Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “July 31, 2018”

Aqidah Sobuni

MUKHTASAR DAN KESIMPULAN AQIDAH SOBUNI
BAB 1 AQIDAH ASHAB AL-HADITH
Ahli hadith memohon tawfiq kepada ALLAH. Ini tawhid dan adab.
Ahli hadith awj sebenar ialah yang mengikuti dan berpegang teguh kepada kitab dan Sunnah berdasarkan kefahaman salaf salih.
Aswj mendoakan ulama aswj yang masih hidup dan yang telah mati.
Aswj menyaksikan wahdaniyyah Allah dan kerasulan Nabi saw dengan ilmu, kefahaman, yaqin dan syarat-syaratnya pembatal-pembatalnyanya, sebagaimana kefahaman salaf.
Aswj mengenal Allah dengan sifat-sifatNYA yang sabit dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. Ma’rifah itu bukan dengan ilmu kalam atau kashf sufi.
Hadith-hadith sahih (Ahadiyyah) adalah hujah dalam aqidah, bukan seperti pegangan Ahli Kalam yang menolak hujjiyyah hadith sahih dalam aqidah.
Aswj ithbat sifat2 Allah semuanya meliputi sifat zatiyyah, sam’iyyah ‘aqliyah dan khabariyyah fi’liyyah tanpa tashbih.
Golongan tahrif, takyif dan ta’til (ta’wil tahrifi) adalah golongan sesat terkeluar dari islam. Ta’wil jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyyah adalah batil, sesat dan kufr.
Aswj beriman bahawa Wajah Allah, Dua Tangan Allah, Mata Allah dan semua sifat Zatiyyah Allah adalah haqiqi, tidak dita’wilkan seperti ta’wilan jahmiyyah mu’tazilah.
Tuduhan tashbih dan tajsim adalah fitnah golongan sesat jahmiyyah muktazilah dan para pengikut mereka.
Makna al-Jama’ah adalah golongan yang benar iaitu awsj as-salafiyyun.

Sesiapa yang keluar dari salafiyyah maka ia sesat.

ASWJ hanyalah salafi. mesti  salafi.

ASWJ meninggalkan musyrikin dan ahli bid’ah tegar.

Ringkasan Aqidah Salaf Bab 13-14

BAB 13 SYAITAN, SIHIR DAN SYIRIK

Syaitan mewahyukan bisikan kepada syaitan-syaitan manusia agar membawa manusia kepada syirik.
Syaitan memerangkap manusia dengan suaranya (lagu, muzik dan hiburan) dan dengan pendakwah yang mengajak kepada maksiat. Dan tenteranya dari jin manusia yang mentaatinya.
Syaitan menyertai dan masuk campur dalam harta dan anak-anak manusia dengan membelanjakan harta itu dalam maksiat, mengumpulnya dari sumber haram, infaq ia dalam haram, pengharaman yang halal seperti bahirah sa’ibah, zina dan anak zina, dan membunuh anak kerana bodoh, menanam anak, memajusikan, meyahudikan dan menasranikan anak-anak atau menamakan anak-anak dengan nama yang syirik.
Syaitan mengkhayalkan manusia dengan janji-janji palsu seperti “bermaksiatlah kerana Allah maha pengampun, dosa itu kecil, umur masih panjang, malam masih panjang, masih muda, berzinalah jangan berkahwin, bakhil lah, jangan infaq nanti menjadi faqir, jangan berdakwah jangan berjihad nanti mati segera,” dll.
Yang dikuasai syaitan ialah yang syirik, berpaling dari al-Quran dan al-Hadith.
Hanya yang memiliki ‘ubudiyyah yakni tawhid yang sahih dan bersih dari segala syirik akan selamat dari penyesatan syaitan. Juga yang berusaha serta bertawakkal.
Yang selamat dari syaitan ialah yang warak memelihara lidah sehingga berkata dengan kata-kata terbaik. Bukan sekadar kata-kata yang baik.
Yang sahih, sihir adalah kufr. Sarf dan ‘atf adalah sihir.
Ibadah tidak sah dan tidak akan diterima melainkan dengan adanya tawhid yang sahih.
Tawhid mesti dengan lafaz lidah.
Syirik ialah melakukan sebarang ibadah kepada selain Allah, atau mengambil tandingan bagi Allah dalam rububiyyah, uluhiyyah atau asma’ dan sifat.
Wajib mengetahui semua jenis syirik akbar, asghar, jali dan khafi.
Sesiapa yang melakukan syirik maka ia musyrik dan gugur segala amalannya. Amalnya menjadi debu, abu atau fatamorgana.
Berdoa hanyalah harus kepada Allah, bukan kepada nabi atau wali.
Dakwaan mengetahui perkara ghaib adalah syirik. Percaya kepada sial dan tangkal termasuk syirik.
Wajib segera bertaubat dari syirik-syirik kecil.
Jangan tertipu dengan banyak ibadah. Ibadah tidak berguna sedikitpun sekiranya ada syirik dalam diri seseorang.

