Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “October, 2014”

Ahbash Khawarij

Kesesatan Ahbash
Sejak beberapa dekad, umat Islam di negara ini hidup aman damai dan harmoni serta rukun. Pegangan mereka ialah dalam aqidah ialah Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jamaah aliran salafiyyah dan asha’irah. Mazhab fiqh mereka merujuk kepada mazhab yang empat. Walau aliran ASWJ salafiyyah dan asha’irah ini berbeza pemikiran dalam beberapa perkara, mereka tetap saling menghormati dan hidup rukun.
Akhir-akhir ini ketegangan mula berlaku disebabkan jarum yang dicucuk oleh golongan pelampau dan sesat bernama ahbash. Ditakuti kedamaian dan sikap hormat menghormati ini akan musnah. Dikhuatiri berlaku perpecahan dan permusuhan yang berpanjangan jika pengaruh Ahbash masuk dan merebak di dalam Negara ini.
Mereka adalah pengikut seorang lelaki negro sesat bernama ‘Abdullah al-Harari al-Habashi yang berasal dari Habsyah yang akhirnya menetap di Lubnan. Dia menyebarkan kesesatan di Lubnan dan mendapat pengikut-pengikut yang sangat taksub kepadanya sehingga mereka mengatakan Harari boleh terbang.
Antara penyakit ahbash yang sesat lagi bahaya (semoga Allah memberi hidayah kepada mereka) ialah suka melabel orang yang menyetujui pemikiran mereka, mewahhabikan orang lain, mengkafirkan, mencaci, mencarut dan mengutuk-ngutuk, bahkan mereka fitnah. Mereka meniupkan api permusuhan dan menghasut ke arah keganasan. Ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan mereka caca-merba seperti orang tidak siuman dan tidak beragama serta sangat jauh dari aqidah Islam dan akhlak Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Kini ahbash Malaysia menyamar sebagai ‘pejuang ahlus sunnah tulen’, aswj haqiqi, shafi’iyyah, asha’irah dan ‘pengkaji syiah’ kononnya, sedangkan ahbash sendiri hampir tiada beza dengan syiah. Bahkan ahbash mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan syiah.
AQIDAH AHBASH
Terdapat tokoh yang banyak menulis tentang ahbash iaitu Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Dimashqiyyah dan ada tesis PhD tentang firqah ini di Universiti Umm al-Qura, Makkah yang ditulis oleh Dr. Sa’d bin ‘Ali al-Shahrani.
1. Kesesatan Jahmiyyah
Aqidah ahbash bercampur aduk antara pemikiran asha’irah, khawarij, muktazilah jahmiyyah, murji’ah dan syiah. Dalam aqidah, mereka hampir benar-benar seperti jahmiyyah tulen. Ahbash yakin Allah tidak bertempat, iaitu aqidah jahmiyyah mu’tazilah syiah yang batil, bukan aqidah ahl al-sunnah. Mereka mempromosikannya ke sana sini. Mereka mengingkari nama-nama Allah, sifat-SifatNya, dan perbuatan-perbuatanNya yang haqiqi. Al-Quran pula dianggap sebagai lafaz Jibril, bukan kalam Allah dan lafazNya yang haqiqi. Ini fahaman mu’tazilah dan jahmiyyah yang sesat lagi membingungkan. Islamkah kalau menolak sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi?
2. Kesesatan Murji’ah
Mereka juga menganut fahaman sesat al-Irja’ iaitu mempercayai iman hanyalah percaya dalam hati dan amal tidak termasuk iman. ‘Abdullah al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya, tidak melaksanakan sedikit pun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, tetapi dia pernah mengucapkan la-ila-ha-illallah walau sekali seumur hidup, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang mukmin yang berdosa.” (al-Harari, al-Dalil al-Qawim, ms 9-10).. Ada di kalangan mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan syafaat Nabi s.a.w. Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murji’ah yang sesat.
3. Syiah
Mereka percaya kepada Imam ke 12 Syiah Muhammad Hasan al-‘Askari, dan imam ke 13 ialah al-Rifa’ie pengasas Tariqat Rifa’iyah tariqat sesat anutan ahbash. Mereka juga percaya kepada kitab al-Jufr (Syiah) yg terkandung di dalamnya nasib mereka hingga Hari Qiyamat. Mereka mencela beberapa sahabat spt Muawiyah, A’ishah, dll. Akhlak pengikut2 ahbash juga seperti syiah yang suka memfitnah, mencaci dan mengkafirkan. Mereka bersekongkol dengan Hizbullat, dan Keluarga Asad Syria.
4. Khawarij yang MENGKAFIRKAN
Ahbash memakai fahaman khawarij sesat yang suka mengkafirkan umat Islam. Ramai yang mereka kafirkan secara jahat dan keji. Mereka kafirkan ramai ulama tempatan. Semua ustaz salafi dituduh mujassim, sesat dan jahil. Bahkan mereka menghalalkan darah tokoh-tokoh agama tersebut dan menghasut masyarakat agar membunuh tokoh-tokoh agama salafi ahl-sunnah wal jamaah itu. Di Lubnan, mereka menyebarkan kesesatan dan memukul imam-imam masjid.
Menurut al-Harari, perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah. Dia bersungguh-sungguh memberi peringatan supaya menjauhkan diri dari kitab-kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam Ibn Khuzaymah dan al-Zahabi yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Tamimi sebagai seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir.
Dia juga mengkafirkan al- al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani, mengkafirkan al-Syeikh Sayyid Sabiq dan menganggap Sayyid Sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir. al-Harari juga mengkafirkan Sayyd Qutb sepertimana yang ia sebutkan dalam bukunya al-Nahj al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Sayyd Qutb wa Tabi’ihi Faysol Mawlawi.
Bahkan menurutnya, syahadah seseorang itu tidak sah sehingga lah ia mengkafirkan Ibn Taimiyah Ibn Qayyim dan Muhammad al-Tamimi. Ini tambahan dan syarat yang direka-reka dalam agama, yang tiada dalam Islam, al-Quran dan al-Hadith! Ini adalah bid’ah yang menyesatkan. Dalam masa yang sama mereka memuja Ibn ‘Arabi yang sesat.
Mereka mengkafirkan setiap muslim dan muslimah yang mengatakan Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar.
Selain itu, mereka mengkafirkan muslimin yang tidak mendalami sifat 20 mengikut kaedah falsafah dan ahli kalam yang batil. Muslimin dikafirkan dan dimusuhi sedangkan sepatutnya mereka memusuhi yahudi musuh Allah, Rasul dan muslimin.
5. TERRORISME
Di Lubnan, mereka telah membunuh Mufti Lubnan Syeikh Hasan Khalid, pakar ‘Ulum al-Quran Dr. Subhi al-Salih, pemuda-pemuda sunni salafi dan ramai lagi. Terbukti pengeboman dan pembunuhan tersebut dilakukan oleh pemuda-pemuda ahbash. Mereka telah ditahan.
Mereka mengkafirkan al-Imam Ibn Taimiyah, al-Imam Ibn Qayyim, Prof Muhammad al-Ghazali, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, ‘Abdul Aziz ibn Baz (Mufti Saudi), al-Albani, Muhammad Salih al-‘Uthaymin, Fathi Yakan, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Ramadan al-Buti, Prof Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr ‘Abd Rahman Sudays Imam Masjidul Haram, dan ramai ulama al-Azhar.
6. SOLAT secara sesat.
Ahbash solat mengadap timur, sedangkan umat islam solat mengadap barat (ke Mekah). Ini antara amalan sesat golongan ahbash dan kejahilan mereka. Mereka mencipta hokum dan amalan agama mengikut hawanafsu.
Mereka juga menggalakkan mufaraqah ketika solat Jumaat dan jamaah sesuka hati. Sedangkan dalam manhaj ahl al-sunnah, solat di belakang imam yang fasiq dan bid’ah sekali pun adalah sah.
ZAKAT
Zakat tidak wajib ditunaikan kerana kononnya wang kertas bukan dinar dan dirham. Bahkan dalam ajaran mereka, solat, puasa dan ibadat tidak wajib lagi begitu juga segala yang haram tidak lagi haram setelah mencapai ‘Hadrat Tuhan’. Ada pun orang awam maka mereka itu baru ‘Mengetuk Pintu Tuhan.’

