibadah.
Tatbiq Syariah termasuk tawhid. Menolak syariah termasuk kufr.
Melaksanakan dan merujuk kepada undang-undang ciptaan manusa termasuk penyembahan kepada taghut.
Wajib menegakkan syariah walaupun kuffar menentang. Wajib menerima dan melaksanakan syariah semuannya tanpa memilih-memilih.
Wajib berhati2 terhadap golongan sesat dan fasiq yang ingin mana-mana hukum Allah digendalakan.

Hudud dan qisas termasuk syarat negara islam di sisi ramai ulama.
Akibat meninggalkan syariah ialah kehinaan di dunia dan azab yang dahsyat di Akhirat. Berlaku pepecahan dan peperangan dan berleluasa maksiat.
Enggan bertahkim kepada Allah dan Rasul adalah nifaq akbar.
Sunnah adalah sumber hukum islam yang wajib diimani, diikuti dan ditaati. Mengabaikannya adalah kufr.
Hadith sahih ahadiyyah adalah sumber aqidah dan syariah.
Hukum rejam adalah benar dan sabit melalui hadith mutawatir.
Salaf telah ijma’ menerima hadith ahad dan ahli kalam tersesat kerana menolak hujjiyyah hadith sahih
ijtihad yang bersalahan nass wajib ditolak.
Sunnah ada membawa ziyadah (aqidah dan hukum tambahan) terhadap al-Quran seperti kewajipan rejam ke atas penzina muhson dan muhsonah, diyat ke atas ‘aqilah, mirath untuk nenak dll.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: