Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Manhaj Salaf dalam Sifat2 ALLAH

Sunnah Menerima Semua Sifat ALLAH Dan Mendiamkannya. Tidak memperdebatkannya atau menta’wilkannya (tahrif).
Antara kewajipan muslim dalam sifat-sifat ALLAH ialah
1) Tilawah dan Sukut
Sufyan ibn ‘Uyainah berkata,
“Segala sifat yang ALLAH sifatkan bagi diriNya di dalam Al-
Qur’an, maka tafsirannya ialah membacanya dan diam tentangnya.”
Lihat al-I’tiqad oleh al-Baihaqi.
2) Imrar
Al-Walid ibn Muslim berkata,
3) Taslim dan khudu’
Berkata al-Imam a-Zuhri, “ALLAH menjelaskan, Rasul
menyampaikan dan kewajipan kita ialah taslim (beriman dan
menerima secara mutlaq).”
Diriwayatkan dari sebahagian ulama salaf bahawa mereka
mengatakan, “Tiang Islam itu tidak tegak melainkan di atas jambatan
taslim (penerimaan dan ketundukan terhadap nass secara mutlaq
tanpa mendebatkannya).” Semua ini menafikan ta’wil dan tahrif,
tashbih dan tajsim.
Saya telah bertanya al-Awza’ei, Sufyan, Malik ibn Anas tentang
hadith-hadith sifat dan ru’yah, lalu mereka berkata, “Lalukanlah ia
sebagaimana ia datang tanpa kayf.” Sahih.
4) Ithbat tanpa kayf. Al-Hafiz Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus ibn ‘Abd al-A’la berkata, “Saya mendengar Ash-Shafi’ie berkata:
“ALLAH mempunyai Nama-
Nama dan Sifat-Sifat yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya.
Sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka
sesungguhnya dia telah kafir. Adapun sebelum tertegaknya hujah,
maka sesungguhnya dia dimaafkan disebabkan kejahilan itu kerana
ilmu yang demikian tidak boleh dicapai melalui akal, penglihatan
atau fikiran.Maka kita ithbat (menetapkan) Sifat-Sifat ini dan kita juga
menafikan tashbih dariNya sebagaimana Dia menafikannya dari
diriNya.” al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, jld 10, ms 79-80.
‘Abdullah ibn al-Mubarak berkata, “Dia turun sebagaimana yang Dia kehendaki.” Ithbat yang dimaksudkan ialah ithbat ma’na spt istiwa’ maknanya ‘uluww dan irtifa’, serta tafwidh kayfiyyah iaitu menyerahkan haqiqatnya kepada ALLAH.

Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata,

Mereka ithbatkan (menetapkan) bagiNYA jalla jalaluh semua sifat-sifat
yang DIA tetapkan sendiri untuk diriNya dalam KitabNya dan di atas
lisan RasulNYA SAW. Mereka tidak mengi’tiqadkan tashbih (persamaan
dan penyerupaan) sifat-sifatNYA dengan sifat-sifat makhlukNYA. (al-Sabuni, Aqidah al-Salaf)
al-Ta’wil:
Ta’wil di sisi salaf ialah, haqiqat, tafsir dan bayan. Di sisi khalaf, ta’wil bermakna memalingkan makna asal kepada makna yang lemah atau batil dengan qarinah atau dalil spt dari makna haqiqi kpd makna majazi. Ta’wil spt ni bukan manhaj salaf dalam sifat2 ALLAH. Bahkan ini manhaj jahmiyyah dan mu’tazilah yang batil. Ta’wil fasid termasuk mentafsir nass dgn akal dan hawanafsu tanpa ilmu. Bid’ah juga jenayah memperkatakan sesuatu ttg Allah tanpa pengetahuan.

Tafwidh mutlaq. Adapun tafwidh mutlaq bukanlah manhaj salaf kerana tafwidh mutlaq menunjukkan seolah2 Nabi SAW dan sahabat tidak mengetahui makna kalimat2 atau ayat2 tertentu dalam al-Quran dan al-Hadith. Ini batil. Bahkan kalimah2 yg dikatakan mutashabihat itu adalah muhkam maknanya walau mustashabih haqiqatnya. Buktinya al-Imam Malik berkata, al-Istiwa’ ma’lum… (istiwa’ itu makna diketahui…) yang majhul ialah kayfiyyah dan haqiqatnya.
Tashbih : ithbat sifat2 Allah bukan bermakna tashbih kerana ulama salaf menafikan tashbih. Puak mu’tazilah dan jahmiyyah hendaklah bertaubat dari menuduh salafiyyin sebagai mushabbihah. Bertaqwa kpd ALLAH.Tuduhan tashbih hanyalah
tuduhan jahmiyyah yang bid’ah dan sesat yang menafikan sifat-sifat
ALLAH. Tashbih sebenar ialah dengan mengatakan “Tangan ALLAH seperti
tangan manusia.” atau “…spt tangan saya…” Ini barulah tashbih.!

Ishaq ibn Ibrahim (w238H) berkata, “Yang dikatakan tashbih
ialah dengan mengatakan Tangan ALLAH seperti tangan (makhluk),
pendengaran ALLAH seperti pendengaran (makhluk).” Sunan al-
Tirmidhi, 3/50. Adapun imrar (menerima dan menjalankan) sebagaimana
datangnya tanpa kayf, maka itu adalah sunnah dan ijma’, bukan tashbih
dan tajsim.
Tajsim. perkataan tajsim dan mujassim tidak dikenal di kalangan salaf. Ini kerana jism mempunyai makna yang benar dan batil. Tidak halal melabel orang mujassim atau mujassimah krn mujassimah ialah orang yang mengatakan “Allah berjisim” atau “jisim tetapi tidak seperti jisim2 makhluk.” Sekadar imrar dan ithbat bukanlah tajsim.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: