Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Hukum al-‘Azl Menurut 4 Mazhab

i. Takrif al-Azl.

Menurut al-Imam al-Nawawi, al-‘Azl ialah seseorang berjimak dengan isterinya, apabila hampir inzal ia mencabut zakarnya dan memancutkan mani di luar faraj. Ibn Hajar, al-‘Azl ialah mencabut zakar selepas ilaj agar inzal di luar faraj.

ii. Syarat Yang Mengharuskan ‘Azl.
Al-‘azl harus dilakukan dengan dua syarat:
Pertama:Mesti dengan izin isteri. Ini kerana dibimbangi ‘azl boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (klimax).Oleh itu suami yang ingin melakukannya hendaklah meminta keizinan isterinya terlebih dahulu kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri.Inilah pendapat yang paling kuat disisi kebanyakan ulama.
Kedua:’azl diharuskan jika untuk merancang keluarga (menjarakkan anak) atau kerana masalah kesihatan,tapi bukan untuk terus mencegah kehamilan.Mencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan.Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam.Dalam islam kita digalakkan agar memperbanyakkan zuriat,kerana ianya dapat menambahkan kekuatan dan suara umat Islam.

iii. Khilaf Tentang ‘Azl

Terdapat 4 pendapat Ulama berkaitan ‘azal:
1.Pertama: Harus ‘azl secara mutlak. Maksud harus secara mutlak ialah boleh lakukan ‘azl itu sama ada dengan izin isteri atau tanpa izinnya, kerana merancang atau memang tidak mahu langsung anak, atau ‘azl kerana hendak menjaga kesihatan dan kecantikkan. Semua itu terpulang kepada suami. Ini adalah pendapat Sa’d ibn Abi Waqqas, Ibn Mas’ud, Khabbab, Rafi’ ibn Khadij, Zayd ibn Thabit, Ibn ‘Abbas, Hasan ibn ‘Ali, Imam al Ghazali dan yang sependapat dengannya. Jumbur Shafiyyah termasuk Ibn Hajar dan al-Ramli. Hanabilah harus, dan wajib ‘azl ketika perang.
2.Pendapat Kedua: Tidak boleh (haram) sama sekali melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan imam Ibnu Hazm dan yang sependapat dengannya spt sesetgh Fuqaha’ Muta’akhirin al-Shafi’iyyah.
3.Pendapat Ketiga: Jika dengan izin isteri boleh (harus). Ini pendapat Qudama’ al-Ahnaf spt Abu Yusuf dan Muhammad al-Hasan juga al-Kasani. Al-Tahawi dan Ibn al-Humam, Ibn Nujaym, Ibn ‘Abidin, mengatakan harus. Begitu juga pendapat jumhur al-Malikiyyah. Malik 2 pendapat harus, dan harus . sesedengan izin isteri. Ibn ‘Abdil Barr mengatakan tiada khilaf di kalangan salaf bhw harus ‘azl dgn izin isteri hurrah. Sesetgh Shafiyyah juga mengatakan hrus dengan izin isteri.
4.Pendapat keempat:Makruh melakukan ‘azal. Ini adalah pandangan ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibn ‘Umar, al-Shirazi, Ibn al-Jawzi, Ibn Qudamah, al-Imam an-Nawawi, al-Qastalani, sesetgh Zaydiyyah dan yang sependapat dengan mereka.
Pendapat Yang Kuat: Pendapat yang kuat dan sederhana dalam masalah ini adalah harus melakukan ‘azl berdasarkan kata-kata seorang sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ . وزاد مسلم : زَادَ ‏‏إِسْحَقُ ‏قَالَ ‏سُفْيَانُ ‏: ‏لَوْ كَانَ شَيْئًا ‏‏يُنْهَى عَنْهُ لَنَهَانَا عَنْهُ الْقُرْآنُ .
“Kami melakukan ‘azl pada zaman Nabi s.a.w. dan al-Quran sedang turun.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadith yang mengharuskan lebih banyak dan lebih sahih.

Sekiranya tanzim al-nasl terdapat maslahah shar’iyyah, spt seseorg ibu terbeban dengan kelahiran yang berterusan, pakar perubatan mengakui perkara membahayakan nyawa atau badan si ibu maka harus utk merancang kehamilan, insha Allah. Ini dengan syarat tidak memutuskan zuriat secara kekal.

Antara perancangan keluarga terbaik ialah

-menggunakan IUD pregnancy (Intra Uterine Device) iaitu memasukkan alat pencegah kehamilan ke dalam vagina atau -mengelakkan persetubuhan ketika waktu subur isteri.

Ada juga dengan

-mengambil pil perancang (birth control pills) tetapi ini akan menyebabkan kegemukan.

-Selain itu, ada juga cara injection atau

-implant (tanam) atau

-patch (tampalan) atau

-menggunakan kondom.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: