Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 7, 2014”

Kebatilan Naqshabandi

1. Apa hukum memasuki tariqat sufiyyah?
Jawapan: Haram kerana di dalamnnya penuh syirik dan kesesatan yang tersembunyi. Tariqat adalah seperti sihir, ilmu hitam, perbomohan atau ajaran pukau. Tariqat Naqshabandi telah difatwakan SESAT oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwanya sebagaimana berikut:

“Tariqat Naqsyabandiah Al-‘Aliah di bawah pimpinan Nazim (al-kazzab) bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.”

2. Kesesatan Takfir. Pelampau naqshabandiyyah yang jahil menganggap sesiapa yang tidak masuk tariqat mereka adalah kafir. Ini Takfir dan syirik serta pengkafiran kepada umat Islam.
3.Tawassul sesat dan syirik spt “madad ya shaykh fulan…” kesesatan rabitah membayangkan wajah guru ketika berzikir atau ketika berjima’. Mereka syirik berdoa kepada selain Allah dgn nama tawassul.
4.Kesesatan yaqazah. Kononnya Nabi hadir secara jaga (bersama jasad fizikal) ke majlis2 mereka.
5.Pendewaan terhadap guru spt sujud dan rukuk kpd guru sesat mereka dan meyakini guru mereka mengetahui perkara2 ghaib, bertemu Allah, mentadbir alam bersama Allah. Guru2 sesat menanamkan pembodohan, taqlid buta dan kejahilan kpd pengikut2 mrk. Guru2 bergelumang dlm kemewahan sdgkan pengikut2 tidak cukup makan utk hidup. Mereka percaya guru2 mrk suci dan maksum (dgn istilah mahfuz kononnya), mrk serahkan diri, harta dan keluarga utk guru suci, menyerah diri seperti mayat. Ini syirik!
6. Mereka mengatakan bahawa ALLAH itu adalah Nabi Muhammad SAW. Ini tidak syak lagi adalah kekufuran akbar!

Fatwa Negeri Sarawak menyatakan:

“Ahli mesyuarat telah sebulat suara memutuskan bahawa :

i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Nazim Haqqani berfahaman dengan fahaman-fahaman Wahdatul Wujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu’ (palsu) merekacipta hadith-hadith palsu

iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.

Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan”

Antara fatwa batil mrk : merokok tidak masuk syurga. Ini menyalahi aqidah Ahl al-Sunnah.

Dalam agama sufi, ambilan mereka ialah dari falsafah jahmiyyah iaitu gabungan antara penyucian rohani dan kepercayaan ALLAH masuk ke dalam tubuh. Di sisi Ahl al-Sunnah, Allah itu di atas langit ketujuh di atas ArasyNYA, manakala yang berada dimana2 ialah ilmuNYA, qudratNYA, penglihatanNYA dan pendengaranNYA. Fahaman ini diambil dari ajaran sesat qaramitah dan syiah batiniyyah. Hallaj seorang zindiq menyamakan Allah dengan manusia, anak lembu, babi dan anjing. Lihat Ibn ‘Arabi, Futuhat Makkiyyah , ms 43.

Sufi yang sesat diajar agar meminta2 dari org ramai, tidak bekerja, mengasingkan diri (‘uzlah). Dulu mrk uzlah krn beribadah, kini bermaksiat, lalai, dan  dlm kemalasan serta kebodohan.

Di sisi Ibn ‘Arabi, alam ini adalah ALLAh dan semua agama adalah sama. sufi gila mrk masuk ke alam barzakh, akhirat, masuk ke dalam syurga.

Di sisi ramai sufi, Tiada syariah, tidak wajib lagi solat puasa zakat haji , tidak haram lagi zina dan riba apabila telah wusul (sampai) ke hadrat ilahiyyah : tiada halal dan haram di sisi sufi. Itulah maqam haqiqat, ma’rifat, wusul dan fana’ dan baqa’.

Jama’ Antara Solat Jumaat dan Asar

1. Ulama Shafi’iyyah dan Jumhur mengharuskan jamak antara Jumaat dan Asar ketika musafir. (Lihat al-Majmu’, Asna al-Matalib dan Tuhfat al-Habib). Begitu juga pendapat Ibn Jibrin dan al-Barak.
2. Sebahagian atau kebanyakan ulama Hanabilah tidak mengharuskannya.
Yang rajih ialah harus jama’.

Antara tempat2 rukhsah jamak ialah :-

1. Safar seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. HR Imam Muslim dalam al-Sahih, hadith no. 705.

Hadis ini secara mafhum mukhalafah menunjukkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, dan sebab2 lain.