Aurat
Dalam fatwa batil mereka, disebutkan keharusan mendedahkan aurat, harus wanita islam memakai wangian, harus melihat tarian bogel, dan harus bersalaman lelaki perempuan yang bukan mahram.
Mereka berselindung di sebalik fahaman asha’irah, shafi’iyyah dan tariqat rifa’iyyah. Mereka menamakan diri mereka sebagai Pengkaji Syiah dan Pejuang ASWJ Tulen (kononnya). Hakikatnya mereka amat mirip dengan syiah dan kumpulan militan yang sangat bahaya.
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayi seorang alim faqih terkemuka di Syria dan merupakan rujukan yang dihormati dunia, pernah menjadi Ketua Ulama Dunia dan masih menganggotai Majlis Ulama Dunia. Dr. al-Zuhayli berkata, “Mereka adalah kumpulan sesat lagi menyesatkan. Wajib menjauhkan diri daripada mereka dan berhati-hati dengan mereka. Kumpulan mereka adalah kumpulan fitnah dan berfatwa mengikut hawa nafsu. Mereka suka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka juga dibimbangi mempunyai hubungan dgn negara luar (Israel dan Barat).”
Arak Halal Di Sisi Ahbash
Mereka iaitu Ahbash Satu Kaum Yang Sesat,
Mereka Berpura bertopengkan Al-Quran Sunnah,
Mereka Menghalalkan Arak yang Jelas Haram!!
Dr. Safar al-Hawali seorang pakar Ilmu Aqidah berkata, “Antara perkara yang disebarkan oleh Ahbash ialah Aqidah Jahmiyyah yang buruk, berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan ‘Aqidah Abu al-Hasan al-Ash’ari yang telah kembali kepada Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dengan aqidah jahmiyyah. Mereka menafikan sifat-sifat bagi Allah. Mereka menafikan sifat al-‘Uluww (ketinggian) bagi Allah, mengubah Kalamullah ‘azza wa jalla. Mereka menyatakan iman itu hanya di dalam hati (fahaman sesat murji’ah) dan dalam masalah Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah. Antara bukti taksub mereka kefahaman mereka ialah mereka telah membunuh seorang pemuda muslim yang menetapkan sifat ‘Uluww bagi Allah Ta’ala kerana pemuda itu menulis sebuah kitab bertajuk Ithbat ‘Uluww Allah ‘ala Khalqih.
Fatwa Prof. Dr. ‘Abd al-‘Aziiz al-Tarifii seorang tokoh besar ulama hadith dan hafiz abad ini berkata,
“Ahbash meyakini wali-wali mengurus alam. Mereka sama seperti musyrikin. Tidak halal sembelihan mereka, tidak harus berkahwin dengan mereka dan tidak harus solat di belakang mereka (tidak sah).” Mereka solat mengadap timur.
Dr. Ahmad Shalabi (al-Azhar) berkata, “Bahayanya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan mereka menyangka bahawa hanya kumpulan mereka sahajalah yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah Islam Ahl al-Sunnah wal Jama’ah kerana ASWJ mengatakan pegangan mereka itu salah. Ahbash memaksakan aliran aqidah (jahmiyyah) mereka dengan senjata dan kekerasan.”
Shaykh Hamid al-’Aliyy berkata, “Ahbash mengamalkan kesesatan termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah (jahmiyyah), menyebarkan fahaman murji’ah, jabariyyah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah. Mereka mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin ‘Aisyah melakukan maksiat dengan
melanggar perintah-perintah Allah. Mereka juga mengeluarkan fatwa-fatwa yang sangat jahil dan pelik.
al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajat dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Mereka juga mengharuskan perbuatan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, ms 173).
Jenayah Ilmiyyah dan Penipuan
Amanah termasuk iman dan tiada iman bagi sesiapa yang tidak amanah. Termasuk amanah ialah amanah ilmiah dan menjauhi penipuan. Sebaliknya, golongan ahbash mentahqiq kitab-kitab turath dengan mengubah suai kitab-kitab tersebut, memotong perkataan-perkataaan, ayat-ayat dan perenggan yang tidak mereka sukai dan mentafsirkan ayat-ayat sifat Allah dengan tafsiran jahmiyyah. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith palsu dan lemah yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka yang bertajuk al-Maulid al-Nabawi.

