Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “July 12, 2018”

Bagaimana Menjadi Sunni Tulen

 

SUNNI SALAFI ASWJ TULEN

SOALAN

Bagaimana untuk menjadi sunni salafi aswj tulen agar saya selamat dari api neraka jahannam dan masuk syurga tanpa azab?

JAWAPAN

1. Mengucap shahadatayn dengan ilmu faham dan yaqin. Memahami makna ilah yang sahih dan dua rukun yakni nafi dan ithbat di dalamnya dengan kefahaman yang sahih. Yakin bahawa mengiqrarkan dua kalimah syahadah adalah kewajipan terawal bukan aqidah ilmu kalam. Untuk perkara ini perlu berguru kepada guru yang sunni salafi.
2. Meyaqini bahawa iman itu tasdiq dengan hati, lafaz dengan lidah, dan amal dengan anggota. Meyaqini bahawa Kufr berlaku dengan hati, lidah atau perbuatan. Sesiapa yang mengatakan iman hanyalah tasdiq dengan hati, maka ia murji’ mubtadi’ dhall bukan aswj. Sesiapa yang mengatakan kufr hanya berlaku dengan takzib qalbi (pendustaan hati), manakala kalimah kufr dan perbuatan kufr tidaklah kufr, hanya petanda kufr dan petunjuk kepada kufr. Maka ia mubtadi’ dall jahmi murji’.bukan aswj.
3. Beriman kepeada Sunnah hadith2 nabi saw yang sahih sebagai qatei thubut, hujjah dalam aqidah dan syariah. Sesiapa yang menataa hadith sahih itu zanni, bukan hujjah aqidah maka ia bukan aswj bukan sunni salafi. Tetapi mubtadi’ dhall.
4. Ahl Sunnah percaya kewujudan nifaq dan takut kepada nifaq di dalam diri mereka.
5. Ahl Sunnah tidak mengatakan diri mereka dijmain syurga, dijmain selamat dari Neraka. mrk takut amalan2 salih mereka tidak diterima.
6. Ahl Sunnah tidak mendatangi bomoh, dukun, ahli sihir, ustaz-ustaz bid’ah, palsu dan ulama syirik. Mendatangi merk itu adalah sesat dan kfr terkeuar dari ilsma bkn sekdarterkeulaur dari ahl Sunnah.
7. Mementingkan tawhid seperti kefahaman salf bkan tawhid ahli bid’ah dan ahli kalam. Tawhid ashairah maturidiyyah bukan tawhid aswj. Seiapa meremehkan ilu yawhid dna aidah salaf aswj maka dia bukanlah ahl Sunnah.
8. Aswj mempelajri tentang syirik semunaya, takut terjatuh ke dalam syirik, berusaha bersungguh menjauhinya. Menjauhid amalan-amalan bid’ah dan dosa-dosa besar. Sesiapa meemehkan syirik, bid’ah dan maksiat maka ia murji’ dhall bukan ahl Sunnah.
9. Tawhid, wudhu’ solat puasa zakat, haji umrah aswj seperti Nabi dan para Sahaabat Nabi. Diambil dari hadith-hadith Nabi saw dan kitab fiqh salaf. Bukan rekaan atau ikut ikutan.
10. Aqidah aswj merka ambil dari al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan kitab-kitab salaf bukan kitab-kitab khalaf yang bid’ah. Bukan dari kitab-kitab ahli kalam.
11. Mereka beriman kepada Nama-nma Allah.
12. Mereka beriman kepada sifat-sifat Allah, sifat Zat dan Fi’l. merka mengakui dn ithbt semua sifat itu emunaya. Semuanya muhkam dan haiqiqi. Mereka tidak tahrif sifat kalam, uluww , istiwa’, Dua Tangan Allah, Dua mata Allah, Rijl, Saq, mahbbah, rahmat, ghadab, bughd, karahah, rahmat, farah, dahik, taajjub, nuzul. Sesiapa yang menta’wil dan tahrif sifat-sifat ini maka ia bukan awsj bahkan ia jahmi kafir mubtadi dall.
13. Percaya bahawa oang beriman melihat wajah allah di Akhirat dengan mata. Tanpa menta’wilkannya dengan pandangan hati, bertambah ilmu atau melihat tanpa jism tempat dan arah. Semua tahrifat itu adalah aqidah sesat jahmiyyah.
14. Mengagungkan solat 5 waktu, jamaah dan jumaat, serta semua rukun islam, ermasu jihad, amar ma’ruf da’wah, tilawah, zikr, majlis ilmu dan undang-undang syariah.
15. Beriman kepada perkara-perkara akhiat soalan kubur, azab dan nimat kubur, hisab, sirat, neraka syurga, tanpa menat’wikannya seperti ta’wilan kufr ahli falsafah.
16. Awsj tidak mengikuti aqidah dan tidak beriman aidah ahli kalam, tidak memasuki tariqat sufiyyah tidak menganut tasawwuf falsafi.
17. Tidak mengagungkan tokoh-tokoh yang tidak maksum, tidak mengutamakan pendapat-pendapat mereka berbanding al-Quran, hadith dan ijma’.
18. Mencintai Ulama Sunnah dan Ahl Sunnah.
19. Tidak menghadiri majlis-majlis ulama syirik, pendakwah bid’ah, ustaz palsu, dan tidak duduk-duduk bersama mereka. Tidak membaca buku-buku mereka. Tidak mencintai mereka bahkan membenci mereka kerana Allah. Tidak sah tawhid dan iman melainkan dengan cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

