Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “July 11, 2018”

Ya “Di mana Allah?”

Dalam Aqidah ASWJ al-Salafiyyah ditanya soalan “Di mana Allah?”

Jawapannya “Di atas langit ketujuh (yakni di atas arasy).”

Menurut Syiah Musyrikin, Ashairah Mutakhir Jahmiyyah Falasifah dan Syiah Ahbash Musyrikin, tidak boleh ditanya “Di mana Allah’? Yakni Allah itu tidak wujud di sisi mereka.!
هو الذي أيّن الأين وكيّف الكيف.

« قيل لعلي: أين هو الله فقال: ويلك: إن الذين ذهبت إليه غلط: هو أين الأين وكيف الكيف».

المصدر من كتب أهل السنة والحديث

لا يوجد.
Tidak wujud dalam kitab2 Ahl al-Sunnah dan al-Hadith

المصدر من كتب الرافضة

(الكافي1/103 1/138 عيون الرضى2/108 التوحيد للصدوق ص61 و125 و251 و311 بحار الأنوار3/36 كتاب الاحتجاج2/171 للطبرسي الفصول المهمة في أصول الأئمة1/184).

Aqidah Shirk Ahbash dan Rafidah

Islam mengajarkan bahawa Allah di atas arasy.

 

‘Abdullah Harari harbi zindiq berkata kononnya “Allah mawjud tanpa tempat”. Ini dicuri dari buku2 Syiah !!

موجود بلا مكان
Allah mawjud tanpa tempat

المصدر من كتب الرافضة الشيعة
Sumber dari buku2 Syiah

التوحيد للصدوق78 و311 شرح أصول الكافي للمازندراني3/115 و4/79 بحار الأنوار38/132 37/257 و38/133 نور البراهين للجزائري1/216
Al-Tawhid oleh al-Saduq, ms 78.
Sharh Usul al-Kafi, oleh al-Mazindarani
Bihar al-Anwar
Nur al-Barahin

Kata Abdullah al-Habashi jahmi kafir musyrik,
7 – سبحان من لا يوصف بمكان ولا يجري عليه زمان
maha suci Allah yg tidak bertempat dan tidak bermasa

المصدر من كتب الشيعة
Sumber: kitab2 Syiah .

(التوحيد للصدوق175 بحار الأنوار للمجلسي 3/315 18/348 و54/285 نور البراهين 1/430 نعمة الله الجزائري ميزان الحكمة 3/1925 لمحمد الريشهري)

10 tips kuruskan badan

1. banyakkan minum air kosong
2. elakkan garam
3. elakkan nasi (ganti keledek)
4. ambil makanan protein tinggi
5. makan sayuran2 mentah
6. senaman ringan yang konsisten
7. makan makanan mengandungi lactobacillus
8. mengelakkan makanan minuman manis tinggi gula
9. tidak makan lewat malam
10. mencacat berat dan mengira kalori makanan

Bahaya Kolestrol

Apakah gejala kolesterol tinggi?

Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya

Walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

1.Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.

2.Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung

3.Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.
Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

Berhenti merokok
Makan lebih produk susu.
Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.
Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Berikut ini adalah beberapa pilihan sumber maklumat dan sokongan yang tersedia :

Kesihatan Klinik dengan Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit yang mepunyai kumpulan kumpulan sokongan bagi pelanggan mereka –sila semak dengan klinik kesihatan terdekat anda atau pejabat kesihatan daerah untuk mengetahui tentang perkhidmatan ini
Nutrition Society of Malaysia (NSM).(NSM). http://www.nutriweb.org.my
Yayasan Jantung Negara (National Heart Foundation) http://www.malaysianheart.org National Heart Association of Malaysia Tingkat 1, Rumah Hati Akademi Bangunan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel No: 603-4023 1500 Fax No: 603-4023 9400 Email: secretariat@malaysianheart.org

Kesimpulan

Pengendalian Penyakit Arteri Koronari dan kolesterol tinggi dalam penjagaan kesihatan adalah berdasarkan kepada faktor perubahan tingkahlaku, bio-perubatan dan psikologi dan pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan berdasarkan bukti saintifik dan pengamalan terapi tanpa ubat (non-pharmacological therapy). Doktor anda di kesihatan primer boleh memberikan pengendalian secara berterusan, sokongan dan kaunseling untuk memastikan pencegahan yang berkesan dan pengurusan kesihatan diamalkan sehingga beban penyakit jantung berlaku pada masyarakat dapat dikurangkan . Ini akan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka. Komplikasi daripada penyakit ini boleh dicegah dan akan meningkatkan produktiviti ekonomi penduduk Malaysia.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Mastura Ismail
Akreditor : Dr. Sri Wahyu Taher
Penyemak : Dr. Ainol Shareha Sahar

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jantung-dan-rendahkan-paras-kolesterol/

Post Navigation