Pencuri dan Penipu.

Mereka juga menipu dan mencuri kitab2 orang lain lalu meletak nama mereka. Al-Harari is known for his untrustworthiness in citing texts and he also claims authorship of texts which are not his. He stole credit for a text authored by al-Habib ʿAbd Allah ibn Husayn ibn Tahir Ba ʿAlawi (1778-1855) which he republished under the title Bughyat al-Talib li-Maʿrifat al-ʿIlm al-Dini al-Wajib in 1407H with the statement “Authored by ʿAbd Allah al-Harari” on the cover, then again in 1411H, but after he was exposed he admitted in the third edition in 1416H that the book was actually authored by Ibn Tahir. He also tampers texts according to his whim, as he did in his book al-Kaafil bi-ʿIlm al-Din al-Daruri which is in reality taken from Ibn Tahir’s Sullam al-Tawfiq.
Bersekongkol Dengan Kristian
Keganasan yang dilakukan ahbash dikatakan dengan bantuan dari golongan Kristian dan Yahudi. Mereka dibekalkan senjata dan kewangan. Seorang alim besar Jordan, Prof. Dr. ‘Uqlah menzahirkan kepelikan beliau terhadap ahbash.
Menyebarkan Fitnah (Buhtan)
Ramai ulama’ dan pendakwah yang mereka fitnah sehingga dipenjara. Ramai yang lari menyelamatkan diri ke Saudi dan Mesir. Pengikut-pengikut mereka di Malaysia dan Indonesia menyambung tradisi fitnah, melakukan jenayah yang sama, meneruskan agenda dajjal, zindiq dan yahudi.
Mazhab dan Tariqat Sesat
Dalam urusan fiqh mereka menyalahi mazhab Shafiei bahkan mengelurakan hokum-hakam mengikut hawanafsu mereka iaitu dengan mengeluarkan fatwa-fatwa pelik dan karut. Menurut mereka, melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa (halal). Bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.
al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat. Zakat yang wajib ialah zakat emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Talib: 99)
al-Harari juga telah menimbulkan fitnah (kesesatan) di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah. Mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga yakin bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren.
Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat. Ini perbuatan yang sesat kerana memisahkan diri dari jamaah.
Samahah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz Mufti Besar Saudi telah mengeluarkan fatwa, “Sesungguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan mengingkari aqidahnya yang batil. Wajib memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya, tidak mendengar serta tidak menerima apa yang mereka katakan.” (al-Mawsu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 1/430).
Tariqat Batiniyyah Sesat
al-Ahbash mengajak kepada tariqat sesat naqshabandi dan rifa’iyyah. Mereka mengamal ziarah kubur wali2 kununnya. Mereka berzikir tidak mengikuti sunnah tetapi berzikir dengan lafaz-lafaz yang direka-reka sendiri sambil menari-nari. Membaca qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid yang mengandungi syirik yang disertai muzik2. Hampir semua tariqat mengajarkan istighathah (memohon pertolongan) dari selain Allah, seperti meminta kesembuhan penyakit dari shaykh-shaykh tariqat yang masih hidup dan yang telah mati. Shaykh harus disembah oleh para pengikut. Apakah masih berbaki Iman dan Islam?