4 Pengaku Sunnah. Siapa Yang Benar?

4 golongan pendakwa Sunnah. Siapakah yg benar-benar Sunnah?

—————————————————————————
1. aswj sunni salafi yakni aswj tulen dan haqiqi. Hanya salafi sunni aswj tulen sahaja yang berada di atas sunnah, diampunkan dan diredhaiNYA, yang dijamin selamat dari azab api neraka Jahannam lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa azab. Aswj tulen ialah golongan yang mengikuti aqidah Sunnah (aqidah salaf) dan ibadah Sunnah. Mereka benar-benar mempelajari Aqidah Sunnah dan mengiktiqadkannya dan betul-betul mempelajari Fiqh Sunnah dan mengamalkannya. Mereka ini selamat dari azab dan dijamin syurga inshallah.
Kebanyakan manusia mendakwa Sunnah secara palsu dan tertipu. Aswj hanya pada nama. Hanya pengakuan dan dakwaan lisan. Bukan benar2 mempelajarinya aqidah aswj dan fiqh Sunnah, dari kitab2 salaf dan ulama Sunnah. Mereka itu bukan aswj.
——————————————————————-

2.Ada golongan yang mengaku aswj tanpa belajar. Mereka tidak mempelajari aqidah salaf, tidak juga aqidah ahli kalam. Mereka hidup dalam keadaan lalai, hanya hidup untuk dunia, maka mereka ini ahl dunya wa jahl, bukan ahl sunnah. Ibadah mereka tidak berdasarkan ilmu yang sahih, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih, tetapi hanya taqlid, ikut-ikutan dan mengikuti tradisi atau golongan majoriti. Mereka menyangka mereka aswj kerana mereka tidak menganut agama syiah. Sangkaan baik mereka bahawa mereka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak bermanfaat sedikit pun. Golongan ini zahirnya dalam api neraka jahannam. Golongan ini paling ramai dan ditakuti terlibat dengan syirik-syirik dan bid’ah-bid’ah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan mengampunkan mereka.
————————————————————————-

3.Segolongan lain ialah golongan yang beragama pada zahirnya. Mereka mempelajari buku-buku aqidah kalam dan falsafah, mengimani sifat 20 secara jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyah tetapi mengaku aswj. Ibadah mereka banyak bid’ah, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih. Segolongan dari mereka menambah agama mereka dengan aqidah tasawwuf falsafi yang syirik dan mengikuti tariqat sufiyyah dengan sangkaan tariqat sufi itu adalah wajib, fardhu ayn dan syarat untuk menjadi aswj. Mereka itu bukan aswj, tetapi aswj palsu, ahli falsafah sesat dan diancam api neraka jahannam. Ditakuti mereka itu fussaq dan kuffar.

—————————————————————-
4.Segolongan lagi menamakan diri mereka golongan Sunnah (orang sunnah atau pro sunnah), yakni mereka mementingkan amalan-amalan Sunnah (Fiqh Sunnah) dan hadith-hadith sahih, anti amalan-malan bid’ah, tetapi tidak peduli atau tidak berminat kepada aqidah Sunnah. Tawhid dan syirik dianggap remeh. Mereka memasukkan golongan awam dan asha’irah jahmiyyah serta sekalian ahl bid’ah sebagai ahl Sunnah aswj bahkan duduk-duduk bersama Ahli Bid’ah. Ulama syirik dan asatizah bid’ah mereka gelarkan sebagai ahl Sunnah kerana kejahilan mereka. Mereka ini bukan aswj sunni salafi. Mereka adalah golongan yang tertipu, bid’ah, sesat dan diancam api neraka Jahannam. Mereka ditipu syaitan, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Post Navigation