Aqidah Sobuni
MUKHTASAR DAN KESIMPULAN AQIDAH SOBUNI
BAB 1 AQIDAH ASHAB AL-HADITH
Ahli hadith memohon tawfiq kepada ALLAH. Ini tawhid dan adab.
Ahli hadith awj sebenar ialah yang mengikuti dan berpegang teguh kepada kitab dan Sunnah berdasarkan kefahaman salaf salih.
Aswj mendoakan ulama aswj yang masih hidup dan yang telah mati.
Aswj menyaksikan wahdaniyyah Allah dan kerasulan Nabi saw dengan ilmu, kefahaman, yaqin dan syarat-syaratnya pembatal-pembatalnyanya, sebagaimana kefahaman salaf.
Aswj mengenal Allah dengan sifat-sifatNYA yang sabit dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. Ma’rifah itu bukan dengan ilmu kalam atau kashf sufi.
Hadith-hadith sahih (Ahadiyyah) adalah hujah dalam aqidah, bukan seperti pegangan Ahli Kalam yang menolak hujjiyyah hadith sahih dalam aqidah.
Aswj ithbat sifat2 Allah semuanya meliputi sifat zatiyyah, sam’iyyah ‘aqliyah dan khabariyyah fi’liyyah tanpa tashbih.
Golongan tahrif, takyif dan ta’til (ta’wil tahrifi) adalah golongan sesat terkeluar dari islam. Ta’wil jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyyah adalah batil, sesat dan kufr.
Aswj beriman bahawa Wajah Allah, Dua Tangan Allah, Mata Allah dan semua sifat Zatiyyah Allah adalah haqiqi, tidak dita’wilkan seperti ta’wilan jahmiyyah mu’tazilah.
Tuduhan tashbih dan tajsim adalah fitnah golongan sesat jahmiyyah muktazilah dan para pengikut mereka.
Makna al-Jama’ah adalah golongan yang benar iaitu awsj as-salafiyyun.
Sesiapa yang keluar dari salafiyyah maka ia sesat.
ASWJ hanyalah salafi. mesti salafi.
ASWJ meninggalkan musyrikin dan ahli bid’ah tegar.