Bahkan pengasas tariqat naqshabandiyyah iaitu Baha’uddin al-Naqshabandi pernah berkata, “Aku kafir kepada agama Allah, dan kufur itu di sisiku wajib…” Pelbagai dakwaan karut dalam tariqat seperti selalu naik Arasy Allah. Apabila Naqshabandi mati, pengikut-pengikutnya membina masjid dan kubah di atas kuburnya. Merka berdoa dan solat di situ sedangkan Nabi saw telah memberikan peringatan, “Allah melaknat yahudi dan Nasrani, mereka mengambil kubur nabi-nabi mereka sebaga masjid.”
Ada di kalangan mereka bernama Ahmad al-Faruqi berkata, “Aku temui Allah itu ialah benda-benda ini (alam ini). Bahkan Allah itu diriku sendiri.” (Lihat al-Mawahib al-Sarmadiyyah). Ini ajaran syirik wahdatul wujud.
Mereka mengatakan bahawa orang yang beribadah kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka adalah taghut. Kepercayaan seperti ini menyalahi Kitab, Sunnah dan aqidah para nabi. Dalam Aqidah ASWJ, ibadah dilakukan kerana cinta kepada Allah, takutkan neraka dan mengharapkan syurgaNYA. Nabi Ibrahim sendiri berkata, “Ya Allah, jadikanlah aku penghuni syurga yang penuh nikmat.” Nabi saw disuruh berdoa, “Sesungguhnya aku takut – sekiranya aku derhaka kepada Tuhanku – akan azab yang sangat dahsyat pada Hari Qiyamat.”
Malangnya apabila syirik-syirik dan kesesatan mereka dikritik, mereka akan melabel si penasihat jujur itu sebagai wahhabi!
Tariqat rifa’iyyah suka bermain ular, menikam perut dengan pisau iaitu bermain sihir, ilmu hitam dan jampi serapah. Zikir mereka disertai nyanyian, tarian dan penyembahan terhadap syeikh. Pada Zaman ‘Abbasiyyah, mereka bersekongkol dengan Tatar untuk menjatuhkan khilafah Islam. Mereka meyakini Rifa’ei boleh menghidupkan dan mematikan. Contohnya menghidup ikan yang telah dimakan. Rifa’ei boleh memasukkan mereka ke dalam syurga, mengetahui ilmu ghaib dan taqdir lalu mengubah nasib pengikut-pengikutnya, boleh membeli tanah syurga untuk pengikut-pengikutnya. Mereka percaya kepada imam 12 syiah, dan memohon hajat dan berdoa di kubur-kubur mereka.
Pengikut naqshabandiyyah wajib menyerah zahir dan batin kepada syeikh tanpa bantahan. Wajib patuh dan tidak boleh ingkar syeikh, walau zahir perbuatan syeikh salah dan haram! Ketika berzikir, mestilah membayangkan wajah syeikh. Dalam agama mereka, wajib percaya bahawa segala nikmat adalah dari syeikh.
WALA’
Wala’ termasuk dasar aqidah. Ahbash memberikan wala’ (sokongan dan ketaatan) kepada rejim Syiah Nusayri Ba’thi Syria yang dihukumkan musyrik kafir murtad oleh ulama’ Islam sepanjang zaman. Mereka suka melabel orang lain sebagai pengganas dan pelampau sedangkan merekalah sebenarnya pengganas dan pelampau. Pengeboman terhadap Rafiq Hariri dilakukan demi rejim Syria dan agama syiah. Mereka sangat rapat dengan Hizbullah dan Parti Amal (Syiah).
Kesimpulan
Kumpulan Ahbash adalah satu kumpulan yang mana zahirnya mereka menampakkan keIslaman, namun batinnya cuba memusnahkan ajaran Islam ini. Mereka seperti syiah batiniyyah. Ajaran Ahbash yang menyeleweng dan sikap mereka yang suka mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka adalah satu perkara yang boleh menimbulkan konflik dan merosakkan perpaduan masyarakat Islam.