2. Keadaan yang sukar atau sulit (al-haraj wa al-mashaqqah)

Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada menghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan mengeluarkan umat Islam dari kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika Ibn ‘Abbas radhiyalllahu‘anhu ditanya tentang sebab Baginda SAW  solat jamak, beliau menjelaskan:

أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته

Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud, hadith no. 1211.
3. Jamak kerana keperluan al-jam’ lil hajah). Dalilnya ialah:


عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

‘Abdullah ibn Shaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu ‘Abbas berpidato (memberikan kuliah) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu ‘Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

‘Abdullah ibn Shaqiq berkata: Penjelasan Ibnu ‘Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu ‘Abbas. HR Muslim dalam Sahihnya, hadith no. 705.

Riwayat ini menjelaskan bahawa Ibnu ‘Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan). Menurut  beliau, meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak.

al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari mengatakan, “Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibn Sirin, Rabi’ah, Ibn al-Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Telah diriwayatkan juga oleh al-Khattabi dari satu jamaah dari kalangan Ahl al-Hadith. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat (keperluan), antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu ‘Abbas terhadap pidato (khutbahnya).”
4.Jamak Kerana Hujan
Jamak ini dilkukan di masjid secara berjamaah. Sekiranya imam tidak jamak maka tidak perlulah jamak kerana memelihara maslahah ‘ammah. Imam pemutus dalam hal ini. Sekirinya dilakukan maka hendaklah dilakukan di rumah secara bersendirian. Ya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini antara membenarkan dan melarang.
5.Jamak Kerana Sakit
Ini telah disentuh dalam blog ini, sila rujuk di sana.
6.Jamak Kerana Penat dan Mengantuk
Sekiranya seseorang itu jenis tidur awal selepas maghrib dan dikhuatiri akan terlajak Isya’nya hingga sebelum subuh atau waktu subuh, maka harus ia menjamakkan solat maghrib dan isya’ dalam waktu maghrib.

Jama’ Solat Kerana Sakit

Ramai ulama yang mengatakan keharusan menjamak solat (tanpa qasar) ketika sakit, antaranya Ulama Malikiyyah, Hanabilah, segolongan Shafi’iyyah seperti al-Qadi Husayn al-Shafi’i, al-Mutawalli, al-Imam al-Nawawi dan lain-lain dari kalangan ulama besar al-Shafi’iyyah. Bahkan ini digalakkkan. Nabi SAW bersabda
إن الله يحب أن تؤتى رخصه كما يحب أن تؤتى عزائمه. رواه البيهقي وابن حبان.
“Sesungguhnya Allah cinta didatangi (diambil dan dilakukan) rukhsah2 yang DIA berikan sebagaimana DIA cinta dilaksanakan ‘azimah2NYA (hukum2 asal).” HR al-Bayhaqi dan Ibn Hibban.
قال النووي رحمه الله تعالى بعد أن ذكر أن مشهور مذهب الشافعي عدم جواز الجمع بسبب المرض: وقال المتولي: قال القاضي حسين: يجوز الجمع بعذر الخوف والمرض كجمع المسافر ويجوز تقديما وتأخيرا والأولى أن يفعل أرفقهما به واستدل له المتولي وقواه……. وهذا الوجه قوي جدا، ويستدل له بحديث ابن عباس قال: جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بالمدينة من غير خوف ولا مطر. رواه مسلم، ووجه الدلالة من أن هذا الجمع إما أن يكون بالمرض وإما بغيره مما في معناه أو دونه ولأن حاجة المريض والخائف آكد من الممطور. انتهى.
al-Nawawi menukilkan dari Mutawalli dari al-Qadi Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-Khurasani dipanggil Abu ‘Ali al-Marruzi (w462H), “Harus menjamak solat kerana sebab takut dan sakit spt jamak ketika musafir. Harus jamak taqdim dan ta’khir, yang lbh utama yang paling mudah.” al-Mutawalli memilihnya dan memandangnya sebagai kuat.

Beliau mengambil dalil dari hadith Ibn ‘Abbas.

Ibn ‘Abbas berkata, RAsulullah SAW menjamak antara zuhur dan asar, maghrib dan isya’ di Madinah tanpa sebarang ketakutan (perang) dan bukan juga kerana hujan. Saya (Sa’id ibn Jubayr) bertanya Ibn ‘Abbas, “Mengapa baginda berbuat demikian?”  Ibn ‘Abbas berkata, “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya.” SAHIH.