BAB 14 PERLAKSANAAN SYARIAH

Al-Musharri’ (pencipta undang-undang) hanyalah Allah, bukan manusia. Seperti mana hanya Allah sahajalah pencipta ibadah.
Tatbiq Syariah termasuk tawhid. Menolak syariah termasuk kufr.
Melaksanakan dan merujuk kepada undang-undang ciptaan manusa termasuk penyembahan kepada taghut.
Wajib menegakkan syariah walaupun kuffar menentang. Wajib menerima dan melaksanakan syariah semuannya tanpa memilih-memilih.
Wajib berhati2 terhadap golongan sesat dan fasiq yang ingin mana-mana hukum Allah digendalakan.

Hudud dan qisas termasuk syarat negara islam di sisi ramai ulama.
Akibat meninggalkan syariah ialah kehinaan di dunia dan azab yang dahsyat di Akhirat. Berlaku pepecahan dan peperangan dan berleluasa maksiat.
Enggan bertahkim kepada Allah dan Rasul adalah nifaq akbar.
Sunnah adalah sumber hukum islam yang wajib diimani, diikuti dan ditaati. Mengabaikannya adalah kufr.
Hadith sahih ahadiyyah adalah sumber aqidah dan syariah.
Hukum rejam adalah benar dan sabit melalui hadith mutawatir.
Salaf telah ijma’ menerima hadith ahad dan ahli kalam tersesat kerana menolak hujjiyyah hadith sahih
ijtihad yang bersalahan nass wajib ditolak.
Sunnah ada membawa ziyadah (aqidah dan hukum tambahan) terhadap al-Quran seperti kewajipan rejam ke atas penzina muhson dan muhsonah, diyat ke atas ‘aqilah, mirath untuk nenak dll.

MUKHTASAR AQIDAH SALAF AS-SOBUNI

Bab 7

1. Salaf membid’ahkan orang yang menyelewengkan makna sifat Allah.
2. Salaf menghukum orang yang membicarakan sifat Allah secara batil tanpa ilmu dan memboikot ahli bid’ah.
3. Salaf melakukan tahzir kepada masyarakat ramai tentang bahaya ahli bid’ah.
4. Salaf mengenakan hukuman mati ke atas pendakyah ahli bid’ah seperti Ja’d dan Jahm.
5. Salaf mengharamkan untuk mendatangi ahli bid’ah atau duduk bersama ahli bid’ah.
6. Ahli bid’ah adalah zanadiqah, penunggang agama dan pendusta agama.
7. Ahli kalam sesat dan menyesatkan.
8. Kesesatan dalam Nama dan Sifat Allah lebih berat dari segala maksiat.
9. Jahmiyyah bukan muslimin, jahmiyyah kuffar.
10. Rafidah agama kufr, rawafidh kuffar.
11. Mu’tazilah kuffar.
12. Haram dan tidak sah solat di belakang jahmiyyah dan quburiyyah.
13. Ghulat Asha’irah maturidiyyah adalah kuffar.
14. Ahli bid’ah mengkafirkan aswj tanpa mukaffirat, maka ahli bid’ah adalah khawarij.
15. Hakikatnya ahli bid’ah menolak sifat-sifat Allah (dan zatNYA dan kewujudanNYA).
16. Ahli bid’ah menolak ayat-ayat dan hadith2 sifat.
17. Manhaj aswj adalah ittba’, ithbat, imrar dan taslim.
18. Ahli bid’ah melakukan bid’ah takalluf.
19. Ahl Sunnah salafiyyun memang sedikit tetapi aswj salafiyyun paling benar, mereka menentang syirik, dan bid’ah, fasad dan munkar. Aswj adalah ghuraba’ (terasing dan sedikit). Sesiapa yang tidak merasa terasing dia bukanlah di atas Sunnah. Ghuraba’ ialah yang menentang munkar dan mereka adalah golongan terawal memasuki syurga tanpa azab.
20. Golongan majority adalah sesat, bukan aswj.
21. Asha’irah maturdiyyah bukanlah aswj.

Post Navigation