Setiap muslim dan muslimah mestilah mempelajari aqidah ASWJ yang sahih dari guru-guru sunni salafi yang dipercayai dan diiktiraf agar selamat dari semua ajaran sesat dan bid’ah yang merosakkan. Anak-anak dan keluarga mestilah diajarkan aqidah yang sahih dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, mengikut tafsiran dan kefahaman golongan salafus salih. Mereka perlu dimesra dengan masjid, solat Jumaat dan jamaah. Antara buku-buku aqidah yang patut dibaca dan dirujuk Kitab al-Tawhid oleh al-Imam al-Bukhari, ‘Aqidah Salaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah oleh al-Sabuni, Lum’at al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain. Kitab-kitab palsu ahbash, jahmiyyah mu’tazilah sesat yang bertopengkan ahl al-sunnah dan asha’irah hendaklah dijauhi.

Tokoh2 Bid’ah aliran Khawarij

‘Wahai Muhammad! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH! Berlaku adillah! Sesungguhnya kamu tidak adil!!”

“Pembahagian (harta harta ghanimah) ini bukan untuk mencari wajah ALLAH!” Inilah kalimah khawarij terawal dalam sejarah.

Ketika memikul bebanan khilafah, ‘Ali ibn Abi Talib menghadapi gangguan, kekacauan, serangan dan bala dari segenap penjuru. Kes pembunuahan ‘Uthman masih panas dan kecoh. Sesetangah sahabat mengkritiknya dengan keras seperti dalam Perang Jamal, Mu’awiyah dan para pengikutnya berdegil, menentangnya serta enggan berbaih kpdnaya dan mengiktiraf beliau sbg khalifah yang sah, golongan putar belit khawarij mengugut dan mengancamnya. Puak Saba’iyyah mengintai2 masa yang sesuai untuk membunuhnya. 

Terbayang-bayang, bahkan tidak dapat dibayangkan betapa teruknya tekanan dan huru hara yang dihadapi oleh imam besar ini…Tambahan lagi, bilnagan khawarij itu sanagat ramai. Yang berkumpul Harura’ Kufah sahaja mencapai 12,000 atau lebih.

Pada zamannya muncul kelompok bid’ah terawal sebagaimana yang sabit dalam hadith Nabi SAW, iaitu bid’ah khuruj golongan khawarij. Meraka adalah cucu cicit Zul Khuwaysirah al-Tamimi yang pernah memarahi Nabi SAW, menuduh baginda sebagai tidak adil serta tidak mencari redha ALLAH (!?) dan meminta Nabi bertaqwa!

Ajaran-ajaran pokok golongan Khawarij secara umum ialah : 

1. Orang Islam yang melakukan dosa besar adalah kafir
2. Orang-orang yang terlibat dalam Perang Jamal  iaitu perang antara ‘Aishah, Talhah dan Zubayr melawan ‘Ali ibn Abi Thalib dan yang terlibat dengan Tahkim (abitrase) termasuk yang menerima dan membenarkannya  dihukum kafir.
3.Pandangan khawarij dalam menentukan khalifah cukup demokratik. Khalifah menurut mereka harus dipilih dari kalangan rakyat jelata serta tidak mesti dari keturunan Nabi dan tidak mesti keturunan bangsa Quraisy. 
Terdapat banyak lagi pemikiran mereka yang menyeleweng dari Islam dan Sunnah.

Tokoh-tokoh Khawarij yang utama antara lain, ialah :(1) ‘Abdullah bin Wahb al-Rasyid ; (2) ‘Urwah bin Hudair ; (3) Mustarid bin Sa’ad ; (4) Hausarah al- Asadi ; (5) Quraib bin Maruah ; (6) Nafi’ bin  al- Azraq ; (7) ‘Abdullah bin Bashir.


