Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “July 15, 2018”

Korban di Rumah Sendiri

SOALAN

Kini ramai yang menghantar wang ke luar negara untuk qurban atau aqiqah kerana lebih murah dan untuk meraikan orang2 miskin luar negara. Apa hukum syariah tentang perbuatan ini?

JAWAPAN

Perbuatan ini tidak menepati sunnah Nabi saw dan Sahabat kerana mereka melakukan ibadah korban dan aqiqah di tempat tinggal mereka. Ditakuti aqiqah atau korban itu tidak sah dan hanya diterima sebagai sembelihan dan sedekah biasa., tidak mendapat pahala besar korban.

al-Imam Shaykh Salih ibn ‘Abdillah al-Fawzan berkata,

Korban iaitu udhiyyah bermakna binatang ternakan yang disembelih pada hari Adha dan hari-hari tashriq, disembelih oleh orang2 islam di rumah mereka kerana beribadah mendekatkan diri kepada Allah pada hari perayaan. dan menzahirkan kegembiraan, keceriaan dan makan-makan daging pada hari-hari tersebut.

Sharh Bulugh al-Maram, jilid 6, ms 37.

Korban telah ditentukan caranya, waktu an tempatnya oleh Islam. Tidak harus mengubah ketentuan ini dengan emosi akal atau perasaan.

Korban disembelih di rumah bersama keluarga dan inilah tujuan korban. Adapun orang yang menghantar wang dan disembleih di tempat lain, ini adalah menyakahi sunnah dan tidak tercapai tujuan korban yang dikehendaki. Sesiapa yang ingin membantu faqir miskin hendaklah ia bersedekah kepada mereka dan jangan lah ia mengubah ibadah korban.

Hendaklah ia melakukan ibadah korban sebagaimana yang disyariatkan Allah, Ibadah hendaklah dilaksanakan sebagaimana ia datang , tanpa mengubah tempatnya, waktunya dan caranya.

Bukanlah maksud korban semata-mata makan daging, tetapi untuk membesarkan Allah dan menumpahkan darah pada hari korban kerana mendekatkan diri kepada Allah, dibuat bersama ahli keluarga agar mereka bergembira, dan menjadi barakah untuk keluarga. inilah yang dikehendaki oleh syarak.

(Sharh Bulugh, ms 38).

Terjemahan
Ustaz Abid Anuuriyy
Master of Shari’ah

Post Navigation