Hukum yang ditunjukkan dalam hadith ini ialah jama’ ini pasti kerana sakit atau lain2 yang semakna atau yg rendah dari itu kerana hajat pesakit dan orang yang takut lebih besar dari orang yang ditimpa hujan.

Ya, segolongan ulama shafi’iyyah pula tidak membenarkan jamak kerana sakit. Yang kuat ialah harus jamak kerana sakit krn sakit termasuk haraj dan mashaqqah.

Qasar 30km dan Jama’ Kerana Kesulitan

al-Hafiz Ibnu Mundzir dan selainnya menyebutkan (20) dua puluh pendapat
1. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa jarak perjalanan yang dibolehkan mengqasarkan sembahyang ialah lapan puluh tiga (83) kilometer.
2. Ulama hanfiyyah mengharuskan qasar apabila perjalana sejauh 3 marhalah lebih kurang 130 km hingga 134 km.

Tiada sesiapa yang berhak untuk meletakkan batasan tentang jauh jarak perjalanan yang diperbolehkan seseorang itu bersembahyang qasar kecuali Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya SAW. Ternyata Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tidak meletakkan batasan jarak tersebut maka ianya bergantung kepada kebiasaan lingkungan perjalanan harian seseorang individu. Apatah lagi terdapat hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan yang kurang dari dua marhalah.

3. Ramai ulama salaf dan khlaf mengatakan harus qasar apabia menempuh perjalanan 3 farsakh lebih kurang 18 km hingga 30 km. Apabila Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ditanya tentang solat qasar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjelaskan:

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar dalam satu perjalanan yang berjarak tiga (3) mil atau tiga farsakh (Shu’bah ragu-ragu) maka baginda sembahyang hanya 2 rakaat. HR Sahih dan Abu Dawud dengan sanad sahih.

Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah : “Ini merupakan hadis yang paling sahih dan tegas dalam menjelaskan hal tersebut (jarak yang diperbolehkan mengqasar sembahyang).
Namun para ulama’ yang tidak sependapat memahami bahawa yang dimaksudkan adalah batas dimulainya baginda mengqasarkan sembahyang dan bukan batas jarak akhir perjalanan. Akan tetapi sangat jelas betapa pemahaman ini sangat jauh dari kebenaran. Sementara al-Bayhaqi telah menyebutkan dalam riwayatnya melalui sanad ini bahawa Yahya bin Yazid radhiyallahu ‘anhu berkata:

Saya bertanya kepada Anas tentang mengqasarkan sembahyang dan saat itu aku akan keluar menuju Kufah (iaitu dari Bashrah), adakah saya sembahyang dua rakaat dua rakaat hingga kembali.” Anas berkata: “Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda sembahyang 2 rakaat.

Ibnu Umar r.a. berkata, : “Jika aku keluar satu mil, maka aku akan mengqasar sembahyang.” Ini menegaskan bahawa pengertian safar dan hukum musafir yang membolehkan untuk mengqasarkan sembahyang, membuka puasa adalah perjalanan sejauh satu mil atau lebih.

Jamak dan qasar adalah masalah khilaf kadar dan syaratnya. Pilihlah mana yang kamu yakini, jgn sampai mengikut solat batin dan syiah sesat sudah.

Jamak kerana sakit, terlalu penat atau sibuk. Adakah boleh? Ya boleh. Dalilnya

Hadith Ibn ‘Abbas riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasaei, Ahmad, Malik, Shafi’ei al-Darimi dan Ibn Majah.
عن ابن عباس قال: جمع رسول الله –صلى الله عليه وسلم- بين الظهر والعصر والمغرب والعشاء بالمدينة في غير خوف ولا مطر في حديث وكيع قال قلت لابن عباس لم فعل ذلك قال كي لا يحرج أمته، وفي حديث أبي معاوية قيل لابن عباس ما أراد إلى ذلك قال أراد أن لا يحرج أمته. [رواه مسلم في كتاب صلاة المسافرين وقصرها وأبو داود والترمذي والنسائي وأحمد ومالك والدارمي وابن ماجة].

Ibn ‘Abbas berkata, RAsulullah SAW menjamak antara zuhur dan asar, maghrib dan isya’ di Madinah tanpa sebarang ketakutan (perang) dan bukan juga kerana hujan. Saya (Sa’id ibn Jubayr) bertanya Ibn ‘Abbas, “Mengapa baginda berbuat demikian?”  Ibn ‘Abbas berkata, “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya.” SAHIH.

Post Navigation