Akibat perbezaan pendapat di antara tokoh-tokohnya, Khawarij terpecah menjadi menjadi beberapa kelompok :
1. Muhakkimah iaitu firqah terawal yakni golongan yang memisahkan diri pertama kali dari al-Khalifah Ali bin Abi Thalib dan jama’ah muslimin. Mrk mendenadngkan slogan La hukma illa hum ALLAh (tidad hukum melainkan hukum ALLAH) tiada hakim melainkan ALLAH. mrk juga menamakan diri mrk sebagai al-Shuart aitu yang mengiorbankn nayawa utk mencari redha ALllah yg mrk ambil dari surah al-Baqqrah ayat 207.
2. Azariqah yang terkenal lebih radikal dan eksterm, orang yang tidak sefahaman dengan mereka dibunuh.
3. Najdat yang merupakan pecahan dari aliran Azariqah.
4. al-Ajaridah pimpinan ‘Abd Karim bin Ajrad, yang dalam perkembangannya terpecah menjadi beberapa kelompok  kecil seperti Shu’aibiyyah, Hamzaiyah dan Mimunah.

Biadab dan Kebodohan

Punca kesesatan terawal dalam sejarah ini ialah terlalu mengutamakan ibadah2 zahir dengan mengabaikan persoalan2 aqidah. Aqidah mereka rosak sejak muncul kebiadapan mereka kepada Nabi SAW. Mereka diberi anugerah Puasa, solat, bacaan al-Quran dan zikir yang banyak tetapi mereka tidak dikurniakan ilmu yang sahih, hadith2 sahih, fiqh yang benar. Ini pringatan kepada kita semua agar tidak mengabai persoalan batin (aqidah), dan hanya mementingkan penampilan zahir.! betapa ramai yang bercakap agama, bersolat, berserban, berniqab, berjubah, berkopiah, bersonkok, memakai title haji hajjah tetapi rosak teruk aqidah mereka. ini akibat kemalasan, kedangkalan, kejahilan dan kebodohan mereka. Ini termasuklah biadab kepada pewaris2 nabi. Ini bahaya mjd org2 hulu yg tinggal di pedalaman, jauh dari ilmu dan ulama. mereka kekal dengan kekerasan, kebidaban, kebodohan dan kekasaran. terbutki agama yg sahih hanya terhasl dari hati yang jujur, brilmu dan lembut.

Zul Khuwaysirah mengutamakan akal fikiran nya berbanding wahyu, Nabi dan sunnahnya!

Gila dan Tamak Dunia.

Kekotoran hati kerana mengejar ‘dunia’ walaupun zahir mereka subur dngan ibadah2 yang banyak dan hebat. mereka menyimpan penyakit permusuhan yang keras dan melampau, Zul Khuwaysirah si janggut lebat bermata tajam itu berdhi hitam itu inginkan harta ghanimah, para khawarij Kufah mengidamkan tanah2 subur Iraq tetapi tidak mendapat tanah tersebut lalu membunuh ‘Uthman.

Sekiranya mereka benar2 inginkan akhirat sekalipun, cara mereka tidak betul. Bagaimana? Moyang mereka telah mengutuk Nabi SAW! Khawarij adalah golongan ‘alim kucing’, menuduh orang lain tidak ikhlas dan tidak beragama sedangkan dirimereka sendiri mengejar dunia dengan jubah agama.

Bahayanya golonga khawrij sehingga mereka disebut secara jelas dalm hadith2 sahih berbanding kelompok2 sesat yang lain. sehingga Nabi SAW mengarahkan sesiapa shj yg menemui mereka agar membunuh mereka! mrk memaksakan hukum ALLAh ke atas muslimin, tetapi tidak ke atas diri mrk dan org2 musyrikin. Ini kontradik jiwa mereka dan percanggahan yang sgt teruk.

antara kebodohan dan kejahatan mrk ialah mrk mentafsirkan ayat2 alQuran utk kepentinagn diri mrk dan kelompok mrk. Apaabila mrk melakukan zina cthnya, mrk meamakai bebarapa ayat di laur tajuk dan konteks sbg dalil dan hujah, utk membebaskan diri mereka (dari mjd kafir).  Apabila ada org muslim atau muslimah berzina, mrk kafirikn dan mereka bunuh.

Putar Belit. dan Kegilaan

Merka menzahir sifat warak dan zuhud. Antara sifat khawrij amat berbaik dengan musyrikin konon nya itu adalah perintah ALLAh, dalam masa sama membunuh orang-orang yang bebrza pendapat dgn mrk. Mrk bunuh sahabat2, teramsuk Abdullah bin Khbbab r.a., isterinya dan anak dlm kandungan. MMg patut merek digelar anjing2 neraka Jahannam. mrk diberi kepandaian membaca al-Quran, membcanya siang dan malam, tetapi tidak dapat kefahaman dan iman yang benar.

‘Abd Rahman Muljam, seorang qari’ (hafiz quran) tetapi menyimpan dendam yang mendalam terahadp Ali wlau Ali tidak menyerang khawrij sblm itu melainkan setalh khwarij memulakan serangan. dikatakan dia melakukan pembnuhan itu utk medptkn wanita yg dicntainya dan masuk syurga bersama nya kononnya. Ibn Muljam membunuh ‘Ali sedangkan ia pernah hidup bersama khalifah agung lagi berakhlak mulia itu.

kita lihat kronolgi putar belit mereka

1. Memaksa ‘Ali menrima tahkim dan berhenti perang krn kununnya pihak Muwaiyah telah meminta damai dgn menjulang mushaf al-Quran. Kununnya wajib mengagngkan al-Quran. bahkan mrk mengungut utk membunuh Ali sekiraya tidak menerima adangan itu. Ali mengtahui itu hanya tipuhelah puak Syam yg hampir tewas.

2.’Ali mengutus Ibn ‘Abbas tetapi khawarij menolak dengan keras kononnya ‘Ali mengamalkan kronisme spt ‘Uthman. Lalu meminta Abu Musa sbg wakil ‘Ali.

3.Setelah ‘Ali mengadakan Tahkim perbicangan mereka menfkafirkan beliau kerana berhukum engan manusia, tidak berhukum dengan ALlah dan hukum ALLAH. mrk brkata,

Kamu telah kafir kerana kamu telah menyerahkan urusan tahkim kepada manusia dalam hukum Allah. Tiada yang berhak menghukum melainkan Allah!.”

Mereka keluar dari pasukan ‘Ali –jumlah mereka sebanyak 12,000 orang–, Mereka lantik ‘Abdullah al-Rasibi sebagai khalifah mereka. Maka terpaksa Ali menghadapi mereka dan menyuruh Ibnu Abbas untuk berbincang dengan mereka. hasilnya, 2000 dari mereka insaf dan bertaubat.

4.Merka mula mengganas, membunuh, mrogol muslimat (kerana telah kafir kononnya). lalu ‘Ali memerangi mereka di Nahawand dan berjaya mengalah. yang selamat hanyalh 9 orang.

3.

Yang peliknya mrk ini akan muncul stp zaman hingga Hari QIyamat. ini keraa n kejahilan itu berda di setaip tempat dan kelompok. Berdasarkan pengalaman, Terdapat ramai pemuda yg memaksa alim yg mengajar di tempat agar mengkafirkan pemerintah dan pekerja2 yg bekerja dgn pemerintah sewennagnya tanpa mengikut kadah2 fatwa yang ilmiah dar ahlinya.

Zaman Kini

Kini fahaman khawarij dipakai oleh banyak puak sesat di dunia. ia berada dalm banyak kelompok sama dalam parti pemerintah, parti pemabngkang dan masyarakat awam. dalam waktu yg sama mereka boleh mjd murjih demi kepenitang dunia mereka. golongan munfiqn dan syiah memakai fahaman mrk. mrk menzahirkan slogan mengajak kepada makruf (islah dan reformasi) mencegah munkar. sebenarnya mr inginkan dunia dan harta dunia. setalh membnunuh ‘uthamn mrk meramaps harta baytul mal yg sgt byk terkumpul.

Post Navigation